Cinta tak terucap (Bab 25)


Tema majlis perkahwinan di rumahnya nanti adalah warna kuning cair dan putih. Dia juga ada membeli baju- baju untuk kaum keluarganya. Lelaki akan memakai baju batik warna kuning cair dan seluar slack warna hitam. Perempuan akan memakai baju kurung berwarna kuning. Semuanya atas cadangan papa dan Fatin. Imran juga menyokong. Berbelanja sakan sungguh mereka sekeluarga untuk majlis perkahwinan Suri Imani. Maklumlah Suri Imani sajalah perempuan tunggal yang berkahwin selain daripada Izlin. 

Suri Imani berdiri bila Wati yang sudah berjalan ke arah Julia yang memanggil mereka melihat rekaan barunya yang masih lagi di dalam lakaran. Cantik juga! Warnanya juga kuning cair dan putih, sesuai dengan tema majlis nanti. 

“Dah siap pilih?” Suri Imani terkejut besar. Terasa bahang Ammar Mirza yang berdiri betul- betul dibelakangnya. Badan Ammar Mirza juga sengaja dirapatkan dengannya. Wati menoleh. Seperti Suri Imani dia juga terperanjat melihat kemunculan Ammar Mirza. Ariff sudah terlopong.

“Handsomenya bakal suami you, Iman,” puji Ariff. Seperti model iklan Armani. Sekali pandang seperti Enrique Iglesias. Orangnya tiggi dan dadanya bidang. Hidungnya mancung dan bibirnya.. bila tersenyum betul- betul memukau. Rambutnya ikal dan walaupun nampak kusut, tapi menarik. Ariff jatuh cinta.. cemburu pada Iman yang bertuah memiliki Ammar Mirza. Dia mendengus kecil walaupun bibirnya tersenyum lebar. 

Suri Imani tersengih. Dia berpaling. Berdiri betul- betul di hadapan Ammar Mirza. Rasa macam nak cekik je! Boleh pula Ammar Mirza buat muka selamba. Sudahlah majlis perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa- gesa. Dia tahu kebanyakan persediaan dilakukan Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. Ammar Mirza seoleh- oleh tidak kisah. Dia sampai sekarang tidak faham kenapa majlis perkahwinannya tiba- tiba dipercepatkan. Daripada tiga bulan terus sebulan. Macam kahwin koboy pula! Sudahlah keluarganya dan juga keluarga Ammar Mirza mahu melakukannya secara besar- besaran. Apa orang kata.. Wedding of the year.. 

“Buat apa kat sini?” soal Suri Imani perlahan. 

“Tengok bajulah. Bukan awak hantar message ke tadi? Julia, nak ukur badan I tak?” soal Ammar Mirza terus memandang Ariff yang tersenyum mengoda. Bulu roma Ammar Mirza meremang dengan telatah Ariff. Wati sudah kembali duduk. 

“Boleh juga. Bakal isteri you ni cerewet sikit. Semua design I dia tak suka,” ujar Ariff nampak mengada. Dia sudah berjalan menghampiri Ammar Mirza dengan membawa tali pengukur. Suri Imani duduk disebelah Wati. 

“Wow, tegapnya badan you. Mesti selalu bersenam,” puji Ariff. Tanggannya sengaja memegang dada Ammar Mirza. 

Ammar Mirza tersengih. Dia menjeling pada Suri Imani dan Wati. 

“Iman dah ukur badan?” soal Ammar Mirza. Suri Imani menoleh dan dia mengangguk kepalanya. Walaupun baju yang sesuai masih tidak dijumpai, tapi ukuran badannya telah diambil lebih awal oleh Ariff. 

“Kami ambil design ni,” ujar Ammar Mirza lalu menunjukkan rekaan itu. Suri Imani dan Wati tersentak. 

“Warna dia pun I nak sama tau,” sambung Ammar Mirza.

“Awak suka ke?” soal Suri Imani sedikit girang. 

Ammar Mirza mengangkat bahu. 

“Saya tak kisah..” selamba jawapan Ammar Mirza. Hati kecilnya gembira melihat wajah girang Suri Imani. 

“Cantik rekaan tu. Nanti Julia. You buatkan rekaan baru untuk I pula ye,” ujar Wati. 

Ariff mengangguk kepalanya.

“Jangan risau. I akan siapkan baju ni awal. Boleh you all test dulu,” ujar Ariff senang hati kerana pelanggannya suka akan rekaannya. 

“Baguslah..” Ammar Mirza tersenyum pada Ariff. 

“Kalau you all nak tahu. Kalau you all pergi Kuantan, ada satu butik terkenal jugalah di Kuantan. You all cakap je nama I mesti dapat diskaun. Pemilik butik tu mama angkat I,” cerita Ariff sambil mencari sesuatu di dalam lacinya dan dihulur pada Ammar Mirza. 

“Nak tengok,” pinta Suri Imani. 

“SS Lee Butik,” ucap Suri Imani perlahan. Hatinya berdegup kencang bila melihat nama pemilik butik itu. Siti Khadijah Lee binti Abdullah. 

“Iman kenal ke?” soal Ariff. 

Suri Imani menggeleng laju. Wajahnya sudah berubah. 

“Kami ambil kad ni,” ucap Ammar Mirza. 

Ariff mengangguk kepalanya dengan senyuman. 

“Kami balik dulu,” Suri Imani meminta diri. Ammar Mirza sudah menghulurkan wang pendahuluan pada Ariff. Suri Imani dan Wati hanya memerhati. 

“Mana Syed?” soal Ammar Mirza.

“Dia ada hal sikit. Erm.. saya minta diri dulu. Saya janji dengan Zahin nak jumpa kat sana.” 

“Eh, aku?” soal Suri Imani segera. 

“Jom ikut akulah..” 

“Tak apa. Biar saya bawa balik Iman. You pergilah. Nanti Syed Zahin tunggu you lama- lama pula. Hujan kat luar tu,” ujar Ammar Mirza dengan senyuman. Wati memandang wajah serba salah Suri Imani lalu dia menganggguk dan terus berlalu. 

Suri Imani sudah tercengang memandang langkah Wati yang laju. Kemudian dia mendongak memandang Ammar Mirza yang lebih tinggi darinya. Kebetulan mereka memakai baju sama warna. Ammar Mirza menyarungkan seluar pendek dan selipar. Dia pula seluar tiga suku dan selipar. Pakaian sehariannya memang ringkas. Dia tidak suka berhias dan tidak terlalu mengikut fesyen terkini dan dia juga cara pakaian Ammar Mirza yang ringkas sepertinya. Sangkanya Ammar Mirza seorang yang sentiasa kemas dengan rambut yang disikat rapi tapi sangkaannya meleset. 

“Jom pergi makan. Saya lapar,” cadang Suri Imani. Serentak dengan itu dia memegang perutnya. Ammar Mirza mengangguk kepalanya walaupun dia sudah kenyang.

12 comments:

  1. best, tp npe garang sgt. x best r. sian kt ammar

    ReplyDelete
  2. best...
    cpat smbng tau writer..
    xsbar nk thu pe jd lps nie..huhu

    ReplyDelete
  3. alah.. npe xde citer dengan am hr ni.. huhu..

    apa pun smbg lg ek...

    ReplyDelete
  4. hmm..btol tu lea..
    sikit je sebut pasal am..
    lalalala...~~~~

    ReplyDelete
  5. iye r..knp xda ksah am..alahai..

    cpt sbg yek..

    ReplyDelete
  6. isk2...
    xder pon cite am ngn iman..
    da rindu ngn telatah dorng nieh..
    spe la yg nk kenekan iman n am nieh,,,
    besh2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  7. larr.
    asal xde citer am dgn iman.
    cerite dowang bru sweet.
    walaupon gduh.
    aaggagaga.suke2
    smbung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. haiyya.. pe la yg nak berlaku tu eh?
    dah la iman plan balik lewat nak siapkan keje dia tu.. hishh..

    sambung lg imani..

    ReplyDelete
  9. so sweet la suri ngn am....
    nape x smbg lag....da x sbar nak tau cter pas ni..pepe hal...do the best...

    ReplyDelete
  10. sweet2..xxxxxxxxxxxx555x

    ReplyDelete