25 December 2008

Cinta tak terucap (Bab 13)

Bab 13

JAM sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Memang sesak sungguh hari ini. Wajah Ammar Mirza yang memang kelat bertambah kelat. Takut Suri Imani dimarahi Ammar Mirza kerana dia mereka tiba lewat sampai. Tapi dia berpura- pura tidak perasan. Asyik dia mendengar celoteh Farah Fauzana dan Faizal Ismail dari corong radio Hot FM. Kadang- kadang bibir kecilnya menyangi untuk menengkan hati.

“Lain kali.. bangun awal. Apalah anak dara bangun lewat,” ujar Ammar Mirza akhirnya setelah lama mendiamkan diri. Kereta BMW 3 Series Ammar Mirza sudah memasuki kawasan tempat letak kereta Empire Construction.

“Kau yang hantar aku lewat semalam,” Suri Imani cuba mempertahankan dirinya. Dia

“Betullah apa aku kata…” perlahan suara Suri Imani.

“Bebel lagi macam mak nenek! Kalau tak menjawab kata aku boleh tak?” tegur Ammar Mirza geram. Suri Imani mencebik.

“Keluar cepat! Tunggu apa lagi tu,” jerkah Ammar Mirza bila melihat Suri Imani terkebil- kebil memandangnya dengan mulut yang memuncung.

“Janganlah marah!” Suri Imani mendengus. Dia mencapai beg laptop yang dihulurkan Ammar Mirza. Bibirnya masam.

Mereka sama- sama beriringan berjalan ke arah banggunan Empire Construction. Sempat Suri Imani mengucap selamat pagi pada kereta ViVA berwarna putih kepunyaannya. Kesian keretanya sejuk sepanjang malam. Kalau kat rumah bolehlah duduk bawah bumbung.

“Bos..” tegur satu suara garau yang baru keluar dari kereta Perdana. Suri Imani tersentak. Langkahnya terhenti seperti langkah Ammar Mirza. Bulat matanya memandang lelaki yang dihadapannya. Wajahnya bertambah terkejut bila melihat Erna turut melangkah keluar dari kereta lelaki itu.

“Ben. Bila sampai?” soal Ammar Mirza terus tersenyum. Ben adalah Executif Pemasaran Empire Construction. Dia tidak rapat dengan Ben, tapi pernah berurusan dengan Ben.

“Kelmarin.”

Dada Suri Imani sesak. Benjamin Lee, pernah menjadi teman sepermainan. Ben tua tiga tahun darinya tapi hubungan mereka rapat kerana mereka adalah sepupu walaupun berlainan bangsa dan agama. Ben adalah anak saudara mama. Hubungan mereka terputus selepas mama bercerai dengan papa. Mereka pernah terserempak sewaktu belajar dahulu di universiti yang sama. Ben langsung tidak menegurnya walaupun dia tahu Ben mengenalinya. Sedih sungguh dia. Lagipun Ben adalah lelaki yang diminatinya dalam diam.

“Jom pergi,” ajak Suri Imani pada Ammar Mirza. Dia pelik bila dia selamba sahaja memaut erat lengannya. Pada mulanya dia ingin tepis tapi bila melihat wajah tunangnya yang merah. Dia jadi pelik.

Dia ikut melangkah bila Suri Imani melangkah. Tapi langkahnya mati disebelah Ben bila lelaki cina itu bersuara.

“Adik. Lama tak jumpa… Belajar di tempat yang sama. Kerja pun sama. Apa khabar?” soal Ben dengan senyuman sinis. Dia sebenarnya terkejut berjumpa dengan sepupunya. Tak sangka Suri Imani juga kerja ditempat yang sama. Kenapa selama ini mereka tidak pernah bertembung. Dia tahu Suri Imani baru sahaja menamatkan pengajian seperti Erna. Tidak dinafikan Suri Imani semakin cantik dan menawan. Suri Imani betul- betl mewarisi wajah peris cina cuma matanya sahaja bulat dan keningnya lebat.

“Adik?” Ammar Mirza terkejut.

“She’s my cousin,” terang Ben lalu memaut erat bahu Suri Imani yang terkejut.

“Lepaslah,” benci Suri Imani melihat wajah sinis Ben. Selepas papa dan mama bercerai, dia dan keluarga mama menjadi dingin. Keluarga mama menyalahkan papa kerana penceraian itu. Sebenarnya dia merasakan mama yang bersalah dalam hal ini. Mama tak pernah fikirkan perasan anak- anak bila membuat keputusan. Selama dia membesar dengan mama, mama memang panas baran dan papa hanya sabar mendengar bebelan mama yang tidak pernah surut.

“Aku tak tahu kau dengan Iman saudara,” jelas Ammar Mirza terkejut besar. Hatinya geram melihat Ben selamba sahaja memut bahu Suri Imani. Panas hati lelakinya. Segera dia merentap tangan Suri Imani menyebabkan gadis itu terdorong dalam pelukannya.

Mata Erna sudah bulat.

“Aku dengar kau dah tunang. Dengan siapa?” soal Ben. Dia memeluk tubuh dan memandang Suri Imani yang terkulat- kulat melepaskan diri dari pelukan Ammar Mirza.

“Bukan urusan kau,” jawab Suri Imani tegas. Matanya sudah merah.

“Kau tak nak tanya pasal mama kau? Sekarang dia dah bahagia dengan keluarga barunya. Mereka dah ada dua orang anak perempuan yang cantik. Sekarang mereka menenetap di Kuantan,” cerita Ben.

Suri Imani terkejut besar. Memang cerita dan apa- apa mengenai mamanya langsung tidak diketahui. Tak sangka pula mama berkahwin lain. Adakah mama sudah menukar agama?

“Dia kahwin dengan cina mualaf,” sambung Ben lagi dengan senyuman untuk menyakitkan hati Suri Imani.

“Kau dah tunang Iman? Amir tak pernah cerita kat aku. Dengan siapa?” soal Erna. Dia nampak terperanjat.

Suri Imani berdiam diri. Pandangannya kosong memandang Ben yang tinggi lampai dan kurus serta Erna yang cantik bergaya.

“Bos, saya pergi dulu,” ujar Ben lalu berlalu bersama dengan Erna meninggal mereka berdua. Semakin lama dia disini semakin sesak nafasnya.
Ammar Mirza memandang wajah Suri Imani yang sudah merah. Mata gadis itu sudah berkaca. Ammar Mirza mengeluh. Memang dia tidak pernah ambil tahu hal Suri Imani termasuklah hal mama kandung Suri Imani yang sudah lama menghilangkan diri. Dia tidak sangka selama ini Ben adalah saudara Suri Imani. Tak pernah terlintas langsung dalam fikirannya difikirannya.

********

AMMAR MIRZA mengeluh lagi. Hari ini dia telah membatalkan meeting yang sepatutnya diadakan pada pukul 9.30 pagi kerana Suri Imani yang sejak tadi berdiam diri seperti patung bisu. Suri Imani hanya mengekor langkahnya bila dia mengarahkan Suri Imani masuk ke dalam pejabatnya. Telefon bimbit Suri Imani sudah banyak kali berbunyi. Langsung Suri Imani tidak perasan mahupun kisah dengan deringan itu. Ammar Mirza pasti, itu pasti panggilan dari rakan pejabat Suri Imani. Sudahnya dia sendiri menelefon Nisak untuk memberitahu dia ada hal bersama Suri Imani. Melenting gadis itu bila mendengar kata- katanya tadi.

Benjamin Lee. Dilahirkan di Kampung Baru. Mempunyai dua orang kakak dan dua orang adik lelaki. Menetap di Kondominium Sri Astana yang berdekatan dengan Mega Hotel Kuala Lumpur.. Ammar Mirza meneliti lagi fail Ben yang dimintanya tadi daripada Pengarah Sumber Manusia. Langsung tiada tanda- tanda menunjukkan Suri Imani dan Ben mempunyai pertalian kecuali nama keluarga mama Suri Imani dan Ben adalah sama iaitu Lee.

“Kau.. dah pukul 10. Aku ada meeting lepas ni,” tegur Ammar Mirza akhirnya. Dia menjadi tidak senang menyudahkan kerjanya bila melihat Suri Imani. Dia menghampiri Suri Imani yang sejak tadi membelakanginya. Bila semakin dekat barulah dia mendengar esakan kecil dari Suri Imani diikuti bahu gadis itu yang terhinjut- hinjut. Ammar Mirza kalut. Dia memang pantang melihat orang menangis terutamanya perempuan dan budak kecil.

“Kenapa ni?” soal Ammar Mirza lagi. Dia sudah duduk melabuhkan punggung disebelah Suri Imani. Kesian melihat gadis itu. Tangisan gadis itu semakin lama semakin kuat. Tangan halusnya menutup muka mengelak dari Ammar Mirza memandang wajahnya. Ammar Mirza menggaru kepalanya. Tanpa sedar dia sudah menarik Suri Imani dalam pelukannya. Berdegup kencang jantungnya bila Suri Imani membalas pelukannya. Dia tahu gadis itu tidak sedar. Lama mereka berpelukan sebelum dia merasakan badannya ditolak lembut Suri Imani.

Dia memandang wajah Suri Imani yang merah dan basah dengan air mata. Matanya juga merah.

“Dah lega?” saol Ammar Mirza.

Suri Imani mengangguk. Hanya tuhan yang tahu betapa dia malu ketika ini. Dia tidak sedar dia boleh berada didalam pelukan Ammar Mirza. Matanya tajam melihat kemeja ungu cair Ammar Mirza yang basah. Ammar Mirza memandang kemejanya juga sebelum mengeluh. Dia berdiri menghampiri almari. Ada beberapa pasang baju kemeja tergantung didalam almari itu. Sengaja dia meletakkan takut ada kecemasan dimana bajunya kotor atau dia bermalam di pejabatnya. Baju berwarna kuning cair ditariknya.

“Pandang depan! Aku nak tukar baju. Lepas ni aku ada mesyuarat,” ujar Ammar Mirza bila melihat mata bulat Suri Imani memandangnya. Sekelip mata Suri Imani memandang kehadapan dengan wajah yang bertambah merah.

“Nah,” hulur Ammar Mirza.

Suri Imani tercengang. Tapi disambut juga baju kemaja Ammar Mirza dan beg kertas itu.

“Nak buat apa?”

“Kau dah basahkan baju aku. Basuh bersih- bersih. Nanti beri kat aku semula,” jawab Ammar Mirza selamba sambil membutangkan bajunya yang sudah dikemaskan ke dalam seluar tadi. Suri Imani melari mata pada beberapa bentuk banggunan besar termasuk banggunan KLCC yang diletakkan diatas almari.

“Maaf,” ucap Suri Imani serba salah.

“Papa tak pernah cerita tentang Ben. Takkan kau tak tahu dia kerja sini?” soal Ammar Mirza membetulkan pula tali lehernya. Dia suduh duduk di atas sofa berangkai satu. Suri Imani pula duduk diatas sofa berangkai tiga. Wajah Suri Imani yang kembali keruh dipandangnya.

“Pukul berapa meeting kau?” soal Suri Imani sambil melipat baju kemeja Ammar Mirza dan diletakkan didalam beg kertas. Sengaja dia menukar topic perbualan. Kuat bau minyak wangi yang dipakai Ammar Mirza. Dia suka bau ini. Tidak terlalu menusuk hidung dan rasa nyaman.

“11 dan aku ada masa satu jam nak dengar cerita kau. Aku nak tahu semuanya,” pinta Amamar Mirza dengan wajah serius.

“Tak payah. Lagipun itu cerita masa silam aku,” ucap Suri Imani dengan nada tegas.

“Aku tahu itu masa silam kau… tapi sekarang Ben kerja kat sini. Kalau aku kahwin dengan kau nanti, Ben juga sepupu aku.”

Suri Imani mengeluh.

“Ben sepupu aku.”

“Aku tahu. Kau dah cakap tadi. Lagi?” desak Ammar Mirza.

“Selepas mama dan papa bercerai, hubungan kami dengan keluarga mama renggang dan dingin. Dulu aku rapat dengan Ben. Selalu juga papa dan mama bawa aku jumpa keluarga Ben.. tapi lepas tu, kami putus hubungan. Mereka salahkan papa!”

“Mereka kata papa tak pandai jaga isteri sebab tu mama nak cerai. Walaupun waktu tu saya baru 8 tahun, tapi saya tahu mama pentingkan diri sendiri. Tengok sekarang mama dah kahwin. Papa sampai sekarang tak kahwin sebab takut papa takut kasih sayang dia pada kami akan pudar. Papa tak pentingkan diri sendiri. Mama yang pentingkan diri sendiri,” sambung Suri Imani.

Wajah Suri Imani sudah merah menahan marah. Dengan mata dia sendiri dia melihat papa tak cukup tidur menjaga Ilham yang masih kecil. Walaupun dia nampak manja tapi selama papa sibuk, dia yang menjaga Ilham. Abang Long dan Kak Izlin pula berada di asrama dan kemudian menyambung pelajaran ke luar negara.

“Kau benci mama kau?” soal Ammar Mirza.

Suri Imani tersentak. Benci?? Papa selalu kata dia tidak boleh membenci mama kerana mama adalah mamanya yang mengandungkannya selama 9 bulan.

“Walaupun apa yang mama kau buat.. dia tetap mama kau. Berdosa jadi anak derhaka,” ujar Ammar Mirza.

Suri Imani tersentak lagi. Anak derhaka.. Dia tergelak kecil.

“Kenapa?” Ammar Mirza menyoal.

“Mama yang sepatutnya rasa berdosa. Dia tak tunaikan tanggungjawabnya sebagai mama. Dia lepas tanggungjawabnya pada papa. Kau ada umi. Kau ada keluarga bahagia. Apa kau tahu?” bentak Suri Imani geram. Dia geram dituduh anak derhaka! Memang dia benci mamanya. Dia tidak dapat maafkan kesalahan mama pada dia adik beradik. Ilham membesar tanpa kenal siapa mamanya. Bagi Ilham papa adalah mama dan papanya. Sering kali dia dikutuk kerana tidak mempunyai mama. Ilham lagilah.. Hampir Ilham bertindak hendak berhenti sekolah kerana tidak tahan dicerca orang yang mengatakan mama Ilham membencinya sebab itu melarikan diri.

“Aku minta maaf. Aku memang tak faham keadaan kau sekarang.. tapi kita sekarang berdiri ditiang yang sama iaitu Islam. Islam sendiri mengagungkan dan menghormati wanita. Kau sepatutnya bersyukur walaupun kau membesar tanpa mama, tapi sekurang- kurangnya kau kenal siapa mama kau. Mama kau bersusah payah bawa kau dalam rahimnya selama 9 bulan. Besar pengorbanan mama kau. Mungkin kau salahkan mama kau sekarang, tapi cuba kau bayangkan. Kalau mama kau tak jaga kau sebaik mungkin dalam kandungannya, kau tak lahir. Seorang wanita yang melahirkan anak, ibarat mati hidup semula. Mama kau beri kehidupan pada kau.”

Ammar Mirza menarik nafas dalam. Sebab itulah dia amat menyangi uminya. Uminya begitu berjasa padanya. Rasanya sepanjang hidupnya, dia tidak dapat membalas jasa umi. Sebab itulah dia bersetuju menerima Suri Imani sebagai bakal suri hidupnya.

“Kalau kau nak faham apa yang akau kata.. kau tunggu bila kau mengandung nanti,” ucap Ammar Mirza lalu tersenyum nakal.

Suri Imani tersentak. Baru dia nak terharu dengan kata- kata Ammar Mirza. Memang benar kata Ammar Mirza. Sebab itu dia tidak membalasnya. Wajahnya terasa hangat dengan kata- kata Ammar Mirza.

“Nak gi mana?”

“Pejabat.”

Ammar Mirza tersenyum dengan kekalutan Suri Imani.

“Kenapa?” Ammar Mirza pelik bila Suri Imani berpaling.

“Jangan cerita pada papa tentang Ben.”

Ammar Mirza mengangguk. Rasanya tiada guna dia memberitahu tentang kewujudan Ben kerana takut menguris hati Encik Shamsul yang pasti tidak mengetahui tentang perkahwinan bekas isterinya.

6 comments

December 25, 2008 at 11:59 PM

alahai si ammar mirza.. gaya macam tak suka coz kena kawin atas aturan keluarga.. but dh planning nak anak rupanya.. hehe..

imani, kalau gini gayanya si ammar ni.. hoho.. jgn harap la leh terlepas.. kena peluk dengan sepupu pun si ammar ni dh panas hati..

hehe.. kalau orang lain.. apatah lagi.. mahu patah riuk dibuatnya.. hehe..

smbg lg plz amani.. byk2 ek.. thanx

December 26, 2008 at 3:16 AM

best cite nieh..
jln cite pon menarik...
ammar ngn si iman nie weet jer walaupon kne kwen pkse...
hihi...
ske2...
smbung lgi bebyk kay..
-)

December 26, 2008 at 10:03 AM

Imani... cerita best sangat..tapi kan... tak suka lah dengar diorang ber 'kau' 'aku'. Macam tak best je... or Ammar nak cover takut nanti asyik panggil nama 'Iman' je nanti Iman tau Ammar suka kat dia..haha

December 26, 2008 at 10:27 AM

sambung lagi....

January 14, 2009 at 3:45 PM

sweet ah.suke2.
bru cousin yg peluk.agagag
blom org len.
smbung2.
-na`dz

June 8, 2011 at 3:39 PM

huhu.. sedih gak sbb mama Suri mcm tu.. bila terjumper Ben, Suri teringat kisah sedih dia.. mujurlah Ammar makin memahami dia dan ada di sisi.. suker gan Ammar... mmg dia respect & sayangkan Ummi dia..

Post a Comment