Cinta tak terucap (Bab 21)


“ADA tinggal barang tak?” soal Encik Shamsul. Ayat kemestian bila dia menghantar Suri Imani keluar dari rumah. Kadang- kadang boleh Suri Imani tertinggal beg tangan. Berlari masuk ke dalam rumah mencari beg tangannya.

Ammar Mirza yang baru ingin melangkah masuk ke dalam kereta keluar semula. Memandang Suri Imani yang menyalami Encik Shamsul. Ilham pula sudah menaiki bas sekolah yang berhenti di hadapan rumah tadi. 

“Sure…” Suri Imani penuh yakin.

“Iman. Handphone bawa tak?” soal Ammar Mirza. 

Suri Imani menoleh memandangnya. Dahinya sedikit berkerut. Pantas tangannya menyelongkar beg tangan. Alamak! Handphone warna putih tak ada sebab dah habis bateri. Dia charge tadi tapi lupa lak nak ambil. Pelik juga sebab setahunya bateri masih penuh tapi pagi tadi sudah meragam minta di charge.

“Jap! Ada dalam rumah,” Suri Imani sudah tersengih malu dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Nasib baik hari ini pakai seluar dan kemeja jadi tidaklah sumbang langkah Suri Imani. Encik Shamsul sudah menggeleng. Beg tangan Suri Imani diletakkan di dalam kereta. Ammar Mirza tersenyum. Dalam hatinya sudah mengutuk. Muda- muda dah nyanyuk. Dia memandang jam. Sudah pukul 8 pagi. Waktu pejabat adalah pukul 9 pagi. 

“Umur kau berapa?” soal Ammar Mirza bila mereka sudah berhenti di lampu isyarat yang merah. Suri Imani menoleh memandangnya.

“Kenapa? Takkan kau tak tahu,” soal Suri Imani kembali.

“Umur 23 tapi pelupa mengalahkan orang tua,” ucap Ammar Mirza geram. Dia ingat bolehlah dia datang awal ke pejabat, tapi lambat juga. Kebetulan traffic sudah jammed. 

“Ala.. pagi- pagi je macam tu la. Patutlah papa kejut awal. Rupanya kau nak ambil.” 

“Pandai menjawab. Kunci kereta bawa tak?” 

Suri Imani tersentak. Segera dia menyelongkar beg tangannya. Fuh.. ada! Nasib baik.. Dia tersengih malu pada Ammar Mirza yang sudah masam mencuka.

“Pelik. Semalam kau dah charge handphone kan? Kenapa pagi tadi dah habis bateri. Kelam kabut aku nak charge benda tu,” bebelan kecil Suri Imani kedengaran. 

Ammar Mirza tersentak. Dia menoleh sekilas pada Suri Imani yang masih membebel. Teringat bagaimana dia ditemani dengan hembusan nafas dan dengkuran kecil Suri Imani dari corong telefon yang lupa dimatikan Suri Imani. Kadang- kadang dia yang terkejut bila mendengar rengekan kecil Suri Imani yang membebel. Tapi butir bicara tidak difahami. Akhirnya selepas semua kerja siap, barulah dia menamatkan talian dengan Suri Imani yang sudah lama dibuai mimpi. Senang pula hatinya malam tadi menyiapkan kerja sehingga siap. Nasib baik gadis itu tidak perasan perbuatannya semalam. Entah ingat atau tidak dia menelefonnya semalam.

7 comments:

  1. so sweet lo0rh ammar tuh..
    cpt arr smbg ek..
    x saba nk bc..
    :)

    ReplyDelete
  2. Haha...pandai betul Ammar kan...Iman pun dah start terasa macam-macam...cemburu...rindu...tapi tak nak mengaku...best!

    ReplyDelete
  3. napelah keras hati sangat si iman ni.. hurm.. dh kena siram dengan air terjun pun xlekuk-lekuk lagi? hati tu konkrit ke sanskrit.. hehe..

    nak lagi.. imani..

    ReplyDelete
  4. huhuhu...
    isk2...
    bibit2 chenta,,
    heheeh..
    ske2,,,
    nk lg,,nk lgi....
    ngeee..

    ReplyDelete
  5. best, best.......... nak lagi. tak sabarlah........... kalau si iman pun, jgnlah terlalu mahal sgt, bkn nye org lain pun. keh......

    ReplyDelete
  6. bila agaknya dorang nak ngaku dah jatuh cinta antara satu ngan lain ni?

    imani, imani.. sambung lagi pliz..

    ReplyDelete
  7. haha..best nyew cter nie..
    best r..chaiyaa lah..

    ReplyDelete