Cinta tak terucap (Bab 24)


SEPERTI yang dijanjikan dia dan Wati berada di dalam butik JULIA. Nama sahaja Julia, tapi sebenarnya pemiliknya adalah seorang lelaki. Nama sebenarnya Ariff Hambali. Katanya nama Julia adalah nama panggilan manjanya. Tersenyum Suri Imani melihat Ariff dengan lengang lengoknya menunjukkan baju- baju pengantin pada dia dan Wati. Wati juga sudah rambang mata sepertinya. Menurut papa, butik Ariff bagus dan harganya juga berpatutan. Lagipun sewaktu dia bertunang dulu, butik Ariff ada juga membantu menolong papa. 

“Bila Zahin nak datang?” 

Wati menoleh. Dia memandang jamnya. Sudah pukul 3 petang. Zahin berjanji akan terus ke butik Julia selepas urusannya siap. 

“Aku tak sure. Lepas ni kot.” 

“Kau dah pilih baju nak pakai dinner esok?” soal Suri Imani lagi. Hatinya sedikit gusar kerana dia memang tidak suka menghadiri majlis- majlis makan seperti itu. Kebetulan esok adalah hari ulang tahun syarikat yang ke 40 tahun. Semua pekerja dihendaki hadir. Memang dia tidak mahu hadir tetapi Tan Sri Mahathir ada mengingatkan dia untuk hadir juga. 

“Dah. Baju kebaya. Aku tempah bulan lepas. Kau?” 

“Tak tahu lagi. Buju kurung kot,” jawab Suri Imani. Dia lebih selesa berbaju kurung bila ke pejabat atau menghadiri majlis formal. 

“Ni apa benda?” soal Wati yang sejak tadi dilanda hairan dengan beg kertas yang dipegang Suri Imani. Dia lupa hendak bertanya. Rasanya dia pernah melihat beg yang sama dipegang Suri Imani minggu lepas sewaktu Suri Imani terserempak dengan Ben dan terlewat sampai ke pejabat. 

“Beg.” 

“Aku tahu. Bila masa kau beli baju kat Polo? “ tegur Wati. 

“Tak! Ini barang Am.” 

“Tunang kau?” 

Suri Imani mengangguk.

“Aku nak tengok,” pantas beg itu direntap dari pegangan Suri Imani. 

“Wei...” 

Wati terlopong. Suri Imani garu kepala yang tak gatal.

“Wanginya. Bila masa kau basuhkan baju Am? Selama aku couple dengan Zahin... tak pernah lagi aku basuh baju dia. Nak practice ek?” Wati tersengih nakal.

“Mana ada! Aku pun tak hingin nak basuh baju dia. Tapi.. aku dah kotorkan baju dia. Terpaksalah.. Meh balik. Tak pasal- pasal busuk nanti.”

“Sampai hati kau kata aku busuk,” Wati memuncung.

Suri Imani tersengih. 

“Aku gurau je lah. Kau tahu jelah perangai Am tu. Tak makan saman. Tak pasal- pasal dia minta aku basuh plus gosok.. siap pesan kat aku letak softlan yang wangi. Aku letak separuh botol kalau kau nak tahu.”

“Wo... patutlah dari tadi aku bau. Ingatkan kau tertumpah minyak wangi atas baju.”

“Wangi sangat ke?” tanya Suri Imani.

Wati mengangguk.

“Aku rasa sure Am basuh balik baju ni.. tak pun buang. Dia kan kaya,” ulas Wati. 

“Biarlah. Ini semua sebab rasa terima kasih je.” 

“Apa yang kau terhutang budi kat dia sampai kena terima kasih?” soal Wati ingin tahu.

“Tak ada apa- apa Syarifah Azliawati. Ish, bosannya! Kenapala baju kahwin tak boleh tempah online?” Suri Imani terfikir. Lagi senang kerjanya.

“Suami you tak datang?” soal Ariff tiba- tiba. Entah dari mana dia muncul, Suri Imani tidak sedar. Pelanggannya tadi sudah tiada. Mungkin tidak berminat ataupun sekadar menjenguk. 

“Bakal suamilah,” Suri Imani membetulkan kata- kata Ariff yang sudah tersengih. Wati tersenyum sahaja melihat wajah Suri Imani yang sedikit masam. Nampak sangat Suri Imani tidak rela berada di butik ini. Sejak tadi, satu baju pun tidak berkenan di hati Suri Imani. 

“Biar I ambilkan rekaan baju baru yang butik ni buat. You dan Wati tunggu jap.” 

Ariff berlalu. Suri Imani mengeluh. Bosan! Pagi tadi sebelum dia dan Wati pergi ke butik Julia, ada dia menghantar SMS pada Ammar Mirza. Itupun selepas dipaksa papa. Kalau boleh dia mahu melakukan secara berasingan. Lagipun barang- barang hantaran sudah siap semuanya. Papa sendiri yang membuat barang- barang hantaran dibantu nenek yang sudah dua hari berada di Kuala Lumpur. Imran dan Fatin juga menolong.




12 comments:

  1. yes! dapat jadi orng pertama baca. makin menarik plot citer ni. tertanya2 apa kisah jamin dan ammar mirza.apapun, nak imani ngan ammar mirza

    ReplyDelete
  2. owh.. sudah jatuh cinta pandang pertama rupaya.. hehe.. patut r.. apa pub.. best2.. xsbr nak tunggu next..

    ReplyDelete
  3. btl2...amar pnh minat kat jasmin...?? huhuhuh..da kisah disebaliknyer...sambung lagi...

    ReplyDelete
  4. ngeeee...]
    ammar da ngaku jtoh chenta..
    si imani nie plak ble nk ngaku nieh..
    isk2..
    beshh..
    nk lgii,,nk lgii..

    ReplyDelete
  5. hahaha..kita tengok camna hero Malaya beraksi nanti...susah ke senang nak buat Iman pun jatuh cinta kat Ammar..

    ReplyDelete
  6. larrrr.
    ammar mirza penah jatuh cinta at jasmin ke?
    kalo iman tau cmfm cembru ah.
    agagag.
    suke2.
    smbung2.
    -na'dz

    ReplyDelete
  7. dah jatuh cinta pon rupanya..
    adessss..
    saspen je la..

    huhuhuhu....

    ReplyDelete
  8. yup.. nak tau gak cite jasmin n am..
    maybe bila iman tau kisah am ngan jasmin, baru dia sedar or ngaku perasaan sebenar dia pada am..

    ReplyDelete
  9. am penah minat kat jasmin...
    waa..best laa cite ni...
    lg best klu imani tau...hehe

    sambung lagi...lagi...
    well done!!

    ReplyDelete
  10. bila nak sambung ni?????????????? best bgt!

    ReplyDelete
  11. salam c.penulis, bile nk sambung lak ni, tak sabar dh nk bce. best rrrrr

    -tni-

    ReplyDelete
  12. hahaha..
    best giler r..

    ReplyDelete

Back to Top