Cinta tak terucap (Bab 22)


JAM sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Memang sesak sungguh hari ini. Wajah Ammar Mirza yang memang kelat bertambah kelat. Gerun Suri Imani melihatnya. Dia langsung tidak menoleh ke arah Ammar Mirza. 

“Lain kali.. bangun awal. Tak elok anak dara bangun lewat,” ujar Ammar Mirza akhirnya setelah lama mendiamkan diri. Kata- katanya tak ubah seperti kata- kata Encik Shamsul. Perlahan- lahan kereta Ammar Mirza memasuki kawasan tempat letak kereta Empire Construction. 

“Kau yang hantar aku lewat semalam,” Suri Imani cuba mempertahankan dirinya. Dia yang ingin menyambung kata- kata terbantut bila Ammar Mirza tajam merenungnya. 

“Betullah apa aku kata…” perlahan suara Suri Imani.

“Bebel lagi macam mak nenek! Kalau tak menjawab kata aku boleh tak?” tegur Ammar Mirza geram. Suri Imani mencebik. 

“Keluar cepat! Tunggu apa lagi tu,” jerkah Ammar Mirza bila melihat Suri Imani terkebil- kebil memandangnya dengan mulut muncung. 

“Janganlah marah!” Suri Imani mendengus. Dia mencapai beg laptop yang dihulurkan Ammar Mirza. Mukanya masam mencuka. 

Mereka sama- sama beriringan berjalan memasuki bangunan Empire Construction. Sempat Suri Imani mengucapkan ucapan selamat pagi pada kereta ViVA berwarna putih kepunyaannya. Kesian keretanya sejuk sepanjang malam. Kalau di rumah bolehlah duduk bawah bumbung.

“Encik Ammar..” tegur satu suara yang baru keluar dari kereta Perdana. 

Suri Imani tersentak. Langkahnya mati seperti langkah Ammar Mirza. Bulat matanya memandang lelaki yang dihadapkannya. Wajahnya bertambah terkejut bila melihat Erna turut melangkah keluar dari kereta lelaki itu. 

“Ben. Bila sampai?” soal Ammar Mirza terus tersenyum. Ben adalah Eksekutif Pemasaran Empire Construction. Dia tidak rapat dengan Ben, tapi pernah dia mengenali Ben. 

“Kelmarin.” 

Dada Suri Imani sesak. Benjamin Lee, pernah menjadi teman sepermainan. Ben tua beberapa tahun daripadanya. Sewaktu Ben berada di tahun akhir, dia pula baru masuk belajar di university yang sama. Dia pernah terserempak dengan Ben. Tetapi dia tahu lelaki itu tidak sedar kehadirannya. Hubungan mereka terputus selepas papa dan mama bercerai. Jujurnya dia pernah meminati Ben sewaktu belajar dahulu. 

“Jom pergi,” ajak Suri Imani pada Ammar Mirza. Terpaku Ammar Mirza bila tangannya sudah digengam Suri Imani. Ben dan Erna sudah saling berpandangan. Mereka terkejut sebenarnya dengan tindakan diluar jangkaan Suri Imani. Sejak bila Suri Imani menjalinkan hubungan dengan Ammar Mirza? 

“Adik….kerja sini juga? Lama dah?” soal Ben.

“Adik?” Ammar Mirza terkejut. Wajah Suri Imani dipandangnya minta jawapan. 

“Dalam lima bulan. Panggil saya, Iman,” balas Suri Imani geram. 

“She’s my cousin. Sebelum kelahiran Ilham, Iman sepupu yang paling kecil. Sebab tu kami panggil adik. Tapi tak tahu pula sekarang dah tak panggil panggilan yang sama,” terang Ben sedikit pelat. 

Suri Imani mendengus. Dia melepaskan tangan Ammar Mirza lalu memeluk tubuh. Tapi dia pula yang terkejut bila selamba sahaja Ben memeluk bahunya. 

“Ben?” terjerit Suri Imani. Ammar Mirza pula sudah terpana. Merah wajahnya tika itu. 

“Rindu abang pada Iman.”

“Lepaslah,” suruh Suri Imani. 

“Errmm…. Aku tak tahu kau dan Iman ni sepupu,” tajam dia merenung tangan Ben yang masih diatas bahu Suri Imani. Perlahan- lahan dia mengenggam kembali tangan runcing Suri Imani dan ditarik menghampirinya. Suri Imani terdorong ke dalam pelukannya pula. Tangan Ben terjatuh. Bulat matanya dengan tindakan Ammar Mirza. Erna yang sejak tadi menjadi pemerhati juga terkejut besar. 

“Encik Ammar dengan Iman?” 

“None of your business, Ben,” balas Ammar Mirza sedikit tegas. 

Ben memandang Erna dan dia mengangguk. Sedikit rasa meluat timbul dalam dirinya. Dia tidak sangka Suri Imani boleh menjalinkan hubungan dengan Ammar Mirza. 

“Aku dengar kau dah tunang. Dengan siapa?” soal Ben. Dia memandang Ammar Mirza menanti reaksi daripada lelaki itu. Tetapi Ammar Mirza langsung tidak menunjukkan tanda- tanda terkejut. 

“Bukan urusan kau,” jawab Suri Imani tegas. Matanya sudah merah.

“Kau tak nak tanya pasal mama kau? Sekarang dia dah bahagia dengan keluarga barunya. Mereka dah ada dua orang anak perempuan yang cantik. Sekarang mereka menetap di Kuantan,” beritahu Ben tanpda dipinta. 

Berubah terus wajah Suri Imani. Sejak mama dan papa bercerai, berita tentang mamanya langsung tidak pernah didengarnya lagi seoleh- oleh mama sudah hilang diatas muka bumi ini. 

“Auntie kahwin dengan cina mualaf,” sambung Ben lagi. 

“Kau dah bertunang Iman?” suara Erna kedengaran. Dia terkejut besar dengan berita yang baru didengarnya dari mulut Ben. 

Soalan Erna langsung tidak dijawab. Perlahan- lahan dia meneruskan langkah. Tangan Ammar Mirza ditarik sama menyebabkan lelaki itu hanya mengekor sahaja langkah Suri Imani. Kusut dia memikirkan kata- kata Ben tadi.

11 comments:

  1. ngeee..
    ape erna nk wat nieh??
    suspen sunggoh..
    nk lgi,,nk lgi...
    pliss...

    ReplyDelete
  2. suspen siot.
    pe erna nak wat nie?
    xkn nak hncurkn rumah tangga imani kot.
    arghhh.xsuke2
    smbung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. kompom2 si erna tuh nk mnghancurkn rumah tangge imani tuh..
    xpown nk wt ammar benci kt imani..
    ke imani bnci ammar ke..
    ngee..
    suspen gle nk tw plan erna tuh..

    ReplyDelete
  4. Eh! Am mana pulak nie??
    Jangan lah Ammar Mirza kot!
    Noooooo.........(mesti Am lain tu)..

    ReplyDelete
  5. rasa2 nya am tu Amir. takkan ammar irza. dia sayang suri imani

    ReplyDelete
  6. isy jhat nya erna.. abis lah imani..sapa am yek, amir ke??
    alahai suspen btui..

    cpt sbg taw,xsbr dah nie

    ReplyDelete
  7. am tu a.k.a amir ker??
    xkn amir nk rebut suri dr ammar kot...
    amir+imani , erna+ammar...
    adoi, suspen btl la...

    ReplyDelete
  8. siapa Am tu? kdg2 geram gak dgn sikap manusia yg tak sudah2 nak menyusahkan hidup org lain ni. tak boleh terima hakikat. Apapun, teruskan. best!

    ReplyDelete
  9. mst am tu amir...diorg nk wat pe ngn imani??waaa...
    smbung la cpt2...wat bg pnjg2 sket..hehe..

    ReplyDelete
  10. eeee,mesti deorang dh berpakat nk hancurkan suri imani...eee grammnye aq ngan bdak due ekor ni...ptutla amir x kisah berpisah ngan erna rupenye ade udang disebalik batu....

    ReplyDelete
  11. Teruknyer Erna ni... Am tu Amir kot.. sama2 jahat ke??? Isssyyhhh.. tak sangka...

    ReplyDelete