Cinta tak terucap (Bab 23)


AMMAR MIRZA mengeluh lagi. Dia baru sahaja kembali daripada mesyuarat. Dia menyangka Suri Imani sudah kembali ke biliknya tetapi dia terkejut bila diberitahu oleh Sarah yang Suri Imani masih berteleku di dalam biliknya. Langsung Suri Imani tidak menyentuh air yang disediakan Sarah sebelum Ammar Mirza mula bermesyuarat tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Lama juga Suri Imani di dalam biliknya. 

“Mana file Benjamin Lee?” soal Ammar Mirza.

“Ni Encik Am. Saya dah beritahu Cik Nisak yang cik Iman ambil off hari ini. Saya buat air?”

Ammar Mirza hanya mengganguk. 

Benjamin Lee. Belajar di universiti yang sama dengan Suri Imani. Mempunyai dua orang kakak dan dua orang abang. Lama Ammar Mirza meneliti maklumat- maklumat Ben tetapi dia langusng tidak menjumpai tanda- tanda yang menunjukkan Suri Imani dan Ben adalah bersaudara kecuali nama keluarga mama Suri Imani sama dengan Ben. 

“Terima kasih, Sarah. Saya tak mahu berjumpa sesiapa buat masa ni termasuk panggilan,” ujar Ammar Mirza. Sarah hanya mengangguk. Dia menoleh memandang Suri Imani. Gadis itu langsung tidak bergerak mahupun menegurnya. Gadis itu seolah- olah berada dalam dunianya sendiri. 

“Iman,” panggil Ammar Mirza.

Suri Imani tidak menoleh. Ammar Mirza mengeluh. Perlahan- lahan dia bangun dari tempatnya. Dia bergerak menghampiri Suri Imani. Bahu Suri Imani dicuit. Gadis itu nampak tersentak. Perlahan- lahan gadis itu mendongak. Ammar Mirza terpinga bila melihat air mata sudah membasahi wajah bersih Suri Imani. 

“Am?” serak suara Suri Imani.

“Kau okey?” lembut Ammar Mirza menyoal. Dia melabuhkan punggug di sebelah Suri Imani. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan. Tubuh itu dipeluk kejap. Tangisan Suri Imani mula kedengaran dan semakin lama semakin kuat. Semakin kuat tubuh itu dipeluk. Lama tubuh itu dipeluk sebelum Suri Imani perlahan- lahan melepaskan pelukan. 

“Maaf,” laju Suri Imani mengesat air matanya yang masih tidak jemu turun. 

“Dah lega?” saol Ammar Mirza.

Laju juga Suri Imani mengangguk. 

“Pukul berapa ni? Nanti kau lewat nak mesyuarat. Aku dah lewat nak ke pejabat ni,” mulut Suri Imani terlopong bila melihat jam ditangan. Beberapa kali dia melihat sebelum membandingkan dengan jam di dinding pejabat Ammar Mirza.

Ammar Mirza ketawa.

“Tadi kau duduk dunia mana?” soalnya.

Suri Imani garu kepala yang tak gatal.

“Aku minta maaf. Aku tak sedar. Sebab aku kau terlewat?”

Ammar Mirza ketawa lagi. Suri Imani betul- betul tidak sedar apa- apa. Rasanya dia sudah memberitahu Suri Imani yang dia akan bermesyuarat dan Suri Imani hanya mengangguk bila mendengar kata- katanya. Suri Imani betul- betul malu ketika ini. Dia tidak sedar berada di dalam pelukan Ammar Mirza. Tajam dia merenung kemeja Ammar Mirza yang basah. Malunya semakin menebal. Ammar Mirza sudah menghampiri almari. Kemeja yang elok tergantung ditariknya. 

“Pandang depan Iman. Aku nak tukar baju,” suruh Ammar Mirza.

Suri Imani mengangguk. Seperti robot, dia segera berpaling dari memandang Ammar Mirza. Mukanya merah. Ammar Mirza sudah tersenyum dengan gelagat Suri Imani. 

“Ambil ni,” baju kemejanya yang basah dengan air mata Suri Imani dihulurkan pada gadis itu. Tercengang Suri Imani. Tapi dia tetap mengambil baju tersebut. 

“Nak buat apa baju ni?” soalnya bengong.

“Kau basuh. Seterika. Lepas tu kau bagi semula pada aku.”

“Maaf,” ucap Suri Imani serba salah.

“Papa tak pernah cerita tentang Ben. Takkan kau tak tahu dia kerja sini?” soal Ammar Mirza membetulkan pula tali lehernya. Dia sudah duduk di atas sofa berangkai satu. Suri Imani pula duduk di atas sofa berangkai tiga. Wajah Suri Imani yang kembali keruh dipandangnya. 

Suri Imani menggeleng. Dia betul- betul tidak tahu. 

“Tiada apa kau nak beritahu aku pasal Ben?”

“Tak payah. Lagipun itu cerita masa silam aku,” geleng Suri Imani. 

“Aku tahu itu masa silam kau… tapi sekarang Ben kerja kat sini. Kalau aku kahwin dengan kau nanti, Ben juga sepupu aku.” 

Suri Imani mengeluh. 

“Ben sepupu aku.” 

“Aku tahu. Kau dah cakap tadi. Lagi?” desak Ammar Mirza.

“Selepas mama dan papa bercerai, hubungan kami dengan keluarga mama renggang dan dingin. Dulu aku rapat dengan Ben. Selalu juga papa dan mama bawa aku jumpa keluarga Ben.. tapi lepas tu, kami putus hubungan. Mereka salahkan papa!” 

“Mereka kata papa tak pandai jaga isteri sebab tu mama nak cerai. Walaupun waktu tu saya baru 8 tahun, tapi saya tahu mama pentingkan diri sendiri. Tengok sekarang mama dah kahwin. Papa sampai sekarang tak kahwin sebab takut papa takut kasih sayang dia pada kami akan pudar. Papa tak pentingkan diri sendiri. Mama yang pentingkan diri sendiri,” sambung Suri Imani. 

Wajah Suri Imani sudah merah menahan marah. Dengan mata dia sendiri dia melihat papa tak cukup tidur menjaga Ilham yang masih kecil. Walaupun dia nampak manja tapi selama papa sibuk, dia yang menjaga Ilham. Abang Long dan Kak Izlin pula berada di asrama dan kemudian menyambung pelajaran ke luar negara. 

“Kau benci mama kau?” soal Ammar Mirza. 

Suri Imani tersentak. Benci?? Papa selalu kata dia tidak boleh membenci mama kerana mama adalah mamanya yang mengandungkannya selama 9 bulan. 

“Walaupun apa yang mama kau buat.. dia tetap mama kau. Berdosa jadi anak derhaka,” ujar Ammar Mirza.

Suri Imani tersentak lagi. Anak derhaka.. Dia tergelak kecil.

“Kenapa?” Ammar Mirza menyoal. 

“Mama yang sepatutnya rasa berdosa. Dia tak tunaikan tanggungjawabnya sebagai mama. Dia lepas tanggungjawabnya pada papa. Kau ada umi. Kau ada keluarga bahagia. Apa kau tahu?” bentak Suri Imani geram. Dia geram dituduh anak derhaka! Memang dia bencikan mamanya. Dia tidak dapat maafkan kesalahan mama pada dia adik beradik. Ilham membesar tanpa kenal siapa mamanya. Bagi Ilham papa adalah mama dan papanya. Sering kali dia dikutuk kerana tidak mempunyai mama. Ilham lagilah.. Hampir Ilham bertindak hendak berhenti sekolah kerana tidak tahan dicerca orang yang mengatakan mama Ilham membencinya sebab itu melarikan diri. 

“Aku minta maaf. Aku memang tak faham keadaan kau sekarang.. tapi kita sekarang berdiri ditiang yang sama iaitu Islam. Islam sendiri mengagungkan dan menghormati wanita. Kau sepatutnya bersyukur walaupun kau membesar tanpa mama, tapi sekurang- kurangnya kau kenal siapa mama kau. Mama kau bersusah payah bawa kau dalam rahimnya selama 9 bulan. Besar pengorbanan mama kau. Mungkin kau salahkan mama kau sekarang, tapi cuba kau bayangkan. Kalau mama kau tak jaga kau sebaik mungkin dalam kandungannya, kau tak lahir. Seorang wanita yang melahirkan anak, ibarat mati hidup semula. Mama kau beri kehidupan pada kau.”

Ammar Mirza menarik nafas dalam. Sebab itulah dia amat menyangi uminya. Uminya begitu berjasa padanya. Rasanya sepanjang hidupnya, dia tidak dapat membalas jasa umi. Sebab itulah dia bersetuju menerima Suri Imani sebagai bakal suri hidupnya walaupun dia tidak rela pada mulanya. 

“Kalau kau nak faham apa yang akau kata.. kau tunggu bila kau mengandung nanti,” ucap Ammar Mirza lalu tersenyum nakal.

Suri Imani tersentak. Baru dia nak terharu dengan kata- kata Ammar Mirza. Memang benar kata Ammar Mirza. Sebab itu dia tidak membalasnya. Wajahnya terasa hangat dengan kata- kata Ammar Mirza. 

“Nak pergi mana?”

“Pejabat.” 

Ammar Mirza tersenyum dengan kekalutan Suri Imani. 

“Kenapa?” Ammar Mirza pelik bila Suri Imani berpaling.

“Jangan cerita pada papa tentang Ben.” 

Ammar Mirza mengangguk. Rasanya tiada guna dia memberitahu tentang kewujudan Ben kerana takut menguris hati Encik Shamsul yang pasti tidak mengetahui tentang perkahwinan bekas isterinya.


11 comments:

  1. eeii..
    gatal am nieh..
    da ader chenta dlm aty dye..
    iman plak ble nk sedar nieh..
    isk2...

    sweet bangat....
    smbung2...

    ReplyDelete
  2. Sweet nye Ammar Mirza...I like!..hehe..

    Nak N3 lagi lah Imani...

    ReplyDelete
  3. agagag.
    gatal lar
    ammar nie.suke2
    sweet jerp.
    smbung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. aduhai,bt kami tsnyum sdri la...
    am ni romantik sgt..
    imani plak blur jer...
    ahhahahah..
    tp suka iamni n am...

    ReplyDelete
  5. best.. nk lg.. npe sikit sgt.. huhu.. lea salute dgn am.. mcm tu barulah suami namanya.. tau mcm mana nak handle isteri.. bkn asyik ikut rentak isteri.. huhu.. cayalah amar mirza..

    ReplyDelete
  6. best sangat2 skrang ni citer nie. ammar ni sayang n cinta pada imani kan? kan? tapi tak pandai nak tunjuk. si imani ni pulak jenis yang lurus . sambung cepat3 yer bila ada kesempatan yer

    ReplyDelete
  7. alahai romatiknya..bila lah am nk bgi taw isi ati dia..




    sbg2...

    ReplyDelete
  8. ammir dan suri mmg dah sama2 jatuh hati antara satu sama lain tapi takut bertepuk sebelah tgn, kedua2nya mendiamkan diri. leceh la... terus terangkan best...................

    ReplyDelete
  9. sukanya ngan dorang berdua tu..
    sweet je..

    ReplyDelete
  10. adeh...
    jatuh cinta ngan cite ni...

    hahahaha..
    nak lagi...
    nak lagi...

    ReplyDelete
  11. best nyew..lau dpt laki camnie..
    sweeet ger r..hahaha

    ReplyDelete