Cinta tak terucap (Bab 3)


“Kenapa?” pelik Suri Imani melihat wajah cuak kawan- kawannya. Kemudian dia pula terpinga apabila mereka bertiga berdiri serentak. 

“Encik Ammar,” Zahin bersuara. 

Suri Imani terganga. Dia mendongak. Dia terlopong pula. Ammar Mirza berdiri betul- betul dibelakangnya. 

“Nak apa?” Suri Imani terus berdiri dan segera menjauhi Ammar Mirza. Tubuhnya didekatkan dengan Amir. 

“Awak kerja sini?” dia sebenarnya terkejut apabila diberitahu Sarah tadi. Dia dan Sarah sama- sama makan di hujung cafe. Suara riuh rendah Suri Imani dan kawan- kawannya menarik perhatiannya. Memang sudah hampir tiga minggu dia bertunang dengan Suri Imani. Tapi dia tidak pula diberitahu Suri Imani bekerja di syarikatnya kerana usia Suri Imani yang masih muda untuk menjawab jawatan sebagai arkitek. Patutlah wajah Suri Imani seperti pernah dilihatnya dahulu. 

“Tak nampak pas ni?” soal Suri Imani geram. Lupa dia pada rahsia yang tersimpan utuh antara dia dan Ammar Mirza. 

“Syarifah Azliawati?” dahi Ammar Mirza berkerut. 

Suri Imani tersentak. 

“Sorry Encik Ammar. Tertukar pas masa di toilet tadi..” Wati terus menyampuk. 

Ammar Mirza memandang Wati. Cantik juga. 

“Saya Syed Zahinuddin. Bakal suami Syarifah Azliawati,” sampuk Zahin segera. 

Hampir tersembur tawa Suri Imani dibuatnya. Wati sudah memasamkan muka. Gelojoh sangat Zahin ni. Takut Wati kena kebas. 

“You?” soal Ammar Mirza pada Amir yang sejak tadi berdiri dan begitu hampir dengan Suri Imani. 

“Ahmad Zamir. Teman lelaki Suri Imani.” 

Terus Suri Imani berpaling dengan jawapan selamba Amir yang sudah tersengih.

“Oi... Erna kau nak buang mana?” Zahin berbisik. Tapi jelas didengar mereka berempat. Suri Imani menggeleng. Nak berbisik. Tapi semua orang boleh dengar! 

“Siapa Erna?” Ammar Mirza pandang Zahin pula. 

Zahin serba salah. Dia pandang Amir. Dia pandang Wati. Kemudian pandang Suri Imani. Semua orang dengar ke apa yang aku kat? Zahin garu kepala yang semamangnya tak gatal. 

“Syed Zahinuddin, please my question now!” 

“Ariana Musa.. Tapi semua orang panggil Erna. Erna Musa. Dia jurucakap untuk syarikat kita pada bulan ni,” panjang lebar penerangan Zahin yang terkejut dengan jekahan itu. 

“I remember her. So Zamir who is actually your real partner? Iman or Erna?” 

Amir pandang lama Suri Imani sebelum mengeluh.

“Just answer my simple question,Zamir,” pinta Ammar Mirza.

“Erna.”

Ammar Mirza angguk kepala. Wajah Suri Imani pula dipandang. Kemudian dia tersengih. 

“How about you Iman? Are you single?” 

Merah padam wajah Suri Imani. 

“Single…” perlahan suara Wati. 

Ammar Mirza tersenyum pula.

“Single but not available. Right Iman?” 

Wati, Zahin dan Amir sudah saling berpandangan. 

“Is it important for you to care, Encik Ammar?” 

Ammar Mirza tergelak.

“It is very important for me to care sayang. Jumpa saya kat bilik dalam 10 minit.”

Kali ini Wati, Zahin dan Amir sudah terlopong.

“Tak mahu!”

“Awak nak saya paksa?”

Pantas Suri Imani menggeleng.

“See you,” Ammar Mirza terus berlalu. 

Suri Imani sudah terduduk. Ketiga rakan-rakannya saling berpandangan sebelum masing- masing mengarahkan pandangan tajam pada Suri Imani yang sedang mengeluh panjang.

“Iman. What is going on?” soal Wati terus.

Suri Imani mendongak dan tersenyum. Sorry guys! Sooner or later I’ll tell you guys..”

“Boleh aku tahu… bila masa Encik Ammar kenal kau? Korang nampak macam dah lama kenal. Kenapa dia panggil kau sayang? Iman? Rasanya dalam company ni… kebanyakan panggil kau Suri…” 

“Aku ada hal jap Zahin. Nanti aku cerita,” soalan Zahin langsung tidak dijawab. 

Wati, Zihan dan Amir saling pandang- memandang. Pelik. Bila pula Suri Imani dan Ammar Mirza berkenalan?

No comments:

Post a Comment