Cinta tak terucap (Bab 19)


SETELAH keluar dari bilik mandi, Suri Imani bergegas mencari handphone barunya yang kuat mengalunkan lagu Fall for you nyanyian Secondhand Serenade yang semakin popular dan sering kedengaran dari corong radio. Dia mendengus bila membaca nama yang terkeluar dari skrin flat itu. Gambar Ammar Mirza yang tersengih juga kelihatan. Pandai- pandai je buat buat keputusan. 

“Kenapa lambat angkat?” soal Ammar Mirza kuat di corong telefon. 

“Tak reti guna lagi,” jawab Suri Imani geram. Dia sudah melompat naik ke atas katil. Kemudian dia memeluk patung pooh kesukaannya. 

“Nak apa ni?” soal Suri Imani bila Ammar Mirza mendiam diri. 

“Kenapa tulis ‘love’?” soal Suri Imani bila Ammar Mirza ingin bersuara. 

Ammar Mirza tercengang. ‘Love?’ Kemudian dia ketawa kecil. Teringat nama yang ditulis untuk nombor telefonya. Sebenarnya nama itu terlintas difikirannya. 

“Aku kan tunang kau. Jadi kiranya kekasih kau juga. Tak salah kan?” soal Ammar Mirza sengaja menaikkan darah Suri Imani. Sejak mereka menjadi tunang, suka sungguh dia mengenakan gadis kacukan itu. Bertambah marah, bertambah cantik dia. 

“Kau jangan nak tukar pula,” ujar Ammar Mirza separuh mengugut. 

“Kau nak apa ni? Aku ngantuk. Nak tidur,” ucap Suri Imani perlahan. Sesungguhnya dia memang mengantuk. Matanya sudah separuh terbuka. Lampu bilik juga sudah terpadam. 

Suri Imani menguap kuat. Ammar Mirza tersentak mendengar hembusan nafas Suri Imani dari corong telefon. Bibirnya tersenyum. Tidak dinafikan dia juga mengantuk. Tapi dia masih ada urusan kerja yang perlu disiapkan. Tadi dia sudah minum dua gelas nescaffe supaya mengantuknya hilang. 

“Kau nak apa?” soal Suri Imani lagi. Matanya sudah berair. 

“Esok aku ambil kau. Tunggu depan rumah..” 

“Okay. Selamat malam..” Suri Imani membiarkan sahaja telefonnya. Matanya sudah terpejam rapat. Kata- kata Ammar Mirza tadi dibiarkan sahaja berlalu tanpa otaknya mampu untuk mentafsir apa yang dikatakan Ammar Mirza.




5 comments:

  1. ala ckit nye n3..dah lma tgu taw..
    imani kasi la n3 lg..pls..

    ReplyDelete
  2. thanks imani.best sesangat. tambah lagi entry nyer yer........

    ReplyDelete
  3. Yup! Confirm Ammar Mirza dah jatuh cinta kat Imani...

    ReplyDelete
  4. ngee...
    du2 ader chenta dlm aty nieh..
    hehehe,,,,
    ske2...

    ReplyDelete