Cinta tak terucap (Bab 1)

Allah berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 19: "...dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI memeluk tubuh. Matanya merah. Pipinya terasa pijar dek tamparan dari papanya sebentar tadi. Inilah kali pertama papa memukulnya. Hanya kerana janji yang dibuat papa dulu, dia kini terpaksa membalasnya. Tapi perlukah dia mengorbankan masa depannya..? Persoalan ini yang membelunggu dirinya. Banyak sudah cerita dan kisah sebigini yang didengarnya, namun dia tidak sangka dia kini menjadi watak utama. 

Calon sebenarnya adalah Suri Izlin, kakak kandungnya yang sudah berkahwin dengan seorang warga New Zealand dan kini menetap disana. Kakak mengambil keputusan untuk berkahwin setahun selepas berjumpa dengan lelaki tersebut yang kini merupakan abang iparnya. Papa tidak menghalang walaupun sedikit tidak senang dengan keputusan terburu- buru Izlin. 

Iman makan..” terjenggul wajah papa dari balik pintu. 

Suri Imani tersentak. 

“Tak mahu. Nak tidur. Esok kerja.” 

Suri Imani merebahkan badannya. 

“Marah papa?” 

“Dah tau.. kenapa tanya lagi..” 

Encik Shamsul tarik sengih. Dia duduk melabuhkan punggung disebelah anaknya. Dulu Suri Imani berkongsi bilik dengan Izlin. Izlin sama seperti mama mereka, degil dan panas baran. Usia perkahwinan hampir 17 tahun runtuh, selepas isterinya mengambil keputusan untuk membuat haluan sendiri. Anak-anak ditinggalkan dalam jagaannya. Dia terkapai- kapai menjaga keempat-empat anaknya. Mujurlah ibunya sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menolong dia menjaga anak-anaknya terutama sekali Shah Ilham, anak bongsunya yang ketika itu baru setahun lebih. 

“I’m sorry okay. Tak ada niat nak tampar Iman. Papa sayangkan anak-anak papa. Papa tak sangka permintaan papa, boleh buat Iman macam ni. Papa faham apa yang Iman rasa. Papa tak akan paksa Iman,” ucap Encik Shamsul. Wajah suram anaknya dipandang lama. 

“Iman muda lagi. Baru 23 tahun,” balasnya.

“Dulu papa dan mama kahwin masa umur 21 tahun. Imran kahwin umur 24. Izlin kahwin umur 22.”

Suri Imani mendongak. Bulat merenung Encik Shamsul yang tiba- tiba membangkitkan tentang itu. Shah Imran, abang sulungnya berkahwin selepas menamatkan pengajian. Izlin berkahwin sewaktu masih belajar. 

“Papa lain,” dia tahu papa dan mamanya berkahwin tanpa restu dari keluarga mamanya sebelum papa membawa mama ke London. Ketika itu, papa masih dalam pengajian di universiti. Keluarga mama menentang keras perkahwinan papa dan mama, ditambah lagi mama yang mengambil keputusan untuk menukar agama. Selepas kelahiran Imran dan Izlin yang berbeza hanya setahun, barulah keluarga mama menerima papa walaupun tidak sepenuhnya. 

“Begini....” Encik Shamsul menarik nafas sebelum menyambung. 

“Kalau Iman tak mahu, papa tolak. Okay?” 

Suri Imani menggeleng.

“Jadi?” berkerut dahi Encik Shamsul tidak faham.

“Kalau papa nak tahu, Iman benci sangat pada Ammar. Sombong! Ego! Selfish! Playboy! Mengada-ngada! Mentang- mentanglah syarikat tu, milik keluarga dia. Senang- senang dia nak buli orang. Bencilah dia tu.”

“Huh?” 

“Apa?” merah padam wajah Suri Imani bila mengigatkan insan yang bernama Ammar Mirza itu.

“Iman kenal Am?”

Laju Suri Imani mengangguk. Papa tak tahu ke?

“Dia itulah lelaki yang Iman selalu cerita. Anak lelaki tunggal, syarikat tempat Iman kerja. Dia tu mata keranjang pa,” jawabnya. 

“Mata keranjang?” terhembur ketawa Encik Shamsul.

“Betullah. Dia kalau pandang perempuan, memang tak berkelip. Macam nak tersebumbul biji mata.”

“Anak papa ni, kiranya kat syarikat memang selalu pandang Am? Iman dah jatuh hati pada Am?” lurus soalan Encik Shamsul yang membuatkan Suri Imani terkedu.

“Iman?” sengih nakal ditarik.

“Pa...!!” 

Encik Shamsul ketawa besar. 

“Iman tak jatuh hati dengan dialah. Cuma, dia selalu datang tempat Iman. Jumpa ketua Iman,” balasnya cepat. 

“Ooo....” Encik Shamsul mengangguk sahaja dengan senyuman.

“Papa nak tolak pinang Tan Sri Mahathir?” 

Encik Shamsul mengangguk.

“Panggil pakcik Mat je Iman. Kalau pakcik Mat dengar, Iman panggil dia macam tu... terasa pulak nanti,” ucap Encik Shamsul. Tak senang dengan panggilan anaknya. 

“Iman tak pernah jumpa pakcik Mat. Selama ni kenal sebagai ketua syarikat. Tak sangka pulak, pakcik Mat, orang yang papa selalu cerita tu.” 

Dulu sewaktu di London, dia dan Mahathir berkawan rapat. Tambahan pula, susah hendak berjumpa orang melayu. Mahathir memang kaya. Pengajian Mahathir di London juga atas pembiyaan sendiri. Berbeza dengan dia yang menerima biasiswa. Banyak budi yang tidak mampu dibalas olehnya diatas pertolongan Mahathir yang menawarkan dia bekerja di syarikat bapa Mahathir di London. Kalau ikutkan, dia memang tidak layak bekerja di syarikat milik bapa Mahathir kerana dia masih dalam tempoh pengajian dan tidak mempunyai apa-apa kelayakan. Janji yang dibuat kononnya dia dan Mahathir akan berbesan bila Izlin lahir, dituntut Mahathir. 

Mahathir ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak lelaki. Dia memang rapat dengan anak- anak Mahathir, dan perhubungan mereka terputus bila dia habis belajar dan kembali ke Malaysia. Tak sangka pula, Mahathir mampu mencarinya dan bertanyakan tentang Izlin. Bila mengetahui Izlin sudah berkahwin, dia meminta anak lelakinya dijodohkan pula dengan Suri Imani. 

“Papa...” 

Tercengang Encik Shamsul.

“Jauh papa termenung,” ucap Suri Imani dengan senyuman.

“Esok papa jumpa pakcik Mat. Jom makan. Ilham dah lama tunggu kita.”

Suri Imani mengangguk.

“Jadi sekarang, Iman dan Am…tunang?” 

Encik Shamsul terkedu.

“Kita tolak esok. Mana cincin tunang tu? Papa nak pulangkan.” 

Encik Shamsul pandang kotak baldu berwarna merah diatas meja solek anaknya. Segera dia bangun dan mengambil kotak itu. Kotak itu dibuka. 

“Mana cincin?” berubah wajah Encik Shamsul. 

Suri Imani tersengih panjang. Dia menayang jari manisnya yang sudah tersarung cincin plantinum dengan sebutir berlian kecil. 

“Saja try pakai. Cantik juga. Lagi tiga bulan Iman nak kahwin? Papa tak sedih ke?” suara sengaja diceriakan. 

“Iman?” serius suara Encik Shamsul.

“Iman setuju dengan pertunangan ni. Tapi, kalau tempoh tiga bulan... Iman dan Am memang tak boleh bersatu. Iman nak minta putus nanti,” balasnya.

“Betul?”

Suri Imani mengangguk.

“Terima kasih Iman,” terharu Encik Shamsul.

“Papa dah banyak berkorban untuk kami. Tak salah kalau Iman berkorban untuk papa.”

Encik Shamsul memeluk tubuh Suri Imani erat.

“Iman sayang papa...” Suri Imani memeluk papanya. 

Encik Shamsul mengangguk. Pelukan itu dieratkan lagi. Air matanya bergenang.





4 comments:

  1. iman,please tukar warna font ,saya tak boleh baca lansung,please....cerita best sangat....tapi saya tak boleh baca lansung................please..........

    ReplyDelete
  2. lambat g ker nak update cinta x terucap????
    huhuhuhu...

    ReplyDelete

Back to Top