Cinta Semalam: Bab 2


MEGA HOTELS AND RESORTS (MHR) adalah syarikat milik tunggal Puan Sri Tengku Zanariah binti Tun Tengku Iskandar yang bertaraf bumiputera 100%. MHR mula beroperasi pada tahun 1953 oleh Tun Tengku Iskandar bin Tengku Abdullah dan merupakan hotel pertama yang dibuka oleh bumiputera. Pada tahun 1995, Puan Sri Tengku Zanariah melantik anak tunggalnya, Datuk Abdullah Harris bin Tan Sri Abdul Aziz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Pada tahun 2012, Encik Hakimy Rayyan, anak sulung Datuk Abdullah Harris dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Kini, MHR mempunyai cawangan di setiap negeri di semenanjung Malaysia dan berjaya meluaskan cawangan di beberapa buah negara di Asia iaitu Indonesia, Thailand, India dan Jepun. Pada tahun 2011, MHR London pertama di benua Eropah mula beroperasi. Projek yang memakan masa beberapa tahun itu bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan United Kingdom, malah mengharumkan nama negara.

MAKLUMAT mengenai Mega Hotels and Resorts dibaca lagi beberapa kali. Gambar Datuk Abdullah Harris bersama Hakimy Rayyan dipandang lama. Dia sendiri pernah berjumpa mereka berdua. Tetapi saat itu, langsung tidak terdetik persamaan antara mereka. Kenapa dia terlalu bodoh untuk menyedari hakikat itu? Dia mengeluh lagi. 

“Thank you sir.” Jihan Raysha melangkah turun dari teksi selepas membayang tambang.

Dia mendongak tinggi. Terpana melihat ketinggian Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur yang secara nyata berbeza 10 kali ganda daripada Mega Hotels and Resorts London yang hanya lima tingkat sahaja. Malah jumlah pekerja juga tidak ramai. Di Mega Hotels and Resorts London, tingkat pertama menempatkan ruang pejabat yang tidak terlalu besar. Dia juga bekerja sendirian di bawah Marketing dan Communication Department. Apabila ditukarkan ke Malaysia, jawatannya tetap sama, cuma gajinya akan dinaikkan. Malah bekerja di Malaysia, dia mendapat banyak keistimewaan dan elaun sampingan yang dia tidak akan dapat di London. 

Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur sengaja dibina hampir menyerupai Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 40 tingkat dan jumlah bilik sebanyak 788 buah. Sebab itulah Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur mempunyai dua bahagian ataupun wings iaitu Makmur wing dan Sentosa wing. Di Makmur wing, lima tingkat di bawah terdiri daripada lobi, kafe dan beberapa buah dewan. 10 tingkat teratas Makmur wing merupakan ibu pejabat Mega Hotels dan Resorts. Selebihnya pula ada bilik-bilik tetamu jenis suite and lounge. Di Sentosa wing pula, hanya menempatkan bilik-bilik tetamu daripada pelbagai jenis termasuklah penthouse di tingkat 40. 

Jihan Raysha melemparkan senyuman pada penjaga pintu utama yang nampak segak dengan pakaian seragam rasmi Mega Hotels and Resorts yang bertemakan batik berwarna merah. Kemeja dan berseluar slack hitam manakala wanita pula manis dan cantik berbaju kebaya dengan tema yang sama. Dia cuba mengawal dirinya dari terus terlopong. Seni bina dan dekorasi dalam hotel lebih mengagumkan. Hotel ini nampak sangat mewah. Lobi utama ini menghubungkan Makmur wing dan Sentosa wing. 

“Hello. Welcome to Mega Hotels and Resorts Kuala Lumpur. I’m Lavin Chia. Is it your first trip to Malaysia?” Ramah Lavin menegur Jihan Raysha yang sudah tersenyum manis. Dia terus menghidangkan segelas air lemon di atas kaunter penyambut tetamu.

“Yes. I’m Esha Ebrahim. I have an appointment with Mr Syazlan Merican,” jawabnya pula. Bell boy yang menolongnya tadi setia menunggu di sebelahnya dengan senyuman panjang. Walaupun cermin mata berbingkai tebal dengan rambut yang diikat tinggi, tetapi kemanisan dan keayuan gadis berkulit putih dan berambut perang muda itu terserlah. 

“Wait a minute. I need to call him,” ucap Lavin dengan senyuman sebelum beredar ke kaunter belakang untuk mengambil telefon. Dia perlu memastikan dahulu sebelum mengarahkan gadis itu berjumpa dengan lelaki yang dimaksudkan. Seminit kemudian Lavin kembali menghadap Jihan Raysha dengan senyuman. 

“He asked me to guide you to his room. This is your key. We will go to your room first and then you may follow me to see Mr Syazlan,” ujarnya ramah. Senyuman masih kekal menghias bibir. Kemudian dia berbisik pada rakannya di sebelah sebelum keluar dari kaunter penyambut tetamu. 

Jihan Raysha mengangguk sahaja. Dia berpaling. Lavin menyuruh bell boy mengikut mereka. Dia naik malu apabila melihat kepala anak patungnya yang terkeluar dari beg kertas miliknya. Oleh sebab dia tahu yang dia akan duduk lama di Malaysia, dia mengambil keputusan membawa anak patung itu. Tidak sanggup dia berjauhan. 

“Good morning Mr Kimy,” tegur Lavin, mesra. 

Jihan Raysha tergamam. Menggeletar terus tangannya itu. 

“Miss are you alright?” Terus Lavin menyoal apabila melihat wajah pucat gadis itu. 

“Yes. I’m fine. Thank you for asking.” 

“Good morning... err Lavin. I need your help. Please don’t allow Miss Nurlisa coming to my room and please inform to all the receptionists as well.”

Lavin mengangguk sahaja. Faham sangat arahan timbalan pengarahnya itu. Bukan kali pertama dia diarah sebegitu. Malah hampir semua penyambut tetamu diberi arahan yang sama. Dia kenal dengan Nurlisa yang dimaksudkan. Gadis yang sering muncul dan minta bertemu dengan pengarahnya tetapi tidak pernah dilayan. Cuma hadiah daripada Nurlisa terpaksa dia terima. 

“But Mr Kimy. If she insist to see you?”

“Damn! She doesn’t allow here. I’ll warn the security.” Tegas suara lelaki itu. 

“Okay Mr Kimy.” Lavin nampak serba salah. Dia menoleh memandang Jihan Raysha yang masih nampak pucat di sebelahnya. 

“Miss are you really alright?”

Jihan Raysha mengangguk pula. Dia cuba melarikan diri dari memandang lelaki segak di hadapannya apabila lelaki itu tidak lepas memandangnya dari atas ke bawah. Bukan kali pertama dia berjumpa dengan lelaki ini, tetapi pertemuan kali ini tidak dijangkanya. Lelaki di hadapannya punya karisma tersendiri. Tubuhnya kurus, tetapi tegap. Tinggi hampir 180cm. Rambutnya ikal berwarna perang gelap dan sedikit panjang, tetapi disikat kemas. Warna matanya kelabu. Jihan Raysha mengeluh. Tiba-tiba dia teringatkan abangnya di Melbourne. Mereka hampir sama. Takdir apakah ini ya Allah?

“Siapa ni?” 

“Klien Encik Syazlan,” beritahu Lavin. Dia perlu segera menghantar gadis ini kerana banyak lagi kerja perlu dilakukan selepas ini. 

“Encik Syazlan? Kenapa saya tak tahu apa-apa pun. Cantik kan Lavin? Siapa nama?” 

Lavin tarik sengih. Dia faham sangat dengan perangai pengarahnya. Playboy! 

“Siapa nama?” soal lelaki itu lagi pada Lavin. 

“Miss Esha,” jawab Lavin sambil tersenyum pada Jihan Raysha. 

Jihan Raysha pula nampak terpinga-pinga. Dia tidak pasti sama ada dua orang lelaki di hadapannya sedar bahawa dia juga boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan memahami perbualan mereka. Hampir sahaja dia hendak menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia tahu sekarang dia sudah mula tenang apabila perasaan gemuruh dan terkejut tadi perlahan-lahan hilang. Lagipun bukan kali pertama mereka bertemu. 

“Esha!” 

“Uncle!” Mekar senyuman Jihan Raysha. Penyelamat! 

“Lama uncle tunggu kat office. Risau uncle,” beritahu Encik Syazlan dengan wajah bimbang. Jihan Raysha adalah anak kawan lamanya, jadi Jihan Raysha sudah dianggap seperti anak sendiri walaupun hanya beberapa tahun sahaja dia mengenali gadis comel itu. 

“Esha dah nak pergi. Tapi…,” balas Jihan Raysha sebelum dia melepas pandang pada dua lelaki di hadapannya yang sudah terlopong termasuklah juga bell boy yang sejak tadi menjadi pemerhati. 

“Kenapa Mr Kimy? Tutup mulut tu.” Pelik Encik Syazlan.

“Siapa ni?”

“Tak berkenalan lagi?” soal Encik Syazlan pula.

Pantas lelaki itu menggeleng.

Berkerut dahi Encik Syazlan sebelum tersenyum pula. Dia melepas pandang pada Jihan Raysha. Dia tahu Jihan Raysha mengenali pewaris Mega Hotels and Resorts kerana sudah beberapa kali mereka ke London. Rasanya dia juga pernah memperkenalkan Jihan Raysha dahulu. 

“Esha. Rasanya Esha kenal Hakimy Rayyan kan? He is our Executive Vice President.” 

Jihan Raysha mengangguk sahaja. Sudah banyak kali dia berjumpa. Tambah pula dia pekerja Mega Hotels and Resorts. Tetapi mungkin Hakimy tidak menyedarinya. Dia bukanlah sesiapa. 

“Mr Syazlan, she can speak Malay?” Sukar Hakimy hendak mempercayainya. Gadis mat salleh ni boleh bercakap dalam bahasa Melayu? Damn! Malunya rasa! 

“I doubt she can.”

Jihan Raysha angguk lagi. 

“Why don’t you tell me earlier?” 

Lavin dan bell boy sudah disuruh menghantar barang-barang Jihan Raysha ke bilik. Encik Syazlan pula terpaksa beredar sebentar apabila namanya dipanggil oleh seseorang di kaunter. Jihan Raysha dan Hakimy saling berpandangan. Kekok. 

“You never ask me, Mr Kimy. By the way, thank you for your compliment.” 

Merah padam wajah Hakimy menahan malu.

“I learnt Malay from my father. He’s Malay,” beritahu Jihan Raysha. Dia sentiasa bangga dengan darah campuran dalam dirinya walaupun tidak ramai mempercayainya. Dia terlalu mewarisi gen arwah mummy. Malah rambutnya sendiri berwarna perang muda kekuningan dan anak matanya berwarna biru cerah. 

“So, you are mixed?”

Jihan Raysha mengangguk sahaja. 

“Saya tak sangka.” Tersengih Hakimy. Nasib baiklah dia tidak terlajak kata tadi. Rasanya gadis ini lebih mengikut gen ibunya. Sama juga sepertinya. Gen Melayu kurang dalam dirinya. Sebab itu ramai boleh yang tersalah anggap bahawa dia bukan orang Melayu. Jadi tidak hairan jugalah dia boleh salah faham dengan gadis kacukan di hadapannya. 

“Saya rasa kita mungkin pernah berkenalan, tapi tak berkenalan rapat. Sebab tu saya tak tahu awak boleh bercakap bahasa Melayu. By the way, I’m Hakimy Rayyan.” Tangan dihulur untuk berjabat tangan. 

“I’m Esha.” Dia terus menyambut huluran tangan Hakimy. Dia cuba mengawal debaran dalam hati. Ya Allah, secepat ini aturan Allah padanya? 

“Just Esha? Surname? I believe your real name is not just Esha.” 

Jihan Raysha garu kepala yang tidak gatal. 

“Why? Is it a problem?” 

“I just can’t remember your name and I’m your bos. It is not a crime to know your name.” Sebenarnya Hakimy cuba untuk mengingati semula nama pekerjanya yang diluluskan untuk dipindahkan ke sini. Lagipun urusan pemindahan itu memang diuruskan sepenuhnya oleh jabatan sumber manusia, dan Encik Syazlan sebagai pengurus. Cuma dia ada dimaklumkan juga. 

Jihan Raysha telan air liur. Serius pula wajah Hakimy tika ini.

“Hmm… Jihan Raysha, Mr Kimy.”

Jelas nampak perubahan wajah Hakimy sebelum renungan tajam Hakimy merenung wajahnya dari atas ke bawah. 

“Jihan Raysha? Your name is Jihan Raysha?” soal Hakimy nampak tidak percaya. 

Jihan Raysha resah. Air liur ditelan payah. Dia masih tidak bersedia. Dia betul-betul tidak bersedia walaupun itu tujuan utama dia ke Malaysia sebenarnya. 

“Yes. That’s my real name.” 

“Could you spell your name?” Hakimy masih beriak serius. 

Jihan Raysha terkedu. 

“Why?” 

“Just spell your name,” suruh Hakimy bertambah serius. 

“Err… J.I.H.A.N. R.A.Y.S.H.A.” 

Mata Hakimy membulat. Tangan itu sudah memegang bahu Jihan Raysha. 

“Eh, Mr Kimy. What are you doing? Let me go!” Jihan Raysha cuba tepis tangan Hakimy. Dia menjadi gerun pula melihat mata kelabu Hakimy yang tajam merenung matanya. Air liur ditelan payah. 

“Your father’s name?” soal Hakimy. Dia masih tidak mahu melepaskan tangannya walaupun dia perasan semua orang sudah memandang mereka. Lagipun mereka di lobi hotel. 

“His name, Meor Muhammad Ebrahim Meor Esmail. You know him?” 

“No. I’m not. Are you sure?” Hakimy masih nampak tidak berpuas hati. Tajam dia merenung wajah putih gebu itu yang semakin memerah. 

“I’m sorry? Of course I’m deeply sure Mr Kimy. His name, Meor Muhammad Ebrahim Meor Esmail. Tak mungkin saya lupa nama daddy saya sendiri,” balas Jihan Raysha sedikit gugup apabila melihat Hakimy masih merenungnya tajam. Dia berpura-pura membetulkan cermin matanya. 

Hakimy mengeluh pula. Tidak mungkin pula gadis ini mahu menipu nama ayahnya sendiri. Dia perhatikan lagi wajah Jihan Raysha. Tangan dilepaskan akhirnya. 

“Err… I’m sorry. Sampaikan salam saya pada ayah awak.” 

Jihan Raysha tarik nafas. Lega. Tindakan Hakimy memang di luar kawalannya. 

“I’m sorry Mr Kimy. I afraid I can’t.” 

“Why?” Berkerut-kerut pula dahi Hakimy. 

“He passed away two months ago.” 

“Oh, I’m sorry!” Hakimy terkejut. 

“Sebab itulah saya tangguhkan pertukaran saya ke sini. My dad sakit tenat,” beritahu Jihan Raysha. Entah kenapa boleh pula mereka berborak panjang. Lambat pula Uncle Syazlan ni. Entah apa dia buat kat belakang kaunter itu? 

“I’m so sorry. Hmm… actually your name sound very familiar. Tak sangka kat London pun ada orang nama Jihan Raysha kan?” Tersenyum Hakimy. Tapi tidak semanis seperti pertama kali mereka bertemu tadi. 

“Mr Kimy kenal ke sesiapa lagi dengan nama seperti saya ni?” Jihan Raysha tayang muka pelik. 

Hakimy tarik nafas. Kelu lidah hendak menjawab. Dia pandang lama mata Jihan Raysha. Hazel. Cantik. Dia tidak pasti sama ada itu warna contact lens ataupun warna mata Jihan Raysha yang sebenarnya. Tetapi kalau dah pakai cermin mata, tak mungkin rabun lagi kot? 

“Mr Kimy?” Jihan Raysha masih menagih jawapan. 

Hakimy berdeham. 

“My sister.” 

“Oh, I hope I can see her. But I never know that you have a sister. Bukan Encik Kimy hanya ada seorang adik kembar?” Jihan Raysha tayang muka pelik. Dia genggam tangannya, cuba mengusir satu perasaan yang sukar diungkap. 

Hakimy tersenyum. Soalan itu tidak mampu dijawab. 

“Esha, let’s go!” Muncul Encik Syazlan. 

“Eh, dah lama ke Encik Syazlan kenal Esha?” soal Hakimy ingin tahu. Dia tertarik pula mahu mengenali lebih lanjut gadis yang mempunyai nama yang sama dengan adiknya itu. 

“Sebenarnya Esha ni anak arwah kawan baik saya. Saya pernah kenalkan Esha pada Encik Kimy last year. Lepas arwah meninggal dunia, Esha ambil keputusan datang sini. Jadi saya dah rasa macam tanggungjawab jaga Esha bagi pihak arwah. Lagipun Esha ni memang tak pernah datang Malaysia.” 

“Encik Kimy dari mana?”

Hakimy tersengih pula. 

“Jumpa client.” 

“Jumpa client atau girlfriend?” tebak Encik Syazlan, tersenyum sinis. Hal peribadi Hakimy itu memang sangat diketahuinya. Nasib baiklah Hakimy merupakan seorang anak muda yang tahu membezakan urusan peribadi dan pejabat. Tidak pernah Hakimy membawa teman wanitanya masuk ke dalam hotel, kecuali atas urusan perniagaan. 

“Well you really know me.” 

“Jom Esha. Uncle hantar Esha kat bilik dulu. Ni kunci Esha. Esha rehat-rehat dulu. Petang nanti kita jumpa semula. Uncle jemput kat bilik.”

Jihan Raysha mengangguk.

“Encik Kimy nak pergi mana?” soal Encik Syazlan dengan formal. 

“Saya nak tinjau cafe sekejap. Ada laporan tadi.”

Encik Syazlan mengangguk. Hakimy walaupun punya perangai yang agak ‘nakal’, tetapi dalam usia 25 tahun, Hakimy sudah dihormati kerana mampu menguruskan Mega Hotels and Resorts walaupun tanpa pengawasan Datuk Abdullah Harris. Memang Datuk Abdullah Harris sangat beruntung mempunyai anak seperti Hakimy. 

“Kalau macam tu… kami pergi dulu.”

Hakimy pula mengangguk dan sempat mengenyit mata pada Jihan Raysha. Encik Syazlan yang perasan hanya tersenyum dan menggeleng sahaja. 

***

PINTU lif tertutup rapat. Jihan Raysha mengeluh panjang. Lega. Dia seperti tidak boleh bernyawa bila berhadapan dengan Hakimy tadi. Kenapa semudah itu dia berjumpa dengan lelaki itu? Permainan takdir? 

“Uncle. Where’s Datuk Abdullah?” Wajah Encik Syazlan dipandang lama. 

“Datuk jarang datang hotel. Selalunya dia datang petang sebab Puan Sri Tengku Zanariah tak sihat sekarang. Tapi, sekarang dia di US sehingga raya haji nanti sebab ada kerja. Nanti Esha balik London raya haji?” soal Encik Syazlan. Tidak lama lagi Hari Raya Aidil Adha. 

“Never think about it. Hmm… balik kot.” 

Encik Syazlan tersengih mendengar perkataan ‘kot’ dari bibir Jihan Raysha. Nampaknya sedikit sebanyak dah terpengaruh dengan anak bongsunya, Sofiyya. Kalau di ke London, selalu juga dia membawa isteri dan anak bongsunya itu. Hubungan Sofiyya dan Jihan Raysha juga agak rapat. Dia sebenarnya tidak pernah berjumpa anak sulung Encik Ebrahim kerana setiap kali di London, Daniel berada di Melbourne. Tetapi Sara selalu ditinggalkan untuk dijaga Encik Ebrahim dan Jihan Raysha. 

“Sebenarnya uncle baru nak ajak Esha sambut raya dengan keluarga uncle je. Takpelah. Next time pun ada masa lagi, insya Allah. Hmm… auntie tak sabar nak jumpa Esha. Malam ni Esha datang rumah uncle, nak? Kita dinner sekali.” 

“Thanks uncle. Maybe not today. I’m quite tired.”

“Okay. Lain kali ye?” Dia memang faham Jihan Raysha masih penat. Siapa tiada penat menempuh perjalanan panjang dari Kuala Lumpur ke London kan?

4 comments:

  1. cepat2 new entry ek..

    ReplyDelete
  2. lamanya menanti new n3...
    imani, cptla skit....
    nov ni nmpak cm best...
    pleazzzzz!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Yes tine dah sambung cerita baru...
    Permulaan yg menarik konflik keluarga...mesti suspen....teruskan
    from kaknOOr

    ReplyDelete
  4. waa,,yg ni bru edit eh??
    best rh!!

    ReplyDelete