![]() |
| credit to google |
Sejak kecil lagi DIAN ILHAM dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ayahnya, Dani selepas ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya. Dia juga tidak tercicir kasih sayang daripada atuknya, Haji Dahlan. Walaupun begitu, semakin hari Dian Ilham terasa kekosongan dalam dirinya. Dia perlukan seorang ibu. Demi memenuhi permintaan Dian Ilham, Encik Dani mengambil keputusan mencari peganti isterinya. Baru sahaja Dian Ilham tersenyum dengan kedatangan orang baru dalam rumahnya ditambah pula dengan kelahiran Shuib Darwish, adik yang selama ini diimpikan... Encik Dani dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya... dan terkorban.
![]() |
| credit to google |
Sejak kecil IAN RIZQIN dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ayahnya yang mahukan semua anak- anaknya mengikuti kata- katanya. Demi mengejar impian sendiri, Ian Rizqin sanggup menyeksa diri. Minatnya pada masakan sukar untuk dibuang. Dia terlalu cinta dunia masakan. Tetapi niat itu dihalang keras oleh ayahnya yang merasakan dunia masakan hanyalah untuk wanita.
Dian Ilham dan Ian Rizqin berkorban demi keluarga dan impian. Mereka sedar akan hadirnya cinta antara mereka, tapi perlukan mereka korbankan juga..?
Semuanya akan dirungkaikan dalam
CINTA & HARAPAN

