Cinta tak terucap (Bab 6)


The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core
But hold your breathe
Because tonight will be the night that I will fall for you
Over again
Don't make me change my mind
Or I wont live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you is impossible to find
Your impossible to find

BERKALI- KALI lagu Fall for you nyanyian Secondhand Serande meniti dibibir. Lagu itu agak popular sekarang. Adiknya, Nurliyna Mirza juga sering menyanyikan lagu itu membuatkan dia turut sama terikut- ikut. 

“Senang hati nampak,” tegur seseorang. 

Ammar Mirza berpaling. Dua gadis kecil tersenyum memandangnya. Si hero pula tersengih panjang. 

“Belajar apa tadi?” soalnya pada Fifi Mirza, anak saudaranya yang bakal mengambil USPR tahun ini. 

“Mate.”

“Fia?” wajah Fia Mirza yang seiras dengan kakaknya pula ditatap. Fia pula muda dua tahun. 

“Sains,” laju Fia menjawab. 

“Fir?” 

“Mate macam Kak Fifi,” nampak teruja Firhan Mirza menjawab. Firhan pula baru sahaja melangkah ke alam persekolahan. Wajah Firhan betul- betul seiras seperti arwah abangnya, Radzi Mirza. 

Ammar Mirza sudah ketawa. Sudah menjadi kebiasaan, jika ayah atau uminya tidak dapat mengambil mereka bertiga, dia akan mengambil alih mengambil mereka dari sekolah atau pusat tuisyen. 

“Fifi pegang tangan Fia,” suruhnya sebelum dia menggenggam tangan Fia dan Firhan. Sekejap sahaja mereka sudah berada di seberang jalan menuju ke kereta BMW 3 Series berwarna hitam milik arwah abangnya. 

“Siapa tu?” Firhan menyoal dengan wajah berkerut. 

Ammar Mirza angkat bahu. 

“Mak Ngah kan tu?” Fifi meneka.

Ammar Mirza terkedu. Mak Ngah? 

“Buat apa kat sini?” soalnya terus bila mereka berempat sudah menghampiri kereta.

“Awak?” kelu lidah Suri Imani.

“Saya?” Ammar Mirza merenung Suri Imani minta penjelasan. Terkejut juga melihat Suri Imani berada di sini, dan paling penting selamba sahaja bersandar pada keretanya. 

Suri Imani memandang lama Ammar Mirza. Apa dia buat kat sini? Kemudian matanya beralih pada anak-anak saudara Ammar Mirza. 

“Salam Mak Ngah,” suruh Ammar Mirza tersengih nakal.

“Huh?” terkejut dengan panggilan namanya. 

“Mak Ngah…” Firhan terlebih dahulu menerpa pada Suri Imani membuatkan gadis itu yang sejak tadi keliru dengan pertemuan itu terkejut. Telefon bimbit yang sejak tadi di dalam genggamannya tercampak terus ke dalam longkang. 

“Firhan Mirza!” tempelak Ammar Mirza. 

“Fir minta maaf…” Firhan tunduk memandang jalan. Dia betul- betul tidak sengaja. 

“Kak!” jerit seseorang dari belakang. Mereka semua sama- sama berpaling. 

Sham Ilham tersengih panjang sebelum dahinya berkerut melihat Ammar Mirza. 

“Ilham, tolong ambil telefon akak,” telefon bimbitnya yang selamat terbenam di dalam longkang ditunjuk segera. Nasib baiklah longkang itu tidak kotor. 

“Hah?” Ilham terkejut.

Firhan sudah mula menangis. 

“Senyap Fir! Biar saya ambil,” tanpa sempat dihalang, Ammar Mirza sudah melompat turun di dalam longkah. Berkerut- kerut wajah Ammar Mirza bila terpaksa memasukkan tangan di dalam air longkang. 

“Fia. Ambil tisu,” suruh Ammar Mirza yang cuba untuk naik semula sambil dibantu Ilham yang masih samar- samar dengan apa yang berlaku. 

“Nah..” Telefon bimbit di lap dan dibalut sebelum diserahkan semula pada Suri Imani. Ammar Mirza tahu telefon itu sudah tidak bernyawa. Fifi sudah menghulur botol airnya kepada Suri Imani untuk membasuh telefon yang kotor itu. 

“Terima kasih awak.” 

Ammar Mirza tersenyum kelat. Bahu Firhan dipegang lembut dan diarah memandangnya. Terhenjut- henjut bahu itu menahan tangis. 

“Sudahlah tu. Pak Ngah tak marah. Tapi Firhan tahu salah Firhan kan?” soal Ammar Mirza perlahan. Air mata yang masih keluar itu dikesan lembut.

Lambat- lambat Firhan mengangguk. 

“Jadi?” terangkat kening Ammar Mirza.

“Fir minta maaf,” si kecil itu memusingkan tubuhnya lalu mendongak. 

Suri Imani tersenyum. Pipi Firhan disapu lembut. 

“Tak apa Fir. Kak…. Mak Ngah tak marah..” merah padam pula wajah Suri Imani sebelum menggigit bibir. Dia tahu Ammar Mirza sudah tersengih mendengar bahasa panggilannya. 

“Shah Ilham?” 

Ilham yang sejak tadi menjadi pemerhati segera mengangguk sebelum melangkah menghampiri Ammar Mirza untuk bersalam. 

“Abang buat apa kat sini?” 

“Ambil anak-anak ni. Ilham pun belajar di tuisyen ni?”

Pantas Ilham mengangguk.

“Ilham PMR tahun ni,” ujar Suri Imani pula. 

Ammar Mirza mengangguk sebelum dia mengarahkan Fifi, Fia dan Firhan untuk bersalam dengan Suri Imani dan Ilham. Fifi nampak malu-malu bila bersalam dengan Ilham. Ammar Mirza tersenyum. Dah besar anak saudaranya itu. 

“Balik dengan apa?” Ammar Mirza menyoal. 

“Bas.” 

“Kereta?” Ilham pula yang terkejut.

“Kereta papa masuk workshop. Papa guna Viva. Papa ada hal, suruh kita naik bus atau teksi,” balas Suri Imani. Tangan adiknya sudah dipegang.

“Jom balik,” ajaknya. 

Ilham hanya mengangguk. 

“Ilham masuk kereta. Abang hantar balik,” suruh Ammar Mirza tiba-tiba. 

“Tak apa,” pantas Suri Imani menolak. 

“Umur Ilham berapa?” tiba- tiba Ammar Mirza menyoal.

“15,” terpinga Ilham menjawab. Bukan tadi dia sudah memberitahu yang dia mengambil PMR tahun ini. 

“Kakak dengan adik sama tinggi,” selamba Ammar Mirza bersuara.

“Awak!” geram kerana tahu Ammar Mirza cuba memberitahu yang dia pendek! 

Ammar Mirza tersengih pula.

“Ilham masuk kereta,” suruhnya lagi. 

“Kami boleh balik sendiri,” balas Suri Imani yang sudah merah muka menahan marah.

“Nope dear. Saya tunang awak. So, saya tak akan biarkan awak dan adik ipar saya balik naik bas atau teksi sedangkan kereta saya ni muat je,” ucap Ammar Mirza.

“Kita balik dengan abang Am,” pinta Ilham yang sudah melangkah mendekati kereta Ammar Mirza selepas ditarik Firhan atas arahan Ammar Mirza. 

Ammar Mirza ketawa. 

“Cepat atau saya dukung,” ujar Ammar Mirza berbau arahan.

“Berani?” bulat mata Suri Imani.

“Anything is possible in this world honey,” mata di kenyit bagi mengundang kemarahan gadis itu. Dia suka melihat gadis itu marah dengan muka yang sudah merah. 

Suri Imani mengeluh.

“Iman?”

“Yelah!” 

“Good girl..” Ammar Mirza tersenyum.

No comments:

Post a Comment