Cinta Semalam: Bab 14


JIHAN RAYSHA runsing. Kebisuan Iqram Zafriel membuatkan Jihan Raysha tidak senang duduk. Dia membetulkan rambutnya lagi. Sudah beberapa kali dia mengikat rambutnya, tetapi rasa seperti tidak selesa. Hatinya juga tiba-tiba dibuai rasa tidak senang. Sesuatu akan berlaku ke nanti? 

“Janganlah senyap macam tu. Esha minta maaf.” Hampir satu jam dia ambil masa bersiap. Dia mandi. Gosok baju. Sempat juga dia makan dua keping roti bagi mengalas perut. Apabila dia membuka pintu, rupa-rupanya Iqram Zafriel sudah tertidur di luar bilik. Hampir sahaja hendak mencium lantai kerana ketika itu Iqram Zafriel bersandar pada pintu bilik. 

“Hmm….” Iqram Zafriel panas hati. Tetapi dia tidaklah marah sangat. Sengaja nak mengusik. Muka juga sengaja buat serius. 

“Apa yang benda paling dekat dengan kita?” 

Dahi Iqram Zafriel berkerut. Itu ke ayat nak memujuk? 

“Hmm….” 

Jihan Raysha ketap bibir. Sekali lagi dia mencabut getah rambutnya. Dia memang betul-betul tidak selesa. Cermin mata yang selama ini tidak merimaskannya, tiba-tiba membuatkan dia bertambah serabut. Rasa nak cabut je cermin mata dan contact lens. Dia sudah puas berpura-pura. Dia tahu lambat laun Hakimy akan tahu juga. 

“Rambut tu dah cantik. Tak payah ikat.” Suara Iqram Zafriel kedengaran. 

Jihan Raysha berpaling. Dia tersenyum girang. 

“Rimas.” 

Iqram Zafriel mengambil segera getah rambut yang berada dalam tangan Jihan Raysha. Tingkap kereta dibuka, dan getah itu dibuang. 

Jihan Raysha terlopong. 

“Kalau Esha rimas… Abang Iqram lagi rimas bila tengok dari tadi Esha asyik main dengan rambut tu. Nak suruh Abang Iqram ikatkan ke” 

Jihan Raysha menggeleng laju. Gila nak suruh lelaki ni ikat? 

Perlahan-lahan Civic Type R milik Iqram Zafriel memasuki kawasan perumahan Kampung Batu yang terletak di Gombak. Pertama kali dia datang beberapa minggu lepas, dia tidak perasan pula kawasan perumahan ini. Terdapat pelbagai jenis rumah, dari rumah papan sehinggalah rumah banglo tiga tingkat. Mungkin lot kawasan persendirian. Rumah Encik Syazlan pula rumah dua tingkat yang menggunakan konsep Bali. Cantik. Sejuk mata memandang melihat pokok-pokok yang ditanam di sekeliling rumah. 

“Keluarlah. Takkan nak suruh Abang Iqram bentangkan karpet merah pula?” soal Iqram Zafriel separuh menyindir. Pintu Jihan Raysha sudah dibuka dari luar. Gadis itu nampak termenung melihat kawasan dalam rumah Encik Syazlan. Memang dia sengaja letak kereta depan rumah kerana kebetulan pula kosong. 

“Ramainya orang?” 

“Saudara mara pak su kot. Jom masuk!” Sebenarnya manalah Encik Syazlan ada saudara mara yang ramai. Encik Syazlan anak yatim piatu. Puan Soraya dan papanya hanya dua beradik. Dia sendiri tidak pasti siapa ada di dalam rumah. Pelik juga sebab rumah itu bising terutama sekali di dapur. 

“Kata buat korban?” 

“Dah siap kot. Kita lambat sangat kan? Kat dapur tu macam riuh rendah je bunyi.” Iqram Zafriel memanjangkan leher melihat dalam rumah. Pagar rumah memang sudah terbuka luas. Beberapa orang kanak-kanak, mungkin anak-anak jiran bermain-main. Suka pula melihat masing-masing comel memakai baju kurung dan berbaju Melayu. 

“Jap. Kenapa seat belt ni tersekat?” Pipi Jihan Raysha sudah memerah. 

“Sejak bila seat belt ni tersekat?” Bukannya dia guna kereta lama. Iqram Zafriel segera menyusup masuk ke dalam kereta untuk melihat. 

“Eh!” Jantung Jihan Raysha sudah tidak dapat berdegup seperti biasa. Kelam kabut. Haruman minyak wangi yang dipakai Iqram Zafriel menusuk masuk ke dalam hidung. Sesekali dia melihat Iqram Zafriel membetulkan songkok yang hampir terlurut dari kepalanya. Baru dia sedar, rambut lurus Iqram Zafriel yang sebelum ini kemas disikat, hari ini tercacak. Mungkin tidak letak gel. 

“Esha masuk macam mana tadi ni? Ketat betul nak tarik,” ujar Iqram Zafriel. Dia masih ralik mencabut tali pinggang yang tersekat. 

“Hmm… entahlah. Dah ke?” Jihan Raysha tahan nafas. Rasanya dalam dua inci, hidungnya sudah boleh berlaga dengan badan Iqram Zafriel. 

“Jap!” Iqram Zafriel masih cuba menarik tali pinggang yang tersekat. Berpeluh dahinya. Memang selama dia menggunakan kereta, tidak pernah lagi tali pinggang ini buat hal. 

“Abang Iqram tak boleh masuk ikut bahagian driver ke?” Jihan Raysha semakin tidak selesa. Beberapa kali badannya berlaga dengan badan Iqram Zafriel. 

Dahi Iqram Zafriel berkerut. Segera dia menjeling pada Jihan Raysha. Dia tersedar. 

“Panas sangat ke?” soalnya apabila Jihan Raysha nampak lebih berpeluh darinya. Muka pun dah macam udang bakar. Merah semacam je. 

“Takdelah. Rimas dengan rambut ni.” Jihan Raysha beralasan. 

Iqram Zafriel tarik sengih. Dia teliti lagi tali pinggang yang tersekat sebelum bibirnya mengukir senyuman. Memang salah masuk pun. Patutlah terlekat. Pakai seat belt pun tak reti ke? 

“Okay. Siap!” 

“Keluarlah cepat.” Badan sasa itu ditolak. 

Iqram Zafriel hampir nak terjatuh. Pantas tangannya memegang paha Jihan Raysha untuk seimbangkan badannya semula. Bukan dia sengaja. 

Gadis itu terkejut besar. 

“Sampai hati tolak Abang Iqram. Cakap terima kasih pun tak sebab dah bawa Esha datang sini… buka seat belt ni.” Iqram Zafriel masih tidak mahu keluar. 

“Sorry. Esha tak sengaja. Cepatlah. Kata nak masuk tadi.” Jihan Raysha tolak lagi badan Iqram Zafriel. Tapi dia pula terkejut besar apabila tangan Iqram Zafriel semakin kejap memegang kakinya. 

“Sabarlah! Tadi Esha ada tanya soalan pada Abang Iqram kan? Benda apa yang paling dekat dengan kita?” 

Badan Iqram Zafriel semakin mendekati wajah merah padam Jihan Raysha. Walaupun bibir tidak mengukir senyuman, tapi Jihan Raysha dapat rasakan lelaki itu sedang tersenyum. Mata hazel Iqram Zafriel seperti menari-nari keseronokan. 




7 comments:

  1. uuuhhh...finally..ada N3..Thanx Imani..

    yeahh..Iq dah panggil sayang dah tu..cium pipi..??!!

    ReplyDelete
  2. finally ada sambungan, puas tunggu cerita ni & cerita lain juga.

    Jangan lupa sambung cinta tak terucap!

    ReplyDelete
  3. yea!!
    da ad n3 bru..
    hu~
    kak, smbung lgi yerk..
    cinta tak terucap skali tau..
    huk3..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. akhirnya ada sambungan..
    cian kat isya..
    sambung lagi yer..panjang2 tau..hehehe

    ReplyDelete
  6. waa...rindu giler..
    best2..nk lg..

    habiskn cinta x terucap dulu la..
    dah x sabar..
    huhu~~
    bnyk songeh plakkn..=)

    ReplyDelete
  7. akhirnya.............................. terlerailah satu penantian. hehehe......................... rindu dgn rysha dan iqram....................... rindu gak dgn iman dan ammar.

    ReplyDelete

Back to Top