Cinta tak terucap (Bab 47)


“Argh!!!!” 

Terasa sesuatu menekup mulutnya. Jantung Suri Imani hampir gugur bila terasa seseorang memeluk dipinggangnya. Kemudian terdengar bisikan Ammar Mirza ditelinganya. Jantungnya berdegup kencang. Bulu romanya meremang. 

“Awak ni apahal? Peluk- peluk! Buang tabiat ke?” soal Suri Imani. Dia cuba melepaskan diri tapi pelukan Ammar Mirza bertambah erat. Jantungnya berdegup semakin kencang. 

“Lepaslah,” arah Suri Imani. Ligat tangannya menepis tangan Ammar Mirza yang melingkari dipinggangnya. Haruman minyak wangi yang dipakai Ammar Mirza menyebabkan jantungnya berdegup kencang. Hatinya bergetar. 

“Sekejap,” tubuh Suri Imani dibiarkan menghadap dirinya. Wajahnya langsung tiada riak. Tegas seperti biasa. Bila Suri Imani cuba untuk melarikan diri, Ammar Mirza menariknya kasar. Tubuh Suri Imani dipeluknya lembut tapi kejap. Suri Imani terkedu. 

“Apasal ni? Lepaslah. Tak selesa,” pinta Suri Imani. 

Ammar Mirza mengeluh. Dia meletakkan dagunya diatas kepala isterinya. Terbau keharuman syampu yang dipakai Suri Imani. Tubuhnya yang penat selepas seharian memandu dari Kuala Lumpur ke Kuantan hilang serta merta. Bahang tubuh isterinya terasa nyaman. 

“La.. bukannya Am peluk orang lain. Am peluk isteri sendiri. Iman buat apa? Mengendap ke?” soal Ammar Mirza. Matanya tertutup rapat. Tangannya masih kejap memeluk tubuh Suri Imani seoleh- oleh tidak mahu dilepaskan. Suri Imani yang pada mulanya meronta akhirnya membiarkan sahaja. Dia lemas dalam pelukan lelaki yang kini bergelar suaminya. 

“Kan bagus kalau setiap hari boleh peluk Iman macam ni,” ujar ammar Mirza perlahan. 

Suri Imani tersedar. Wajahnya terasa hangat. Boleh pula dia leka dalam pelukan Amamr Mirza. 

“Lepaslah Am. Awak… awak busuk!” 

Ammar Mirza tersenyum. Macam- macam cara nak lepaskan diri. Perlahan- lahan Ammar Mirza melepaskan pelukan. Wajah Suri Imani yang memerah direnung. Suri Imani menelan air liur. Apa kena ni? Tanpa sempat dia membuat apa- apa, tiba- tiba bibir Ammar Mirza mencecah dahi dan pipinya. Suri Imani terkedu. Wajahnya terasa disiram minyak panas. 

“Awak buat apa ni Am? Jangan nak ambil kesempatan!” 

Ammar Mirza tersenyum tawar. Kalaulah Suri Imani tahu apa yang membelengu dirinya kini. Kemarahan si isteri langsung tidak dipedulikan. 

“Am nak tidur jap. Jangan kacau.” 

Ammar Mirza terus berbaring di atas katil. Suaranya juga sudah berubah dingin. Niat dihati mahu merehatkan tubuh sebentar. 

“Awak pergi mana Am?” soal Suri Imani. Dia duduk dibirai katil. Matanya memadang Ammar Mirza yang sudah melelapkan mata. Duduk berduaan dengan Ammar Mirza menyebabkan dia sesak nafas. Tapi dia cuba untuk tidak cepat gelabah dan nampak biasa. 

“Em… pejabat.” 

“Eh, tadi kata ke rumah Hadi. Buat apa pergi pejabat? Awak start kerja minggu depan kan?” soalnya pelik. 

“Oo.. erm.. aaa… mula- mula pergi pejabat. Lepas tu singgah rumah Hadi. Yang Iman sibuk ni kenapa? Takkan Am tak ada sekejap kat rumah Iman dah rindu?” soal Ammar Mirza membuka sedikit kelopak matanya. Dia tersenyum kecil bila melihat wajah Suri Imani yang berubah. 

“Mana ada! Saya pelik je.. Lepas subuh awak dah hilang. Petang baru balik. Tadi umi tanya… saya tak tahu nak jawab apa. Awak cakap tadi awak pergi rumah Hadi. Tapi kenapa lama sangat,” jawab Suri Imani segera. 

“Hurm… kan Am dah remind Iman dulu. My business is mine and your business is mine too. Sudahlah! Am nak tidur sekejap. Mengantuk. Iman pergilah gosok baju ke, kemas bilik ke. Jangan kacau Am nak tidur.” 

“Nak gosok baju apa lagi. Semuanya saya dah buat,” balas Suri Imani. 

Mata Ammar Mirza sudah terbuka. Terkejut dia. 

“Semuanya?” 

Suri Imani mengangguk. 

“Termasuklah baju kemeja awak yang berlipat dan tergulung. Seluar pun saya gosok semuanya. Senang sikit.” 

Ammar Mirza tersenyum.

“Bagus,” bantal diambil dan terus menutup kepalanya. 

Suri Imani mengeluh. Bosannya. Kalau di rumah dia ada papa dan Ilham yang sering melayan dia berborak. Kalau dia bosan, dia akan berjumpa dengan Wati. 

“Am dah sembahyang?” soal Suri Imani lalu menepuk terus betis Ammar Mirza kuat.

“Dah! Boleh tak jangan kacau Am?” suara Ammar Mirza kuat. Dia baru sahaja hendak terlelap.

“Betul, Am dah sembahyang?” Suri Imani tersengih kerana dapat menganggu Ammar Mirza. Tak elok tidur petang- petang. Sepatutnya sekarang waktu riadah. Macam Jasmin dan anak- anaknya. 

“Sepatutnya dalam hubungan suami isteri kita mestilah percaya antara satu sama lain. Buat apa saya nak tipu tentang sembahyang,” ujar Ammar Mirza lalu mengalihkan bantalnya. Wajahnya nampak serius.





14 comments:

  1. sedih..sean iman..
    iman pregnant ni..
    g la cek..!

    ReplyDelete
  2. betul iman preagnent
    heheheheh
    cpt smbg yer lama tunggu

    ReplyDelete
  3. touching betul..................... and good news is iman pregnant!

    ReplyDelete
  4. iman pregnnat kan...
    wah best..makin syg la am tu kat iman hehhee
    sambun lagi...
    makin tak sabar ni hehehheh
    nak n3 lagi...
    :)

    ReplyDelete
  5. best nye..
    smbg lah smpai hbs,,..
    dh lm tgg tau...
    hehehe...
    all the best n happy new year-2010
    ^^

    ReplyDelete
  6. sian mama iman.. bestnye iman da pregnant!!! hehehe.. best gle.. cpt2 sambung.. da x sabar2 nak taw sambungan.. :D

    ReplyDelete
  7. sdey2..huhuhu...bek la iman ni..am pon sme..huhuhuhu..iman..g la cek..pregnant la 2 g2 2..mst baby die comey nnt..hehehe

    ReplyDelete
  8. cmfm suri imani pregnant
    bnyk nye dugaan suri
    iman wat surprise la kat ammar
    -na'dz

    ReplyDelete
  9. pada penulis.
    cerita ni senada la.. dreaging ja rasa.. ada satu dia part ja yang boleh buat tertanya2.telalau lebih pada kebaikan sangt patutnya wujudkan konflik yang lebih kuat.
    contoh part amir tu jadikan dia sbgai watak antogonis yang kuat..
    saya masih mencari bab 6 yang hilang entah kemana.
    apa pun cara penulisan ni baik.. tahniah saya ucapkan pada awk kerana bejaya melanjutkan cerita ini sehingga ke episod 48.

    ReplyDelete
  10. Touching... antara Iman dan Mama Iman...

    ReplyDelete

Back to Top