Prolog

credit to google

HAJI DAHLAN melabuhkan punggung diatas katil. Wajahnya suram. Dian Ilham masih kusyuk mengaji walaupun sedar akan kehadiran dirinya. Hatinya memanjat syukur kerana walaupun nampak terkejut dengan berita kematian ayah dan mamanya, Dian Ilham tidak meraung seperti yang dijangkanya. Namun wajah itu tidak lagi menghadiahkan senyuman ceria seperti selalu setiap kali pulang ke rumah. Badannya terasa letih selepas menguruskan pengebumian kedua- dua menantunya. Anak perempuannya, Raudah telah pergi dahulu darinya 22 tahun yang lalu selepas melahirkan Dian Ilham.

“Shuib tidur dah?” soal Dian Ilham selepas menghabiskan bacaan terakhirnya. Al-Quran diletakkan semula ditempatnya. Kain sembahyang dilipat dan digantung di dalam almari.

Haji Dahlan menggeleng kepalanya.

“Meragam. Mak Long kamu tengah cuba tidurkan dia,” balas Haji Dahlan nampak gusar. Sejak kecil lagi Shuib Darwish tidak berpisah daripada meminum susu arwah mamanya. Arwah Jamilah, isteri kedua Dani tidak pernah memberikan Shuib susu biasa.

“Nanti Dian tengokkan Shuib,” dia melabuhkan punggung disisi atuknya.

“Dian okay?”

Dian Ilham menoleh. Dia tersenyum hambar. Air matanya kembali bergenang bila melihat potret arwah ayah dan mamanya sewaktu mereka menyambut raya beberapa bulan yang lalu. Shuib nampak begitu comel dengan baju melayunya dan dipangku oleh arwah ayahnya.

“Sabar Dian,” bahu itu ditepuk beberapa kali.

“Susah Dian nak terima tuk. Minggu lepas Dian balik… ayah, mama nampak macam biasa. Langsung tiada perubahan. Tapi hari ni Dian balik, mereka dah tak ada,” bergetar suara gadis itu meluahkan isi hatinya.

“Dian, ALLAH lebih sayangkan arwah ayah dan mama Dian,” ujar Haji Dahlan perlahan. Dia sendiri sukar menerima kenyataan itu.

“Selama ni ayah tempat Dian luahkan segala- galanya. Semua masalah Dian, ayah yang tahu. Dian rasa selesa bila berbual dengan ayah. Dengar sahaja suara ayah… hilang segala masalah yang ada dalam diri Dian. Tapi sekarang,” perlahan- lahan air matanya menitik tapi pantas diseka dengan tangan.

“Walaupun mama muncul dalam hidup Dian sekejap je. Tapi selama ni Dian memang dah anggap mama macam mama Dian. Dian memang sayangkan mama,” sambung Dian Ilham lagi. Dulu arwah Jamilah adalah cikgu di sekolahnya. Arwah Jamilah memang banyak membantu Dian Ilham bila dia memerlukan seorang ibu. Perkahwinan arwah ayahnya dan Jamilah memang menggembirakan dirinya. Walaupun Jamilah muda, tetapi Jamilah seakan- akan memahami dirinya. Senang sahaja Jamilah diterima dalam keluarganya.

“Dian dah tak ada sesiapa tuk,” hampir dia tidak bersuara.

“YA ALLAH, Dian. Dian ada atuk lagi. Dian ada Shuib. Shuib baru dua tahun Dian. Dia tak tahu apa- apa lagi. Sekarang hanya Dian sahaja saudara yang Shuib ada,” ujar Haji Dahlan.

“Dian baru 22 tahun tuk. Macam mana Dian nak jaga Shuib? Dian belajar lagi. Dian tak boleh bawa Shuib duduk hostel,” balas Dian Ilham.

“Atuk jaga Shuib. Atuk ikut mak long kamu balik kampung.”

Dian Ilham geleng kepala.

“Rumah ni? Dian tak nak berpisah dengan adik.”

“Tak Dian. Dian tak berpisah dengan adik. Kedah dan Pulau Pinang dekat je. Dian belajar kat Penang. Tiap- tiap minggu Dian boleh balik. Kalau atuk dan Shuib duduk KL, susah Dian nak berulang- alik,” beritahu Haji Dahlan. Cadangan ini telah difikirkan oleh anak sulungnya, Rafidah yang menetap di Kedah.

Dian Ilham terdiam.

“Betul tuk?”

Haji Dahlan mengangguk. Perlahan- lahan dia menarik tubuh Dian Ilham kedalam pelukannya. Air mata Dian Ilham kembali menitik. Semakin lama, tangisannya semakin kuat. Dia betul- betul rasa kehilangan. Jiwanya terasa begitu kosong. Dunianya terasa gelap. Dia hilang punca.

tolong saya komen (:

ditulis oleh
imani hatta

10 comments:

  1. waitin 4 next entry.. x sbr nk bca.. ;)

    ReplyDelete
  2. woot woot citer baru. all the best!

    ReplyDelete
  3. woa lawa la blog now. hehehe. cantik je bedroom kat atas tu.

    ReplyDelete
  4. certa baru...
    best...best...
    sambung cepat2 erk...
    hehhe
    :)

    ReplyDelete
  5. wow..sis, citer baru ye..
    syoknye..x sbr nak tau next n3..

    ReplyDelete
  6. salam.
    penceritaan okey. mungkin dlm bab seterusnya akan lebih gempaq lgi:)

    ReplyDelete
  7. menarik.... sambung lagi sis...

    ReplyDelete
  8. waaa..belog makin lawa. :)
    actually dh lme x singgah sni..hiu3..
    nyway crite baru tu mcm best ;)
    menunggu update ^_^

    ReplyDelete