Cinta tak terucap (Bab 28)


Hampir 10 minit dia memikirkan sama ada mahu menyarungkan gaun itu dan hampir 10 minit mengambil masa menyarung gaun tipis yang kembang dibawah. Bulat matanya melihat dirinya sekarang. Rasanya dia lebih rela memakai baju ala- ala koboi ataupun pakai baju badut! Kalau papa tengok dia pakai baju macam ni… keliling Kuala Lumpur dia dan Ammar Mirza dikejar. Potongan gaun yang muat- muat dibadannya dan menyerlahkan susuk tubuhnya. Malu dia melihat bahunya yang terdedah. Lehernya pula nampak lebih tinggi. Perlahan-lahan dia menyanggul tinggi rambutnya. Woo… seksinya! Agaknya kalau aku jadi model, mesti terkenal. Suri Imani tersengih. 

“Hey… cepatlah!!” pintu diketuk beberapa kali.

Suri Imani terkejut beruk! Terlompat dia dibuatnya. 

“Aku reject baju ni,” jerit Suri Imani. Dia tidak mempedulikan lagi pelanggan di dalam butik.

“Keluar dulu! Aku tengok,” suara Ammar Mirza sudah mengendur. 

“Baik Cik Iman keluar dulu… Lagipun ada orang nak test baju. Bilik tak cukup,” suara Chin Ee kedengaran. Suri Imani mengeluh. 

“Kau jangan ketawa. Aku rasa macam badut sarkas dah ni,” sempat Suri Imani bersuara.

Chin Ee menutup mulut. Kelakar! Rasanya baju apa yang dipakai Suri Imani pasti membuatkan baju yang hodoh dan tidak lawa menjadi lawa disebabkan kecantikan semulajadi gadis itu. Ammar Mirza menggeleng kepalanya sebelum mulutnya terbuka melihat kemunculan Suri Imani dari balik pintu yang terbuka. Chin Ee juga sama. Hampir satu minit mereka berdua terdiam. Suri Imani pula terkulat- kulat dihadapan mereka. 

“Badut sarkas lagi lawa dari kau,” ucap Ammar Mirza terus tersengih. Dia cuba mengawal perasaanya yang bergelora ketika itu. Jantungnya berdegup kencang dan tangannya tiba- tiba berpeluh. Memang cantik gadis yang kini menjadi tunangnya itu. Seluar baggy tiga suku dan t-shirt baby T yang selama ini gemar disarung gadis itu rupanya mengaburi mata seseorang untuk melihat kecantikan yang dimiliki gadis ini. 

“Chin Ee.. mana orang? Kata tadi ada orang nak masuk bilik ni?” soal Suri Iman. Rasanya sebelum masuk ada ramai pelanggan yang berkerumun di tingkat ini mencari gaun. Kini tingkat ini sunyi dan hanya kedengaran alunan music. 

Chin Ee pula terkulat- kulat memandang Ammar Mirza. Tadi Ammar Mirza yang meminta tingkat ini di kosongkan untuk sentengah jam. Lagipun Ammar Mirza pelanggan tetap jadi pemintaan itu diteruti oleh mereka. Selama ini gaun yang dipakai Suri Imani memang tidak menjadi pilhan pelanggan disini, rasanya pertama kali dia melihat gaun ini begitu cantik. Memang ia amat sesuai dengan Suri Imani. 

“Kau lambat sangat! Mereka cari bilik lain. Nah,” hulur Ammar Mirza. 

Suri Imani dan Chin Ee tercegang. Suri Imani menyambutnya dengan senyuman lebar. Bagi Chin Ee gaun yang dipakai Suri Imani sekarang amat sesuai dengan gadis itu. 

Dua helai gaun yang dihadiahkan Ammar Mirza dipandang lagi. Nasib baik gaun yang satu lagi lebih tertutup walaupun lengan putihnya terdedah tapi dapat dilindungi dengan selendang. Dia berbaring semula di atas katil. Perasaanya kini bercampur aduk dengan kata- kata nasihat dari Ammar Mirza dan kata- kata sinis dari Ben. Terselit rasa bangga kerana Ammar Mirza mampu menasihatinya dan nasihatnya seoleh- oleh ikhlas. Dia dapat lihat keikhlasan yang terpancar dari mata redup Ammar Mirza. Dia mengeluh perlahan. Apa yang Ammar Mirza faham mengenai kehilangan ibu kandung yang membenci anak sendiri. 

Minggu lepas Ammar Mirza terpaksa mencuri sedikit masanya yang selalu sibuk itu untuk menghadiri kursus kahwin. Dia tidak mengikut sama kerana dia sudah mempunyai sijil kahwin yang diambil bersama kawan- kawannya dulu sewaktu belajar di universiti. Membebel juga Ammar Mirza mengarahnya ikut bersama kerana bosan duduk berseorangan di sana.

Dia bangkit dari pembaringan mencari sesuatu di dalam laci meja. Broadband yang diberi papa dulu diambil. Kemudian dia mencapai laptop dan diletakkan diatas katil. Sementara menunggu laptop itu menyala, dia mengambil handphone dan menaip sesuatu. Terus dihantar SMS ringkas itu pada Wati.

SS Lee Boutique, Kuantan

Nama butik itu ditaip dengan penuh debaran. Berkira- kira dia hendak menaip perkataan itu di dalam kotak carian YAHOO. 

“Hah.. ini dia!” 

Terkejut melihat butik yang dicari. Laman web itu nampak ringkas dengan tema warna merah jambu. Dia mencari biadota pemiliknya. Terpempan bila melihat wajah yang sudah lama menghilangkan diri. Masih sama, cuma sudah nampak berusia dan lebih ayu bila memakai tudung. Disisinya berdiri dua gadis cantik yang mungkin berusia dalam lingkungan 20 lebih dan di sebelah kanannya berdiri seorang lelaki yang mungkin seusia dengan papa. Mereka nampak begitu bahagia. 

Siti Khadijah Lee disamping suami, Hamdan Zhang dan tiga anak perempuan mereka iaitu Nur Hazlin dan Nur Hazira dihadapan SS LEE Boutique.
Matanya sudah merah. Terkejut. Marah. Dia tidak faham kenapa semua ini berlaku. Mungkin punca penceraian papa dan mama disebabkan lelaki ini. Sampai sekarang Suri Imani masih tertanya- tanya punca penceraian mama dan papa. Papanya amat sempurna. Papanya langusng tiada cacat cela sehingga mama sanggup meninggal mereka.




16 comments:

  1. hahaha.. dalam lif pun sempat lagi berkasih sayang.. hehe..

    yeahh.. am ngan imani g kunatan sesama!
    x mo la dia ngan amir.. hidup am ngan imani!

    ReplyDelete
  2. kunatan = kuantan..
    cane leh salah taip lak ni?
    perghh.. abaikan..

    ReplyDelete
  3. ngeeeeee...
    sweet sgt...
    sweettttttttttt..
    hahahaa..ske2...
    tp pendeknye adegan dlm lif..kalo pnjg agy kan besh..bley la dorang berdua-duaan..
    hehehe..
    npe la am x luahkan prasaan dye waktu tuh..
    isk2..
    ske2..besh bangat..
    smbung cpat2..

    ReplyDelete
  4. wah...makin hebat la cter ni....bagus2...tp lau ader watak antagonis pon best gak...dpt mematangkan citer...n cter boleh lag bergerak ke arah realiti kehidupan....

    ReplyDelete
  5. memang sweet la am ngan iman nehh..
    am dh syg gler kt iman..
    kalau x dia xkn jelos iman ngan amirkn?
    memang cartoon btooll la amm neh

    ReplyDelete
  6. he,,he,,
    nk lg..
    citer makin best nehh..
    amir jgan la kacau..
    pi main jauh2 ehhh~

    ReplyDelete
  7. wahh...cubit mncubit lak lurvy kapel nih...
    sweett...hehe thanks...
    always luv dis story(^_^)

    ~wans~

    ReplyDelete
  8. sweetttttttttttttttttt sgt
    nak ag..
    syabas kat penulis

    ReplyDelete
  9. smbung2
    xsabar.
    citer kat kuantn lak cum ne.
    nak sweet.
    he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  10. hohohoh...
    yeyeyeye abg nk teman iman g kuantan..
    mst la mnarik nie..
    cik penulis, tlg la cpt publish sume episod
    da x sabo2 nie

    ReplyDelete
  11. ala bestnya dik................ nak lagi............

    ReplyDelete
  12. kuantan tu bukan tempat mama suri imani tu ke??mesti nanti mereka jumpe kan??

    ReplyDelete
  13. haha..besh nye..
    blik2 kusus..
    dpt bace n3..
    thanks..

    ReplyDelete

Back to Top