Cinta tak terucap (Bab 39)


BANTAL yang menutup kepala Ammar Mirza ditarik geram. Tapi kekuatan perempuannya tidak dapat menandingi kekuatan Ammar Mirza yang memeluk bantal itu lebih erat. Suri Imani mendengus. Degil sungguh lelaki ni! Sepanjanga seminggu tidur sebilik dengan Ammar Mirza inilah rutin sehariannya. Mengejut Ammar Mirza untuk bangun sembahyang subuh. Liat sungguh lelaki ini untuk bangun. Jam sedah menunjukkan pukul 6.40 pagi. 

“Am.. bangunlah! Dah nak habis waktu subuh,” pujuk Suri Imani lagi. Dia duduk bersila menghadap tubuh Ammar Mirza yang terbaring. 

“Sekejap..” malas sahaja Ammar Mirza menjawab. Jelas menunjukkan Ammar Mirza sudah sedar dari lenanya. 

“Bangun!” jerit Suri Imani. 

Kesabaran Suri Imani sudah hilang. Pantas tangannya mencubit lengan Ammar Mirza menyebabkan mata lelaki itu terus terbuka luas. Terbeliak merenung Suri Imani tajam. Suri Imani tersengih nakal. 

“Sakitlah!!” Ammar Mirza pula menjerit.

“Padan muka. Cepat bangun! Dah nak habis subuh,” Suri Imani mula memerintah tanpa mempedulikan renungan tajam Ammar Mirza yang tajam. 

Ammar Mirza mendengus. Tangannya mengusap bekas ditangan yang sudah merah dicubit Suri Imani. Terbantut terus tidurnya. Berbisa sungguh cubitan Suri Imani. Kalah ketam! 

“Cepatlah bangun. Apa tengok lagi tu? Saya nak kemas tempat tidur awak.. cepat,” arah Suri Imani tak ubah seperti mengarah anak kecil. Terkial- kial lelaki itu untuk bangun dan terus menuju ke bilik air. Suri Imani tersenyum puas. Kalau dia membiarkan Ammar Mirza tidur, dia pula berdosa nanti. 

Selepas mengemas tempat tidur Ammar Mirza dan diletakkan di dalam bilik pakaian, Suri Imani duduk bersila dihadapan meja kopi. Bilik Ammar Mirza memang besar. Bilik Ammar Mirza dipisahkan dengan slamming door kaca yang menuju terus ke bilik kerja Ammar Mirza yang nampak bersepah. Semua orang dilarang masuk ke dalam bilit itu. 

Suri Imani memerhatikan sahaja Ammar Mirza yang kusyuk menunaikan ibadah solat yang sudah hampir habis. 

“Buat apa tu?” soal Ammar Mirza yang sudah siap sembahyang. 

Suri Imani berpaling. Rasanya tidak perlu diberitahu kerana meja kopi itu penuh kertas yang mempunyai lakaran bagi projek di Kuantan yang ditangguhkan semiggu lagi. Amir menyiapkan kerja di pejabat dan dia akan memantaunya dari jauh. Selain dilakar diatas kertas, dia perlu menyalinnya semula ke dalam laptop. 

“Dah mandi?” soal Ammar Mirza. 

Suri Imani mengangguk. Takkan Ammar Mirza tidak sedar yang dia sudah tidak memakai baju tidur. Dia memang sengaja tidak membasah rambut kerana malas hendak menunggu hingga rambutnya kering. Dia bangun jam 5 pagi kerana ingin berebut bilik air. Dia lebih selesa bersiap sewaktu Ammar Mirza tidur. Kebetulan dia memang suka mandi lama sampai papa dan Ilham sering mengejeknya.. ‘mandi atau basuh bilik air?’. 

“Am nak mandi,” ujar Ammar Mirza. Suri Imani hanya mendiamkan diri. Nak mandi pun cakap kat aku buat apa. Takkan nak suruh aku mandikan? Suri Imani membebel. Kata- kata itu hanya mampu terucap di dalam hati. 

Suri Imani meneruskan kerjanya semula yang terganggu. Dia sebenarnya hendak turun tapi malu dan takut pada kaum keluarga Ammar Mirza yang masih lagi berkampung di Villa Mirza. Ada juga saudara Ammar Mirza yang menetap di Sepanyol. Tidak hairanlah wajah adik- beradik Ammar Mirza termasuklah Tan Sri Mahathir ada iras orang Sepanyol. Rupanya ada darah Sepanyol. Dia baru tahu semalam.





12 comments:

  1. hu~
    best nyer!!!
    haha..
    kak imani..
    smbung ler cepat yer!!
    nak n3 lgi!!
    he~

    ReplyDelete
  2. x sabar nk tunggu n3 baru!!

    ReplyDelete
  3. bestnya..
    arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!
    meluat siot amir tu
    memandai je kta iman x suka am..
    depa saling suka cuma x bgtau je..
    hehehe..
    memandai je mentafsir sendiri..
    akak imani..cpt post n3 bru ya..

    ReplyDelete
  4. mesti benak ajak jmp mama..
    mama ima cakit..

    ReplyDelete
  5. akhirnya...
    leh gak bca new n3...
    miss kira, btol la...
    sling suka, tp x t'luah...
    nma pun herop n heroin kn????
    hehehe...
    tp yg dtunggu, bila, bgaimna n sapa yg meluahkan dlu...
    hehehe...
    ~ ^-^ ~

    ReplyDelete
  6. Bagus la Iman ikut Ben..
    Daripada dia ngan Amir..
    Amir tu menakutkan la.. Eiii..
    Dah nama pun bini orang, lagi nak ucap kata cinta..
    Ishh..

    ReplyDelete
  7. eee..xsukela ngn amir tu..talam 2 muke..pure2 baik..pdhal die ngn erna da plan sumthing nk kne kn iman n ammar.. pndai2 je ckp iman xsuke am..suke je..cume iman tu xpasti am suke die ke x..nak lg iman..! best2...

    ReplyDelete
  8. warghhhhh.
    ben de agenda buruk ke x erk.
    amir tu makin xley dpercayai lorhh.
    ahakzzz.sambung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  9. waarrrrrrrgggghhhhh........
    geramnyerrrrrrrrrr.....
    iman da kawen pon nk lagi!!!!!!1

    ReplyDelete
  10. eee....bncinye dgn amir 2!!!
    mnyibuk je die..
    nk tasu hal umah tngge org..
    geram aku!!
    hukhukhuk

    smbung lg cik pnulis..
    dh lme sy tggu cite ni..
    hehehehe

    ReplyDelete
  11. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
    amir sengalll....
    xske gle amir nieh...
    sengal2...
    huhu...
    ben??hope ben berkelakuan baek kali nieh..
    huhhu...
    smbung2..

    ReplyDelete
  12. kak imani.. sambung cepat2 ye...
    hari2 sy on9 nak taw sambungan.. hehehe.. :D

    biarla iman happy ngn ammar...

    ReplyDelete

Back to Top