Cinta tak terucap (Bab 20)


"Pa.. Nampak jam tangan iman tak?” jerit Suri Imani lagi.

Tadi menjerit bertanyakan getah rambutnya yang berwarna ungu. Memang Suri Imani suka meletakkan barangnya merata tempat. Alih- alih dia lupa. Encik Shamsul menggeleng kepalanya. Geram sungguh dengan sikap Suri Imani. Dah nak kahwin, tapi perangai masih tidak berubah. Ilham tersengih. Kemudian dia mencapai roti yang sudah dibakar papanya tadi. Hari ini kelam kabut rumah disebabkan Suri Imani bangun lewat. 

“Cuba cari betul- betul atas laci. Papa nampak kat situ,” jerit Encik Shamsul pula dari tangga. 

“Pa! Bukan yang ini. Yang ungu gelap,” jeritan Suri Imani kedengaran lagi. 

“Kat bawah ni. Iman tinggalkan kat dapur semalam. Atas peti ais.. lupa ke?” jerit Encik Shamsul kembali. Beberapa minit kemudian kedengaran Suri Imani yang berlari turun. 

“Pa… nampak kunci kereta Iman tak?” soal Suri Imani sebelum matanya bulat merenung lelaki yang sedang bersarapan bersama Ilham. 

“Kau buat apa kat sini?” soal Suri Imani terkejut besar. 

“Iman. Your language! Apa panggil tunang macam tu,” tegur Encik Shamsul kurang senang. 

Suri Imani tersengih. Hatinya mengutuk kuat. Ammar Mirza yang mengajarnya memanggil begitu. 

“Iman nak kunci kereta buat apa?” soal Encik Shamsul. 

“Iman lupa letak mana..” Suri Imani menyelongkar perut beg tangannya sebelum dia menjerit kecil.

“Dah jumpa!” Suri Imani bersorak seperti budak kecil yang baru dapat hadiah. Encik Shamsul menggeleng kepala denga telatah Suri Imani. 

“Duduk makan,” arah Encik Shamsul.

“Semalam papa dapat tahu Iman tak makan sampai malam.. sekarang dah ada rule baru kat rumah ni. Selagi tak habiskan sarapan, tak boleh keluar rumah. Faham?” 

Suri Imani mengangguk laju sambil tersengih. Dia menuang air susu segar dari botol Goodday yang masih sejuk. Diteguknya rakus. Encik Shamsul menggeleng sahaja dengan telatah Suri Imani yang tidak pernah berubah. 

“Kenapa bangun lewat lagi? Iman sembahyang subuh tak pagi tadi?” 

Suri Imani tersedak. Ilham dan Ammar Mirza sudah berbalas pandang. Bibir Ammar Mirza tersenyum. Kalau diikutkan hari ini dia langsung tidak sembahyang subuh. Dia tidur pukul 5 pagi tadi dan terjaga tepat- tepat pukul 6.40 pagi sebelum bersiap untuk mengambil Suri Imani.

“Pa.. Iman cutilah,” perkataan ‘cuti’ itu diperlahankan. Merah padam wajahnya. Dia menoleh memandang Ammar Mirza yang tersenyum nakal. 

“Awak buat apa datang sini?” soal Suri Imani. 

“Kereta awak kat pejabat. Lupa?” soal Ammar Mirza dengan senyuman yang membuatkan hati Suri Imani betambah geram. Ligat otaknya berfikir.. Betul juga. Semalam dia dibawa Ammar Mirza ke rumahnya dan keretanya ditinggalkan di pejabat. Tapi kenapa tak tanya aku dulu. Pandai- pandai je buat keputusan. 

“Macam ini perangai Iman pagi- pagi. Kalau dia ‘cuti’ selalunya dia bangun lewat..” 

“Pa!” Wajah Suri Imani bertambah merah. Ilham sudah ketawa besar.

“Buat apa nak malu. Am nak jadi suami Iman dah..” Encik Shamsul tersengih. Sengaja mengusik anaknya. 

Ammar Mirza ketawa kecil. Sebenarnya dia sendiri baru sampai. Bila sampai sahaja dia sudah mendengar jeritan Suri Imani bertanyakan itu dan ini. Kelakar sungguh dia mendengarnya. Sekejap bertanya mana bajunya, sekejap bertanya mana letak seterika. Tak ubah seperti budak kecil. Encik Shamsul pula tak sudah melayan Suri Imani.



6 comments:

  1. thanks imani hehe..iman da mula jelous la 2..sbg lgi yek...

    ReplyDelete
  2. tu bukan memerintah sayang.. tp tu sngaja nak bermanja.. hehe..:D alah lgpun amar tu suami kamu.. biasala kalau dia nak bermanja2.. wah syoknya..

    ReplyDelete
  3. ngeee..
    hahaah..iman da jeles...
    amar nie nk mnje2 laks..
    hehhehe....
    ske2...
    nk lgi,,nk lgi....

    ReplyDelete
  4. suke2.
    geram rse cz citer nie best sgt.
    agagag.publish?
    agagag.
    suke2.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  5. hatinya dibuai sesuatu?
    heheheh..

    ReplyDelete
  6. mesti ammmar minat jasmin ha ha ha...koya betul la ammmar nie

    ReplyDelete