Cinta tak terucap (Bab 18)


AMMAR MIRZA memberhentikan kereta BMW 3 Series berwarna hitam betul- betul di hadapan sebuah tangki air lama. Kawasan persekitaran juga sunyi sepi. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Jantung Suri Imani sudah berdegup kencang. Dia memandang Ammar Mirza yang tersengih memandangnya. Pandangan Ammar Mirza tajam merenung dalam ke dasar matanya. Suri Imani menelan air liurnya yang terasa pahit. Pelbagai benda bermain di fikirannya sekarang. Setahunya di depan ada jalan menuju ke kawasan perkuburan lama. Sekarang Suri Imani bukan sahaja takut pada lelaki di sebelahnya tapi juga pada kawasan sekelilingnya. Bulu romanya sudah meremang. Radio dimatikan. 

“A..awak nak apa?” soal Suri Imani berpura- pura berani. Tangannya sudah berpeluh walaupun enjin kereta masih terpasang dan air cond tidak dimatikan. 

“Awak kan tunang saya. Saya boleh buat apa yang saya suka,” ujar Ammar Mirza kemudian tersenyum mengoda. Mata Suri Imani sudah berpinar mendengar kata- kata Ammar Mirza. Dia memegang kemas- kemas beg kertas yang berisi baju kurung. Dia hendak membuka pintu kereta, tapi takut melihat suasana luar yang lebih menyeramkan. Sekurang- kurangnya di dalam kereta ada cahaya lampu walaupun malap. 

“Awak..!” Suri Imani tersentak.

Ammar Mirza merapatkan badannya. Hatinya sudah seakan- akan digeletek melihat wajah ketakutan Suri Imani yang mengigil di hadapannya dan cuba menjarakkan diri. Hampir sahaja bibirnya hendak mencecah pipi gebu Suri Imani yang tampak pucat tapi tiba- tiba pintu kereta terbuka. Terjatuh Suri Imani keluar dihempap badannya. Suri Imani menjerit kuat. Dia pula tercengang. Sangkanya hendak menakutkan Suri Imani. Dia pula yang terkejut dengan tindakan Suri Imani. Muka Suri Imani sudah merah padam dan bertubi- tubi tangan Suri Imani memukul dadanya. Terbatuk dia dibuatnya. 

“Woi! Sudahlah. Aku main- main je tadi,” jerkah Ammar Mirza bila dia sendiri tidak dapat tahan dengan penangan Suri Imani yang seperti orang hilang akal. ‘

Ammar Mirza berdiri tegak. Dia menarik tubuh Suri Imani supaya berdiri sama. Mata Suri Imani sudah berair. Dia mengeluh kecil. 

“Sudahlah. Masuk kereta cepat. Meremang duduk lama- lama kat luar ni,” tegur Ammar Mirza. Suri Imani memandang sekeliling. Gelap! Hanya cahaya dari tangki air lama sahaja yang malap merenangi jalan. Seperti disengat tebuan. Suri Imani sudah melompat naik di dalam kereta. Ammar Mirza tersengih melihat kekalutan Suri Imani. Teringat kata- kata Encik Shamsul yang seumur hidup Suri Imani tidak pernah menonton cerita hantu kerana takut. 

“Nak buat apa kat sini hah?” 

Ammar Mirza tidak mempedulikan pertanyaan Suri Imani. Dia sudah membuka pintu.

“Nanti kita kena cekup! Susah pula,” sambung Suri Imani memerhati sekitar. 

Ammar Mirza tersenyum kecil. Dia pasti kawasan ini selamat. Lagipun jauh dengan kawasan perumahan. Kawasan ini adalah kawasan rahsianya bila dia perlukan ketenangan. Berdekatan dengan kawasan kubur menyebabkan kawasan ini sunyi dan nyaman. Kata orang kalau mengingati mati kita boleh mendapat ganjaran pahala. 

“Buat apa nak takut. Kita kahwin juga dua minggu lagi,” ujar Ammar Mirza selamba. Wajahnya kembali serius. Kaki kirinya terasa sengal tiba- tiba dibuat Suri Imani tadi sewaktu makan malam. 

“Kau dah buat apa tadi? Nasib baik tak lebam kaki ni,” sambung Ammar Mirza dengan wajah yang geram. 

“Apa?” 

“Nak suruh aku tunjukkan apa kau buat tadi?” soal Ammar Mirza bersahaja. 

Suri Imani sudah menggeleng laju. Segera dia memegang peha Ammar Mirza supaya tidak bertindak. Tapi pantas tangannya dialihkan bila menyedari keterlanjurannya. 

“Eh! Awak buat apa ni?” soal Suri Imani gelabah bila Ammar Mirza menghampirinya. Bibir Ammar Mirza menguntum senyuman. Perlahan Ammar Mirza membuka dashboard dan mengeluarkan sesuatu dan dihulurkan terus pada Suri Imani. 

“Ambil ni. Senang aku nak call kau nanti,” ucap Ammar Mirza tegas. 

Suri Imani tercengang. Tidak biasa dengan bahasa yang digunakan Ammar Mirza. ‘Kau’ dan ‘Aku’. 

“Aku nak buat apa dengan benda ni?” soal Suri Imani. Menggunakan bahasa yang sama. Ammar Mirza menoleh memandangnya. 

“Setahu aku kau duduk Kuala Lumpur. Takkan handphone pun tak kenal. Ambil je.. Aku tak mahu ada tunang yang nak beli handphone pun tak ada duit. Satu lagi! Aku dah set nombor baru kau. Aku nak nombor ni hanya aku sahaja tahu. Telefon satu lagi kau guna untuk nombor lama,” jawab Ammar Mirza. 

Suri Imani terlopong. Dia membuka kotak telefon bimbit itu. Dua! Satu warna putih dan satu lagi berwarna hitam dari jenama yang sama. 

“Warna putih khas untuk aku. Warna hitam untuk orang lain. Faham!!” 

Terangkat bahu Suri Imani kerana terkejut. 

“Tak payah jerit. Saya ada sebelah awak je,” Suri Imani mendengus geram. Tak sedar bahasanya tadi turut berubah. 

“Jom aku hantar balik.” 

“Satu lagi,” Suri Imani memandang Ammar Mirza lama. Ammar Mirza mengangkat kening seoleh- oleh mengisyaratkan Suri Imani supaya bercakap.

“Erm… saya.. saya dah beritahu Wati, Zahin dan Amir pasal kita. Tapi awak jangan risau hanya mereka bertiga je tahu. Saya tak senang hati kalau tak beritahu mereka. Mereka tu sahabat saya dunia akhirat. Tapi, awak jangan risau. Saya dah beritahu mereka jangan beritahu orang lain. Saya percayakan mereka. Selama ni semua masalah kami kongsi bersama. Kalau…” 

“Itu je kau nak cakap. Mereka dah tahu?” potong Ammar Mirza.

Suri Imani mengangguk laju.

“Fine!” 

Suri Imani tercengang. Sangkanya Ammar Mirza akan marah.





11 comments:

  1. dwang da kawenn..
    ble dowang nk mle berchenta nieh..
    isk2...
    sambung2...
    best2..
    nnty msok bebyk agy ek...
    ske2..

    ReplyDelete
  2. Cepat la..cepat la...N3 lagi...
    sian lak kat diorang berdua...

    ReplyDelete
  3. ngee..
    sgt best cite nie..
    flow cite laju je..
    xmleret2..
    ske sgt..
    :)

    cpt2 arr smbg ek..
    xsaba lak nk bc till abis..
    :)

    ReplyDelete
  4. eeeiii! bestnya dorang dah kawenn! hehehe..

    rasa2nya dorang tu dah jatuh cinta antara satu ngan lain..
    cuma nak ngaku tu yg payah set kot..
    xpe2.. kita tunggu sambungan cite ni..

    imaniiii.. cepat2 sambun tau! hee..

    ReplyDelete
  5. wah best nye dorg dah kwin..

    imani cpt2 sbg tau

    ReplyDelete
  6. enjoy bace cite nie..cepat2 sambung ea..nak tau cam ner diorng bercinta plak..mesti best..hehe

    ReplyDelete
  7. best, mmg best. nak lagi.......

    ReplyDelete
  8. salam . citer nie best sesangat. first time baca di teratak santai. terus tak sabar nak tunggu sambungannya. sambung plezzzzzzzzz.

    ReplyDelete
  9. salam . citer nie best sesangat. first time baca di teratak santai. terus tak sabar nak tunggu sambungannya. sambung plezzzzzzzzz.

    ReplyDelete
  10. warghhhhhhhhh.sweet.
    dowang dh kawen.sukenye.
    smbung2.
    agagag.bile dowang nak berchenta nie.
    xsbar.agagag.
    -na`dz

    ReplyDelete

Back to Top