Cinta tak terucap (Bab 7)


AMMAR MIRZA menggaru kepalanya beberapa kali. Bilik kecil tapi nampak luas kerana tidak banyak menggunakan perabot. Sebuah tilam tebal single dibiarkan berdiri dan bersandar di dinding bilik berwarna biru. Sebuah meja belajar terletak disudut bilik dan bersebelahan dengan almari pakaian dan rak buku. Beberapa poster SIMPLE PLAN dan MY CHEMICAL ROMANCE tertampal di dinding bilik. Nampaknya Ilham peminat kumpulan itu. Diatas meja belajar penuh dengan buku- buku latihan. 

“Awak,” tegur Suri Imani. Tak sangka juga dia rupanya papa sudah berada di rumah. Ammar Mirza terus di ajak untuk makan malam bersama di rumah. 

“Mana kiblat?” soal Ammar Mirza yang juga nampak serba salah dihadapan Suri Imani ketika ini. 

“Sini,” sejadah dibentang. 

“Thanks,” Ammar Mirza garu kepala pula. 

“Nah,” Kain pelekat berwarna hijau muda milik Encik Shamsul diserahkan pada Ammar Mirza. 

“Buat apa ni?” 

Berkerut dahi Suri Imani.

“Sarung kat kepala,” selamba dia menjawab.

“Hah?” 

“Encik Ammar. Kain pelekat itu untuk awak pakai masa sembahyang lepas ni.”

“Seluar saya bersih lagi.” 

“Awak pakai seluar tu sepanjang hari. Pakai jelah. Papa suruh,” malas Suri Imani hendak bertekak. 

“Budak- budak mana?” 

“Ikut Ilham pergi kedai. Awak saya nak tanya sikit,” wajah Ammar Mirza dipandang.

“Apa?” 

Suri Imani pandang pintu yang terbuka luas. Dia duduk di kerusi meja belajar Ilham. Wajah Ammar Mirza dipandang lama.

“Apa?” cuak lelaki itu dengan telatah Suri Imani yang berubah serius.

“Kita dah tunang berapa lama?”

“Huh?” terpinga pula Ammar Mirza.

“Sebulan kan?” Suri Imani pula yang menjawab.

Ammar Mirza mengangguk sahaja.

“Kenapa ayah awak nak cepatkan tarikh perkahwinan kita?” 

“Tak tahu,” Ammar Mirza geleng kepala. Satu senyuman halus terukir dibibir.

“Awak tak rasa kita ni macam tak sesuai?” soal Suri Imani. Langsung tidak perasan perubahan wajah Ammar Mirza ketika ini. 

“Kenapa?” 

“Kita tak pernah keluar bersama. Saya tak kenal awak,” lurus jawapan Suri Imani yang membuatkan Ammar Mirza tersenyum lebar.

“Kenapa senyum?”

“Satu sedekah,” selamba jawapan Ammar Mirza.

Suri Imani mendengus.

“Awak tak suka?”

“Bukan...”

“Jadi?”

“Saya tak bersedia,” perlahan jawapan diberi.

“Sebulan lagi masa yang ada Iman,” balas Ammar Mirza.

“Kalau perkahwinan ni tak berjaya?”

“Erm.... saya nak sembahyang sekarang. Boleh awak keluar? Saya nak tukar seluar,” suruh Ammar Mirza yang tiba- tiba bertukar serius. 

Terpinga pula Suri Imani.

2 comments:

  1. bab 9 x leh bukakla pnulis..huhuw

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,Kak Imani. Saya nak tanya,novel nie hard copy masih dicetak ker? Saya dah lama cari... saya pernah beli dulu,kawan pinjam tak pulang balik. Di kedai-kedai buku tak jumpa la pulak sama ada yang baru mahupun yang terpakai. -Adreanna-

    ReplyDelete