Cinta Semalam: Bab 30


HAKIMY seka air mata yang mengalir. Najmy pula berkali-kali mengusap pipinya yang basah. Wajah kedua mereka merah. Doktor baru memaklumkan bahawa neneknya memang terlalu uzur. Najmy juga sedar akan hakikat itu. Cuma dia tidak sanggup memberitahu pada ahli keluarganya sendiri. Puan Sri Tengku Zanariah tidak punya masalah kesihatan, tetapi sebagai manusia biasa, tiada siapa dapat menghalang daripada panggilan pencipta-Nya. 

“Sudahlah nenek.” Hakimy pegang tangan kanan neneknya. Tulang. Tubuh tua neneknya hanya dibaluti kulit sahaja. Walaupun mereka punya harta tetapi nyawa bukanlah barang yang boleh dibeli. Walaupun mereka punya harta, sehingga sekarang mereka tidak pernah merasai erti kebahagiaan. 

“Bawa mengucap ibu,” serak suara Datuk Abdullah Harris yang kini tidak mampu lagi membendung air matanya dari tumpah. Dia tidak sanggup melihat ibunya terseksa lagi dek kesalahan dahulu yang sememangnya tiada siapa mampu mengubahnya. Bila orang kata masa adalah emas, jadi waktu silam adalah permata. Kerana walaupun kita punya emas dan permata berjuta sekalipun, tiada siapa dapat membeli masa lampau. 

“Nek mengucap.” Najmy gigit bibir. Air mata yang mengalir dikesat sebelum dia membuang pandang memandang Daniel dan Jihan Raysha. Dia mengeluh berat. Keluarga Encik Syazlan hanya berdiam diri dan menjadi pemerhati. Nadiana dan Nafeesa turut sama membungkam. Hanya air mata menemani mereka tika ini. Iqram Zafriel memeluk tubuh. Matanya merah. 

“Ejay,” panggil Datuk Abdullah Harris. Dia sendiri masih tidak percaya kini Daniel dan Jihan Raysha sudah berada di depan matanya. Tadi beberapa kali tubuh kedua mereka dipeluk kejap seperti tidak mahu dilepaskan. Daniel membalas pelukannya. Hanya Jihan Raysha seperti hilang dalam dunianya sendiri. Langsung tiada perasaan yang mampu diungkap apabila semua orang memandangnya. 

“Yes papa?” Daniel juga tidak dapat menafikan, dia rasa janggal menyebut panggilan itu setelah hampir 24 tahun tidak meniti pada bibir. Malah nama ‘Ejay’ juga seperti sudah hilang selepas dia keluar dari Malaysia. Tiada sesiapa lagi memanggilnya begitu. Arwah mummy juga hanya memanggilnya ‘abang’. 

“Neyneck.” Daniel menghampiri neneknya. Sempat dia menoleh melihat adiknya yang diam membisu di sudut bilik. Nasib baiklah Sara tidak merengek dan hanya diam sahaja didukung Nafeesa. Kewujudan Sara masih tidak disedari Datuk Abdullah Harris. 

“Siapa ni?” soal Puan Sri Tengku Zanariah, bingung. 

“Dan… Hmm… Saya Ejay, neyneck. Saya Daniel Rayzal, cucu neyneck,” balas Daniel sedikit kekok. Dia sudah menghampiri katil Puan Sri Tengku Zanariah. Ya Allah, jurang 24 tahun… membuatkan dia lupa bagaimana rupa nenek yang selama ini selalu mengherdik arwah mummy setiap kali papa tiada di rumah. Ya Allah, nenek inilah yang dia benci dulu. Dadanya sebak. Ya Allah… kuatkan hatiku. 

“Siapa?” Bulat mata Puan Sri Tengku Zanariah merenung wajah Daniel sebelum melihat pada yang lain. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang. Dia berada di mana? 

“Harris?” Serak suara Puan Sri Tengku Zanariah memanggil. 

“Ibu. Harris ada sini,” ucap Datuk Abdullah Harris sebelum menggenggam jari jemari ibunya. 

“Harris mana? Sara mana?” Mencari-cari Puan Sri Tengku Zanariah dengan mata yang meliar memandang sekeliling. Kata-kata Datuk Abdullah Harris langsung tidak memberi kesan pada Puan Sri Tengku Zanariah. Tetapi mata itu kembali memandang Daniel. Wajah itu sama seperti anaknya. Tetapi…. rambut anaknya hitam. Mata anaknya juga hitam bersinar. Renungan mata anaknya redup sahaja. Dia kenal anaknya. Dia yang lahirkannya. Itulah satu-satu anak tunggalnya yang dia ada selepas suaminya meninggal dunia pada usia yang muda. 

“Ibu tak kenal Harris ke?” Tersekat- sekat kata-kata itu diucapkan oleh Datuk Abdullah Harris. Air matanya mula menitik sebelum diseka kasar. 

“Nek, saya Jimy.” Cepat Najmy bersuara dan memperkenalkan diri. Lengan neneknya dipegang lembut. Dia faham situasi ini pasti boleh berlaku. Walaupun tidak banyak pengalaman sebagai doktor kerana dia masih baru, tetapi dia faham. 

Puan Sri Tengku Zanariah menggeleng. Dia tidak suka ditipu. 

“Aku nak Harris. Aku nak Sara. Mana cucu-cucu aku?” Seakan menjerit suara yang keluar walaupun perlahan. Wajah manis anaknya, Abdullah Harris terbayang dalam minda. Anaknya masih muda. Anaknya murah dengan senyuman. Sara pula berambut ikal berwarna perang muda kekuningan. Matanya biru. Sara nampak sempurna. Wajahnya lembut. Cucu-cucunya semuanya masih kecil. Comel. Dia bangga kerana punya cucu-cucu yang nampak sempurna paras rupa walaupun dia tidak pernah mengakui secara nyata pada mereka semua. Egonya memang tinggi melangit. 

“Nek, saya Kimy. Papa, Jimy, Abang Ejay dan Jihan. Kami semua kat sini nenek,” ucap Hakimy pula seperti memujuk neneknya. Rambut putih neneknya diusap lembut. Mata Puan Sri Tengku Zanariah tajam menilik satu persatu wajah di dalam bilik. Dia masih mencari-cari. 

“Sara!” jerit Puan Sri Tengku Zanariah. Air matanya mengalir laju. Kuat kedengaran nafas yang ditarik Puan Sri Tengku Zanariah. Dia terlalu rindukan menantunya, Miasara. Di mana dia menghilangkan diri? Dia mahu meminta maaf. Terlalu banyak dosanya pada Miasara. 

“Sara!” Daniel terkejut apabila anaknya tiba-tiba berlari ke arah Puan Sri Tengku Zanariah. Nafeesa yang baru membiarkan Sara berdiri di sisinya tidak sempat menghalang. Nasib baiklah Daniel sempat menangkap. Tubuh kecil itu terus didukung. Bulat mata Datuk Abdullah Harris memandang Jihan Raysha yang turut sama berlari mengejar Sara. Masing-masing terpinga. Tetapi masih tidak berganjak. Hanya mata sahaja mengekor langkah kecil Sara. 

“Bukan Sara. She did not called you,” beritahu Daniel cuba menenteramkan anaknya. Mata Sara tajam merenung Puan Sri Tengku Zanariah. Dia terkejut apabila namanya dipanggil tadi. Dia nampak keliru dengan suasana yang berbeza ini. 

“Mesti ingat orang panggil dia.” Jihan Raysha menghampiri abangnya. Sara didukung Jihan Raysha pula. Tubuh itu dipeluk kejap. Tajam mata Jihan Raysha memandang Puan Sri Tengku Zanariah yang kini berada di hadapannya. Najmy dan Hakimy masing-masing tepat merenung Sara. Terpegun melihat kecomelan Sara. Rambut ikal berwarna perang muda kekuningan separas bahu dengan hampir keseluruhan dahi ditutupi rambut. Matanya berwarna hijau lumut bersinar cantik. 

Hakimy teringat Jihan Raysha pernah memberitahu tentang kewujudan Sara. Jadi ini anak saudaranya juga? 

Najmy pula terpinga. 

“Sara?” soal Datuk Abdullah Harris. Dia takut dia tersalah dengar. Rasanya Daniel menyebut nama ‘Sara’ tadi. 

“I’m Sara. She called Sara.” Petah Sara membalas. Sara sudah merengek minta diturunkan dari dukungan. Kemudian si kecil itu berjalan menghampiri Datuk Abdullah Harris. Seisi bilik terpempan dengan lagak Sara yang tidak ubah seperti orang dewasa.

Daniel mengeluh. Anaknya itu memang ‘mesra alam’. Jihan Raysha pula hanya menggeleng. Sifat ingin tahu dalam diri Sara terlalu tinggi. 

“You look exactly like my daddy. Except you are older than him. Atook Meor said my real granddaddy has the same face like my daddy. Are you my daddy’s dad?” soal Sara ingin tahu. Walaupun agak pelat dengan slang Britsh dan Aussie yang bercampur, kata-kata Sara dapat ditangkap mereka. Sejak tadi dia memandang Datuk Abdullah Harris. Walaupun takut melihat keadaan Puan Sri Tengku Zanariah, tetapi dia tidak dapat menghalang naluri ingin tahunya. 

Daniel tersenyum. Anaknya memang petah. Sejak kecil, Encik Ebrahim rajin melayan Sara berbual. Kadang-kadang Encik Ebrahim boleh menjadi ‘penterjemah’ kerana dulu Sara pelat. Pelat British dan Aussie yang kadang-kadang bercampur dan pekat. Dia pun kadang-kadang ternganga tidak faham. Datuk Abdullah Harris melepas pandang pada Daniel dan Jihan Raysha. Dia terpegun dengan kata-kata yang lancar keluar dari mulut kecil itu. Hakimy dan Najmy sudah berpandangan. 

“Sorry. She’s not really know how to speak in Malay. But she understand Malay. Dia anak sulung saya dengan bekas isteri saya, Sara Hope Raniaa . Kami panggil Sara. Tiga tahun,” beritahu Daniel. 

Semakin laju air mata Datuk Abdullah Harris menuruni pipi. Dadanya sebak. Dia terus terduduk menghadap wajah comel Sara. Ya Allah, dia sudah mempunyai cucu! 

Sara tersenyum memandang Datuk Abdullah Harris yang sudah mengusap pipinya lembut. Tangan kecil itu mengusap pipi atuknya yang basah. 

“Please don’t cry. She will be okay,” beritahu Sara. Memang Sara berkata-kata seperti orang dewasa. Belaian lembut pada pipi Datuk Abdullah Harris seperti memujuk lelaki itu dari terus menangis. 

“Sara….” Bergetar suara Datuk Abdullah Harris menyebut nama itu yang sudah lama tidak keluar dari mulutnya. Dia betul-betul terharu. Dia sudah tidak terkata menghadap darah dagingnya sendiri yang tidak pernah diketahui kewujudannya. Tubuh kecil itu dipeluk kejap. Seperti orang mahu memujuk, Sara menepuk lembut belakang badan Datuk Abdullah Harris. Beberapa kali Datuk Abdullah Harris mencium pipi gebu Sara. Sara ketawa kecil walaupun pipinya juga basah dengan air mata Datuk Abdullah Harris. 

“You are my atook right?” soal Sara ingin tahu. Sejak tadi dia menanti jawapan dari Datuk Abdullah Harris. 

Datuk Abdullah Harris tersenyum dan mengangguk laju. Ya Allah, dia betul-betul tidak sangka. Semalam dia terasa seperti hatinya hancur dengan berita kematian Miasara. Tetapi kini kemunculan tidak disangka si kecil Sara seperti terus berjaya merawat hatinya. Kata-kata lembut Sara tidak ubah seperti Miasara. Ya Allah, betapa aku betul-betul terharu dengan aturan ini. 

“Esha berkeras nak namakan Sara sama seperti nama arwah mummy.” Daniel menambah. 

Datuk Abdullah Harris berdiri. Tubuh kecil Sara didukung pula. Dia pandang anak-anaknya. Pertemuan tidak diduga itu diharap dapat membawa kembali keceriaan dalam keluarga kecil mereka. 

“Terima kasih Danny. Kembalikan kebahagiaan dalam keluarga kita. Terima kasih Esha kerana bagi ‘Sara’ pada papa semula,” ucap Datuk Abdullah Harris, ikhlas. 

“Sara!” Tangan Puan Sri Tengku Zanariah terus pada Jihan Raysha yang sudah berdiri di sisi Datuk Abdullah Harris untuk mengambil Sara. 

Jihan Raysha tersentak. Dia pandang papanya. Kenapa dia disangka mummynya pula? 

“Nenek ingat Esha adalah arwah Sara. Esha dan arwah Sara memang saling tak tumpah,” beritahu Datuk Abdullah Harris. Sara diletakkan di atas katil. Pipi anaknya dipegang perlahan. Mata Miasara betul-betul ada pada Jihan Raysha. Wajah Jihan Raysha saling tidak tumpah seperti Miasara. Ketiga-tiga anak kembarnya lebih mewarisi wajah Sara berbanding Daniel. Memang wajah Jihan Raysha nampak berbeza dari kembar-kembarnya, tetapi kalau direnung lama, hanya mata dan warna rambut sahaja berbeza. Wajah mereka bertiga memang seiras. 

Jihan Raysha serba salah menyambut huluran tangan Puan Sri Tengku Zanariah. Apabila tangannya menyentuh tangan tua itu, dadanya tiba-tiba sebak. Ya Allah, tangan itu betul-betul uzur. Dadanya sudah tidak membendung sebak. Mukanya sudah merah padam. Ya Allah kenapa aku boleh menanam dendam pada nenek aku sendiri sebegini lama? 

“Sara, ibu berdosa pisahkan Sara dan Harris. Ibu tahu ibu salah! Ibu berdosa Sara. Maafkan ibu. Ibu pasang perangkap. Ibu suruh Harris kahwin dengan Julia. Ibu bodoh. Tak dapatkan bezakan mana permata dan kaca. Ibu menyesal Sara.” Semakin kuat tangan Jihan Raysha digenggam Puan Sri Tengku Zanariah menyebabkan gadis itu terdorong ke hadapan.

Jihan Raysha juga sudah tersedu-sedu tidak berupaya menahan sebak di dada. Dugaan apakah ini? 

“Nek, mengucap.” Najmy bersuara. Merah matanya.





10 comments:

  1. hahaahaha...mmg gila la plan kimi n najmi

    ReplyDelete
  2. Hahaha..mmg bergeliga tol otk kimi..express..i like..hehe..pe ag iq pegi la pujuk pujaan hty 2..hehe..go go chaiyok!!! K.iman nk ag..hehe...

    ReplyDelete
  3. Haha... Dh lma mnti cite nie..iman sbg cpt2 yek

    ReplyDelete
  4. Lama tggu...
    nak lagiiii...
    post la bnyk2 sikit...huhu

    ReplyDelete
  5. tinie nk kne sekeh ni .. update cter x bgtau ni ..
    pe pun best2 .. sy sllu tgu cter ni...

    ReplyDelete
  6. hahahahahah i just fell in love with kimi, jeles abg kat sebelah
    thanks 4 d update, lepas rindu, pastu cpt smbng eh pleasssssse
    alang2 kluar buku je imani hehehehehe

    ReplyDelete
  7. AKHIRNYA LAMA MENANTI KUAR GAK N3 BRU... MELOPONG ISHA BILA KENA PINANG EK. ADUHAI JENUH NK KENA PUJUK LEPAS NI. AGAK2 TERIMA KER X, NTAH2 ISHA LARI BALIK LONDON HEHEHE. CIK PENULIS, CPT2 LA UPLOAD X SBR NK TAU CITER NI

    ReplyDelete
  8. CEPAT3!!!nak lagi...aiyak xleh sabar nih!cepat sambung...best3,sambung cpt2 eh!PLEASE..PLEASE..PLEASE!!!

    ReplyDelete
  9. bile nk sambung..cepat la..can't wait maaa

    ReplyDelete
  10. nak sambungan.. cept2.. gud luck 4 da final year

    ReplyDelete

Back to Top