Showing posts with label Cinta tak terucap. Show all posts
Showing posts with label Cinta tak terucap. Show all posts

Akhirnya : novel cinta tak terucap :)

 
(terima kasih KAKI NOVEL) 



Seperti yang dijanjikan, akhirnya Novel Cinta Tak Terucap bakal dikeluarkan pada bulan Januari 2012.  Alhamdullillah. Terima Kasih semua atas sokongan semua. Jangan lupa dapatnya :)

Sinopsis

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.


SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

SEMENANJUNG: RM 20.00  AHLI KN: RM 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00


Kalau nak beli.. boleh pergi laman web Kaki Novel 
ataupun
emel saya, imanihatta@rocketmail.com. Insya-Allah ada, sign dan hadiah misteri. Hehe ^^

Terima Kasih tak terhingga pada Kaki Novel kerana sudi terbitkan novel ni.





novel cinta tak terucap..


Assalamualaikum semua..

terima kasih dengan segala pendapat- pendapat yang korang bagi dalam entry PENDAPAT saya dulu. memang tak putus- putus komen. saya tak terfikir pun nak stop habiskan sambungan cerita ni. cuma sambungan cerita ni mungkin boleh didapati dalam novel CINTA TAK TERUCAP... yang masih dalam proses. jadi saya mungkin akan stop publish cerita kat sini...

bukan saya tutup semua cerita yang tak boleh buka bab selepasnya. cuma saya tak letak dalam entry. 

memang dalam proses ada banyak watak yang berubah. sebab dalam proses nak edit flow jalan cerita yang saya rasa kelam kabut. 

maafkan saya sebab tak dapat teruskan kat sini. tapi cerita CINTA SEMALAM akan diteruskan juga. 

terima kasih banyak- banyak atas sokongan semua.

harap boleh terima keputusan saya ni dan baca novel tu nanti.. 

terima kasih.. saya betul- betul hargai sokongan semua. dan minta maaf sebab terpaksa tunggu lama sangat untuk saya update setiap entry kerana saya masih belajar lagi. memang saya spend lebih masa saya pada belajar. maafkan saya. 

nantikan novel saya nanti...

"Bagaimana kisah sambungan SURI IMANI dan AMMAR MIRZA bersama dua anak kembar mereka, AQIL dan AQIF. terleraikah cinta mereka itu? "




Cinta tak terucap (Pendapat)


Saya amat mengharapkan pendapat semua. Ramai sangat yang mengadu.. Saya mintak maaf dan terima kasih semua....





Cinta tak terucap (Bab 53)


KERTAS KERJA yang bertimbun dicampakkan di atas meja. Panas hatinya dimarahi Cik Nisak tadi. Tidak sepatutnya dia seorang sahaja dimarahi kerana projek itu bukan diuruskan oleh dia sahaja. Dia hanya membantu Amir dan Zul. Bengang sungguh dia! Sejak dia muncul di pejabat pagi tadi, ada sahaja kesalahan yang dikesan oleh Cik Nisak. Sampaikan dia hendak berbual dengan Amir dan Fazley juga dijerkah. Terkejut dia dengan sikap panas baran Cik Nisak. Sepatutnya Cik Nisak yang berkahwin dengan Ammar Mirza. Barulah buku bertemu dengan ruas. Sama- sama panas baran dan pendengus! 

“Aku tak tahu apa lagi tak kena… dah banyak kali aku edit lakaran ni. Tapi Cik Nisak still tak puas hati,” rungutan Amir kedengaran. Sejak Ammar Mirza berkahwin, perangai panas baran Cik Nisak semakin menjadi- jadi. Habis dia dan Fazley dimarahi wanita itu. Bertuah Wati dan Zul kerana cuti pada waktu ini. 

“Biarlah! Biar aku buat pula. Erm.. kenapa Zahin balik kampung? Mak dia sakit ke?” soal Suri Imani. Mejanya berada di sebelah meja Amir. Senanglah mereka hendak berborak. Dia tidak tahu langsung mengenai Wati dan Zahin yang sudah mula bercuti. 

“Tak. Uruskan perkahwinannya dengan Wati. Bulan depan nak kahwin… makin sibuklah mereka berdua. Kau macam mana? Bahagia dengan Encik Ammar?” soal Amir dengan wajah ingin tahu. 

Suri Imani mengangguk. 

“Sangat bahagia..” dia tersenyum. Hanya tuhan tahu hatinya sekarang. 

“Siapa hantar kau tadi? Encik Am?” soal Amir ingin tahu. Kata- kata Suri Imani dianggap serius. Perasaan cemburu meluap di dalam hati. 

Suri Imani mengangguk. 

“Lepas ni… korang pergi kerja sama- sama. Balik pun sekali. Bahagia sungguh hidup kau.” 

“Tapi hari ni aku balik sendiri. Ingat aku nak balik lewat. Siapkan kerja ni. Minggu depan kita ke Kuantan kan? Zul pun ada sekali kan?” 

“Hari selasa kita bertiga ke Kuantan. Zul kata guna kereta dia. Kita pergi sana dua tiga hari. Kau dah cakap dengan suami kau?” 

“Dah!”

“Dia tak nak ikut?” soal Amir. Takkanlah pengantin baru hendak berjauhan. 

“Nak juga. Tapi, aku tak bagi,” bohong Suri Imani dengan sengihan. Sebenarnya dia terlupa akan perancangan dia ke Kuantan. Nasib baiklah Amir mengigatkannya tadi. Tak sabar dia hendak ke Kuantan. Bolehlah dia berjauhan dengan Ammar Mirza.

“Iman. Telefon kau,” tegur Amir yang perasan akan getaran di atas meja Suri Imani. Kalut Suri Imani membuka laci. Dia mencapai handphone berwarna putih. 

“Kenapa Am?” soal Suri Imani perlahan. Matanya liar memandang bilik Cik Nisak takut wanita itu perasan apa yang dibuatnya. Rasa seperti budak sekolah, dan Cik Nisak adalah cikgunya.

“Tak. Iman makan dengan Amir dan Fazley nanti.”

Kemudian telefon dimatikan dan disimpan terus di dalam laci. Amir memandangnya tanpa kelip. Terasa tidak senang bertandang dalam hati kerana Amir mendengar perbualannya. 

“Kenapa Encik Ammar call?” soal Amir. Wajahnya lelaki berkulit hitam manis itu nampak merah. Dahi Suri Imani berkerut. Dia tidak faham dengan sikap Amir. 

“Dia tanya aku dah makan tengah hari ke..”

“Sayang betul dia kat kau,” ujar Amir seperti orang berjauh hati. 

“Eh, baru aku ingat! Pagi tadi aku nampak kau dengan Erna. Kau dah berbaik ke?” soal Suri Imani. Dia cuba mengalihkan topik perbincangan. Tak suka dia berbicara mengenai Ammar Mirza.

“Bila kau nampak?” wajah Amir gelisah.

“La.. kau ni. Jangalah takut. Aku tak kisah kalau korang dah berbaik. Tapi setahu aku, Erna tu rapat dengan Ben. Sepanjang hari berkepit je dengan Ben,” jawab Suri Imani. 

“Aku terserempak je dengan dia kat bawah tadi. Manalah aku nak berbaik dengan dia tu,” ujar Amir lambat- lambat.

“Betul?”

Amir mengangguk.

“Kau suka ke aku tak couple dengan Erna?” soal Amir.

“Taklah! Cuma aku tak suka perangai Erna tu. Itu aje.” 

Amir mengeluh kecil.

“Erm, kau balik lewat malam ni? Balik dengan apa? Nak suruh aku hantar?”

“Aku ingat macam tulah. Cik Nisak nak kertas kerja ni esok. Biarlah aku edit pula. Semalam ada juga Am tengok. Dia kata okay je. Sama seperti yang klien nak. Erm… nanti aku call driver Am bila nak balik rumah. Kalau aku balik dengan kau… apa pula family Am kata nanti. Aku kan baru kahwin.”

“Betul juga,” Amir tersengih.

“Hari ni nak makan apa? Aku ingat nak makan nasi lemaklah. Mengidam pula,” ujar Suri Imani tersengih.

Amir terkejut. 

“Cepatnya lekat Iman.”

“Apa yang lekat?” Suri Imani pelik.

“Kau mengandung ke?” 

“Hoi! Gila! Aku..” ayat itu termati. Takkan dia nak memberitahu Amir tentang hubungannya dengan Ammar Mirza. Walaupun Amir kawan baiknya, tapi tetap ada batasnya. 

“Kau apa?” 

“Aku.. aku.. aku cuma teringin nak makan nasi lemak.” 

“Kau bukan tak suka nasi lemak ke?” soal Amir.

Suri Imani mengangguk. Dia terliur sebenarnya melihat Ammar Mirza makan nasi lemak. 

“Am suka makan. Aku nak rasa juga, apalah yang sedap sangat nasi lemak tu,” balas Suri Imani. 

Amir terdiam.

“Kau kenapa? Sakit perut ke? Muka berkerut- kerut macam tu?”

“Eh, taklah. Aku tengah fikir. Baik kita sambung kerja sekarang. Kalau siap awal, bolehlah kau balik awal hari ni,” jawab Amir. 

Suri Imani mengangguk. Setuju dengan kata- kata kawan baiknya. Lagipun kalau Cik Nisak nampak mereka berbual, setahun tak habis dileter wanita itu. Walaupun mereka pekerja baru, tidak seharusnya dilayan seperti budak sekolah. 

“Kau ni pergi mana tu?” 

“Aku nak ke toilet,” jawab Amir. Dahi Suri Imani berkerut. Tak faham! Kata tak sakit perut.. Biarlah! Aku sibuk hal orang buat apa. Baik risau hal sendiri.





Cinta tak terucap (Bab 52)


HADI KHAIRI terkejut melihat Ammar Mirza yang sudah terpacak di hadapan rumahnya. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa. Kali terakhir berjumpa sewaktu majlis perkahwinan Ammar Mirza. Dulu mereka menyewa bersama. Tapi semuanya berubah setahun yang lepas selepas Radzi meninggal dunia. 

Selama ini dunia Ammar Mirza dikelilingi gambar- gambar pemandangan kurnian Ilahi yang boleh dirakam dari sudut kemera Ammar Mirza. Ammar Mirza memang pandai. Dia tahu sudut- sudut yang menarik untuk dirakamkan. Tapi sayang kerana Ammar Mirza sudah lama berhenti dari meneruskan mintanya itu. Ijazah yang selama ini diperoleh dari Universiti Harvard mula digunakan Ammar Mirza untuk menguruskan Empire Construction. 

“Aku Am lah. Bukan hantu,” tegur Ammar Mirza bila melihat reaksi kawan karipnya itu. Hadi tersengih. 

“Masak ke? Bau sampai luar.” 

“Kau langkah kananlah kiranya,” balas Hadi. Ammar Mirza melangkah masuk dan terus menuju ke dapur. 

“Kau dah makan?” soal Hadi. 

Ammar Mirza mengangguk kepalannya. 

“Isteri aku masak nasi goreng. Takkan aku nak tolak,” cerita Ammar Mirza. Sedangkan dia yang sengaja mengarahkan Suri Imani memasak nasi goreng untuknya walaupun kedua tukang masaknya sudah memasak mee hoon goreng. Suka dia melihat masam mencuka Suri Imani bila disuruh buat kerja. Nasib baiklah Suri Imani tidak berbuat dajal padanya. Buatnya dibuat pedas tahap malampau, mati dia! Dia memang tak suka makan pedas. 

“Yelah.. jangalah nak berlagak dah ada isteri.” 

Ammar Mirza tersengih. 

“Cepat- cepatlah cari isteri. Suruh mak kau pinang orang kampung kau ke. Bolehlah nanti kita jadi besan,” ujar Ammar Mirza. Panjang pula angan- anggannya. 

Hadi tergelak besar.

“Alahai, langkah pertama kau tak mula, macam mana nak berbesan,” jawab Hadi. Tapi kalaulah dia ada anak nanti, dia mahu anaknya yang mencari jodoh sendiri. Dia tidak mahu anak- anaknya menjadi seperti Ammar Mirza dan Suri Imani. Dijodohkan kerana janji ibu bapa. 

Sekali lagi Ammar Mirza tersengih. Hadi mengangkat mee goreng yang dimasaknya dan diletakkan di dalam pinggan. Kalau dulu sewaktu mereka menyewa bersama Hadi yang rajin memasak. Dia pula tukang menghabiskan makanan yang di masak Hadi.

“Aku harap nanti aku dapat anak kembar. Macam aku..” sambung Ammar Mirza. 

“Yelar. Doalah banyak- banyak. Moga impian kau nak dapat anak kembar, termakbul. Jom pergi depan. Kau apasal datang sini? Dah setahun kau tak jejak sini,” tegur Hadi.

Ammar Mirza tersenyum. Sejak dia berpindah semula ke Villa Mirza dia sudah tidak datang ke rumah sewanya. Bukan dia tidak mahu datang, cuma terlalu sibuk dengan kerjanya. Bukan senang hendak menguruskan syarikat besar. Empire Construction adalah hasil penat lelah arwah atuk dan ayah. 

“Aku rasa… kemera kau dah berabuk dalam almari,” teka Hadi. 

Ammar Mirza ketawa kecil. Memang kemera adalah nyawanya. Walaupun dia membeli kemera baru, kemera lama masih disimpan baik. Dahulu dia pantang apabila mendapat tahu tentang peralatan- peralatan yang terkini yang pasti akan cuba dimilikinya. Lagipun duit bukanlah masalah baginya. Tapi itu dulu. Sekarang dia hanya perlu pastikah tentang kedudukan terkini saham syarikatnya dan perkembangan terkini syarikat yang mesti diketahuinya. 

“Aku dah agak. Erm, apasal kau datang? Iman mana? Aku ingatkan dah pergi honeymoon. Senyap je,” ujar Hadi. 

“Iman kerja.” 

“La… kau kan bos. Terbalik pula aku rasa. Rasanya kau ni hantu kerja. Tapi rupanya isteri kau pun sama. Sepatutnya sekarang kau kena pasang mata kail. Kail isteri kau perlahan- lahan,” ujar Hadi. Makanan disuapkan ke dalam mulut. Televisyen dibiarkan terpasang. Ammar Mirza lebih senang melayan fikiran daripada melayan Hadi yang masih tidak berhenti bercakap. Dia sudah berbaring di atas sofa. 

Hadi memandang Ammar Mirza. Dia menggeleng dan tersenyum melihat sahabatnya yang kadang- kadang tersenyum. 

“Aku tahulah kau dah angau. Kenapa? Iman dah jatuh hati dengan kau?” 

Ammar Mirza menggeleng kepalanya.

“Suatu hari nanti,” jawab Ammar Mirza dengan yakin. 

“Kan senang kalau kau cakap kat dia yang kau dah jatuh cinta pandang pertama kat dia,” balas Hadi tergelak kecil. 

Dia teringat bila diberitahu bahawa Ammar Mirza dipaksa tunang dengan sahabat lama ayahnya. Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa menderitaanya Ammar Mirza yang terpaksa menurut kemahuan ayah dan uminya. Tetapi beberapa hari selepas bertunang, Ammar Mirza mencarinya dan memberitahu bahawa dia tidak sabar hendak berkahwin dan risau Suri Imani jatuh ke tangan orang lain. Terpinga dia dengan Ammar Mirza. Dia tidak sangka begitu sekali penangan yang diberi Sur Imani kepada sahabatnya yang ego ini. 

“Ish, kau ni cakap tu perlahan sikit!” 

“La.. rumah ni aku sorang je duduk. Apa kau nak takut. Tak ada orang dengar. Kau dah ikat dia dengan kuasa kau sebagai suami. Kau takut dia lari, tapi kau tak buat apa- apa. Sepatutnya kau halang dia pergi kerja. Bercuti ke luar negara ke, bawa dia bercuti. Orang kata kalau duduk tempat sejuk ni, senang sikit hatinya nak sejuk,” ujar Hadi. 

“Kerja.. kerja juga. Lagipun projek yang dia buat tu penting. Mana boleh aku pilih kasih. Bab bulan madu tu, aku ingat nak suruh dia tunduk dulu kat aku, baru aku pikir benda tu. Kalau pergi sana, tapi masing- masing buat hal sendiri tak guna juga.”

“Itulah kau ego sangat. Berlembut sikit. 111% aku yakin dia akan jatuh hati kat kau,” balas Hadi. 

“Mana boleh! Kita lelaki. Mana boleh tunduk pada perempuan.” 

“Itu bukan perempuan. Tapi isteri kau. Mestilah kau kena tunduk kat isteri. Bukanlah maksud aku jadi hamba, cuma berlembut dan ikut kemahuan dia. Macam kau layan awek- awek kau dulu,” usul Hadi. 

Ammar Mirza menarik nafas. Dulu dan sekarang adalah berbeza. Dulu dia ikut sahaja kehendak teman wanitanya kerana waktu itu dia hanya ingin bermain sahaja dengan mereka. Tapi, sekarang Suri Imani adalah isterinya yang akan berkongsi hidup dengannya sepanjang hayat, jadi dia perlulah lebih tegas. Tak boleh terlalu lembut dengannya. 

“Kau pikatlah dia,” cadang Hadi. 

“Macam mana?”

Hadi sudah tergelak.

“Kau Kasonova. Kau lebih tahu,” ujar Hadi. 

“Itu dulu,” Ammar Mirza mengeluh. 

Hadi tersenyum dan menggeleng kepalanya. Kelakar dengan sikap Ammar Mirza. 

“Erm… Hadi. Aku tidur sini jap.” 

“Eh, kau tak balik rumah? Aku tak paham, kalau kau mengantuk sangat… kenapa gatal- gatal datang sini. Selalunya kalau kau tak kerja, kau tidur sampai tengah hari. Itu kau yang aku kenal sepanjang berbelas tahun kita kawan.” 

“Itu dulu! Sejak Iman ada, mulut dia tu akan membebel kalau tengok aku tidur lepas subuh dan lepas asar. Macam bertih jagung. Panas hati aku kadang- kadang. Setiap pagi, ada aje caranya nak kejut aku sembahyang subuh. Sampaikan semalam… basah tempat tidur aku kena simbah air dengan dia. Tak masuk hari lain lagi, merah lengan aku kena cubit!” 

Meledak tawa Hadi dengan bebelan Ammar Mirza. 

“Baguslah. Sekurang- kurangnya kau dapat pahala. Otak kau pun cergas sebab bangun pagi.” 

“Kau nak tidur sampai bila? Malam ni kau tidur sini ke?” 

“Gila! Bisinglah umi aku kalau tahu. Iman tak kisah aku balik ke tak. Erm… aku lupa nak beritahu. Jasmin dah balik.” 

Hadi tersentak.

“Bila?” rasanya dia tidak nampak kelibat Jasmin bersama anak- anaknya sewaktu perkahwinan Ammar Mirza dulu. 

“Dalam dua tiga hari. Hari ni dia bawa anak- anak dia pergi Genting. Lusa balik.” 

“Kau tak rasa apa- apa dah?” soal Hadi ingin tahu. 

Ammar Mirza menggeleng kepala.

“Kau tahu hati aku kat siapa sekarang. Lagipun benda tu dah berlalu. Radzi dah lama maafkan aku. Sekarang aku hanya anggap dia sebagai kakak ipar aku. Tak lebih, tak kurang.” 

“Baguslah macam tu,” Hadi mengeluh lega. 

Ammar Mirza sudah memejam matanya. 

“Aku ada kerja lepas ni… aku ingat nak pergi Cemeron. Aku baru dapat projek. Kau buatlah rumah ni macam rumah sendiri. Dalam kul 11 karang aku blah. Esok aku balik.” 

Ammar Mirza mengangguk kepalanya. Memang rutin harian kerja Hadi begitu. Merantau sana sini jika ada projek yang menanti. Dulu rutinnya juga sama seperti Hadi. Kalau tiada projek, mereka sendiri akan merantau mencari gambar. Sampaikan mereka pernah pergi hingga ke Afrika Selatan. Memang banyak duit dihabiskan tapi kepuasan yang dapat hasil gambar yang berjaya dirakam memang tak dapat digambarkan. Lagipun gambar yang mereka ambil selalunya menjadi rebutan. Kedai HADI & MIRZA PHOTO yang terletak di KLCC memang selalu menjadi pilihan untuk mereka yang ingin merakam gambar. Tapi, sekarang syarikat itu diusahakan Hadi dan seorang lagi rakannya. Dia hanya menjadi rakan kongsi yang menyumbang duit sahaja.





Cinta Tak Terucap (Bab 51)


KERETA Honda CR-V Ammar Mirza berhenti betul- betul dihadapan banggunan Empire Construction. Suri Imani mengeluh lalu berpaling memandang suaminya. Malu dia hendak keluar. Kebetulan ramai pula pekerja yang baru masuk. Dia nampak kelibat Amir yang berjalan beriringan dengan Erna. Dah baik ke mereka tu? Suri Imani sedikit pelik bila Erna nampak manja dengan Amir. Siap Erna menyilang tangannya pada lengan Amir. 

“Cepatlah keluar. Abang nak pergi jumpa Hadi,” ujar Ammar Mirza lalu membuka cermin tingkap kereta dibahagian Suri Imani bila pengawal keselamatan mengetuk cermin kereta yang gelap. Langsung tidak nampak siapa pemandunya. Kawasan tempat Ammar Mirza memberhentikan kereta hana dikhaskan untuk orang atasan sahaja. 

“Maaflah bos. Saya tak tahu ni kereta bos,” ujar pengawal keselamatan dan nampak kalut bila melihat wajah Ammar Mirza yang tegang bila cermin kereta diturunkan. Kemudian pengawal keselamatan itu berlalu. 

“Kenapa parking sini?” soal Suri Imani. 

“Buat apa abang nak parking kereta. Abang singgah sekejap je,” jawab Ammar Mirza. Dia memadang wajah isterinya yang merah. Dia tahu isterinya malu diperhatikan pekerja- pekerja yang baru sampai. Dia sebenarnya sengaja berhenti dihadapan pintu masuk Empire Construction. 

“Balik pukul berapa?” 

Suri Imani menggeleng kepalanya. Dia tidak pasti. Kalau boleh dia hendak menyiapkan segalanya hari ini juga. Senanglah berurusan dengan klien nanti. 

“Saya balik sendiri,” ucap Suri Imani. Kalaulah keretanya dibawa ke Villa Mirza. Pasti dia tidak perlu menumpang kereta Ammar Mirza. 

“Baguslah..” Ammar Mirza menjawab walaupun hatinya diburu kecewa kerana Suri Imani tidak meminta dia mengambilnya. 

“Saya pergi dulu,” Suri Imani ingin membuka pintu kereta tapi terhalang bila kereta tiba- tiba terkunci. Dia berpaling memandang Ammar Mirza. Kenapalah kalau mereka bersama susah sungguh lelaki ini senyum. Kalau senyum, dia tahu itu adalah senyuman untuk menyindirnya. 

“Kenapa?” bentak Suri Imani. Dia dah lewat ni. Tadi mereka berpatah balik kerana Suri Imani lupa menyarung cincin perkahwinan mereka. Membebel geram Suri Imani dengan ‘keperihatinan’ Ammar Mirza. 

“Iman lupa satu benda.”

“Hah? Apa?” Suri Imani kalut. Beg laptop.. beg tangan.. kertas kerjanya.. semuanya cukup. 

“Apa dia?” dia bertanya pelik. Dahinya berkerut bila Ammar Mirza menghulurkan tangan. Suri Imani terkedu. Dia faham. Teringat pesanan papa supaya dia menyalami tangan suami sebelum pergi ke tempat kerja. Alamak, malunya! 

“Cepatlah. Dah lenguh ni,” gesa Ammar Mirza. 

Suri Imani menggaru kepalanya yang tak gatal. Perlahan- lahan dia menarik tangan kanan suaminya. Tangan itu dicium. Jantungnya sudah berdegup kencang. Dia mengangkat muka untuk memandang wajah Ammar Mirza. Dia terkedu! Ammar Mirza tersenyum. Biar betul..!!

“Bagus. Satu lagi pelajaran. Sebelum pergi kerja, salam abang dulu dan.. “ wajah Suri Imani ditarik. Perlahan Ammar Mirza menghadiahkan ciuman di dahi Suri Imani. 

“Am!” 

Ammar Mirza ketawa kecil.

“Tadi Iman cium budak- budak tu boleh,” persis budak kecil Ammar Mirza berbicara. Suri Imani memuncung.

“Nama pun budak- budak!” 

Suri Imani merasakan wajahnya hangat. Ditambah pula perbuatan Ammar Mirza diperhatikan kakitangan pejabat dan juga pengawal keselamatan. 

“Bagi cincin Iman,” pinta Ammar Mirza.

“Nak buat apa?” soal Suri Imani pelik. 

“Tadi kata cincin tu longgar.”

Cincin dicabut dan terus dihulurkan. Ammar Mirza menutup kembali tingkap kereta yang terbuka. Ditarik rapat Suri Imani menghampiri tubuhnya. Suri Imani terkejut.

“Apa ni?” menjerit dia dibuatnya. 

“Duduk diam- diam dan senyap,” pantas Ammar Mirza memberi arahan. Sekelip mata sahaja rantai pemberian Ammar Mirza yang tersarung dileher jinjang Suri Imani terlurai.

“Kenapa letak sini?” soal Suri Imani. Dia bermain dengan cincin dia dan cincin Ammar Mirza yang sudah tergantung dilehernya. 

“Iman kata cincin tu longgar. Nanti kalau sarung, hilang pula.”

“Cincin Am? Longgar juga ke?” 

“Biarlah cincin Iman tu ada kawan,” jawab Ammar Mirza. 

“Hah?” tawa Suri Imani terletus. Kelakar rasanya. 

“Lepas ni kita cari cincin baru sama- sama,” kata putus diberi. Tersenyum dia melihat cincin dia dan isterinya. Mulai hari ini, kemana sahaja Suri Imani pergi, ‘dia’ akan selalu berada disamping isterinya. 

“Membazir je,” Suri Imani menggeleng. 

“Tak apa. Kita bukan buang cincin tu. Lagipun cincin- cincin ni umi yang belikan. Lepas ni abang yang nak beli sendiri.”

“Tapi..” Kedua cincin itu dimain dengan jari halusnya. 

“Tak peduli! Sekarang Iman boleh pergi.Jumpa malam ni,” ujar Ammar Mirza terus menekan punat merah supaya kereta terbuka. Segera Suri Imani melangkah keluar dengan muncung sedepa. Ammar Mirza tersenyum puas.





Cinta tak terucap (Bab 50)


FIRHAN galak ketawa melihat ibu saudaranya yang sejak tadi turun naik tangga. Habis merah padam wajah putih gebu Firhan dengan telatah Suri Imani. Bila turun ke bawah, terlupa pula mengambil sesuatu. Segera Suri Imani berlari ke bilik.

“Firhan. Tak baik ketawakan mak ngah,” tegur Fifi. Fia mengangguk. Setuju dengan kata- kata kakaknya. Mereka bertiga duduk di atas sofa sementara menunggu mama mereka yang sedang bersiap. Cuti sekolah yang hanya seminggu dimanfaatkan sepenuhnya. Jasmin berjanji ingin membawa mereka ke Genting Highland selama dua malam. Minggu depan Jasmin akan pulang semula ke London. 

Ammar Mirza duduk bersandar kerusi empuk berangkai empat. Pak Latif, pemandu peribadi Villa Mirza tersenyum sahaja dari tadi. Agaknya dia pun sudah bosan seperti Ammar Mirza dan cuba bersabar. Kelakar pun ada bila melihat telatah Suri Imani. 

“A… abang! Sakitnya kaki Iman. Kenapalah bilik kat tingkat atas?” soal Suri Imani sedikit tercungap. Bahu kirinya tergantung dengan beg tangan manakala bahu kanannya tergantung beg laptop. Hampir tersasul dia memanggil Ammar. Takut pula nanti anak- anak saudaranya mengadu pada nenek mereka. Pak Latif tersenyum lagi. 

“Lain kali abang buat bilik kat bawalah,” sempat Suri Imani memberi cadangan. Dulu biliknya juga ditingkat dua, tapi dengan keluasan Villa Mirza yang tiga kali lagi besar, menyebabkan kepenatannya bertambah. Banyak juga tangga terpaksa didaki. Kalau macam ni setiap pagi, dia dah tak payah pergi bersenam seperti Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. 

“Lepas ni kita pergi hospital. Cheak sikit saraf- saraf kat otak Iman. Nyanyuk memanjang,” bebel Ammar Mirza. 

Firhan menutup mulutnya menahan tawa yang ingin disembur lagi bila melihat wajah Suri Imani yang masam mencuka. Fifi dan Fia cuba untuk tidak ketawa. Kadang- kadang kelakar bila melihat Suri Imani dan Ammar Mirza bila mereka berdua berperang mulut. Selalunya mulut Suri Imani akan memuncung menunjukkan gadis itu sudah kalah di tangan Ammar Mirza. 

“Pak Latif. Jom pergi,” ajak Suri Imani.

Orang tua itu nampak terkejut dengan kata- kata Suri Imani. Tercengang dia memandang Ammar Mirza. 

“Kenapa?” Suri Imani pelik. Dia sempat membetulkan kemeja berjalur halus yang dipakainya. Rambut panjangnya sudah diikat tocang satu.

“Eh, tak pergi lagi?” soal Jasmin terkejut. 

Suri Imani berpaling. Terlopong melihat Jasmin yang begitu cantik dengan busana muslimah. Senyuman Jasmin juga manis. Kalau orang kata Jasmin masih bujang, tentu orang percaya kerana Jasmin memang pandai menjaga badan dan kesihatannya supaya sentiasa muda dan bertenaga. 

“Tanyalah adik kesayangan Min ni. Puas Am tunggu,” rungut Ammar Mirza. Jasmin ketawa kecil. 

“Mak Ngah asyik lupa nak bawa barang. Mula- mula Mak Ngah tertinggal handphone.. lepas tu lupa bawa beg tangan lepas tu.. lupa bawa laptop.. lepas..” 

“Oo.. sedap Firhan ejek Mak Ngah,” Suri Imani menghampiri Firhan. Dia menarik geram pipi Firhan sebelum menciumnya semula beberapa kali. Firhan tersengih.

“Fir minta maaf,” Firhan tersengih.

Suri Imani mencubit lembut pipi Firhan. Tak terlintas dibenaknya untuk memarahi Firhan. Walaupun tidak lama mengenali Fifi, Fia dan Firhan, tapi kasihnya pada mereka bertiga tidak ubah seperti sayangnya pada Shah Irfan, anak saudaranya. 

“Salam,” pinta Firhan. Kemudian Fifi dan Fia menyalami Suri Imani. Seperti biasa pipi mereka dicium Suri Imani. Sudah biasa. Irfan suka bila pipi tembamnya dicium. 

“Eh, bukan Pak Latif hantar Iman ke?” soal Suri Imani pada Pak Latif yang sudah memandang Ammar Mirza. Suri Imani mengalihkan pandangan pada Ammar Mirza. Semalam beria lelaki itu mengatakan dia tidak dapat menghantar Suri Imani dan menyuruh dia meminta pertolongan Pak Latif. 

“Pak Latif nak hantar Puan Min ke Genting,” ujar Pak Latif.

“Oo.. tak apalah. Kalau macam tu, Iman cari teksi.” Suri Imani tersenyum walaupun hatinya hampa. Sempat dia menelek jam ditangan. Mungkin dia akan tiba lewat ke pejabat. 

“Kenapa ni?” Jasmin menyampuk.

“Jom. Abang hantarkan. Abang pun ada hal kat luar jap,” Ammar Mirza bersuara. Hatinya digeletek bila melihat wajah keruh Suri Imani. 

“Betul?” Suri Imani girang.

Ammar Mirza mengangguk dan kemudian pasangan itu berjalan keluar dari Villa Mirza. Dahi Jasmin berkerut dan wajah Pak Latif dipandang meminta jawapan. 

“Tak tahulah Pak Latif. Semalam Encik Am pesan suruh setuju je bila Puan Iman minta dihantar ke pejabat,” terang Pak Latif yang juga pelik dengan permainan yang dimain Ammar Mirza.

“Bukan saya dah kata awal- awal saya nak minta tolong Pak Latif hantar kami?” soal Jasmin.

“Itulah.. Pak Latif tak faham.” 

“Pak ngah saja nak kenakan mak ngah. Tadi Fifi tengok muka mak ngah sedih sangat bila Pak Latif cakap nak kena hantar kita. Dah jadi macam hero pulak Fifi tengok pak ngah bila dia tawarkan diri nak hantar mak ngah,” Fifi ketawa kecil dengan kata- katanya.

“Ish, anak mama ni.. Pandai- pandai je.” Jasmin mencubit pipi Fifi. 

Fifi tersengih.





Cinta tak terucap (Bab 49)


ERNA berbaring malas di atas katil. Bibirnya yang pada mulanya tersenyum puas, menjadi kelat bila teringat akan seseorang yang dibenci sejak dulu lagi. Sejak dia dibangku sekolah menengah. Gadis itu selalu mendapat perhatian walaupun tudungnya selekeh dan bajunya kadang- kadang berkedut. Dia tidak faham. Gadis itu terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sering mengharumkan nama sekolah. Gadis itu juga bijak dalam pelajaran. Mungkin selama ini gadis itu tidak pernah sedar dia diperhatikan. Sebab itu dia sengaja masuk ke dalam universiti yang sama semata- mata untuk memusnahkan gadis itu. Tapi tidak pernah berjaya. Dia buntu. Dia benci. Bila melihat sahaja gadis itu dia meluat. 

Kini gadis yang dibenci itu amat beruntung dan bertuah kerana sudah menjadi isteri kepada pewaris utama Empire Constructions. Ammar Mirza bukan calang- calang orang. Keluarganya antara 10 keluarga terkaya di Malaysia. Malah Ammar Mirza juga kacak. Senyumannya betul- betul memukau. Dulu Ammar Mirza selalu didampingi wanita- wanita cantik termasuk dirinya. Tapi satu sahaja kelebihan Ammar Mirza iaitu dia tidak pernah melakukan hubungan yang menyalahi Islam. Ramai juga wanita yang mencubanya tapi gagal. Ammar Mirza terlalu memegang teguh dengan penderiannya dan Suri Imani betul- betul bertuah. Ammar Mirza juga tidak pernah meminum arak ataupun menghisap rokok walaupun dia seorang yang kuat bersosial suatu ketika dulu. 

Erna terkejut bila pintu bilik air terbuka. Dia menarik selimut menutup tubuhnya yang terdedah. Lelaki itu tersenyum padanya. Rambutnya masih basah. Dia sudah lengkap berpakaian. Perlahan- lahan lelaki itu menghampirinya dan duduk disebelahnya. Pantas Erna memeluk erat tubuh lelaki itu. Lelaki itu mencium pipinya sebelum beralih pada bibirnya. Lelaki itu tersenyum lagi. 

“Ben. You nak balik dah?” soal Erna manja. Dia masih belum mahu melepaskan pelukan. Bergantung pada leher Ben. 

“You, I kena balik dulu. Nanti mama I bising. Semalam I tak balik,” jawab Ben lalu mencium semula bibir basah Erna. 

“Tak apalah.. Biarlah malam ni I tidur sorang- sorang,” ujar Erna berpura- pura merajuk. Ben ketawa kecil. Dia mencium pipi Erna pula. 

“Esok petang I datang. Bye sayang..” 

Erna tersenyum. Dia hanya memandang Ben yang perlahan- lahan keluar dari bilik. Dia sebenarnya tidak kisah jika Ben ingin pulang. Lagipun hari ini dia ada janji dengan seseorang yang lebih istimewa. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Dia mencari telefon bimbitnya. 

“Am, you datanglah. Ben dah balik. I tunggu you malam ni,” ujar Erna manja. 

“I sibuklah Erna. Projek I due date minggu ni. Erm, apa kata kalau you yang datang apartment I?” 

Erna mengeluh. Benci mendengar alasan lelaki ini. Selalu sangat sibuk. Walaupun Ben sibuk dia selalu meluangkan masa untuk bersama dengannya. Tapi lelaki ini tidak pula. 

“Tapi kalau housemate you nampak I, habislah tembelang kita. You juga yang susah, Am” ujar Erna. Dia bermain- main dengan rambutnya. 

“Jangan risau. Dia balik kampung. Mungkin lusa balik KL. Dia uruskan hal perkahwinannya. You bermalamlah kat sini ye.. Temankan I.” 

“Erm.. baiklah. I memang rindu sangat kat you. Rancangan you ni betul- betul menyusahkan I,” Erna sempat membebel. Terdengar tawa kecil dari hujung talian. 

“Jangan risau. Tak lama… Kita pastikan rancangan ni berjaya. Lagipun you dah dapat Ben. Lagi senang kita nak jalankan rancangan selepas ini.” 

Erna tersenyum dan mengangguk. Telefon dimatikan. Tunggulah kau Suri Imani. Aku dah lama berdendam dengan kau. Mungkin kau tak tahu apa kau buat, tapi kau dah rosakkan hidup aku! 

“Aku benci!!!!!!!!!!!!!”




Cinta tak terucap (Bab 48)


Suri Imani terkedu. Niatnya hanya ingin bergurau. 

“Sudahlah! Am dah tak boleh tidur,” Ammar Mirza mendengus geram. 

“Nak pergi mana tu?” soal Suri Imani sedikit pelik. 

“Mandilah. Badan ni rasa belengas.” 

“Am, maaflah. Saya gurau je tadi,” ujar Suri Imani takut- takut. Takkan Ammar Mirza kecil hati dengan kata- katanya. 

Ammar Mirza mencabut baju t-shirtnya betul- betul di hadapan Suri Imani yang menoleh untuk memandangnya. Dia membuka pintu bilik pakaian untuk mengambil tuala yang tergantung. 

“Hei, buat apa ni? Bukalah baju dalam tandas,” jerit Suri Imani terkejut.

Ammar Mirza tersengih. Hilang terus rasa marah yang membelengu bila melihat wajah merah padam Suri Imani. Dia menghampiri Suri Imani dan duduk disebelahnya. Suri Imani ingin berdiri tapi segera tangan kasarnya merentap tangan Suri Imani supaya duduk semula. Wajah Suri Imani masam mencuka dengan muka merah.

“Umi ada cakap satu benda dengan Am semalam,” ujar Ammar Mirza perlahan.

Bulu roma Suri Imani meremang. Dia langsung tidak menoleh memadang Ammar Mirza. 

“Apa dia? Tentang anak ke?” soal Suri Imani perlahan. Teringat kata- kata Puan Sri Noraini dan Tan Sri Mahathir tentang perancangan mereka untuk memperoleh cucu dalam masa terdekat. Jantungnya sudah berdegup kencang. Janganlah Ammar Mirza meminta bukan- bukan. Hatinya masih tidak tersedia untuk menerima lelaki ini walaupun dia sedar ada satu perasaan aneh menjalar dalam hatinya. 

Ammar Mirza sedikit tercengang. Bukan itu yang mahu diperkatakan ketika ini. Agaknya Suri Imani runsing dengan permintaan keluargannya. Dia sudah tersenyum sumbing. Idea nakal bermain difikiran. 

“Em.. tentang anak. Iman setuju?” soal Ammar Mirza. Dia memegang dagu Suri Imani supaya Suri Imani memandangnya.

“Tak,” jawab Suri Imani tegas. Dia cuba untuk tidak memandang dada Ammar Mirza yang terdedah. Matanya tepat memandang telinga Ammar Mirza. Dia pernah dengar orang kata kalau hendak memandang lelaki, pandanglah telinganya. Kalau pandang mata takut tak selesa pula. Apa orang kata.. dari mata turun ke hati. Dia tak sanggup jatuh cinta dengan Ammar Mirza yang bongkak dan ego ini. 

“Kita ambil anak angkat nak?” usul Suri Imani.

Ammar Mirza tercengang.

“Gila ke? Bukannya Am tak nak ambil anak angkat, tapi Iman boleh mengandung. Buat apa susah- susah,” ujar Ammar Mirza. Mereka berdua ada menjalani pemeriksaan untuk melihat sama ada mereka ada masalah untuk memperoleh zuriat sendiri. Menurut doktor kedua- dua mereka sihat dia tiada masalah untuk memperolehi cahaya mata. 

“Tapi..” 

“Sudahlah! Am bukan nak cerita tentang ni lagi. Semalam umi ada pesan pada Am.” 

“Apa dia?” Suri Imani pelik. Kenapa perlu umi memesan pada Ammar Mirza. Kan senang terus bercakap padanya. Hatinya sudah lega kerana Ammar Mirza menukar topik perbualan. 

“Umi pesan.. suruh Iman panggil Am dengan panggilan ‘abang’. Lagipun tak manis Iman panggil Am je atau awak. Am pun tua tujuh tahun dari Iman kan?” 

“Ooo..” Suri Imani mengangguk. Dahinya berkerut. Kalau dia mempersoalkan kata- kata Ammar Mirza tadi, takut Ammar Mirza merajuk lagi atau terasa hati. Kata- kata Ammar Mirza mengenai hubungan suami isteri itu betul- betul menyentuh tangkal hatinya. 

“Tak percaya? Tanyalah umi,” ucap Ammar Mirza menyebabkan Suri Imani terus menggeleng dan mengangguk.

“Saya percaya.” 

“Bagus. Lepas ni abang nak Iman masak pasta. Dah lama abang tak makan,” ujar Ammar Mirza terus berdiri. Sempat dia mengosok rambut Suri Imani persis menggosok rambut budak kecil. Suri Imani menjerit kecil dan menarik tangan Ammar Mirza.

“Bukan malam ni kita semua pergi rumah Tan Sri Abdullah?” 

“Ye ke? Em.. tak apalah. Kita berdua tak payah pergi. Abang banyak kerja,” ucap Ammar Mirza. Dahi Suri Imani berkerut sedikit. Selamba sahaja Ammar Mirza membahasakan dirinya abang. Sedangkan bulu romanya sudah meremang mendengar bahasa gantian Ammar Mirza. Apa kena dengan lelaki ni? Ingatkan hanya perlu menggunakan bahasa itu dihadapan keluarga Ammar Mirza sahaja. 

“Tapi.. “ Suri Imani mengeluh. Malasnya nak masak. Penat mengosok baju dan mengemas bilik masih tidak hilang. Lagipun jari kakinya tiba- tiba berdenyut. Mungkin kerana terlalu banyak bergerak. 

“Tak baik ingkar kata suami. Am nak mandi,” terus Ammar Mirza melangkah masuk ke dalam bilik air. Suri Imani mendengus geram. Suka sungguh mengarah!




Cinta tak terucap (Bab 47)


“Argh!!!!” 

Terasa sesuatu menekup mulutnya. Jantung Suri Imani hampir gugur bila terasa seseorang memeluk dipinggangnya. Kemudian terdengar bisikan Ammar Mirza ditelinganya. Jantungnya berdegup kencang. Bulu romanya meremang. 

“Awak ni apahal? Peluk- peluk! Buang tabiat ke?” soal Suri Imani. Dia cuba melepaskan diri tapi pelukan Ammar Mirza bertambah erat. Jantungnya berdegup semakin kencang. 

“Lepaslah,” arah Suri Imani. Ligat tangannya menepis tangan Ammar Mirza yang melingkari dipinggangnya. Haruman minyak wangi yang dipakai Ammar Mirza menyebabkan jantungnya berdegup kencang. Hatinya bergetar. 

“Sekejap,” tubuh Suri Imani dibiarkan menghadap dirinya. Wajahnya langsung tiada riak. Tegas seperti biasa. Bila Suri Imani cuba untuk melarikan diri, Ammar Mirza menariknya kasar. Tubuh Suri Imani dipeluknya lembut tapi kejap. Suri Imani terkedu. 

“Apasal ni? Lepaslah. Tak selesa,” pinta Suri Imani. 

Ammar Mirza mengeluh. Dia meletakkan dagunya diatas kepala isterinya. Terbau keharuman syampu yang dipakai Suri Imani. Tubuhnya yang penat selepas seharian memandu dari Kuala Lumpur ke Kuantan hilang serta merta. Bahang tubuh isterinya terasa nyaman. 

“La.. bukannya Am peluk orang lain. Am peluk isteri sendiri. Iman buat apa? Mengendap ke?” soal Ammar Mirza. Matanya tertutup rapat. Tangannya masih kejap memeluk tubuh Suri Imani seoleh- oleh tidak mahu dilepaskan. Suri Imani yang pada mulanya meronta akhirnya membiarkan sahaja. Dia lemas dalam pelukan lelaki yang kini bergelar suaminya. 

“Kan bagus kalau setiap hari boleh peluk Iman macam ni,” ujar ammar Mirza perlahan. 

Suri Imani tersedar. Wajahnya terasa hangat. Boleh pula dia leka dalam pelukan Amamr Mirza. 

“Lepaslah Am. Awak… awak busuk!” 

Ammar Mirza tersenyum. Macam- macam cara nak lepaskan diri. Perlahan- lahan Ammar Mirza melepaskan pelukan. Wajah Suri Imani yang memerah direnung. Suri Imani menelan air liur. Apa kena ni? Tanpa sempat dia membuat apa- apa, tiba- tiba bibir Ammar Mirza mencecah dahi dan pipinya. Suri Imani terkedu. Wajahnya terasa disiram minyak panas. 

“Awak buat apa ni Am? Jangan nak ambil kesempatan!” 

Ammar Mirza tersenyum tawar. Kalaulah Suri Imani tahu apa yang membelengu dirinya kini. Kemarahan si isteri langsung tidak dipedulikan. 

“Am nak tidur jap. Jangan kacau.” 

Ammar Mirza terus berbaring di atas katil. Suaranya juga sudah berubah dingin. Niat dihati mahu merehatkan tubuh sebentar. 

“Awak pergi mana Am?” soal Suri Imani. Dia duduk dibirai katil. Matanya memadang Ammar Mirza yang sudah melelapkan mata. Duduk berduaan dengan Ammar Mirza menyebabkan dia sesak nafas. Tapi dia cuba untuk tidak cepat gelabah dan nampak biasa. 

“Em… pejabat.” 

“Eh, tadi kata ke rumah Hadi. Buat apa pergi pejabat? Awak start kerja minggu depan kan?” soalnya pelik. 

“Oo.. erm.. aaa… mula- mula pergi pejabat. Lepas tu singgah rumah Hadi. Yang Iman sibuk ni kenapa? Takkan Am tak ada sekejap kat rumah Iman dah rindu?” soal Ammar Mirza membuka sedikit kelopak matanya. Dia tersenyum kecil bila melihat wajah Suri Imani yang berubah. 

“Mana ada! Saya pelik je.. Lepas subuh awak dah hilang. Petang baru balik. Tadi umi tanya… saya tak tahu nak jawab apa. Awak cakap tadi awak pergi rumah Hadi. Tapi kenapa lama sangat,” jawab Suri Imani segera. 

“Hurm… kan Am dah remind Iman dulu. My business is mine and your business is mine too. Sudahlah! Am nak tidur sekejap. Mengantuk. Iman pergilah gosok baju ke, kemas bilik ke. Jangan kacau Am nak tidur.” 

“Nak gosok baju apa lagi. Semuanya saya dah buat,” balas Suri Imani. 

Mata Ammar Mirza sudah terbuka. Terkejut dia. 

“Semuanya?” 

Suri Imani mengangguk. 

“Termasuklah baju kemeja awak yang berlipat dan tergulung. Seluar pun saya gosok semuanya. Senang sikit.” 

Ammar Mirza tersenyum.

“Bagus,” bantal diambil dan terus menutup kepalanya. 

Suri Imani mengeluh. Bosannya. Kalau di rumah dia ada papa dan Ilham yang sering melayan dia berborak. Kalau dia bosan, dia akan berjumpa dengan Wati. 

“Am dah sembahyang?” soal Suri Imani lalu menepuk terus betis Ammar Mirza kuat.

“Dah! Boleh tak jangan kacau Am?” suara Ammar Mirza kuat. Dia baru sahaja hendak terlelap.

“Betul, Am dah sembahyang?” Suri Imani tersengih kerana dapat menganggu Ammar Mirza. Tak elok tidur petang- petang. Sepatutnya sekarang waktu riadah. Macam Jasmin dan anak- anaknya. 

“Sepatutnya dalam hubungan suami isteri kita mestilah percaya antara satu sama lain. Buat apa saya nak tipu tentang sembahyang,” ujar Ammar Mirza lalu mengalihkan bantalnya. Wajahnya nampak serius.





Cinta tak terucap (Bab 46)


Suri Imani mengalih perhatian pada Fifi, Fia dan Firhan yang masih berendam di dalam kolam renang. Dia dapat merasakan beban yang bakal dipikulnya selepas ini kerana Jasmin mengambil keputusan membawa anak- anaknya menetap di London bersamanya. Seisi rumah terkejut dengan keputusan Jasmin itu. 

“Betul ke Min?” soal Tan Sri Mahathir yang jelas nampak terkejut dengan keputusan menantunya itu. 

“Kenapa Min? Budak- budak ni gembira di sini,” sampuk Puan Sri Noraini pula. Wajahnya keruh. Walaupun baru setahun lebih cucu- cucunya menetap bersama mereka, tetapi mereka tidak pernah merasa beban dalam melayan telatah mereka. 

“Sudah setahun arwah abang Radz pergi. Sejak arwah abang Radz pergi, budak- budak tiada dengan saya. Saya rasa sunyi. Arwah abang Radz dan amanahkan anak- anak pada saya. Berdosa saya rasa setiap kali saya teringatkan arwah abang Radz. Sebenarnya inilah tujuan sebenar saya balik selain meraikan perkhawinan Am dan Iman. Saya harap semua faham dengan tindakan saya ni.” 

“Ayah takut mereka tak selesa di sana nanti. Malaysia dan London tak sama Min,” ujar Tan Sri Mahathir. 

“Ayah jangan risau…. mereka dilahirkan di sana. Fifi dan Fia pun pernah bersekolah di sana. Mungkin Firhan sahaja yang kekok. Tapi budak- budak cepat sesuaikan diri dengan persekitaran. Saya dah carikan sekolah untuk mereka. Fifi pula… dia akan tinggal di sana selepas ambil UPSR. Dia dah belajar bersungguh- sungguh untuk UPSR ni, jadi saya tak mahu hancurkan impiannya untuk berjaya.” 

Tan Sri Mahathir memandang isterinya yang diam sahaja. Dia tahu isterinya sedih. Ammar Mirza dan Liyna juga tidak memberikan respons terhadap permintaan Jasmin itu. 

“Saya harap semua faham,” sambung Jasmin perlahan. Dia faham jika mereka berberat hati melepaskan anak- anaknya. Dia juga yang salah kerana bersetuju membiarkan anak- anaknya dijaga oleh Tan Sri Mahathir dulu sewaktu dia mendapat tawaran bekerja di London selepas kematian Radzi. 

“Min dah cakap pada mereka?” soal Tan Sri Mahathir. 

Jasmin mengangguk. Pada mulanya anak- anaknya tidak mahu tinggal di sana tetapi akhirnya bersetuju kerana apabila tinggal disana, mereka tidak akan berpisah dengan mama mereka lagi. 

“Mereka setuju?” soal Puan Sri Noraini.

Jasmin mengangguk kepala. 

“Liyna tak kisah kak asalkan budak- budak tu gembira,” ujar Liyna yang sejak tadi mendiamkan diri. 

“Terima kasih dik,” balasnya.

Liyna tersenyum sahaja. 

“Am? Iman?” soal Jasmin pada Ammar Mirza dan Suri Imani yang turut mendiamkan diri. Jelas di wajah Ammar Mirza menunjukkan bahawa lelaki itu tidak bersetuju dengan permintaan Jasmin itu. 

“Am tak kisah Min. Asalkan budak- budak gembira,” jawab Ammar Mirza perlahan. Dia cuba mengukir senyuman. 

“Iman pun sama. Iman faham perasaan membesar tanpa mama. Jadi Iman harap… budak- budak ni ada Kak Min saat mereka membesar,” ucap Suri Imani pula.

Ammar Mirza terpana. Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang mengukir senyuman. 

“Terima kasih Iman.”

Suri Imani mengangguk sahaja. 

“Nampaknya ayah dah tak boleh nak cakap apa- apa. Lagipun ayah pun tak sanggup nak pisahkan mereka dengan Min. Min mama mereka. Min lagi berhak ke atas mereka. Mereka baru kehilangan Radzi. Jadi ayah harapkan… Min tak abaikan tanggungjawab pada mereka nanti walaupun sibuk,” sampuk Tan Sri Mahathir. 

“Terima kasih ayah,” girang Jasmin. 

“Umi pun sama. Umi pun tak mahu halang. Kalau umi jadi Min… umi faham perasaan Min. Umi pun ibu juga. Tapi…” 

“Tapi apa umi?” cepat sahaja Jasmin menyampuk. Risau jikalau diberi syarat yang bukan- bukan oleh ibu mertuanya. 

“Iman,” panggil Puan Sri Noraini. 

“Ye umi?” terkejut Suri Imani apabila namanya dipanggil.

“Lepas ni… kami berharap pada Iman dan Am pula.” 

“Saya?” terpinga Suri Imani.

“Harapkan apa umi?” Liyna pula yang menyampuk.

“Liyn senyap je. Liyn tu budak- budak lagi,” balas Tan Sri Mahathir pula.

“Budak- budak? Ayah…. Nurliyna Mirza ni dah 24 tahun. Liyna ni lagi tua dari Iman tau,” cepat sahaja Liyan menjawab. Dia tidak puas hati dikatakan budak- budak oleh ayahnya. 

“Sorry Liyn. Ayah lupa anak ayah dah besar. Dah boleh kahwin pun..”

“Ayah… Liyna tak mahu.”

“Tak mahu apa?”

“Liyna muda lagilah. Belajar pun tak habis lagi,” muncung sedap mulut Liyna. Dia masih lagi menyambung Master. 

Tan Sri Mahathir tersenyum. Puan Sri Noraini juga tersengih melihat kekalutan anak bongsunya. 

“Ayah, umi. Kami masih tak rancang lagi tentang itu,” sampuk Ammar Mirza tiba- tiba.

Suri Imani melepas pandang pada suaminya. Sumpah! Dia memang tidak faham apa-apa.

“Tak payah nak rancang Am… semuanya atas anugerah ALLAH. Dulu Min dapat Fifi lagi muda. Waktu belajar lagi… tapi boleh je arwah Radz dan Min uruskan anak- anaknya. Sekurang- kurannya lepas budak- budak ni tiada.. jarang balik Malaysia, ada lagi cucu yang boleh temankan ayah dan umi. Lama dah rumah ni tak dengar suara baby,” balas Puan Sri Noraini.

Suri Imani terlopong. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Patutlah Jasmin dan Liyna sudah tersengih- sengih memandangnya. 

“Iman memang muda lagi. Am tu dah 30 tahun. Sama baya dengan Min. Tapi Min dah ada anak tiga,” sambung Tan Sri Mahathir.

Suri Imani gigit bibir. 

“Iman… dengar tak umi kata ni. Kita jangan terlalu merancang. Sekurang- kurangnya ada seorang anak untuk serikan rumah tangga. Nanti barulah rancang keluarga. Faham tak Iman?” soal Puan Sri Noraini. Suaranya tegas. 

Suri Imani mengangguk sahaja. Dia mati kutu untuk menjawab. Dia menjeling melihat Ammar Mirza yang sudah tersengih- sengih melihat isterinya hanya mengangguk sahaja dengan permintaan uminya.  




Cinta Tak Terucap (Maaf)

Maaf!





Cinta Tak Terucap (Pendapat korang)


Pendapat korang!





Cinta tak terucap (Bab 45)


MATANYA ditenyeh beberapa kali. Dia baru selesai menunaikan solat asar. Matanya terasa mengantuk tapi sudah menjadi kemestian selepas asar dia tidak akan tidur. Papa pernah berkata orang yang suka tidur selepas asar akan gila manakala orang yang tidur selepas subuh, kurang rezekinya. Tapi kalau dulu memang sudah menjadi kemestian dia tidur selepas solat subuh kerana letih terutamanya waktu belajar dahulu. Kalau tiada kelas pagi, sampai tengah hari dia boleh tidur. Bom meletup pun dia tak sedarkan diri agaknya. 

Badannya terasa sedikit letih kerana sepanjang hari dia menghabiskan masa mengemas bilik lelaki ini tapi tidak termasuk bilik kerjanya. Entah kenapa, suka- suka hati Ammar Mirza mengarahnya mengemas bilik termasuklah mop lantai! Patah pinggang ni rasa. Kemudian dia mengosok pula baju lelaki ini yang selama ini dibuat oleh orang gaji. 

Terasa seperti orang gaji tak rasmi pula. Kalau di depan keluarganya, layanan Ammar Mirza memang menjengkelkan. Semalam sewaktu makan tengah hari, hampir sahaja dia hendak memuntahkan kembali makanan yang dimakan bila Ammar Mirza membahasakan dirinya ‘abang’. Buang tabiat ke? 

Entah manalah Ammar Mirza sekarang ni? Tadi katanya hendak keluar sekejap berjumpa kawan. Namanya Hadi Khairi. Kawan baik Ammar Mirza yang diperkenalkan sewaktu majlis perkahwinannya minggu lepas. Hadi ni berbeza sikit dari kawan- kawan Ammar Mirza yang lain. Kebanyakan kawan Ammar Mirza nampak segak dan bergaya dengan pakaian mahal mereka. Tapi Hadi agak berbeza. Walaupun rupanya kacak tetapi Hadi lebih senang berbaju t-shirt dan berseluar jeans pendek. Rambut Hadi juga panjang dan diikat tocang satu. Tapi dia senang dengan Hadi kerana lelaki itu peramah dan tidak kekok berbual dengannya walaupun pertama kali berjumpa. 

Suri Imani merenung laptopnya. Sudah puas dia melayari internet selepas kerja tak rasminya siap tadi. Sempat dia membuka facebook dan blog. Dia tersenyum membaca ucapan tahniah daripada kawan- kawannya di facebook. Kemudian dia mengemaskini pula blog yang sudah lama tidak dikemaskini. 

Dia mengeluh. Bosan. Semua saudara- mara sudah pulang. Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini keluar bermain tenis. Berkerut dahi Suri Imani mendengar suara Firhan yang terjerit- jerit. Sejak Jasmin pulang, Fifi, Fia dan Firhan semakin ceria. 

“Dah balik rupanya,” ucapnya perlahan. Patutlah Firhan menjerit. Fifi dan Fia masih berendam di dalam kolam renang. Selepas Firhan menyambut Ammar Mirza, dia kembali melompat masuk ke dalam kolam renang. Jasmin yang duduk di kerusi batu berdekatan hanya ketawa melihat anak- anaknya. Ammar Mirza duduk bersebelahan dengan Jasmin. Lebar senyuman Ammar Mirza. 

Patutlah Jasmin dan Ammar Mirza Nampak begitu rapat. Jasmin dan Ammar Mirza sudah berkenalan sejak sekolah menengah lagi.Mereka sebaya. Keluarga Jasmin dan Ammar Mirza agak rapat. Sewaktu Jasmin berusia 16 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Sejak itu Jasmin tinggal bersama- sama keluarga Tan Sri Mahathir. Selepas SPM, Jasmin dijodohkan dengan Radzi yang ketika itu sudah berusia 23 tahun. Kemudian Radzi membawa Jasmin ke luar negara untuk menyambung pengajian. Setahun selepas itu, Fifi dilahirkan dan diikuti dengan Fia dan Firhan. Jodoh untuk anak- anak nampaknya ditentukan oleh ibu bapanya. Peliknya Radzi dan Ammar Mirza mengikut sahaja kata- kata ibu bapanya. Di situ terselit rasa kagum dengan ketaatan mereka berdua.





Cinta tak terucap (Bab 44)


“Am nak juga. Em.. mulai hari ini, macam inilah awak patut buat. Kerja isteri sepatutnya melayan suami,” ujar Ammar Mirza dengan wajah selamba. Suri Imani mendengus geram. Kalau tahulah perangai Ammar Mirza macam ini, dia lebih rela tidak berkahwin. Panas sungguh hatinya diperintah macam- macam. Semakin hari, semakin mengada. Rasanya waktu Ammar Mirza duduk dirumah papa, perangai Ammar Mirza tidak seperti ini. Pandai je melayan diri..

“Iman kerja jumaat ni?” Ammar Mirza menyoal perlahan.

Suri Imani mengangguk. Pasti lelaki ini mendengar perbualannya dengan Amir sebentar tadi. Dia memerhati sahaja Ammar Mirza makan sambil dia menyuap juga mee goreng ke dalam mulut. Sedap juga mee ni. Sebenarnya dia tidak gemar memakan nasi lemak. Dia sendiri tidak tahu kenapa sedangkan di rumah dulu, papa dan Ilham menjadikan nasi lemak sebagai makanan kegemaran mereka.

“Erm… awak tolong hantar saya boleh? Kereta saya ada kat rumah papa lagi.”

“Tengoklah nanti.. Kalau saya sibuk, awak cari driver jelah.”

Suri Imani terdiam. Kecil hati sebenarnya dengan jawapan Ammar Mirza.

“Assalamualaikum.”

Suri Imani dan Ammar Mirza sama- sama menoleh memandang pintu dapur. Suri Imani terlopong. Cantiknya!! Wanita itu tersenyum lebar. Ammar Mirza telah berdiri.

“Min. Bila sampai?” tegur Ammar Mirza terus. Pinggan nasi lemak ditolak ke tepi.

“Ini ke Suri Imani?” soal wanita yang dikenali sebagai Min. Siapa ni? Tak pernah lagi sesiapa mengenalkan dia dengan wanita ini. Cantiknya seperti Eara Fazira. Pakaian yang dipakai juga cantik dengan busana muslimah. Kagum sungguh Suri Imani melihatnya.

Suri Imani memandang Ammar Mirza minta penjelasan.

“Ini Min. Jasmin. Isteri arwah Radzi,” terang Ammar Mirza bila melihat Suri Imani yang nampak blur. Puan Sri Noraini pernah bercerita mengenai menantu sulungnya ini. Jasmin sekarang berkerja di London sebagai pereka fesyen busana muslimah. Jasmin terkenal di kalangan orang Islam di London.

“La.. Iman. Kenapa pandang macam nampak hantu?” tegur Jasmin ketawa kecil.

Suri Imani tersengih malu.

“Maaflah Min tak datang majlis kamu berdua. Min ada pertunjukan fesyen di London,” ujar Jasmin lalu menghampiri Suri Imani. Teragak- agak Suri Imani dibuatnya. Dia menyalami Jasmin dan terus dia dibawa ke dalam pelukannya.

“Kak Min dah makan?” soal Suri Imani.

Jasmin mengangguk dengan senyuman.

“Bila sampai?” soal Ammar Mirza lagi. Sudah berbulan- bulan dia tidak melihat Jasmin yang jarang pulang ke Malaysia kerana sibuk. Hanya Fifi, Fia dan Firhan yang selalu pergi ke London untuk berjumpa dengan mama mereka.

“Pukul 3 pagi. Rindu sungguh Min kat kamu semua,” jawab Jasmin masih tersenyum.

Suri Imani tersenyum. Dia masih kagum melihat wanita dihadapannya. Sebelum ini dia pernah melihat gambar Jasmin, tapi bila melihat wajah Jasmin dihadapan matanya, memang Jasmin cantik seperti kata anak- anaknya. Tidak hairanlah anak- anaknya comel. Arwah Radzi juga kacak dan seiras dengan Tan Sri Mahathir. Wajah arwah Radzi dan Ammar Mirza memang berbeza seoleh- oleh tiada pertalian persaudaraan.

Ammar Mirza menjemput Jasmin makan sekali. Wanita itu duduk di sebelah Ammar Mirza. Suri Imani duduk kembali setelah menyediakan pinggan kosong untuk kakak iparnya. Mee goreng yang masih bersisa dihabiskan secepat mungkin. Satu perasaan perlahan- lahan timbul dalam dirinya melihat kemesraan layanan Ammar Mirza pada Jasmin.

Dia juga pelik kerana Ammar Mirza tidak memanggil Jasmin dengan panggilan kakak walaupun Jasmin adalah kakak iparnya. Mereka seperti sahabat lama yang sudah lama tidak berjumpa. Suri Imani mendiamkan diri. Tiba- tiba dia terasa tersisih kerana seoleh- oleh dia tiada disitu. Ammar Mirza langsung tidak memandangnya walaupun sesekali Jasmin menoleh dan menghadiahkan senyuman padanya.




Cinta tak terucap (Bab 43)

          
“Awak jangan mengada!” 

“Ish… asal jerit? Nanti mereka dengar, kata bergaduh pula. Haru nanti,” marah Ammar Mirza dengan suara perlahan. 

Suri Imani membuat muka. Semakin hari semakin menyampah dia dengan lelaki ini. Kalau bukan memikirkan maruah lelaki itu tadi dihadapan saudara- saudaranya hendak sahaja Suri Imani menyepak lelaki itu. 

“Apasal terkebil- kebil lagi. Cepatlah! Senduk nasi. Saya nak makan nasi lemak,” jerkah Ammar Mirza. Bukankah tadi dia yang memarahi supaya jangan menjerit. 

Terkejut Suri Imani dibuatnya. Terkial- kial dia mengambil pinggan yang telah tersusun diatas meja dan diletakkan dihadapan Ammar Mirza. Kemudian dia menyenduk nasi. 

“La.. nasi je? Lauk mana?” soal Ammar Mirza bila Suri Imani sudah duduk dan meletakkan mee goreng di dalam pinggannya sendiri. 

“Ambil lah sendiri.”

“Eh, ingat apa Am kata tadi?” 

Suri Imani mengigit bibir geram. Ingat aku ni hamba abdi ke? Ni benci nih! 

“Nak apa? Ayam ke telur?” 

“Awak rasa mana yang sedap?” soal Ammar Mirza dengan wajah tanpa riak. Suri Imani mendengus geram. Segera dia meletakkan ayam dan telur rebus diatas pinggan Ammar Mirza. Kemudian dia menabur ikan bilis dan kacang. Mana yang sedap… mana aku tahu! Aku bukan peminat nasi lemak. 

“Nak berapa sudu?” tanya Suri Imani memegang sudu yang berisi sambal ikan bilis.

Ammar Mirza mengangkat bahu.

“Awak rasa?” soalnya kembali.

“Banyak ni kan?” soal Suri Imani geram dengan senyuman sinis. Rasa seperti hendak tuang semua kuah itu ke dalam pinggan. Ammar Mirza mengigit bibir menahan gelak. Kelakar sungguh dia melihat wajah Suri Imani ketika ini. Bila- bila sahaja gadis ini boleh meletup.

“Hei… sudahlah. Nak bunuh saya ke bagi makan sambal banyak- banyak,” Ammar Mirza memegang tangan Suri Imani. Terlepas terus sudu yang dipegang Suri Imani. Jantung Suri Imani berdegup kencang. Entah kenapa bila Ammar Mirza menyenuhnya, terus sahaja dadanya berdegup kencang. 

“La.. habis kotor meja,” rungut Ammar Mirza. Hatinya sudah digeletek. Sejuk macam ais tangan Suri Imani tadi. Sengaja dia mengambil kesempatan. Kalau dibilik, susah sungguh hendak duduk dekat dengan gadis ini. 

Suri Imani sudah berdiri mencari kain buruk. 

“Awak nak air apa? Nescaffe, milo or susu?” soal Suri Imani sambil mengelap meja.

“Awak minum air apa?” soal Ammar Mirza.

“Susu,” jawab Suri Imani mencari susu segar di dalam peti ais. Dari kecil lagi dia sudah diajar minum susu. Setiap minggu pasti papa akan membeli dua botol susu segar.





Cinta tak terucap (Bab 42)


“LAMBAT BANGUN,” tegur Puan Sri Noraini dengan senyuman meleret. Suri Imani nampak ayu dengan baju kurung berwarna hijau muda kosong. Sesuai sungguh dengan kulit Suri Imani yang putih gebu. Ammar Mirza ringkas dengan baju-T tanpa kolar dan seluar jeans. Pakaian rutin yang biasa dipakai anaknya bila tidak berkerja. 

“Umi, ayah. Dah makan?” soal Suri Imani berpura- pura tidak fam dengan kata- kata mertuanya. Beberapa orang saudara Ammar Mirza masih tidak pulang lagi. Mereka sudah memenuhi ruang tamu yang besar dan luas itu. Menyesal Suri Imani kerana tidak turun awal. Entah apalah tanggapan mereka pada dia. 

“Pengantin baru..” ujar salah seorang dari saudara Ammar Mirza disambut dengan tawa kecil dari mereka yang lain. 

“Sudahlah mengusik si Iman ni. Dah macam udang bakar aku tengok. Iman, Am.. pergilah dapur. Kami semua dah makan. Mak Tam masak nasi lemak dan mee goreng,” ujar Tan Sri Mahathir akhirnya bila usikan demi usikan kedengaran. Kebanyakan mula berbual dalam Bahasa Sepanyol yang memang langsung tidak difahami Suri Imani. Tidak pasti sama ada Ammar Mirza memahami bahasa tersebut atau tidak. 

“Mana budak- budak?” soal Ammar Mirza sambil tanggannya sengaja dijatuhkan diatas bahu Suri Imani. Hatinya sudah digeletek melihat wajah Suri Imani yang berubah. Nasib baik gadis itu tidak menolak tangannya turun. Kalau tidak malu juga dia dibuatnya. 

“Main kat luar,” jawab Puan Sri Noraini. 

“Pergilah makan,” suruh Tan Sri Mahathir. 

Ammar Mirza mengangguk. Dia menganggam tangan runcing dan memaksa Suri Imani mengikutnya. Gelabah Suri Imani dibuatnya. 

“Mak Tam, Shima. Pergila berehat. Biar Iman buat,” arah Ammar Mirza pada dua orang tukang masak Villa Mirza yang berada di dapur. Mereka berdua mengangguk dan berlalu dengan senyuman. 

Bila kelibat mereka hilang, Suri Imani merentap tangannya kasar. Terus dia memeluk tubuh tak ubah seperti budak kecil yang sedang marah. Ammar Mirza membuat muka selamba dan terus duduk di meja kecil yang berada di dalam dapur yang luas. Suri Imani merenungnya tajam. 

“Saya lapar. Cepatlah,” arah Ammar Mirza tegas. Dia mengambil majalah WANITA yang terdapat diatas meja dan terus dibeleknya. Pasti majalah itu milik Mak Tam atau Shima.

“Buatlah sendiri,” jawab Suri Imani masih memeluk tubuh. Panas hatinya dengan sikap selamba Ammar Mirza. Ni nak rancang mogok nih! Tak suka sungguh dengan perangai Ammar Mirza. 

“Iman berdosa tau ingkar arahan suami. Nanti Am minta lebih- lebih.. awak juga yang susah,” selamba Ammar Mirza menuturkan kata. 

Suri Imani tersentak. Faham maksud Ammar Mirza.





Cinta tak terucap (Bab 41)


Suri Imani menoleh dengan senyuman. Ammar Mirza terpaku bila melihat mata Suri Imani berkaca. Baru sahaja dia hendak mengajak Suri Imani bersarapan. Perutnya sudah berbunyi. Tugas yang bertimbun, tidak dihiraukan lagi. 

“Tengok ni,” arah Suri Imani cepat. 

TAHNIAH adik dan Ammar 

“Siapa punya blog?” 

“Kak Lin,” beritahu Suri Imani. Dia kata- kata yang ditulis oleh kakaknya yang mengucapkan tahniah diatas perkahwinannya serta beberapa keping gambar yang mungkin diambil daripada papanya. Kakak juga memimta maaf kerana tidak dapat hadir. 

“Siapa pula ni?” terpana melihat beberapa keping gambar bayi yang comel selepas entri khas untuk dia dan Suri Imani tadi. 

“Comel kan?” soal Suri Imani. Dia pernah melihat gambar- gambar ini yang dikirim kakanya melalui email. Rupanya Izlin baru sahaja membuat blog tersebut untuk tatapan keluarga di Malaysia. Blog yang akan berkisar tentang hidup Izlin dan keluarganya di New Zealand. Dia rasa terharu. 

Ammar Mirza memandang Suri Imani. Dia menanti jawapan walaupun sudah tertulis disitu nama bayi tersebut. Mikail Casey. 

“Anak kedua kak Lin. Mikail. Baru beberapa bulan baby ni. Kakak tak dapat balik sebab Mikail tak sihat la,” beritahu Suri Imani. Ammar Mirza tahu sebab Izlin tidak dapat pulang ke Malaysia.

“Comel. Ni kakak dia?” 

Suri Imani mengangguk.

“Medina Casey. Comel macam adiknya,” ucap Ammar Mirza. 

“Umur Dina 3 tahun. Comel kan? Muka macam abang Zack.”

Zackary Casey adalah suami Izlin. Medina dan Mikail lebih mengikut Zack dengan mata yang bulat dan berwarna biru. Rambut coklat mereka dan sedikit berombak mungkin diwarisi daripada Izlin. 

“Comel kan? Tak sabar nak tengok mereka,” ujar Suri Imani girang lalu berpaling. Dia terkejut. Bulat matanya. Ammar Mirza duduk betul- betul dibelakannya. Mata Ammar Mirza tajam merenung skrin laptop. Jantungnya berdegup kencang. Nasib baik dia tidak tercium pipi Ammar Mirza. Pantas dia berdiri.

Ammar Mirza terkejut.

“Kenapa?” 

“Am duduk dekat sangat kenapa?”

Ammar Mirza tersenyum. Sedar juga Suri Imani. Nak sahaja tadi dia memeluk tubuh Suri Imani dari belakang. 

“Am nak baca blog Izlin kan,” jawab Ammar Mirza selamba.

“Errmmm…. Am. Jom.. lapar.”

Ammar Mirza berdiri. Dia tersenyum.

“Tadi kata kenyang lagi.”

“Ada cakap ke? Erm…. Jomlah… saya lapar,” sesak nafasnya berada lama- lama dengan Ammar Mirza. 

Ammar Mirza ketawa. Dia tahu Suri Imani sengaja mahu mengelak darinya.

“Jom sayang,” ajak Ammar Mirza.

“Am!”

“Kenapa?” pelik Ammar Mirza yang baru ingin melangkah.

“Jangan panggil Iman… sayang..”

“Hah?”

Meletus tawa Ammar Mirza. Suri Imani mendengus. Pantas dia memintas Ammar Mirza dan segera melangkah dahulu daripada Ammar Mirza.




Back to Top