![]() |
| terima kasih Encik Google |
“Kenapa lambat D?” terus Atikah menyoalnya bila dia sampai di hadapan muka pintu.
“Aku rasa aku dah beritahu bos,” malas dia hendak menjawab soalan Atikah. Dia kenal sangat dengan Atikah. Walaupun sudah tahu jawapannya, masih mahu bertanya soalan yang sama.
“Shuib menangis tak first day dekat sekolah?”
“Tak. Cool semacam je budak tu. Tadi dia yang beria suruh aku pergi dulu.”
Atikah ketawa. Terbayang wajah Shuib dengan pakaian uniform. Comel. Dia sudah menganggap Shuib seperti adiknya.
“Eh, kau datang dengan apa ni?”
Dian Ilham duduk di tempatnya. Dia terus membuka laptop yang ditanggalkan di pejabat semalam. Semalam dia pulang lewat. Jadi dia tahu, kalau pulang ke rumah. Dia pasti tidak akan menyambung kerjanya.
“Ish, kau ni. Sibuk betullah. Jap,” terus dia mengambil Iphone di dalam beg galasnya.
“Assalamualaikum, tuk. Dian dah sampai pejabat nih,” beritahunya terus selepas Haji Dahlan menyambung talian.
“Tuk. Dian bagi nombor telefon atuk pada Ian. Dian suruh dia bagi pada abang Adli. Sementara tak ada orang gaji, biarlah budak- budak tu duduk dengan kita jap. Atuk okay tak?”
Dian Ilham mengangguk beberapa kali. Atikah sudah besar matanya. Kebetulan tempat Atikah hanya bersebelahan dengan mejanya. Sengaja Atikah pasang telinga.
“Nanti Dian balik dengan teksi. Dia balik lewat kot…. atuk jangan risau. Pandai Dian jaga diri.”
“Aku kirim salam,” pesan Atikah separuh berbisik.
“Atuk. Tikah kirim salam. Dia cakap…. nanti dia nak datang rumah. Dah lama dia tak masak- masak ni. Dia dah gian,” ucapnya sebelum ketawa bila muka Atikah sudah bertukar masam. Bukan dia tidak tahu. Atikah memang tidak pandai memasak. Haji Dahlan juga mengetahuinya.
“Kau memang bukan kawan yang baiklah. Aku cakap lain… kau tokok tambah,” ucap Atikah terus. Dia kembali menghadap laptopnya.
Dian Ilham tersengih. Talian dimatikan selepas memberi salam.
“Nah,” majalah SKUAD terus dihulurkan pada Dian Ilham yang nampak tercengang.
“Carl bagi tadi. Dia cari kau. Dia dah keluar. Ada interview. Cerita tentang Khairi Mohd Amir ada dalam ni,” beritahunya.
Dian Ilham mengangguk. Dia meneliti muka surat yang disuruh oleh Atikah sebelum tersenyum. Seperti yang dijanjikan oleh Carl, nama mereka turut disertakan. Pada mulanya bising juga Encik Haris, ketua majalah SKUAD bila diberitahu bahawa berita mengenai Khairi Mohd Amir telah dibuat oleh dia dan Atikah.
“Eh, mana dapat gambar isteri dan anak- anak Khairi Mohd Amir ni?”
Atikah angkat bahu.
“Aku agak… Carl mintak kot dengan Khairi.”
Dian Ilham hanya mengangguk sahaja. Majalah itu disimpan. Dia meneliti jadualnya hari ini. Memang penuh. Tiba- tiba dia terbayang Ian Rizqin. Untunglah sesiapa yang menjadi teman wanita Ian Rizqin. Lelaki itu agak kacak dan mempunyai kerjaya. Kereta pun cantik. Dia suka kereta Ian Rizqin. Sporty.
“Eh, kau ingat lagi tak Ian Rizqin?”
“Hah?” separuh menjerit dia dibuatnya. Segera dia menutup mulut dan tersengih malu pada rakan sekerjanya yang lain bila mereka menoleh memandangnya.
“Eh, yang kau terkejut macam nampak hantu ni kenapa?”
“Mana ada,” segera dia menafikannya.
“Kau jangan nak tipu aku Dian Ilham. Aku masak sangat dengan perangan kau. Kau contact ke dengan dia? Mesti kau call dia kan? Tak sia- sia dia bagi business card hari tu.”
“Ish, kau jangan nak merapu. Macam kau tak kenal aku.”
“Dah kenapa kau terkejut bila aku sebut nama dia?”
Dian Ilham garu kepala yang tak gatal. Shawl yang berbalut dikepala dibetulkan.
“Tadi aku datang pejabat dengan dia lah,” perlahan sahaja suaranya.
“What???”
Sekarang satu pejabat sudah memandang ke arah mereka. Atikah langsung tidak mempedulikannya.
“Baik kau terang kat aku. Ada apa- apa yang aku miss ke?”
Dian Ilham tarik nafas. Perlahan- lahan dia menceritakan penemuannya dengan Ian Rizqin secara tiba- tiba dirumahnya dahulu dan bagaiman mereka secara tidak sengaja menjadi rapat.
“Yang kau gelak kenapa ni?” tak puas hati wajah Atikah.
“Kau buat lawak.”
“Bila masa aku buat lawak?”
“Muka kau lawak! Sekejap terlopong. Sekejap mengangguk,” terus dia ketawa.
“Aku takjub.”
“Sebab apa tiba- tiba takjub?”
“Kuasa ALLAH. Panjang sungguh jodoh korang. Pertama kali jumpa dulu, macam anjing dan kucing.”
“Panjang jodoh?” dia teringat kata- kata Ian Rizqin.
“Mestilah. Tiba- tiba dia berjiran dengan kau. Lepas nih… segala cerita kau. Kau mesti update kat aku. Itu priority. Faham?”
“Eh, sejak bila kau kena jadi priority ni?”
“Mulai saat ini,” putus Atikah.
“Ish, malas aku nak layan kau nih. Aku banyak kerja nih. Kau ni tak ada kerja ke?”
“Banyak jugak.”
“Jadi tak reti nak buat ke?”
Atikah tarik sengih. Dia kembali menghadap laptop sebelum konsentrasinya terganggu bila beberapa kali Iphone Dian Ilham berbunyi. Dian Ilham pula langsung tidak mengambil peduli.
“Kau ni sejak bila jadi pekak ni?”
“Mulut kau tu. Memang tak makan saman lah Tikah.”
“Yang kau tak angkat call tu kenapa? Siapa call?”
Dian Ilham mengambil Iphone. Dia menukar mode telefon kepada silent.
“Zack.”
“Dia cari kau lagi?”
Dian Ilham mengangguk.
“Dah berapa lama korang break?”
“Dalam empat bulan kot,” agak Dian Ilham. Dia tidak pernah mengiranya.
“Kau sayang dia lagi tak?”
“Dah lama mati. Dia sepatutnya bersyukur sebab aku dah maafkan dia.”
“Tapi sampai sekarang dia cari kau. Kau tak rasa dia dah berubah?”
Dian Ilham angkat bahu. Zakri Ezani. Lelaki itu pernah hadir dalam hidupnya. Dia pernah memberikan sepenuh kasih sayangnya pada lelaki itu. Tapi dengan senang dia dipermainkan oleh lelaki itu. Dia bukan sahaja tidak boleh memaafkan Zack kerana menipunya. Tetapi Zack juga menipu atuk dan adiknya. Shuib sudah menganggap Zack seperti abangnya sendiri.
“Biarkan dia. Kalau dia jodoh aku. Aku dan dia mungkin bersatu. Tapi aku dah serik.”
Atikah mengeluh. Dia kenal dengan Zack. Mereka bukan sahaja dari jurusan yang sama, malah dalam kelas yang sama. Zack dan Dian Ilham bercinta sewaktu mereka dalam tahun dua. Di mana ada Zack, di situ ada Dian Ilham. Siapa sangka, hubungan mereka putus di tengah jalan. Zack rupanya sudah bertunang dengan seseorang dari kampungnya. Mereka bertunang sebelum Zack masuk belajar lagi. Patutlah Zack tidak pernah memperkenalkan Dian Ilham pada keluarganya. Bukan Dian Ilham sahaja marah pada Zack, dia juga. Carl juga membenci Zack. Penipu besar!
“Dia tak kahwin lagi ke?”
“Malas aku nak ambil tahu.”
“Okey. Sorry D. Aku tak tanya dah. Eh, kau nak pergi mana petang ni?” Atikah menukar topik perbualan.
“Kenapa?”
“Tadi aku dengar kau kata atuk tak payah ambil kau. Kau nak pergi mana?”
“Kerja lah. Aku nak cover story tentang anak luar nikah ni.”
“Siapa?”
“Dia tu bekas pelacur.”
“Mana kau jumpa dia?” terkejut Atikah dibuatnya.
“Sumber aku,” Dian Ilham tarik sengih.
Atikah angguk kepala. Dia faham jika Dian Ilham tidak boleh membocorkan rahsia mengenai sumber beritanya.
“Kau sorang?”
Dian Ilham angguk kepala.
“Jangan risaulah. Kau buat kerja kau.”
“Kau jaga diri,” pesan Atikah. Entah kenapa, dia berasa tidak sedap hati.
tolong saya komen (:
ditulis oleh
Imani Hatta

best2... tp nmpk pendek la... ok la next n3 erk... ;p
ReplyDeletesambung lagi :D
ReplyDelete