Cinta Semalam: BAB 36


“Esha?” Sebut Iqram Zafriel sepatah. 

“Apa?” Terpinga Natasha. Salah dengar ke? 

“Hmm… Kak Tasha.” Terkedu Iqram Zafriel kerana terlanjur berkata-kata. Dia terkejut sebenarnya kerana menerima panggilan daripada Jihan Raysha sedang menghubunginya kini. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang.

“Ya?” Rasanya Iqram Zafriel ada menyebut sesuatu tadi. 

“Akak pergilah tidur. Good night. Kirim salam pada Abang Kyouta. Iqram mengantuk sangat ni.” Talian telefon terus dimatikan sebelum dia terus menjawab panggilan daripada Jihan Raysha. Jantungnya berdegup kencang. 

“Kenapa Esha?” soal Iqram Zafriel segera. Risau sesuatu yang buruk berlaku pada gadis itu kerana gadis itu tiba-tiba menelefonnya pagi-pagi begini.

“Abang Iqram on called tadi? Esha minta maaf. Esha sebenarnya nak matikan telefon. Tapi Abang Iqram tiba-tiba angkat,” balas Jihan Raysha segera. Merah padam wajahnya kini. 

“Eh, takpe. Kenapa ni?” soalnya lagi.

“Abang Iqram tak tidur lagi?” Malu pula rasanya menelefon Iqram Zafriel pagi-pagi buta.

“Tak Esha. Abang Iqram baru habis kerja. Esha kenapa?” Geram juga kerana soalannya sejak tadi masih tidak dijawab.

“Esha takde apa-apa. Esha baru siapkan proposal tadi. Lepas tu nak tidur. Tapi Esha teringat pada Abang Iqram,” ucapnya jujur.

“Ingat kat abang?” Lebar senyuman Iqram Zafriel. Hatinya berbunga ceria. Jihan Raysha ingat aku? Dia tersengih pula. 

“Kenapa Abang Iqram macam suka je Esha cakap macam tu?” soal Jihan Raysha, tidak faham. 

“Sebab Esha ingat kat Abang Iqram. Rindu?” soalnya dengan sengihan.

“Bukanlah! Esha cuma teringat kat Abang Iqram sebab esok Esha ingat nak ajak Abang Iqram keluar teman Esha. Esha ingat nak telefon pagi nanti. Tapi Esha takut terkejar-kejar nak pergi office. Esha called Abang Iqram sekarang sebab Abang Iqram pernah cakap… yang Abang Iqram selalu balik lambat dari pejabat.” Panjang lebar Jihan Raysha menerangkannya. Dia tidak mahu Iqram Zafriel salah faham. 

“Esha nak ajak Abang Iqram teman pergi mana?” Semakin lebar sengihan Iqram Zafriel. 

“Nanti Esha cerita. Abang Iqram free tak petang esok?”

Iqram Zafriel garu kepalanya yang tidak gatal. Sayang sungguh dia hendak meninggalkan pejabat kerana banyak kerja yang boleh dilaksanakan. Tetapi… 

“Free!”

“Betul?” Ceria suara Jihan Raysha . Dia takut juga kalau permintaannya itu dihampakan. 

“Betul Esha.” Gembira dia kerana dapat menggembirakan gadis itu. Wah, pertama kali dalam seumur hidupnya dia lebihkan seorang gadis daripada kerjanya sendiri. Malah, dia sanggup berlapar demi gadis yang sama. Ini satu perubahan. 

Iqram Zafriel mengangguk. Senyumannya semakin lebar apabila mendengar rancangan Jihan Raysha keesokan harinya. Walaupun talian sudah dimatikan. Tetapi senyuman pada wajahnya masih mekar.





6 comments:

  1. Cinta... Apa itu cinta? Sebenarnya, ahli bijak pandai pun masih belum dapat mencari makna sebenar CINTA... Cinta itu kasih, kasih itu sayang, sayang itu setia, setia itu....

    ReplyDelete
  2. btl2... kita pn xcaya pd cinta bla dkhinati... hmm ssh kn..

    ReplyDelete
  3. si kembar tiga... sehati sejiwa... tak percayakan cinta.... mungkin pengalaman ibubapa mereka membuatkan mereka jadi begitu....

    ReplyDelete
  4. ada apa dgn cinta????....setia tu pengorbanan????....
    haru-biru bace n3 ni!!!!....

    ReplyDelete
  5. cepat la sambung n3 baru....>_<

    ReplyDelete
  6. akhirnya iman...

    cinta itu bukan sekadar hanya ungkapan dan lafaz tapi cinta itu tanggungjawab.....setiap kali perkataan cinta dilafazkan...lebih indah disertai tanggungjawab untuk menjaga cinta itu dan membawa hala- tuju perasaan cinta itu ke satu hubungan yg halal...

    #seindah2 cinta bila kita telah menjadi halal pd seseorang itu...itulah cinta yg diredhai Allah SWT#
    ~Nurr Bayu~

    ReplyDelete

Back to Top