Cinta tak terucap (Bab 29)


“Assalamualaikum.” 

“Waalaikummussalam.. woi kasarnya,” tegur Wati dengan nada terperanjat. Suri Imani tersentak. Dia memandang telefon bimbitnya lama. Cuba mencari kekuatan untuk bercakap dengan Wati. Tidak sedar dia menekan keypad handphone bila telefon bimbitnya berbunyi tadi. 

“Sorrylah.. Kau nak apa?” soal Suri Imani dengan suara perlahan. Dia sedar bibirnya sudah bergetar menahan tangis. 

“Kau kenapa? Okay tak?” suara Wati kedengaran bimbang.

“Aku okay. Cuma terkejut dengar kau call. Aku tertidur tadi,” terang Suri Imani. Rasanya tidak perlu dia menceritakan hal ini. Biarlah dia sahaja yang tahu. Dia menutup laptopnya dan diletakkan diatas meja. Broadband disimpan kembali di dalam laci. Kemudian dia kembali berbaring di atas katil selepas menutup lampu bilik. Selimut ditarik sehingga menutup atas dadanya. 

“Aku rasa kau bukan baru bangun tidur. Macam orang baru lepas nangis. Kau okay ke? Encik Am buli kau ke?” soal Wati bertalu- talu. 

Suri Imani tersenyum hambar. Dia mengesat air mata yang mula meleleh. Geli hati mendengar kata- kata Wati. Tak kuasa dia hendak menangis bila dibuli Ammar Mirza. Rasanya Ammar Mirza yang menangis bila dibulinya kelak! 

“Kau apahal? Jangan risau. Dia tak buli aku.. Kenapa call?” 

“Pasal SMS kau tadi lar… kenapa kau ni? Buang tabiat ke? Tak pernah lagi kau make up. Tup.. tup suruh aku make up kau esok. Kenapa?” Wati bertanya. Terkejut tadi dia membaca SMS Suri Imani. Sepanjang mereka berkawan Suri Imani bukanlah seorang gadis yang suka memakai make up. Kalau ada majlis sewaktu belajar dulu, Suri Imani lebih senang mengenakan compact powder dan lipstick. 

“Esok kan ada majlis.”

“Aku tahu.. Jadi?” 

“Am suruh aku make up. Kalau aku degil.. dia yang make up untuk aku. Gila aku nak suruh dia make upkan aku. Ada rupa aku yang cantik dan comel ni bertukar jadi badut sarkas,” ujar Suri Imani geram. 

Wati sudah ketawa besar.

“Baguslah jadi badut sarkas. Jimat sikit duit company esok lusa nak cari badut. Kau dah ada. Kau dan Encik Am jadi badut sarkas.. sesuai sangatlah tu,” ujar Wati terus tergelak. Sakit perutnya ketika ini. 

Suri Imani mencebik. Kalau kenakan orang nombor 1. Pedih telinganya mendengar tawa Wati yang bersambung- sambung. Entah apa lawaknya..? 

“Dah la tu..” Suri Imani bersuara.

“Aku.. a.. ku tak dapat bayangkan muka kau jadi badut sarkas,” Wati menyambung tawanya. 

Suri Imani mendengus geram. Teringat kata- kata Ammar Mirza petang tadi. Badus sarkas yang berhidung merah dan bulat serta berambut kembang itu lagi cantik darinya. Mereng agaknya otak lelaki tu. Perlahan- lahan dia menekan punat merah bila tawa Wati seoleh- oleh tidak akan mati. 

“Dah ke?” soal Suri Imani geram bila taliannya dengan Wati kembali bersambung tapi tidak lama bila Wati mematikan talian. 

Sori kawan.. ak terbayangkan muka kau jd badut sarkas dgn hidung bulat n merah.!! Lawak sey.. kau bayangkanlah.. hahahaha… ak g rumah ko esok lepas maghrib. Jumpa esk.. hahahaha
Suri Imani mencebik geram dengan SMS dari Wati. Suka sungguh nak kenakan aku. Argh..!!!! geramnya. Tak dapat bayangkan bagaimana hari esok. Mesti terbeliak mata Wati, Zahin dan Amir melihatnya esok. Wahai hari esok, janganlah kau tiba.




25 comments:

  1. wah..romantiknya!! tgh sakit mcm tu pun sempat lagi nak bermanja2 ye..hihi..sambung lagi ye..best betul cite ni..

    ReplyDelete
  2. best....
    lpas nie sure am kne tdo skli ngn iman atas ktil 2...hihiii
    sweet je diaorg nie..:)

    ReplyDelete
  3. wah..
    romantik seyh..
    caya la..
    smbung cpt sikit heh..
    pleaseeeeeeee...
    -miss starmoon-

    ReplyDelete
  4. iman..nape dr rizq tu bg ubat kat am..
    best n3 kali ni..
    umi ngan ayah nak cucu tahun ni juga..
    yiihuuu..

    ReplyDelete
  5. romantik jugak lam ngantuk2 tu eh..
    best...
    sambung lagi...

    ReplyDelete
  6. sume kt ats da kte romentik da..
    tp owg still nk kte gak..
    romentikkk gleee..
    hahaha..
    smbg arr romentik mreke2 nie tok next n3 ek..
    skee..
    ;p

    ReplyDelete
  7. ngeeeee...
    suke2..
    sweet bangat..
    so romantik...
    smbung2..

    ReplyDelete
  8. yesss!!!! akhirnya!
    patutnya camtu lah dari mula!!..haha

    ReplyDelete
  9. he..he..
    romantic habis r Am nehhh..
    Iman u menang untung rr...
    cepT2 sambung~

    ReplyDelete
  10. i assume this as my best present
    gift 4 this year

    ahaks~

    ReplyDelete
  11. sweettttttttttttttttttttttt......................

    ReplyDelete
  12. serius!!best btoii..

    ReplyDelete
  13. olololo...
    how sweet..u r soooo sweet Am
    kalo cmni la biar Iman skt lame2 sket..;D

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...
    knp yg ke-8 tk ble bka?

    ReplyDelete
  15. maaflah.. awk try g kat label kat bawah nih..
    sy sendiri da x sure cam ner nak buka

    ReplyDelete
  16. mana n3 bru????
    imani...pleaseeeee...cepat2 la sambung citer nie.....

    ReplyDelete
  17. weeeeeeeeeeeeee...
    sweeet gle..

    smbg2 lg

    ReplyDelete
  18. nk tgk no 8, kena klik kat newer n3 kat bwah ni..

    btw, very nice story.. tak sabar tggu n3 baru..cptlah...please...

    ReplyDelete
  19. cepatla smbg x sbr nak tgu next n3.
    so romantic and so sweettttttttttttt

    ReplyDelete
  20. bestnya citer ni..
    bru terjumpa blog ni...terus melekat..

    ReplyDelete

Back to Top