// Kau Princess Aku Okey Diterbitkan.


Assalamualaikum, 

Akhirnya, novel kedua, Kau Princess Aku Okey! diterbitkan juga. Panjang liku-liku novel ni. Mula menulis di blog ini, cerita ini yang mula-mula saya tulis. Bila idea baru datang, dan idea hilang, beralih pada e-novel lain. Cinta Tak Terucap, yang pertama. First baby! dan selepas novel ini, insya-Allah teruskan dengan cerita Sengaja Aku Jatuh Cinta pula. Fuh! Harapnya liku-liku tak panjang. Umur novel Cinta Tak Terucap dah empat tahun, barulah lahir Kau Princess Aku Okey. 

Alhamdulillah. Mula menulis cerita ni, tahun 2008 kalau tak silap. Lama kan? 

Bermula dengan nama,

dan bertukar nama kepada ini pula, 


Apapun, alhamdulillah. Terima kasih Lovenovel Publication sebab sudi terbitkan novel saya ni. Risau jugalah masa hantar dulu. Terima kasih semua editor, terutama Kak Lynn yang banyak membantu. 

TAJUK: KAU PRINCESS AKU OKEY !
PENULIS: IMANI HATTA
ISBN N0: 978-967-0907-30-7
HARGA : RM 29.00(SM) / RM 32.00(SS)

“Aku tak percaya pada cinta.” – Hakimy
“Me too…” -Raysha

Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan? Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai.  
“Esha Ebrahim?” – Puan Sri Tengku Zanariah
 “Are you really our Jihan?” – Najmy 
“Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? – Hakimy

Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu 

“Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I’m serious about this. From now onwards, I’m going to take care of her.” – Iqram 

Tetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta...
Dan paling utama, kepada semua pembaca belog yang tak putus-putus melawat belog, membaca e-novel dan cerpen, dan bertanya bila novel ni nak terbit. Jawapan yang paling susah saya nak jawab, akhirnya terjawab juga. Semoga novel ini diterima semua. Amin. Jangan lupa dapatkan di pasaran nanti ya. ^^

Nak beli melalui penulis, boleh tekan gambar bawah ni



Terima kasih sebab terus menyokong saya ^^



10 comments:

  1. Assalamuaikum hai kak imani... emm seriously saya suka dengan blog akak ni.. i just want to asking macam mana akak edit blog ni bagi cantik... sorry for disturbing you..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, hi Iqah :)
      Thnx, tapi edit ikot suka je, kalau rasa bosan, tukar je. Huhu. Coding tu, google je. ^^

      Delete
  2. Tahniah!�� Akan selalu follow��...zoora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zoora. *bighug ^________^

      Delete
  3. Tahniah Imani.

    Kmas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih Kmas. Hehe *bighug ^__________^

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum #imanihatta

    yeahh #tahniah 'Kau Princess Aku Okey' lahir jugak akhirnya =))
    #jenuhmenunggu.

    ;) saya dah order dan tak sabar nak teroka isinya.
    #PatutnyaHariniSampai
    #TahniahTahniahTahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Anies :)

      Yeayy, alhamdulillah. Haha. Maaf sebab lama sangat menunggu kan. Terima kasih juga sebab dah beli. Haha.

      #Terimakasihterimakasihterimakasihterimakasih
      #bighugbighugbighug

      Thnx again

      ^_________________^

      Delete
  6. akhirnya cter ni keluar... semoga karya akan dtg nanti lebih baik drpd karya yg sebelum ni...keep it up..

    ReplyDelete