| terima kasih Encik Google |
“Sorry tau Ian. Terpaksa susahkan awak hantar saya. Atuk tu…. tiba- tiba nak pergi masjid. Tadi dah discuss yang saya akan terus hantar atuk balik lepas hantar Shuib…. tiba-tiba atuk tukar plan. Geram betul. Susahlah saya nak bergerak hari ni,” ujar Dian Ilham panjang lebar. Dia masih geram dengan Haji Dahlan. Tiba- tiba sahaja menyuruhnya pergi kerja bersama dengan Ian. Kebetulan sebelum sampai ke pejabat Ian pasti akan melalui SENI Sdn. Bhd dahulu.
“Atuk ada hal agaknya kat masjid. Selalu ke atuk pergi masjid?”
Dian Ilham angkat bahu. Dia juga tidak pasti.
“Kitaorang baru je pindah balik kan. Tapi sebelum pindah dulu. Memang atuk banyak habiskan masa kat masjid. Saya masa tu belajar lagi. Rajin juga atuk bawa Shuib sebab arwah ayah kerja. Arwah Mama pun kerja. Jadi atuk yang jaga Shuib. Sejak Shuib baby lagi. Atuk pun jaga saya dari saya baby lagi.”
Ian Rizqin mengangguk sahaja. Dia sudah mengetahui nasib malang yang menimpa keluarga Dian Ilham melalui kakak dan abang iparnya.
“Kagum saya dengan atuk awak,” ujar Ian Rizqin. Sesekali dia melihat jam di dashboard. Memang dia sudah lewat. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dian Ilham juga sudah lewat. Mujurlah dia sudah memberitahu setiausahanya tadi mengenai kelewatannya.
“Atuk cakap dah tanggungjawab dia. Arwah ibu meninggal lepas lahirkan saya. Arwah ayah masa tu terkejut sangat sebab arwah ibu meninggal dunia. Jadi atuk datang dari kampung. Tolong jaga saya, dah pulihkan semangat arwah ayah. Kalau atuk tak ada…. saya tak tahulah. Bagi saya… atuk memang segala- galanya,” beritahunya.
Ian Rizqin melepas pandang pada Dian Ilham. Dia nampak terkejut.
“Kenapa?”
“Arwah ibu? Arwah mama?” berkerut dahinya.
“Oo.. arwah ibu saya meninggal dunia lepas lahirkan saya. Arwah mama kahwin dengan arwah ayah masa umur saya 18 tahun. Itu pun sebab saya paksa arwah ayah kahwin lagi. Arwah ayah tak mahu kahwin masa saya kecik… sebab dia takut saya ada mak tiri. Dia tak mahu nasib saya macam Cinderella,” Dian Ilham tergelak. Terbayang wajah arwah ayahnya yang pada mulanya agak berat untuk mengahwini arwah mama. Memang arwah ayahnya sangat menyanyanginya. Walaupun tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu, tetapi kasih sayang dari arwah ayah dan atuk tidak membuatkan dia terasa seperti dia tersisih kasih sayang.
Ian Rizqin diam. Dia melihat Dian Ilham melalui ekor matanya. Kini dia bukan sahaja kagum dengan Haji Dahlan, tetapi Dian Ilham juga. Gadis itu begitu tabah menjalani hidupnya. Tiba- tiba dia bersyukur dengan kurnian ALLAH padanya. Dia masih punya keluarga. Tak tahu bagaimana hidupnya nanti bila ayah atau ibunya pergi menemui Ilahi.
“Ish, awak ni betul peguam ke?”
“Hah? Kenapa?”
“Awak senyap sangat. Saya rasa macam cakap dengan patung lah pulak.”
Ian Rizqin ketawa.
“Tak sangkalah Dian. Panjang sungguh jodoh kita. Nampaknya besar juga jaga Khairi kan? Kalau bukan sebab dia… manalah saya kenal awak mula- mula dulu. Tapi kelakarlah awak masa tersadung batu tu. Batu tu besar tau.”
“Eh…. sedapnya awak mengata saya! Batu tu saya tak nampak.”
“Dian. Masa tu awak pakai cermin mata bapak besar. Tak nampak lagi? Eh, tak pakai dah cermin mata tu?” soalnya. Baru dia sedar Dian Ilham sudah menukar cermin mata.
Dian Ilham tarik sengih walaupun hatinya geram juga bila selamba sahaja Ian Rizqin mengatanya.
“Saya ni…. suka tukar cermin mata. Tukar jam. Nanti kalau free, saya tunjuk koleksi saya,” ucapnya.
“Bag ni… awak tak ada koleksi pulak?”
“Bag ni arwah ayah bagi dulu. Seminggu sebelum arwah ayah dan mama accident. Ni hadiah terakhir saya dapat. Sampai sekarang…. saya tak pernah tukar lagi bag,” ucapnya tersenyum tawar.
Ian Rizqin gigit bibir. Dia mengutuk diri.
“Sorry.”
“Tak apa. Awak tak tahu… buat masa ni. Saya tak rasa pun nak buat koleksi bag.”
Dian Ilham tarik sengih.
“Sorry. Saya pelik je. Bekas- bekas girlfriend saya dulu. Memang suka buat koleksi bag, jam… Saya pun tukang penambah koleksi diaorang,” ujar Ian Rizqin cuba untuk mengembalikan kecerian Dian Ilham.
“Ramai sungguh girlfriend awak Ian!”
“Eh, mana tahu?”
“Awak sebut… bekas- bekas girlfriend tadi.”
“Itu plural. Jadi tak tahu bilangan sebenarnya. Mana tahu ramai pulak?”
“Saya singular je tau,” balas Dian Ilham.
Ian Rizqin ketawa besar.
“Takkan sorang je bakas pakwe?”
“Yup. Sorang je. Itu pun jodoh tak panjang.”
Ian Rizqin ketawa lagi.
“Mintak- mintaklah jodoh kita panjang Dian… dulu berkenalan sebab awak nak interview Khairi. Lepas tu… elok je kita dah berjiran.”
“Maksudnya?”
“Jodoh panjang lah,” sukar untuk Ian Rizqin menerangkan panjang lebar kerana sesungguhnya dia sendiri tidak memahami maksud di sebalik kata- katanya. Kenapa dia mahu jodohnya dengan Dian Ilham panjang?
“Pening cakap dengan peguam ni,” putus Dian Ilham yang tidak memahami kata- kata Ian Rizqin sebentar tadi.
Ian Rizqin ketawa. Dia jadi terhibur dengan sikap Dian Ilham.
“Best ke jadi peguam?”
“Kenapa tanya?”
“Dulu arwah ayah pun peguam.”
“La… yeke? Best jugaklah,” balasnya.
“Eh, macam paksa rela je cakap best. Dulu arwah ayah bila tanya pasal kerja… bersinar mata- mata nak cakap,” ujar Dian Ilham.
“Susah nak terangkan….” sugul wajah Ian Rizqin.
“Ish, awak pelik. Eh, awak berhenti dekat sini je. Tak payah masuk dalam. Nanti kalau terserempak dengan member saya yang lain… panjang cerita. Susah nak simpan rahsia dengan wartawan nih.”
Ian Rizqin tersenyum. Faham dengan maksud kata- kata Dian Ilham.
“Susah juga kalau nak simpan rahsian dengan peguam.”
“Betul tu!”
“Balik nanti…. balik dengan siapa?”
Mitsubishi Lancer Evolution berwarna putih milik Ian Rizqin diberhentikan betul- betul di hadapan pintu masuk SENI Sdn. Bhd.
“Atuk ambil. Eh, Adriana dan Alya. Siapa ambil?”
“Ooo.. nanti Adriana lepas balik tadika. Terus pergi Taman Asuhan tu. Petang nanti kakak saya datang ambil.”
“Anaqi dan Amani?”
“Abang Adli yang ambil. Hantar terus balik rumah. Budak- budak tu dah besar. Pandai urus diri sendiri. Tapi risau juga. Sekarang nih…. tengah cari orang gaji. Nak cari bas sekolah juga yang boleh ambil diaorang.”
Dian Ilham mengangguk sahaja.
“Nah. Awak bagi nombor telefon atuk kat abang Adli. Suruh dia call atuk. Rasanya atuk free je nak jaga Anaqi dan Amani.”
“Betul ke?”
Dian Ilham mengangguk.
“Semalam pun atuk ada tanya… siapa nak jaga budak- budak ni. Atuk fahamlah. Orang KL memang sibuk dengan kerja.”
“Terima kasih Dian.”
Dian Ilham tersenyum.
“Terima kasih Ian sebab tolong hantar saya.”
“Small matter.”
Dian Ilham mengangguk dan melangkah keluar. Ian Rizqin melepas pandang pada Dian Ilham sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan. Jodoh kita panjang? Ish, tak mungkin dia juga jatuh cinta dengan gadis itu. Mereka baru sahaja berkenalan. Tapi memang hatinya sudah tertarik dengan gadis itu…. sejak gadis itu tersedung batu di hadapannya. Dia tersenyum. Memang lawak sungguh muka Dian Ilham tika itu.
tolong saya komen (:
tolong saya komen (:
ditulis oleh
Imani Hatta
lamanya tunggu smbgn cite nie... best2... next n3...
ReplyDeleteyay!!!
ReplyDeleteimani,, kecilkan ruang post boleh? hehehee... lebar sgt
Memang Jodoh Kita Panjang.... hahaha...
ReplyDeletemaksud yang mendalam....hehehe
best nak lagi...
ReplyDelete