29 December 2008

Cinta tak terucap (Bab 14)

Bab 14

SEPERTI yang dijanjikan dia dan Wati berada di dalam butik JULIA. Nama sahaja Julia, tapi sebenarnya pemiliknya adalah seorang lelaki. Nama sebenarnya Ariff Hambali. Katanya nama Julia adalah nama panggilan manjanya. Tersenyum Suri Imani melihat Ariff dengan lengang lengoknya menunjukkan baju- baju pengantin pada dia dan Wati. Wati juga sudah rambang mata sepertinya. Menurut papa, butik Ariff bagus dan harganya juga berpatutan. Lagipun sewaktu dia bertunang dulu, butik Ariff ada juga membantu menolong papa. Ariff memang terkenal di Malaysia dengan hasil rekaannya.

”Bila Zahin nak datang?”

Wati menoleh. Dia memandang jamnya. Sudah pukul 3 petang. Zahin berjanji akan terus ke butik Julia selepas urusannya siap.

”Aku tak sure. Lepas ni kot.”

”Kau dah pilih baju nak pakai dinner esok?” soal Suri Imani lagi. Hatinya sedikit gusar kerana dia memang tidak suka menghadiri majlis- majlis makan seperti itu. Kebetulan esok adalah hari ulang tahun syarikat yang ke 40 tahun. Semua pekerja dihendaki hadir. Kalau ikutkan dia tidak mahu hadir, tapi Tan Sri Mahathir ada mengigatkannya minggu lepas supaya datang. Terpaksa juga dia hadir.

”Dah. Baju kebaya. Aku tempah bulan lepas. Kau?”

”Tak tahu lagi. Buju kurung kot,” jawab Suri Imani. Dia lebih selesa berbaju kurung bila ke pejabat atau menghadiri majlis formal.

”Ni apa benda?” soal Wati yang sejak tadi dilanda hairan dengan beg kertas yang dipegang Suri Imani. Dia lupa hendak bertanya. Rasanya dia pernah melihat beg yang sama dipegang Suri Imani minggu lepas sewaktu Suri Imani terserempak dengan Ben dan terlewat sampai ke pejabat.

”Beg.”

”Aku tahu. Bila masa kau beli baju kat Polo? Banyak duit kau..” tegur Wati.

”Tak! Ini barang Am.”

”Tunang kau?”

Suri Imani mengangguk.

”Aku nak tengok,” pantas beg itu direntap dari pegangan Suri Imani.

”Wei...”

Wati terlopong. Suri Imani garu kepala yang tak gatal.

”Wangi sey.. Bila masa kau basuhkan baju Am? Selama aku couple dengan Zahin... tak pernah lagi aku basuh baju dia. Nak practice ek?” Wati tersengih nakal.

”Mana ada! Aku pun tak hingin nak basuh baju dia. Tapi.. aku dah kotorkan baju dia. Terpaksalah.. Meh balik. Tak pasal- pasal busuk nanti.”

”Sampai hati kau kata aku busuk,” Wati memuncung.

Suri Imani tersengih.

”Aku gurau je lah.. Kau tahu jelah perangai Am tu. Tak makan saman. Tak pasal- pasal dia minta aku basuh plus gosok.. siap pesan kat aku letak softlan yang wangi. Aku letak separuh botol kalau kau nak tahu.”

”Wo... patutlah dari tadi aku terbau. Ingatkan kau tertumpah minyak wangi kau atas baju.”

”Wangi sangat ke?” tanya Suri Imani.

Wati mengangguk.

”Aku rasa sure Encik Am basuh balik baju ni.. tak pun buang. Dia kan kaya,” ulas Suri Imani.

”Lantak dialah! Aku pun bukannya ikhlas nak basuh baju ni.. Itu pun sebab rasa terima kasih je.”

”Apa yang kau terhutang budi kat dia sampai kena terima kasih?” soal Wati ingin tahu.

”Tak ada apa- apa Syarifah Azliawati.. Ish, bosannya! Kenapala baju kahwin tak boleh tempah online?” Suri Imani terfikir. Lagi senang kerjanya.

”Suami you tak datang?” soal Ariff tiba- tiba. Entah dari mana dia muncul, Suri Imani tidak sedar. Pelanggannya tadi sudah tiada. Mungkin tidak berminat ataupun sekadar menjenguk.

”Bakal suamilah,” Suri Imani membetulkan kata- kata Ariff yang sudah tersengih. Wati tersenyum sahaja melihat wajah Suri Imani yang sedikit masam. Nampak sangat Suri Imani tidak rela berada di butik ini. Sejak tadi, satu baju pun tidak berkenan dihati Suri Imani.

”Biar I ambilkan rekaan baju baru yang butik ni buat. You dan Wati tunggu jap.” Ariff berlalu. Suri Imani mengeluh. Bosan! Pagi tadi sebelum dia dan Wati pergi ke butik Julia, ada dia menghantar SMS pada Ammar Mirza. Itupun selepas dipaksa papa. Kalau boleh dia mahu melakukan secara berasingan. Lagipun barang- barang hantaran sudah siap semuanya. Papa sendiri yang membuat barang- barang hantaran dibantu nenek yang sudah dua hari berada di Kuala Lumpur. Imran dan Fatin juga menolong.
Tema majlis perkahwinan di rumahnya nanti adalah warna kuning cair dan putih. Dia juga ada membeli baju- baju untuk kaum keluarganya. Lelaki akan memakai baju batik warna kuning cair dan seluar slack warna hitam. Perempuan akan memakai baju kurung berwarna kuning. Semuanya atas cadangan papa dan Fatin. Imran juga menyokong. Berbelanja sakan sungguh mereka seluarga untuk majlis perkahwinan Suri Imani. Maklumlah Suri Imani sajalah perempuan tunggal yang berkahwin selain daripada Izlin.
Suri Imani berdiri bila melihat Wati yang sudah berjalan kearah Julia yang memanggil mereka melihat rekaan barunya yang masih lagi di dalam lakaran. Cantik juga! Warnanya juga kuning cair dan putih, sesuai dengan tema majlis nanti.

”Dah siap pilih?” Suri Imani terkejut besar. Terasa bahang Ammar Mirza yang berdiri betul- betul dibelakangnya. Badan Ammar Mirza juga sengaja dirapatkan dengannya. Wati menoleh. Seperti Suri Imani dia juga terperanjat melihat kemunculan Ammar Mirza. Ariff sudah terlopong.

”Handsomenya bakal suami you, Iman,” puji Ariff. Seperti model iklan Armani. Sekali pandang seperti Enrique Iglesias. Orangnya tiggi dan dadanya bidang. Hidungnya mancung dan bibirnya.. bila tersenyum betul- betul memukau. Rambutnya ikal dan walaupun nampak kusut, tapi menarik. Ariff jatuh cinta.. cemburu pada Iman yang bertuah memiliki Ammar Mirza. Dia mendengus kecil walaupun bibirnya tersenyum lebar.

Suri Imani tersengih. Dia berpaling. Berdiri betul- betul dihadapan Ammar Mirza. Rasa macam nak cekik je! Boleh pula Ammar Mirza buat muka selamba. Sudahlah majlis perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa- gesa. Dia tahu kebanyakan persediaan dilakukan Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. Ammar Mirza seoleh- oleh tidak kisah. Dia sampai sekarang tidak faham kenapa majlis perkahwinannya tiba- tiba dipercepatkan. Daripada tiga bulan terus sebulan. Macam kahwin koboy pula! Sudahlah keluarganya dan juga keluarga Ammar Mirza mahu melakukannya secara besar- besaran. Apa orang kata.. Wedding of the year..

”Buat apa kat sini?” soal Suri Imani perlahan.

”Tengok bajulah. Bukan awak hantar message ke tadi? Julia, nak ukur badan I tak?” soal Ammar Mirza terus memandang Ariff yang tersenyum mengoda. Bulu roma Ammar Mirza meremang dengan telatah Ariff. Wati sudah kembali duduk.

”Boleh juga. Bakal isteri you ni cerewet sikit. Semua design I dia tak suka,” ujar Ariff nampak mengada. Dia sudah berjalan menghampiri Ammar Mirza dengan membawa tali pengukur. Suri Imani duduk disebelah Wati.

”Wow, tegapnya badan you. Mesti selalu bersenam,” puji Ariff. Tanggannya sengaja memegang dada Ammar Mirza. Biar Iman cemburu!
Ammar Mirza tersengih. Dia menjeling pada Suri Imani dan Wati.

”Iman dah ukur badan?” soal Ammar Mirza. Suri Imani menoleh dan dia mengangguk kepalanya. Walaupun baju yang sesuai masih tidak dijumpai, tapi ukuran badannya telah diambil lebih awal oleh Ariff.

”Kami ambil design ni,” ujar Ammar Mirza lalu menunjukkan rekaan itu. Suri Imani dan Wati tersentak.

”Warna dia pun I nak sama tau,” sambung Ammar Mirza.

”Awak suka ke?” soal Suri Imani sedikit girang.

Ammar Mirza mengangkat bahu.

”Saya tak kisah..” selamba jawapan Ammar Mirza. Hati kecilnya gembira melihat wajah girang Suri Imani.

”Cantik rekaan tu. Nanti Julia. You buatkan rekaan baru untuk I pula ye,” ujar Wati.
Ariff mengangguk kepalanya.

”Jangan risau. I akan siapkan baju ni awal. Boleh you all test dulu,” ujar Ariff senang hati kerana pelanggannya suka akan rekaannya.

”Baguslah..” Ammar Mirza tersenyum pada Ariff.

”Kalau you all nak tahu. Kalau you all pergi Kuantan, ada satu butik terkenal jugalah di Megamall. You all cakap je nama I mesti dapat diskaun. Pemilik butik tu mama angkat I,” cerita Ariff sambil mencari sesuatu didalam lacinya dan dihulur pada Ammar Mirza.

”Nak tengok,” pinta Suri Imani.

”SS Lee Butik,” ucap Suri Imani perlahan. Hatinya berdegup kencang bila melihat nama pemilik butik itu. Siti Khadijah Lee binti Abdullah.

”Iman kenal ke?” soal Ariff.

Suri Imani menggeleng laju. Wajahnya sudah berubah.

”Kami ambil kad ni ek,” ucap Ammar Mirza.

Ariff mengangguk kepalanya dengan senyuman.

”Kami balik dulu,” Suri Imani meminta diri. Ammar Mirza sudah menghulurkan wang pendahuluan pada Ariff. Suri Imani dan Wati hanya memerhati.

”Mana Syed?” soal Ammar Mirza.

”Dia ada hal sikit. Erm.. saya minta diri dulu. Saya janji dengan Zahin nak jumpa kat sana.”

”Eh, aku?” soal Suri Imani segera.

”Jom ikut akulah..”

”Tak apa. Biar saya bawa balik Iman. You pergilah. Nanti Syed Zahin tunggu you lama- lama pula. Hujan kat luar tu,” ujar Ammar Mirza dengan senyuman. Wati memandang wajah serba salah Suri Imani lalu dia menganggguk dan terus berlalu.
Suri Imani sudah tercengang memandang langkah Wati yang laju. Kemudian dia mendongak memandang Ammar Mirza yang lebih tinggi darinya. Kebetulan mereka memakai baju sama warna. Ammar Mirza menyarungkan seluar pendek dan selipar. Dia pula seluar tiga suku dan selipar. Pakaian sehariannya memang ringkas. Dia tidak suka berhias dan tidak terlalu mengikut fesyen terkini dan dia juga cara pakaian Ammar Mirza yang ringkas sepertinya. Sangkanya Ammar Mirza seorang yang sentiasa kemas dengan rambut yang disikat rapi tapi sangkaannya meleset.

”Jom pergi makan. Saya lapar,” cadang Suri Imani. Serentak dengan itu dia memegang perutnya. Ammar Mirza mengangguk kepalanya walaupun dia sudah kenyang.

********

”KENAPA tak habis?” soal Suri Imani melihat ayam Ammar Mirza langsung tidak bersentuh. Hanya memakan chips sejak tadi dan menyedut air pepsi. Double Cheese Burger yang ditempah Suri Imani sendiri sudah habis. Kini dia sedang cuba menghabiskan chipsnya. Suasana di restauran makanan segera McDonald riuh rendah.

”Kenyang,” jawab Ammar Mirza lalu menolak makanannya. Rasa seperti hendak muntah.

”Bazir je. Mari aku habiskan,” ujar Suri Imani dan terus mencubit isi ayam. Mata Ammar Mirza sudah terbeliak. Biar betul! Kuatnya makan.

”Dari pagi aku tak makan. Papa tak ada kat rumah. Ilham dan nenek ada kat rumah Abang Long,” terang Suri Imani dengan sengihan. Selain itu, hatinya sebak dengan penemuan barunya tadi. Sebenarnya dia ada satu tabiat yang tidak boleh dibuang sejak dulu. Bila dia sakit hati ataupun sedih ataupun risau, dia suka melahap! Sampaikan dia boleh menambah nasi hingga empat pinggan. Tidak hairanlah dulu sewaktu kecil dia gemuk.

”Kenapa tak masak sendiri?”

”Malas. Kalau masak, kena makan sorang- sorang,” jawab Suri Imani.

”Comotlah kau makan,” Ammar Mirza segera menyapu isi ayam yang tertinggal dibibir Suri Imani. Suri Imani tersengih lagi.

”Aku ni memang clumsy sikit,” ujar Suri Imani lalu menarik tisu yang berada diatas meja. Dadanya sedikit bergetar dengan sentuhan Ammar Mirza tadi. Ammar Mirza nampak selamba membelek majalah GALAXIE yang dibeli Suri Imani tadi.

”Cepat makan. Petang ni aku ke Jepun. Ada kerja sikit. Kau ada nak suruh aku belikan apa-apa?” soal Ammar Mirza dan terus membelek. Dia hanya membaca tajuk utama dan meneliti gambar- gambar artis.

”Minggu lepas kau ke Mesir. Ni Jepun pula. Best nye..” ujar Suri Imani. Mulutnya penuh dengan isi ayam. Ammar Mirza memandang Suri Imani.

”Mana tahu aku ke Mesir?” soal Ammar Mirza sedikit hairan.

”Erm.. Cik Nisak cerita.”

”Dia tu memang suka jaga tepi kain orang! Kau nak apa-apa tak? Boleh aku belikan kat Jepun nanti.”

Suri Imani menggeleng kepalanya dan meneruskan suapannya. Ammar Mirza sedikit tersentak. Selalunya kalau bekas-bekas tunangnya atau teman wanitanya pasti akan menyuruh dia membeli itu, membeli ini. Selalunya bukan dia yang membeli, Danish yang menjadi mangsa. Kesian Danish kerana menjadi PAnya.

”Betul ke?”

Suri Imani mengangguk kepalanya. Tangannya pantas mengelap bibir yang dirasakan comot. Ammar Mirza mengambil tisu dan mengelap pipi Suri Imani.

”Kat pipi pun kena sos. Kau ni makan lagi comot dari Firhan,” bebel Ammar Mirza.

”Berapa umur anak saudara kau?”

”Shah Irfan ke?” soal Suri Imani.

”Kau ada sorang je anak saudara kan?”

Suri Imani menggeleng kepalanya.

”Joana, anak Kak Izlin. Sepatutnya Kak Izlin yang kahwin dengan kau,” sinis suara Suri Imani. Ammar Mirza sedikit tersentak.

”Em.. berapa umur Irfan?” Ammar Mirza menyoal. Cuba menukar topik perbualan. Kata- kata Suri Imani tadi dibiarkan sahaja berlalu. Dia pernah melihat Suri Izlin dari dalam gambar yang ditunjukkan uminya beberapa tahun lalu. Waktu itu Suri Imani masih belajar. Waktu gambar itu ditunjukkan Suri Izlin sudah mendirikan rumah tangga dengan rakyat New Zealand dan menetap terus disana. Rasanya Suri Imani lagi cantik dari kakaknya. Kakanya nampak lebih berisi tapi kulitnya putih gebu dan berambut ikal keperangan. Berbeza dengan Suri Imani. Walaupun putih gebu seperti kakaknya, rambut Suri Imani keperangan dan lurus. Suri Imani juga cantik bila tersenyum kerana mempunyai lesung pipit di kedua belah pipinya. Mata Suri Imani juga besar dan berwarna coklat.

”Empat tahun. Kenapa?” soal Suri Imani pelik.

”Tak ada apa-apa. Makanlah cepat,” arah Ammar Mirza. Suri Imani mengerut dahi pelik. Tapi suapannya diteruskan. Ammar Mirza berpura- pura membelek helaian majalah dan membacanya. Hatinya sebenarnya diburu tanda tanya. Bagaiman dia boleh mengenali Suri Imani begitu dalam sedangkan dia dan Suri Imani jarang berjumpa. Tapi yang pasti, setiap kali mereka berjumpa, tanpa disedari Suri Imani, dia suka melihat wajah tenang Suri Imani.

”Kau kata nak gi Jepun petang ni. Esok kau tak pergi ke majlis tu? Aku rasa tak nak gi lah.. Mana aku ada baju cantik- cantik. Majlis tu mesti grand kan?”

”Lepas ni ikut aku!”

Dahi Suri Imani berkerut tidak faham. Salah soalan ke? Pelik melihat wajah Ammar Mirza yang masam mencuka.

3 comments

December 29, 2008 at 2:30 PM

nampak cam bunga2 cinta dah tumbuh dlm hati ammar mirza utk suri imani..
pastu sweet je dorang ni.. saya suka! hehehe..

agaknya dia nak bawak suri imani g beli baju x?

Anonymous
December 28, 2012 at 2:33 AM

Ӏ do aсcept as true with all of the сonсepts you've offered for your post. They are very convincing and can definitely work. Still, the posts are too short for beginners. Could you please prolong them a bit from subsequent time? Thank you for the post.
Visit my weblog : same day loans

Anonymous
December 28, 2012 at 2:33 AM

I do acceрt as true with all оf the cοncepts you've offered for your post. They are very convincing and can definitely work. Still, the posts are too short for beginners. Could you please prolong them a bit from subsequent time? Thank you for the post.
My site: same day loans

Post a Comment