22 January 2009

Cinta tak terucap (Bab 24)


Bab 24


HADI HAFIYZI terkejut melihat Ammar Mirza sudah terpacak dihadapan rumahnya. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa. Kali terakhir berjumpa sewaktu majlis perkahwinan Ammar Mirza. Dulu mereka menyewa bersama. Tapi semuanya berubah setahun yang lepas selepas Radzi meninggal dunia.

Selama ini dunia Ammar Mirza dikelilingi gambar- gambar pemandangan kurnian Ilahi yang boleh dirakam dari sudut kemera Ammar Mirza. Ammar Mirza memang pandai. Dia tahu sudut- sudut yang menarik untuk dirakamkan. Tapi sayang kerana Ammar Mirza sudah lama berhenti dari meneruskan mintanya itu. Ijazah yang selama ini diperoleh dari Universiti Harvard mula digunakan Ammar Mirza untuk menguruskan Empire Construction.

“Aku Am lah. Bukan hantu,” tegur Ammar Mirza bila melihat reaksi rakan karipnya itu. Hadi tersengih.

“Masak ke? Bau sampai luar.”

“Kau langkah kananlah kiranya,” balas Hadi. Ammar Mirza melangkah masuk dan terus menuju ke dapur.

“Kau dah makan?” soal Hadi.

Ammar Mirza mengangguk kepalannya.

“Isteri aku masak nasi goreng. Takkan aku nak tolak,” cerita Ammar Mirza. Sedangkan dia yang sengaja mengarahkan Suri Imani memasak nasi goreng untuknya walaupun kedua tukang masaknya sudah memasak mee hoon goreng. Suka dia melihat masam mencuka Suri Imani bila disuruh buat kerja. Nasib baiklah Suri Imani tidak berbuat dajal padanya. Buatnya dibuat pedas tahap malampau, mati dia! Dia memang tak suka makan pedas.

“Yelah.. jangalah nak berlagak dah ada isteri.”

Ammar Mirza tersengih.

“Cepat- cepatlah cari isteri. Suruh mak kau pinang orang kampung kau ke. Bolehlah nanti kita jadi besan,” ujar Ammar Mirza. Panjang pula angan- anggannya.

Hadi tergelak besar.

“Alahai, langkah pertama kau tak mula, macam mana nak berbesan,” jawab Hadi. Tapi kalaulah dia ada anak nanti, dia mahu anaknya yang mencari jodoh sendiri. Dia tidak mahu anak- anaknya menjadi seperti Ammar Mirza dan Suri Imani. Dijodohkan kerana janji ibu bapa.

Sekali lagi Ammar Mirza tersengih. Hadi mengangkat mee goreng yang dimasaknya dan diletakkan didalam pinggan. Kalau dulu sewaktu mereka menyewa bersama Hadi yang rajin memasak. Dia pula tukang menghabiskan makanan yang dimasak Hadi.

“Aku harap nanti aku dapat anak kembar. Macam aku..” sambung Ammar Mirza. Dia juga mempunyai kembar seiras yang meninggal kerana penyakit jantung.

“Yelar. Doalah banyak- banyak. Moga impian kau nak dapat anak kembar, termakbul. Jom gi depan. Kau apasal datang sini? Dah setahun kau tak jejak sini,” tegur Hadi.

Ammar Mirza tersenyum. Sejak dia berpindah semula ke Villa Mirza dia sudah tidak datang kesini. Bukan dia tidak mahu datang, cuma terlalu sibuk dengan kerjanya. Bukan senang hendak menguruskan syarikat besar. Empire Construction adalah hasil penat lelah ayah dan arwah Radzi.

“Aku rasa kau nye kemera dah berhabuk dalam almari tu,” teka Hadi.

Ammar Mirza ketawa kecil. Memang pun! Dulu kemera itu adalah nyawanya. Kemana sahaja dia pergi, dia akan pastikan kemera itu ada bersamanya. Sampaikan kalau dia tidur, dia perlu memastikan kemera itu selama ditempatnya. Tapi itu dulu, sekarang apa yang bermain difikirannya hanyalah Empire Construction. Dia perlu selalu up to date dengan pasaran saham syarikat selain memastikan semua perkara berjalan lancar.

“Aku dah agak. Erm, apasal kau datang? Iman mana? Aku ingatkan korang gi bulan madu,” sambung Hadi.

“Iman kerja.”

“La… kau kan bos. Kenapa lak kau cuti, isteri cuti. Sepatutnya masa cam ni kau berbulan madu. Soal syarikat tolak tepi,” ucap Hadi. Dia menyup makanan ke dalam mulutnya. Televisyen dibiarkan terpasang. Ammar Mirza lebih senang melayan perasan. Dia berbaring diatas sofa berangkai tiga. Hadi menggeleng kepalanya melihat Ammar Mirza yang kadang- kadang tersenyum.

“Aku tahulah kau dah angau. Kenapa? Iman dah jatuh hati dengan kau?”

Ammar Mirza menggeleng kepalanya.

“Suatu hari nanti,” ujar Ammar Mirza yakin.

“Kan senang kalau kau cakap kat dia yang kau dah jatuh cinta pandang pertama kat dia. Apa kau kata… iklan syampu?” balas Hadi tergelak kecil.

Teringat bagaimana Ammar Mirza beria- ria bercerita mengenai Suri Imani ketika pertama kali mereka bertentang mata di café. Memang Ammar Mirza pernah berjumpa Suri Imani ketika hari pertunangan mereka, tapi Ammar Mirza langsung tidak memandang Suri Imani. Sekilas pandang sahaja. Habis Suri Imani dikutuknya. Tup.. tup tak sampai beberapa hari Ammar Mirza dah mengaku jatuh cinta dengan tunang sendiri. Dia ketawa sampai nak pecah perut bila dikenang cerita itu.

“Ish, kau ni cakap tu perlahan sikit!”

“La.. rumah ni aku sorang je duduk. Apa kau nak takut. Tak ada orang dengar. Kau dah ikat dia dengan kuasa kau sebagai suami. Kau takut dia lari, tapi kau tak buat apa- apa. Sepatutnya kau halang dia gi kerja. Bercuti diluar negara ke, bawa dia bercuti. Orang kata kalau duk tempat sejuk ni, senang sikit hatinya nak sejuk,” ujar Hadi.

“Kerja.. kerja juga. Lagipun projek yang dia buat tu penting. Mana leh aku pilih kasih. Bab bulan madu tu, aku ingat nak suruh dia tunduk dulu kat aku, baru aku pikir benda tu. Kalau gi sana, tapi masing- masing buat hal sendiri tak guna juga.”

“Itulah kau ego sangat. Berlembut sikit. 111% aku yakin dia jatuh hati kat kau,” balas Hadi.

“Mana leh! Kita lelaki. Mana leh tunduk kat perempuan.”

“Itu bukan perempuan. Tapi isteri kau. Mestilah kau kena tunduk kat isteri. Bukanlah maksud aku jadi hamba, cuma berlembut dan ikut kemahuan dia. Macam kau layan awek- awek kau dulu,” usul Hadi.

Ammar Mirza menarik nafas. Dulu dan sekarang adalah berbeza. Dulu dia ikut sahaja kehendak teman wanitanya kerana waktu itu dia hanya ingin bermain sahaja dengan mereka. Tapi, sekarang Suri Imani adalah isterinya yang akan berkongsi hidup dengannya sepanjang hayat, jadi dia perlulah lebih tegas. Tak boleh terlalu lembut dengannya.

“Kau pikatlah dia,” cadang Hadi.

“Macam mana.”

Hadi sudah tergelak.

“Kau Kasonova Malaysia. Kau lebih tahu,” ujar Hadi.

“Itu dulu,” Ammar Mirza mengeluh.

Hadi tersenyum dan menggeleng kepalanya. Kelakar dengan sikap Ammar Mirza.

“Erm… Hadi. Aku tidur sini jap.”

“Eh, kau tak balik rumah. Aku tak paham, kalau kau ngantuk kenapa gatal- gatal datang sini. Selalunya kalau kau tak kerja, kau tidur sampai tengah hari. Itu kau yang aku kenal sepanjang berbelas tahun kita kawan.”

“Dulu! Sejak Iman ada, mulut dia tu membebel kalau tengok aku tidur lepas subuh dan lepas asar. Macam bertih jagung. Panas hati aku kadang- kadang. Setiap pagi, ada je caranya nak kejut aku sembahyang subuh. Sampaikan semalam… basah tempat tidur aku kena simbah air dengan dia. Tak masuk hari lain lagi, merah lengan aku kena cubit!”

Hadi ketawa. Ganas juga minah tu. Nampaknya je lembut..

“Baguslah. Sekurang- kurangnya kau dapat pahala. Otak kau pun cergas sebab bangun pagi.”

“Kau nak tidur sampai bila? Malam ni kau tidur sini ke?”

“Gila! Bisinglah umi aku kalau tahu. Si Iman tak kisah aku balik ke tak. Erm, Jasmin ada dah balik Malaysia.”

Hadi tersentak.

“Bila?” setahunya dia tidak nampak Jasmin sewaktu hari perkahwinan Ammar Mirza.

“Adalah dua tiga hari dah. Sekarang dia kat Genting bawa budak- budak makan angin,”cerita Ammar Mirza.

“Kau tak rasa apa- apa?” soal Hadi ingin tahu.

Ammar Mirza menggeleng kepala.

“Kau tahu hati aku kat siapa sekarang. Lagipun benda tu dah berlalu. Radzi dah lama maafkan aku. Sekarang aku hanya anggap dia sebagai kakak ipar aku. Tak lebih, tak kurang.”

“Baguslah macam tu,” Hadi mengeluh lega.

Ammar Mirza sudah memejam matanya.

“Aku ada kerja lepas ni… aku ingat nak gi Cemeron. Aku baru dapat projek. Kau buatlah rumah ni macam rumah sendiri. Dalam kul 11 karang aku blah. Esok kot balik.”

Ammar Mirza mengangguk kepalanya. Memang rutin harian kerja Hadi begitu. Merantau sana sini jika ada projek yang menanti. Dulu rutinnya juga sama seperti Hadi. Kalau tiada projek, mereka sendiri akan merantau mencari gambar. Sampaikan mereka pernah pergi hingga ke Afrika Selatan. Memang banyak duit dihabiskan tapi kepuasan yang dapat hasil gambar yang berjaya dirakam memang tak dapat digambarkan. Lagipun gambar yang mereka ambil selalunya menjadi rebutan. Kedai HADI & MIRZA PHOTO yang terletak di KLCC memang selalu menjadi pilihan untuk mereka yang ingin merakam gambar. Tapi, sekarang syarikat itu diusahakan Hadi dan seorang lagi rakannya. Dia hanya menjadi rakan kongsi yang menyumbang duit sahaja.

12 comments:

  1. yes! dapat jadi orng pertama baca. makin menarik plot citer ni. tertanya2 apa kisah jamin dan ammar mirza.apapun, nak imani ngan ammar mirza

    ReplyDelete
  2. owh.. sudah jatuh cinta pandang pertama rupaya.. hehe.. patut r.. apa pub.. best2.. xsbr nak tunggu next..

    ReplyDelete
  3. btl2...amar pnh minat kat jasmin...?? huhuhuh..da kisah disebaliknyer...sambung lagi...

    ReplyDelete
  4. ngeeee...]
    ammar da ngaku jtoh chenta..
    si imani nie plak ble nk ngaku nieh..
    isk2..
    beshh..
    nk lgii,,nk lgii..

    ReplyDelete
  5. hahaha..kita tengok camna hero Malaya beraksi nanti...susah ke senang nak buat Iman pun jatuh cinta kat Ammar..

    ReplyDelete
  6. larrrr.
    ammar mirza penah jatuh cinta at jasmin ke?
    kalo iman tau cmfm cembru ah.
    agagag.
    suke2.
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  7. dah jatuh cinta pon rupanya..
    adessss..
    saspen je la..

    huhuhuhu....

    ReplyDelete
  8. yup.. nak tau gak cite jasmin n am..
    maybe bila iman tau kisah am ngan jasmin, baru dia sedar or ngaku perasaan sebenar dia pada am..

    ReplyDelete
  9. am penah minat kat jasmin...
    waa..best laa cite ni...
    lg best klu imani tau...hehe

    sambung lagi...lagi...
    well done!!

    ReplyDelete
  10. bila nak sambung ni?????????????? best bgt!

    ReplyDelete
  11. salam c.penulis, bile nk sambung lak ni, tak sabar dh nk bce. best rrrrr

    -tni-

    ReplyDelete
  12. hahaha..
    best giler r..

    ReplyDelete