// Kau Princess Aku, Okay: Bab 1.




JIHAN RAYSHA seka air mata. Kubur daddy masih merah. Sukar dia menerima kehilangan insan yang paling disayanginya selama ini. Lama merenung setiap patah perkataan dalam surat itu. Surat itu diberikan Uncle William dan Auntie Anna yang juga rakan kongsi dan sahabat baik daddy sejak zaman belajar lagi. Sukarnya untuk dia percaya. Kenapa dia tidak pernah terfikir selama ini? 

“Adik.” 

Jihan Raysha berpaling. Dia menyeka air mata. Sedaya upaya menahan dari menitik lagi. Berombak dadanya menahan pilu yang mencengkam jiwa. 

“Abang….” Jihan Raysha gigit bibir. 

Daniel mengeluh. Tadi dia menidurkan anaknya, Sara yang keletihan. Perlahan-lahan dia menghampiri Jihan Raysha dan menariknya ke dalam pelukan. Dia sempat mengerling pada Dash dan Haven Grace yang duduk di sisi adiknya. Mereka berempat kawan baik sejak kecil. 

Dash dan Haven bukanlah adik-beradik kandung. Mereka dilahirkan di Korea dan dijadikan anak angkat oleh Uncle William dan Auntie Anna yang tidak mempunyai anak. Haven anak angkat pertama dan tua dua tahun dari Jihan Raysha. Dash pula anak angkat kedua keluarga McCormick dan sebaya dengan Jihan Raysha. 

“Kenapa daddy rahsiakan?” 

Daniel tarik nafas. Dia sendiri terkejut dengan surat itu. Tidak tahu bagaimana mahu memberikan jawapan. Terselit rasa marah. Terselit rasa tidak puas hati. Tetapi dia faham kenapa daddy tergamak merahsiakan selama ini. Dia juga mempunyai anak. Dia faham perasan seorang ayah. Dia cuba berfikir positif. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Manusia hanya merancang, Dia menentukan segala-galanya. 

“I’m so stupid, abang.” 

Daniel melepaskan pelukan. Lama merenung mata biru adiknya. 

“Maybe he has his own reason. Uncle Ebrahim really love you,” sampuk Dash sambil memegang tangan Jihan Raysha. 

Jihan Raysha mengangguk. Dia tersedu pula. 

“Don’t be like this dear,” pujuk Haven. Dia berdiri di sisi Daniel yang sudah memeluk bahunya. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka berempat memang ibarat adik-beradik. 

“They are in Malaysia. We are here, London,” ucap Daniel. 

Dash dan Haven mengangguk. Mereka juga tahu berbahasa Melayu walaupun tidak fasih seperti dia dan Jihan Raysha. 

“Tapi Esha ada baca maklumat tu semua dulu. Tapi Esha langsung tak terfikir,” bantah Jihan Raysha. 

“Sudahlah. Yang penting sekarang… kita dah tahu kan?” Daniel cuba menenangkan adiknya itu. 

“Jadi apa patut kita buat?” soal Jihan Raysha. Dia menyeka air mata. 

Dash pandang kakaknya dan Daniel. Kemudian dia mengalihkan perhatian pada Jihan Raysha. Dia terfikirkan sesuatu. 

“Kau terima je promotion kenaikan pangkat. Balik Malaysia,” saran Dash. 

“Good idea Doctor Dashiel William McCormick!” sokong Haven. 

Dash tarik sengih. Jarang sungguh kakaknya ini hendak memujinya. 

Jihan Raysha pandang abangnya minta pendapat.

“Abang sokong! Abang kalau boleh memang nak balik Malaysia. Tapi abang dah sebulan tak balik Melbourne. Lama projek tu tanpa pemantauan abang….” Daniel tarik nafas. Dia sekarang bertanggungjawab sepenuhnya pada syarikat arkitek arwah daddy selepas dilantik menjadi Pengarah Urusan Meor & McCormick Architects menggantikan ayahnya yang bersara kerana sakit. Cuma sekarang selepas dia berjaya mendapat projek di Melbourne, dia berpindah ke sana untuk tiga tahun. Urusan syarikat diserahkan kepada Uncle William dan Haven. 

“Esha faham.” 

Dash peluk pula bahu Jihan Raysha.

“Kau jangan risau. Walaupun kau balik sana, kita boleh keep in touch. Aku sentiasa sokong kau,” ucap Dash. Dia pandang pula mata biru Jihan Raysha. Air mata itu diseka. 

“Abang sentiasa sokong Esha,” ucap Daniel.

“Me too.” Haven pegang tangan Jihan Raysha pula. 

Beberapa bulan lepas sebelum kematian daddy, dia ada peluang kenaikan pangkat. Tetapi dia minta tangguhkan dahulu kerana daddy sakit tenat. Daddy sudah berada di final stage penyakit barah paru-paru. Dia tidak tergamak meninggalkan daddy melawan penyakit seorang diri dan abangnya pula berada di Melbourne. Jihan Raysha mengeluh. Dia takut menghadapi seorang diri. Dia tidak kuat.






No comments:

Post a Comment

Back to Top