Cinta tak terucap (Bab 4)


“Tutup mulut tu,” tegur Ammar Mirza bila dia melangkah masuk dengan senyuman panjang. Dia terus duduk betul- betul di hadapan Suri Imani. Duduk diatas meja kaca yang terletak dihadapan sofa berangkai satu. 

Suri Imani terperanjat. Automatik ingin berdiri tapi dihalang. Lengannya dipegang kuat. Sekali lagi dia dipaksa duduk. 

“Nak lari mana?” soal Ammar Mirza. Wajah tidak senang Suri Imani dipandang lama. 

“Panas ke?” soal Ammar Mirza lagi. 

“Dah tahu tanya lagi.” Suri Imani mendengus. Dia pasti 100% kali ini wajahnya memang merah. Terasa dahinya berpeluh walaupun air cond dibilik ini agak kuat. Tapi masih rasa panas. 

“Air cond ni paling sejuk. Kalau panas lagi.. saya suggest awak kahwin dengan orang kutub utara,” perli Ammar Mirza. 

“Boleh tak awak duduk tempat lain. Saya takut meja tu pecah.” 

Ammar Mirza tergelak. 

“Apa awak cakap dengan setiausaha awak?” 

“Sarah kenal awak. Remember? Dia ada masa kita tunang.” 

Suri Imani angguk kepala. 

“Awak nak apa? Kalau tak ada yang mustahak, saya nak keluar. Saya ada banyak kerja,” ucapnya terus berdiri. 

Lengan Suri Imani dicengkam. 

“Boleh tak awak sabar. Saya tak cakap apa-apa lagi. Nama sahaja Iman. Tapi tiada iman. Sabar separuh dari iman, cik Iman.” 

Suri Imani mendengus. Benci dengan kata- kata Ammar Mirza. 

“Semua orang tak tahu siapa tunang saya sampai kita betul- betul jadi kahwin. Jadi, saya mahu.... awak tak dedahkan rahsia ini. Faham?” 

Berkerut dahi Suri Imani. Kata- kata Ammar Mirza sama seperti kata- kata yang diucapkan dahulu. Rasanya Ammar Mirza sendiri tahu dia sendiri tidak mahu rahsia tersebut terbongkar. 

“Supaya senang awak nak kacau perempuan lain?” 

Berkerut dahi Ammar Mirza sebelum tersengih. 

“You know me better... So, saya harap awak jangan pandai- pandai pecahkan rahsia. Faham?” 

“Ada apa-apa lagi Encik Ammar?” malas Suri Imani hendak memanjangkan cerita. 

Ammar Mirza berdiri dan terus ke mejanya. Suri Imani ikut berdiri. 

“Saya keluar dulu,” ucapnya. 

“Saya tak tahu apa hubungan awak dengan Zamir. Tapi sebagai tunang saya yang sah, saya akan perhatikan segala gerak geri awak. Awak ada sesiapa dalam hidup awak?” 

“Tak.” 

“Bagus. Segala hal saya, hal saya. Hal awak, hal saya juga. Faham?” 

Berkerut dahi Suri Imani. 

“Untuk pengetahuan Encik Am... saya tak nak ambil tahu hal awak. Hal awak, hal awak. Hal saya, hal saya. Nokhtah,” terus dia berlalu laju sebelum langkahnya mati dihadapan pintu bila telefon bimbinya menjerit mintak diangkat. Berkerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenalinya. 

“Hello....” 

“Your business is mine, dear. Saya tak mahu dengan apa-apa gosip antara awak dengan mana-mana lelaki. Faham?” 

Suri Imani berpaling. Berubah wajahnya. Terasa mahu dicampak telefon yang berada ditangan. Mana dia dapat nombor aku? 

“Simpan nombor tu sayang...” tersengih Ammar Mirza. 

Suri Imani mendengus. Ya Allah sakitnya hati aku nih! 

“Save my number, my dear..” kata itu diulang lagi, 

“Tak mahu!” pintu dihempas. 

Ammar Mirza tersenyum. Sudah berpuluh- puluh gadis dia berkenalan. Namun hanya seorang sahaja yang berjaya membuka pintu hatinya dan sudah lama pintu hatinya tertutup rapat dari dimasuki oleh sesiapa. Dan kini dia dapat merasakan sesuatu. Senyumannya makin lebar..

1 comment:

  1. awak!!!!

    beshnye cite neh......

    saye suke saye suke!!!!

    saye nak jadik mcm suri imani la.......

    hikhikhik...

    mish u bebeh!

    ReplyDelete