Sengaja Aku Jatuh Cinta: Bab 4


“BERSELERA dia makan,” tegur Rizqin. Kebetulan memang hanya ada Dinie dan adiknya sahaja di dapur. Bibik sedang mengemas di bahagian depan. Ezzaty meminta diri masuk ke dalam bilik untuk menidurkan Aidan. Kamil dan Megat Fadli pula melihat anak-anak bermain di luar rumah. Encik Muhammad dan Puan Syarifah sudah meminta diri masuk ke dalam bilik untuk solat isyak. 

“Memang dia kuat makan. Tengok badan tu. Tengok pipi montel dia ni,” jawab Dinie, cuba berlagak biasa walaupun entah kenapa jantungnya berdebar kencang. 

Noah menjeling tajam pada Rizqin. Lagak seperti tidak berpuas hati. 

“Apa renung orang macam tu, Noah.” Dinie cuit pipi tembam Noah. 

Rizqin tarik sengih.

“Siapa nama?” soal Rizqin walaupun sudah tahu nama si kecil itu. 

“Noah Imaan.” 

“Nama abang, apa pula?” Terangkat kening berwarna perang muda kekuningan itu. 

“Rizqin. Panggil abang, Abang Rizq je. Noah umur berapa?” Rizqin melabuhkan punggung di atas kerusi kosong yang betul-betul menghadap Noah. Mata sepet dengan anak mata hitam yang agak besar dan nampak merah itu direnung pula. Comel. 

Noah angkat empat jarinya. 

“Tahun depan, umur Noah lima tahun. Kan kakak?” 

Dinie mengangguk. Beberapa hari lagi, memang akan tahun baru. 

“Noah dah besar.” Bangga Noah mengucapkan kenyataan itu.

Rizqin ketawa. Memang besar…. 

“Kalau umur lima tahun, Noah nak buat apa?” soal Rizqin ingin tahu. 

Noah garu dagunya. 

“Noah nak jadi bodyguard kakak. Noah nak jaga kakak pula. Lepas ni, takde siapa pun boleh buat kakak nangis. Abang Rizq nak buat kakak nangis juga ke?” soal Noah, petah.

“Err....” Rizqin, kelu. Tidak faham maksud Noah tadi. Berpandangan pula dia dengan Dinie yang juga sudah kelam-kabut menyuruh adiknya itu diam. 

“Kakak Haha cakap, bila Noah besar... bolehlah Noah jadi bodyguard kakak. Lepas ni, Abang Zack pun tak boleh buat kakak nangis lagi. Kalau ada sesiapa buat kakak nangis, Noah pukul!” Merah padam muka Noah apabila bercerita. 

“Dah... jangan nak merepek Noah. Cepat habiskan makanan ni. Dah lewat ni,” suruh Dinie dan terus menyumbat nasi yang digaul dengan kicap ke dalam mulut Noah. Kalau makan apa-apa pun, adiknya itu pasti akan menyuruh nasi digaul dengan kicap. Mungkin terikut-ikut perangainya. Dia ada terbaca juga, kanak-kanak kalau hendak diajar bukan melalui kata-kata ataupun nasihat, tetapi melalui contoh yang kita tunjukkan. Setakat ini, hampir 80% minatnya sudah jadi sebati dalam diri Noah juga. 

“Awak dah makan ke?” soal Rizqin pula pandang Dinie. Sejak tadi, memang dia tidak nampak pula Dinie mengambil dua pinggan. 

“Dah.” 

“Bila awak makan?” 

“Sambil suap Noah ni.” 

“Kakak cakap, kalau Noah kenyang... kakak pun kenyang. Betul ke Abang Rizq?” soal Noah pandang Rizqin pula. 

“Err... tak betul. Kalau Noah kenyang, tapi kakak tak makan... mana boleh kenyang,” jawab Rizqin.

Dinie membuntangkan mata. Tajam merenung Rizqin.

“Betullah saya jawab!” 

“Jadi, kakak tipu Noah ya?” 

“Tak. Kakak tak tipu, kakak makan juga kan ni?” Dinie sumbat nasi ke dalam mulutnya. 

“Lepas ni, kalau kakak suap Noah... Noah kena pastikan, kakak pun makan juga. Okay?” Rizqin tarik sengih. Langsung tidak pedulikan renungan tajam Dinie. 

“Okay Abang Rizq. Noah suka Abang Rizq ni... tak macam Abang Zack. Suka bagi kakak nangis,” sambung Noah tersenyum. Wajah Rizqin tiba-tiba dipegang dan diusap.

“Err... sorry! Noah ni... walaupun pakai cermin mata, tapi memang dari kecil, bila dia nak mula kenal orang tu, dia suka pegang muka.” Dinie tarik tangan Noah. 

“Takpe. Saya faham” Rizqin tersenyum. Dia melepas pandang pula pada Dinie. Dia perasan kulit Dinie tiba-tiba nampak merah. Suka dia melihat mata hazel itu setiap kali mereka berbalas pandangan. Sebenarnya sejak petang tadi lagi dia sudah perasan mata hazel Dinie. Sebab itulah, tanpa rasa malu dia serahkan juga kad namanya pada Nabiha walaupun dia tahu, mustahil gadis itu akan menghubunginya lagi. Tertanya-tanya juga dia siapakah Zack yang asyik disebut Noah tadi. 

“Adik!”

Rizqin tersentak.

“Apa akak ni... jerit-jerit.”

“Buat apa tu?” soal Ezzaty tersengih-sengih. Pelik dia melihat Rizqin berada di dapur bersama dengan Dinie.

“Hmm... basuh kereta akak. Nak tolong ke?” sinis soalan Rizqin. Faham sangat dengan sengihan kakaknya itu. Pantang sungguh kalau melihat dia dengan perempuan. 

“Abang Rizq basah kereta? Bukanlah, Abang Rizq mengurat kakak Noah.” Berkerut-kerut pula dahi Noah. Jujur pula jawapan yang terluah dari mulut si kecil itu.

Terpempan Rizqin dan Dinie. Ezzaty sudah galak ketawa sehingga merah padam mukanya. Suka melihat Rizqin yang gaya seperti tercekik biji durian. 

“Macam mana tahu Abang Rizq mengurat kakak Noah?” soal Ezzaty ingin tahu. 

“Abang Wan cakap, kalau tiba-tiba ada lelaki cakap baik-baik dengan kakak, lelaki tu nak mengurat kakak,” jawab Noah selamba.

Dinie terus sumbat nasi dalam mulut Noah. Adiknya itu, memang memalukan kaum sungguh! Buat dia perasan seorang diri. Memang terasa semua darahnya naik ke muka. Cukuplah dia malu petang tadi. Geram juga dia pada Zakwan yang mengajar bukan-bukan pada adiknya itu.

“Noah ni merepek je akak.” Dinie menafikan.

“Kadang-kadang budak-budak ni cepat baca isi hati orang dewasa. Kan Noah?” soal Ezzaty sambil mengelus lembut rambut perang muda kekuningan Noah. 

Noah hanya mengangguk tanpa memahami. 

“Dah... akak jangan nak mengarut. Rizq nak masuk bilik. Solat. Err... iPhone akak mana?” Rizqin berdiri.

“Nak buat apa?” Pelik Ezzaty.

“Pinjam jap. iPhone Rizq takde bateri. Tengah charge. Nak call Shah jap. Pasal hal tadi tu.” Rizqin tayang muka serius. 

“Ada dalam atas rak tu.” 

Dinie meneruskan aktiviti menyuap nasi ke dalam mulut Noah. Sesekali diselangi masuk ke dalam mulutnya apabila Noah sedar dia tidak makan. Bukan dia tidak mahu makan, tapi memang sejak dulu lagi selepas pukul sembilan, dia jarang makan makanan berat. Cukuplah sekadar roti ataupun biskut. Nasib baik juga Ezzaty muncul. Tidaklah dia rasa kekok diperhatikan lelaki itu. 

Pandai adik awak. Save my nombor.
Dinie terpempan. Berkali-kali dia pandang mesej Whatsapp yang baru masuk sebelum melepas pandang pada bilik yang tertutup rapat dan baru dimasuki Rizqin tadi. Perkataan ‘Anaqi’ jelas tertera di hadapan pintu.

“Kenapa Dinie?” soal Ezzaty. Pelik melihat Dinie yang gaya seperti nampak hantu.

“Akak ada minta nombor saya semalam kan?” 

Berkerut dahi Ezzaty dan terus mengangguk. 

“Kenapa?” 

“Err... takde apa-apa.” Dinie bangun membasuh tangan. Ezzaty pula menolong Dinie mendukung Noah bagi membasuh mulut si kecil itu.


5 comments:

  1. seronokkkk...
    nak lagi Imani Hatta :)

    ReplyDelete
  2. bestla kak iman..... tak sabar betul nak baca sambungan dia..... Noah bijak berkata-kata :D

    ReplyDelete