Cinta tak terucap (Bab 27)


NOVEL bahasa Inggeris bertajuk Lipstick Cronicles yang ditulis oleh tiga penulis berbeza iaitu Vivian Leiber, Emily Carmichael dan Kathryn Shay diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas kerana dapat menghabiskan novel itu dalam masa 2 jam sahaja. Novel itu dibeli sewaktu dia dan Ammar Mirza sibuk membeli belah tengah hari tadi. Geram juga apabila Ammar Mirza berdegil untuk membayar harga novel ini dan siapa berpesan padanya supaya memberi kepadanya selepas habis membacanya. 

Walaupun ditulis oleh tiga penulis berbeza sebenarnya ia menceritakan cerita yang saling berkaitan iaitu mengenai tiga sahabat yang mencari cinta mereka. Setiap penulis dapat memberikan suasana romantik dan suspen kepada pembaca. 

Suri Imani memandang baju yang baru dibelinya itu. Salah. Bukan dia yang membelinya tetapi Ammar Mirza. Dia terpaksa memakai baju itu eskok sewaktu Majlis Ulang Tahun Empire Construction. Dia benci dengan arahan Ammar Mirza. Bakal suaminya itu memang suka mengarah orang. Dia menoleh melihat jam di dinding. Ammar Mirza pasti sudah berada di Jepun. Tetapi selepas mesyuarat habis, Ammar Mirza akan bertolak pulang ke Jepun. Dia tidak faham. Ammar Mirza langsung tidak mengenali erti penat. Terbang ke merata tempat, sibuknya mengalahkan Perdana Menteri. 

“Tak nak.. dan tak nak!!” Suri Imani menggeleng beberapa kali. Gaun putih separas lutut ditepis beberapa kali seoleh- oleh gaun itu begitu kotor. Wajah Ammar Mirza sudah masam mencuka. 

“Jangan degil. Aku kata pakai.. pakai je lah.”

Suri Imani menggeleng dan memeluk tubuh. 

“Cepatlah! Malu orang pandang,” Ammar Mirza sudah meninggikan suara. Lengan Suri Imani direntap supaya gadis itu mengambil gaun putih yang menjadi pilihannya.

Suri Imani menggeleng. Tapi matanya turut liar memandang butik yang menjual gaun untuk majlis perkahwinan. Renungan pembantu kedai, Chin Ee yang sejak tadi menolong Ammar Mirza memilih makanan memaksannya mengambil juga gaun putih itu. Gaun itu memang cantik. Tapi terlalu seksi. Rasanya kali terakhir dia memakai gaun seperti ini adalah sewaktu dia berada di sekolah rendah. 

“Aku pakai. Tapi kalau aku tak minat.. aku tak nak pakai! Kau paksa.. aku buang gaun ni nanti,” sempat Suri Imani mengugut sebelum melangkah ke fitting room. 

“Ada gaun lain tak? Labuh sikit.. tutup dada?” soal Ammar Mirza. 

Chin Ee mengangguk kepalanya.

“You tak suka gaun tu?” soal Chin Ee agak pelik. Bukankah lelaki itu tadi sibuk mengarah tunangnya mencuba gaun itu. Rasanya gaun itu amat sesuai dengan tunangnya yang putih gebu dan tinggi lampai. Ammar Mirz antara pelanggan tetap butik ini. Selalunya wanita yang dibawa Ammar Mirza adalah terdiri daripada pelbagai jenis. Tetapi yang pasti semuanya cantik dan menawan. 

“Suka. Tapi… I rasa dia mesti tak nak gaun tu. You cari gaun macam I cakap tadi. Tapi paling penting warnanya putih.”

Chin Ee terlopong. Biar benar! Selama ini, setiap kali lelaki ini datang membeli gaun disini, pilihan Ammar Mirza pasti yang nampak seksi dan singkat. Pelik bin ajaib…

“You tunggu apa lagi… Cepatlah!” arah Ammar Mirza.

Chin Ee mengangguk dan laju langkahnya ke bilik pakaian untuk mencari gaun yang dipinta.




18 comments:

  1. huhu
    sweet..
    sib baik ngan am bukan ngan amir...
    kalo x ada lagi la merajuk tu...

    ReplyDelete
  2. sweetnyerrrrrrrrrr...
    suke sgt...
    arap2 lah pnulis wat tmbh pnjg time diorg dlm lift tuh..
    biar makin byk adegan yg sweet...hehehe

    ~wans~

    ReplyDelete
  3. alah pendeknya amani.. nak lagi.. hehe.. apa pun..thanx ek sbb masih sempat curi2 masa untuk post n3 walaupun dlm keadaan bz.. :D

    ReplyDelete
  4. iman...
    besh2..
    tengkiu..
    tapi byk typing error..salah ejaan..
    hihi..
    tido sesame la iman ngan ammar..

    ReplyDelete
  5. ngeeeeeeee...
    ske2...
    sweet sgt iman pggil ammar abg..hehe..ske2..
    pendeknyer..
    smbung cpat2 ek imani...

    ReplyDelete
  6. amir kan yang cabut notis tu?
    msti dia nk perngkp iman mse diorg blik sama2...
    tp perangkpnya salah mengena...

    ReplyDelete
  7. alolorhh.. sweetnye dorang ni..
    wahai encik lif.. jangan la engkau pulih seperti sedia kala..
    biar dorang camtu je..
    alamak, terlebih sudah..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. huhu.. byk typin error ek??

    wat last minute cam tu ar..

    sowi ek.. (^-^)

    ReplyDelete
  9. hehe btul mintak2 n3 kt dlm lif di pjagkan..mjdi lbih rmatik..

    eee iman, ble fre msukn n3 ea..

    ReplyDelete
  10. memang sweet rr..
    diorang dh pass second stage dh nehh
    cartoon btoll laa
    caring gler am nehhh..
    nk satu lehh x~

    ReplyDelete
  11. bleh... 2 singgit...2 (bak kata Mail dlm Upin & Ipin)

    ReplyDelete
  12. A..bang????lorrrr..romantiknyer...
    biar lame2 sket dlm lif tue..
    ammar pe lg next step r huhuhu..
    ni la peluangnye..wawawaw
    pape pown..cik penulis tlg la smbng cpt sket yew
    da addicted nie..;D

    ReplyDelete
  13. ngeee..
    sweet gile..suke..!
    sy pon sokong part dlm lif tu dpnjgkn!..
    nti klu imani ade mse,smbung lg eh..!
    thanks bg n3 walaupon bz..!

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  14. sweetnye cite ni. best2....
    smbg cepat2 ek. thanks for the n3.

    ReplyDelete
  15. keh.... biarlah ada sesuatu yg berlaku. jeng..jeng.... apapun, dik, mmg best! nak lagi....................

    ReplyDelete
  16. he,,,he..
    am memang sweet laa~

    rasa macm amir je yg tanggalkan notis tuhh..

    pastu dia sengaja bagi keadaan nampak macam dia tertinggal barang dia~

    so tricky~

    ReplyDelete

Back to Top