23 December 2008

Cinta tak terucap (Bab 9)

TERKEBIL-KEBIL Suri Imani memandang syiling yang berukir cantik dan begitu tinggi. Terdapat satu tangga kecil dihujung bilik yang mungkin menuju ke loteng rumah. Dia memegang perutnya yang tiba- tiba berbunyi. Laparnya.. Aku kat mana ni?? Suri Imani mengangkat kepalanya. Dia meneliti sekitar bilik yang kemas. Warna kelabu gelap dan putih menjadi warna tema bilik ini yang nampak moden dengan susun atur perabotnya. Satu set sofa berada dihujung bilik. Sebuah TV LCD FULL HD Samsung tergantung didinding bilik. Suri Imani terlopong. Dia kat mana ni??? Dia menoleh bila terasa ada benda bergerak disisinya.

”ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Terkejut besar Ammar Mirza. Dia baru sahaja melangkah masuk ingin mengambil baju untuk mandi. Tadi dia tertidur di atas sofa di ruang tamu.

”Saya kat mana ni?” soal Suri Imani terus. Dia meneliti badannya. Baju kurung yang dipakainya pagi tadi masih tersarung dibadan. Dia sebenarnya terperanjat melihat Ammar Mirza.

”Yang menjerit macam orang gila ni kenapa? Nasib baik tak gugur jantung ni. Kalau tak, tak kahwinlah awak hujung bulan ni,” sempat Ammar Mirza menyindir walaupun nada suaranya sedikit menengking.

”Saya kat mana ni?” soal Suri Imani lagi hampir sahaja menangis. Tak pernah seumur hidupnya bermalam di rumah orang lain seperti ini.

”Bilik saya. Awak pengsan tadi.”

”Tapi..tapi..” kata- kata Suri Imani terputus bila melihat Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini muncul diikuti oleh Fifi, Fia dan Firhan.

”Kenapa Mak Ngah?” soal Fifi. Dia sudah melompat naik ke atas katil Ammar Mirza diikuti adik- adiknya. Suri Imani tercengang.

”Assalamuailaikum, Puan Sri,” ujar Suri Imani terus turun dari katil dan menghampiri Puan Sri Noraini.

Langkahnya seperti orang mabuk. Terpaksa Ammar Mirza memimpinnya. Suri Imani menjeling geram. Ammar Mirza pura- pura tidak nampak.

”Buat apa panggil Puan Sri. Panggil umi je,” suruh Puan Sri Noraini dan bersalam dengan Suri Imani.

Kemudian tubuh Suri Imani dipeluk. Suri Imani nampak kekok. Di tersenyum malu.

”Iman tak apa-apa? Risau ayah tengok tadi,” tegur Tan Sri Mahathir dengan senyuman.

Suri Imani menggaru kepalanya. Selama ini dia melihat Tan Sri Mahathir segak dengan suitnya. Kini Tan Sri Mahathir ringkas dengan baju melayu berwarna coklat dan dipadankan dengan kain pelekat. Siap dengan kopiah putih lagi. Dia menoleh memandang Ammar Mirza. Pandai- pandai je bawa aku kat sini!

”Am. Pergi mandi. Sembahyang. Dah nak habis maghrib,” suruh Tan Sri Mahathir lalu memandang Ammar Mirza yang tersengih- sengih seperti kerang busuk. Anak- anak saudaranya tersenyum. Dia tahu anak- anak saudaranya mengikut Tan Sri Mahathir ke masjid dari pakaian yang mereka pakai iaitu baju melayu dan baju kurung. Fifi dan Fia juga bertudung ala- ala tudung Ibu Arini. Selepas itu, Tan Sri Mahathir akan menunggu mereka mengaji bersama seorang ustaz.

”Pukul berapa dah ni?” soal Suri Imani terkejut besar.

”7.30,” jawab Puan Sri Noraini.

”Alamak! Papa mesti risaukan Iman. Solat Asar pun dah terlepas,” Suri Imani mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya yang memang nampak kusut bertambah kusut. Lamanya dia tidur. Rasanya tadi pukul 3.30 petang sewaktu dia berkira- kira ingin ke tapak projek di Gombak sebelum bertembung dengan Ammar Mirza.

”Iman mandi di bilik Liyna. Pinjamlah baju dia dulu,” usul Puan Sri Noriah.

”Eh, tak apalah. Iman kena balik. Papa mesti risau,” ujar Suri Imani perlahan.

”Jangan risau. Am dah call papa,” sampuk Ammar Mirza.

”Jom..” Puan Sri Noraini menarik tangan Suri Imani supaya mengikut langkahnya. Wajah Suri Imani nampak begitu serba salah. Tapi terpaksa juga dia mengikutnya.

*********

”NASIB baik sama saiz badan Iman dan Liyna,” ujar Puan Sri Noriah dengan senyuman. Suri Imani nampak lebih segar selepas mandi. Rambutnya juga masih basah. Dia nampak begitu ringkas dengan baju T putih dan seluar separas buku lali berwarna hitam. Ammar Mirza terkedu bila melihat Suri Imani. Tiba- tiba sahaja jantung berdegub kencang. Kenapa pulak ni?

”Duduk sebalah Am. Umi tahu Iman mesti dah lapar. Jom makan,” ujar Puan Sri Noraini lagi. Peramah sungguh bakal mak mertuanya ini. Berbeza dengan anak terunanya.

”Liyna tak marah ke pinjam baju dan seluar dia?” soal Suri Imani. Beg kertas yang berisi baju kurungnya diletakkan diatas lantai. Bersebelahan dengan kerusinya. Dia langsung tidak memandang Ammar Mirza. Dia tahu Ammar Mirza sibuk memadangnya.

”Liyna tu jenis tak kisah. Dia tu suka shopping. Kalau baju dia hilang, mana dia nak sedar,” jelas Tan Sri Mahathir. Sedih juga mengenangkan anak bongsunya, Liyna yang suka balik lewat malam. Jarang lekat di rumah. Berbeza sungguh sikap Liyna dengan dua orang abangnya, Radzi dan Ammar Mirza. Hatinya tersentuh setiap kali teringat akan arwah Radzi. Kesian Fifi, Fia dan Firhan kerana kehilangan ayah diusia yang begitu muda. Ibu mereka pula sibuk di London. Ibu mereka merupakan pereka fesyen terkenal dan jarang pulang ke Malaysia.

”Nah,” Ammar Mirza menghulurkan pinggan pada Suri Imani. Suri Imani menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Dia memandang lauk- lauk yang terbentang dihadapan mejanya. Nampak begitu menyelerakan. Fifi, Fia dan Firhan yang tersengih sejak tadi dipandangnya. Rasa seperti nak cubit pipi masing- masing.
Anak- anak saudara Ammar Mirza memang comel. Fifi dan Fia berambut kerinting. Pipi mereka juga tembam walaupun badan tidaklah gemuk. Firhan berbeza dengan kakak-kakaknya. Firhan lebih putih dan rambutnya lurus menutup dahi. Senyuman Firhan yang menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipi.

”Sedapnya umi,” puji Suri Imani jujur.

Puan Sri Noriah tersenyum.

”Bukan umi masak. Tukang masak. Kalau Iman nak rasa masakan umi, kena datang sini selalu,” ujar Puan Sri Noriah dengan senyuman.

”Fifi kata masakan Iman sedap. Nanti bolehlah masak untuk kami pula,” ujar Tan Sri Mahathir.

Suri Imani tersedak. Pantas pula Ammar Mirza menghulurkan air.

”Kenapa?” soal Tan Sri Mahathir pelik.

”Dia masak bukan sedap sangat pun,” selamba Ammar Mirza berkata.

Suri Imani tersentak. Hatinya sedikit tersentuh.

”Apa pula tak sedap! Hari tu tiga kali Pak Ngah tambah. Sampai habis nasi kat rumah Atuk Sham,” sampuk Fifi.

Ammar Mirza tersentak.

”Ish, Fifi. Mulut penuh mana leh cakap. Berapa kali nak beritahu,” ujar Ammar Mirza geram.

”Dah Pak Ngah kata macam tu. Mestilah Fifi marah. Kan Mak Ngah?” Fifi membela sambil mata bulatnya memandang Suri Imani yang sudah terkulat- kulat. Sebenarnya mencari idea untuk membalas dendam pada Ammar Mirza. Senang- senang kutuk masakan orang! Kalau nak sedap, pergilah makan di restauran lima bintang. Suri Imani tersenyum. Otaknya ligat berfikir.

”Ouch!! Au..!!!”

”Kenapa Am?” soal Puan Sri Noriah risau mendengar teriakan Ammar Mirza yang sudah seperti kacing kepanasan. Suri Imani membuat wajah terperanjat.

”Kenapa Am?” soalnya berpura- pura risau.

Ammar Mirza menggeleng kepalanya. Wajahnya sudah merah. Tangannya sudah melepaskan sudu dan garpu. Nasib baik dia pakai selipar, kalau tidak.. bengkak kaikinya dikerjakan Suri Imani. Bukan sekali dipijak, tapi berkali- kali! Dia menjeling memandang Suri Imani. Suri Imani tersengih. Padan muka!

4 comments

December 23, 2008 at 9:35 AM

salam imani.. citer ni mmg best.. but plz.. tolong tukar warna font tu.. warna hijau tu xsesuai.. org susah nak baca.. its better klu hitam ke atau warna2 yg gelap.. ok..

smg ada smbgnnya secepat mungkin ye..

December 23, 2008 at 5:49 PM

Imani...aduhhh!!! Juling mata...

Apapun..cite mmg best. Sambung cepat2 tau...

January 14, 2009 at 1:43 AM

sweet.agagag

June 8, 2011 at 3:00 PM

Suker..suker.. comel... :-)

Post a Comment