Cinta Semalam: Bab 29


JIHAN RAYSHA menggeleng beberapa kali. Mereka yang lain pening bagaimana hendak memujuk gadis itu. Hampir 20 minit mereka berada di luar pintu bilik Puan Sri Tengku Zanariah. Apabila Encik Syazlan dan Puan Soraya menawarkan diri untuk masuk dahulu, cepat sahaja Jihan Raysha menghalang. 

“Dik….” Daniel geram. Puas sudah dia memujuk. Dia tahu adiknya memang degil. 

“Kita perlu jumpa ke?” 

Daniel mengangguk.

“Esha. Semalam Esha kata Esha sebabkan nenek sakit. Sekarang Esha larang kami jumpa nenek,” sampuk Iqram Zafriel. Dia juga sudah naik jemu. Rasa seperti nak dukung dan bawa masuk dalam sahaja. Cuma dia takut dapat ‘hadiah’ dari Daniel. Tidak fasal-fasal mukanya biru. 

“Tapi….” Jihan Raysha garu kepala.

Sara berada dalam dukungan Nafeesa. Sejak tadi Nafeesa asyik mencium pipi gebu Sara. Beberapa kali mulut Nafeesa memuji mata hijau lumut Sara yang bersinar. Beautiful eyes. Sama seperti Jihan Raysha. 

“Semua ada kat dalam ke?” soal Jihan Raysha terus memandang Encik Syazlan. 

“Kimy Whatsapp Abang Iqram tadi. Dia tanya kita kat mana,” jawab Iqram Zafriel terus. 

“Dia tahu kita kat sini?”

Iqram Zafriel menggeleng. 

“Baguslah! Abang, Esha balik dulu,” ucap Jihan Raysha. 

Daniel terpinga tetapi cepat dia menangkap lengan adiknya yang mahu berlalu. 

“I don’t think so.” Merah padam muka Daniel. Adiknya ni kadang-kadang perlu berkasar juga. Dulu walaupun arwah Encik Ebrahim lembut, tapi kadang-kadang turut akan bertegas dengan Jihan Raysha yang degil. 

Jihan Raysha tersenyum. Dia cuba menarik kembali lengannya. Dia tahu abangnya marah. Tetapi dia betul-betul tidak bersedia. 

“I’m not ready. I don’t think they want us to be here,” balasnya yakin. 

Daniel mengeluh.

“There’s nothing to be afraid. I’m with you,” ucap Daniel pula. Kekok juga berbahasa Melayu. Dia sedar walaupun dia dan adiknya fasih dalam bahasa Melayu, tetapi loghat British memang tak dapat dibuang. Bertambah pelik apabila hampir 24 tahun tidak pulang ke tanah kelahirannya, dia langsung tidak ingat apa-apa. 

“Esha tak takut.”

Daniel tersenyum tawar.

“I’m your brother. I know you better than anyone else.…” Tidak sempat Daniel hendak menyambung kata apabila tiba-tiba pintu terbuka. Pantas dia menarik tangan adiknya. Hampir sahaja adiknya dirempuh pintu yang terbuka. 

“Doktor!” 

Melompat Encik Syazlan. Dia bersandar pada pintu bilik. Bunyi loceng jelas kedengaran dari dalam bilik. Suasana nampak kecoh. 

“Kenapa Kimy?” Kalut Iqram Zafriel menyoal Hakimy yang nampak terkejut dengan satu rombongan besar di luar pintu bilik. Wajah Hakimy pucat. 

“Nenek dah bangun,” ucapnya sedikit teruja. Matanya tidak lepas memandang Jihan Raysha dan Daniel silih berganti. 

“Betul?” soal Iqram Zafriel terus.

Lambat-lambat Hakimy mengangguk sebelum terus berlalu mencari doktor.




8 comments:

  1. good to know akhrnye ade gak org yg terdekat ngndorg dlm ofis tu tw dorg adk beradik...at least ade la yg boleh backup kn...heheh...chaiyokkimi....bg jurang yg terbina ngn isha tu hilang...kate kembar...

    ReplyDelete
  2. alahai..
    sayang nya isha kat iq ya..

    ReplyDelete
  3. isha mesti sayang iq..sambung lagi yer.

    ReplyDelete
  4. Suka..suka sbug cptttt ok...

    ReplyDelete
  5. hehehe..tersengih sorg2 bila baca n3 ni..

    ReplyDelete
  6. lamanya tak ikuti cerita ini...
    tup tup...
    ada bab baru dah hehehehe...
    suka...suka... nak lagi...

    ReplyDelete
  7. lama menanti akhirnya dpt gak n3 br hehehe. tp pndek jer cik penulis. apapun teruskan menulis suka dgn tulisan awk. x sbr tgu apa jd ngan isha n Iq. syg jg isha kat iq ye. cinta dh berputik ye hehe

    ReplyDelete
  8. salam, bila nak smbng?Klu tak sik silap baca dlm buku c.t.t ig & isha dah khwn & pegi hnymn............

    ReplyDelete

Back to Top