Cinta tak terucap (Bab 15)


“KENAPA NI?” soal Puan Sri Noraini yang terperanjat melihat kemunculan Ammar Mirza yang mendukung Suri Imani. Wajah Suri Imani yang pucat itu mengejutkannya lagi. Segera dia menjerit memanggil suaminya yang berada di bilik bacaan. 

“Kenapa dengan Iman?” soal Tan Sri Mahathir. Wajahnya juga terperanjat.

“Pengsan kot. Am ingatkan dia tidur. Tapi bila Am kejut suruh bangun. Dia buat tak tahu. Sebab tu Am dukung ni,” jawab Ammar Mirza segera. Dia mengemaskan pegangannya pada tubuh ramping Suri Imani. Nasib baik kurus, kalaulah gemuk. Mati dia nak mengangkatnya. 

“Cepat! Bawa masuk bilik,” suruh Puan Sri Noraini.

Ammar Mirza mengangguk dan segera melangkah kebiliknya. Kebetulan biliknya hanya bersebelahan dengan bilik Firhan. Kedengaran mulut becok Firhan yang berbual dengan Fia. 

Tubuh Suri Imani diletakkan diatas katil. Dia menggeliat sekejap. Lenguh mendukung Suri Imani. 

“Fifi mana?” soal Ammar Mirza pada uminya yang sibuk merasa dahi Suri Imani takut demam. 

“Dalam bilik dia. Kenapa dengan Iman, Am?” soal Puan Sri Noraini dan mendongak memandang anak lelakinya. Wajahnya nampak lega kerana badan Suri Imani tidak panas. 

“Tak makan dari pagi. Tadi Am call papa. Dia cakap Iman tak makan dari pagi sebab bangun lewat. Sempat minum susu je. Am nak bawa balik rumah Iman, tapi papa dan Ilham tak ada kat rumah,” terang Ammar Mirza. Tan Sri Mahathir menggeleng kepalanya. Perangai Suri Imani sama dengan perangai Ammar Mirza. Pentingkan kerjaya sehingga lupa makan. 

“Pak Ngah dah balik,” jerit Firhan kesukaan lalu menerpa masuk ke bilik Ammar Mirza. Jarang Ammar Mirza pulang awal. Lewat petang baru dia dapat melihat Ammar Mirza.

“Mak Ngah sakit,” ujar Ammar Mirza yang telah menarik Firhan menjauhi Suri Imani yang berbaring dikatilnya. 

“Kenapa dengan Mak Ngah?” soal Fia pula yang entah bila sudah berdiri dihadapan pintu. 

“Mak Ngah sakit,” jawab Tan Sri Mahathir dengan senyuman. Dia mengusap rambut kerinting Fia. 

“Biarlah dia tidur dulu. Am call papa dia. Kata Iman ada kat sini. Malam nanti dia baliklah,” ujar Tan Sri Mahathir lalu memandang anak lelakinya. 

Ammar Mirza mengangguk kepalanya. Dia sudah memberitahu Encik Shamsul sebenarnya. Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini sudah melangkah keluar dari bilik. Fia dan Firhan sudah berlari dahulu mendahului langkah nenek dan atuknya. 

Ammar Mirza tersenyum. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap Suri Imani. Comel! Tak pernah lagi dia melihat gadis yang juga tunangnya tidur. Bibirnya mengukir senyuman. Agaknya bagaimanalah reaksi Suri Imani bila bangun tidur nanti bila mendapat tahu dia berada dibiliknya. Mesti terperanjat besar.

“Am keluar,” muncul Tan Sri Mahathir tiba- tiba.

“Hah?” terkejut Ammar Mirza.

“Kamu berdua tu tak kahwin lagi. Tak elok kamu duduk berdua je dengan Iman,” beritahu Tan Sri Mahathir. 

Ammar Mirza tersengih. Lupa pula dia...




1 comment:

  1. mesti suri imani bertambah cantik bila pakai make up..
    apa agaknya reaksi ammar mirza bila tengok suri imani nanti?
    x sabar nak tunggu malam tu!

    bila dorang nak kawen ni?
    saya pulak yg x sabar..
    hahahaha..

    ReplyDelete

Back to Top