17 February 2009

Cinta tak terucap (Bab 28)

Bab 28

GERAKAN tubuh Suri Imani mengejutkan Ammar Mirza yang terlena. Matanya terbuka luas. Belakang badannya terasa sakit dan kebas akibat bersandar pada dinding kayu lif yang keras. Kakinya juga seakan- akan tidak dapat digerakkan bila pehanya digunakan sebagai alas kepala Suri Imani sejak malam tadi.

“Kenapa ni?” Ammar Mirza menyoal perlahan.

Suri Imani bangun perlahan- lahan dari pembaringan. Perasaan malu menerpa terus dalam dirinya. Patutlah tidurnya begitu lena walaupun hanya berbaring dilantai lif. Rupanya dia tidur ‘berbantalkan’ peha Ammar Mirza. Dia tidak sedar bila dia tertidur, tapi bebelan Ammar Mirza semalam dirasakan seperti ‘badtime story’ yang membuatkan dia terasa begitu mengantuk. Tapi bila masa pula dia boleh tertidur diatas peha Amamr Mirza?

“Pukul berapa dah?” soalnya perlahan. Dia cuba mencari wajah Ammar Mirza dibalik pandangan gelap gelita. Mungkin Ammar Mirza memadamkan toachlight di telefon bimbitnya bila mendapati dia sudah terlena semalam.

“7:00,” jawab Ammar Mirza selepas meneliti telefon bimbitnya. Toachlight pada telefon bimbit sudah dibuka. Lif bercahaya walaupun nampak suram. Tersenyum dia melihat wajah Suri Imani. Rasanya ini pertama kali dia melihat ‘rupa sebenar’ Suri Imani bila isterinya bangun dari tidur. Selama ini, setiap kali terjaga dari tidur, isterinya sudah terjaga malah sudah mandi. Kagum dia dengan kesungguhan Suri Imani bangun awal. Entah apa yang nak dikejarkan…

“Kenapa?” soalan Suri Imani membuatnya tersenyum meleret melihat Suri Imani nampak kekok. Serba tak kena duduk isterinya.

Ammar Mirza menggeleng kepalanya. Dia cuba menggerakkan kakinya sebelum dahinya berkerut seribu. Ngilu rasa kakinya yang kebas.

“Sakit ke?” risau Suri Imani dibuatnya.

“Jangan sentuh,” halang Ammar Mirza dan terus menggenggam pergelangan tangan Suri Imani.

“Gelilah kalau sentuh,” sambung Ammar Mirza. Tangan Suri Imani dilepaskan.

Suri Imani terpinga sekejap. Ingatkan Ammar Mirza mengaduh sakit kerana hal kakinya dipijak semalam. Rupanya sebab kebas. Idea nakal berman difikiran.

“Jangan!!”

Terus Ammar Mirza menangkap kembali tangan Suri Imani yang sudah memegang pehanya. Nak saja dia melompat ketika ini. Memang ngilu.

Suri Imani tersengih panjang. Suka dengan reaksi wajah Ammar Mirza ketika ini. Bukan senang hendak melihat riak wajah Ammar Mirza yang selama ini ‘tiada perasaan’. Kepalanya yang berdenyut dipicit perlahan.

Ammar Mirza mengetap bibir melihat kenakalan isterinya. Lama dia mengenggam tangan Suri Imani. Cuba menghalang Suri Imani memegang kakinya yang masih kebas. Sebaris senyuman terbit dari bibirnya melihat wajah Suri Imani dibalik cahaya yang malap. Merah padam!

“Lepaslah… saya tak kacau abang lagi,” pinta Suri Imani perlahan.

Ammar Mirza angkat kening.

“Betul. Saya tak kacau dah…” sambung Suri Imani bersungguh.

Ammar Mirza melepaskan tangan Suri Imani. Perlahan Suri Imani cuba menjauhkan tubuhnya dari tubuh Ammar Mirza.

“Jangan risau… abang tak kacau Iman lagi,” selamba jawapan Ammar Mirza melihat Suri Imani yang nampak seperti cacing kepanasan. Wajah merah Suri Imani nampak sedikit pucat.

Suri Imani mengetap bibir bila mendengara kata- kata Ammar Mirza. Sengaja je cakap macam tu. Macam dia tak tahu yang aku tak selesa duduk sekali dengan dia dari malam semalam lagi dan pertama kali dia tidur bersebelahan dengan Ammar Mirza. Tidur berbantalkan peha Ammar Mirza dan lengan Ammar Mirza dijadikan bantal peluk. Malu bila diingatkan peristiwa itu.

“Dah?” soal Suri Imani terus mendongak bila Ammar Mirza berdiri. Bergerak lif dibuatnya. Pantas tangan Suri Imani menarik Ammar Mirza supaya duduk semula. Cuak sekejap wajahnya. Pelbagai perkara bermain difikirannya kini.

“Jangan risau. Tak jatuhnya kita,” dengan yakin Ammar Mirza berkata. Rasa kebas dikakinya sudah hilang. Dia sudah duduk bersila dihadapan Suri Imani. Badannya disandarkan ke dinding lif.

“Abang!” Suri Imani mencubit lengan suaminya.

“Sakitlah,” marah Ammar Mirza. Inilah perempuan, suka sungguh cubit orang!

“Abang tu. Mulut tu cabul sangat. Benda macam tu jangan nak dibuat main,” garang pula wajah Suri Imani bercampur perasaan cuak dan gelisah. Ammar Mirza sudah ketawa besar. Kelakar sungguh melihat Suri Imani.

“Ketawa pula dia,” sekali lagi lengan Ammar Mirza menjadi mangsa.

Tawa Ammar Mirza terhenti. Segera dia menyapu perlahan tempat yang dicubit Suri Imani tadi. Bisa rasanya. Memang sah! Perempuan juga mewarisi tabiat si ketam. Suka ‘mengepit’ orang. Kalau dulu dengan bekas teman wanitanya dulu, habis lengannya menjadi mangsa. Tapi sekali sahaja mereka berjaya mencubit lengannya kerana selepas dijerkah, terus sahaja mereka takut. Tapi lain pula dengan Suri Imani. Tapi jauh didalam hati, dia sebenarnya suka dengan cubitan Suri Imani.

“Padan muka,” Suri Imani memuncung geram.

Ammar Mirza menahan diri dari tersenyum. Dia menggigit bibir.

“Lain kali kalau Iman cubit lagi lengan abang, abang cubit pipi Iman. Faham?” ucap Ammar Mirza tiba- tiba.

Suri Imani menoleh.

“Mana boleh,” balasnya.

“Baru adil,” selamba kata- kata Ammar Mirza sebelum matanya merenung wajah Suri Imani yang nampak lebih pucat. Dadanya bergetar.

“Apa ni?” marah Suri Imani lalu cuba menepis tangan Ammar Mirza yang mencecah dahinya tadi.

“Awak demam ni,” ucap Ammar Mirza. Wajahnya terpamer rasa bimbang.
Suri Imani menggeleng laju.

“Bila masa pula awak jadi doktor ni? Jangan risau… kalau saya demam pun, lepas telan penadol. Terus baik.”

Ammar Mirza mengeluh perlahan.

“Ish, lambatlah pula mekenik ni. Kalau lif ni nak terbuka, dalam pukul 9 lebih barulah boleh buka. Iman nak tidur dulu?” bebelan perlahannya diakhiri dengan soalan.
Suri Imani agak terpinga sebelum menggeleng.

“Tak apa. Dah puas saya tidur. Erm… abang.”

“Apa?” soal Ammar Mirza. Jaket sudah diberikan pada Suri Imani dan disarung pada tubuh Suri Imani. Dia memandang wajah Suri Imani yang tersenyum kelat. Mesti ada benda tak kena ni. Hatinya mengagak.

“Abang ada bagitahu sesiapa nombor telefon Iman?” soal Suri Imani. Dia teringat panggilan yang diterimanya semalam.

Dahi Ammar Mirza berkerut sebelum menggeleng.

“Iman ada bagi sesiapa?” terus sahaja lelaki itu menyoal.

Pantas Suri Imani menggeleng.

“Ada orang call ke?”

Suri Imani menggangguk pula.

“Siapa?”

Suri Imani mengangkat bahu. Takut juga melihat wajah tegang Ammar Mirza ketika ini. Menyesal pula membangkit hal ini. Tapi memang dia tidak senang dengan panggilan itu. Malah suara perempuan menangis seperti orang mengilai itu menyebabkan dia sendiri berasa trauma untuk mengangkat panggilan telefon dari telefon bimbitnya lagi. Risau mendengar suara yang sama lagi.

“Bagi telefon tu,” pinta Ammar Mirza.

Suri Imani mencapai beg tangannya. Dia mencari telefon bimbit berwarna putih dan terus dihulurkan pada Ammar Mirza. Entah apa yang dibuat Ammar Mirza dengan telefon bimbitnya sebelum telefon itu disimpan dalam poket seluarnya. Suri Imani pelik.

“Biar abang simpan dulu. Dia ada cakap apa- apa tak?”

Suri Imani menggeleng. ‘Tak cakap… tapi nangis je..’ Nak sahaja Suri Imani mengeluarkan kata- kata itu. Tapi takut pula akan menyebabkan Ammar MIrza risau. Rasanya ada orang yang sengaja ingin menakut- nakutnya. Bukan mereka tidak tahu. Suri Imani memang penakut. Sampaikan tiada satu cerita hantu yang mampu ditonton Suri Imani.

“Lepas ni… abang tak nak Iman dan Amir duduk berdua macam semalam. Kalau orang lain tengok, apa yang mereka cakap. Iman tu isteri abang.”

“Hah?”

“Jangan nak buat muka terperanjat macam tu. Abang tahu si Amir tu ada menaruh perhatian pada Iman. Agaknya semalam sengaja je dia datang semula ke pejabat. Kononnya tertinggal buku. Abang rasa dia ada muslihat,” sambung Ammar Mirza nampak serius. Suri Imani terlopong. Rasanya semalam Amir kata dia tertinggal bekas pensel dan bukannya buku. Buku apa pula yang dia tertinggal sehingga berpatah balik?

“Iman dan Amir tak ada apa-apalah… Iman layan Amir sama je macam Iman layan Zahin dan Wati,” Suri Imani menjawab. Tak suka soal kawan- kawan karipnya dipersoalkan Amamr Mirza. Persoalan mengenai punca Amir berpatah balik ke pejabat dibiarkan sahaja. Mungkin Amir tersasul cakap ataupun Ammar Mirza yang salah dengar.

“Itu lain. Abang tahu Zahin tu separuh mati sayangkan Wati. Dia tak akan duakan Wati. Tapi Amir tu bujang…” Ammar Mirza membalas dengan kerutan didahi.
Suri Imani sudah tersengih. Nampaknya Ammar Mirza sendiri perasan akan kasih sayang yang dihulurkan Zahin pada Wati. Kelakar juga dengan kata- kata Ammar Mirza tadi. Agaknya apa reaksi Zahin dan Wati bila mendengar kata- kata Ammar Mirza tadi. Tapi kenapa Ammar Mirza sibuk sangat hal Amir?

“Abang cemburu ke?” entah kenapa soalan itu terkeluar dari mulutnya sebelum tangannya pantas menutup mulutnya.
Ammar Mirza nampak terkejut sebelum tersenyum. Dada Suri Imani sudah berdebar menanti jawapan yang akan terlahir dari mulut Ammar Mirza.

“Iman tu isteri abang. Suami mana tak cemburu kalau tengok isteri sendiri dengan lelaki lain..” Ammar Mirza tersenyum nipis.

Suri Imani tercengang. Jantungnya sudah berdegup kencang. Fikirannya tidak dapat mentafsirkan kata- kata Ammar Mirza tadi. Apa maksudnya?? Kepalanya yang pening bertambah pening.

“Walaupun perkahwinan ni kita tak rancang dan bukan atas dasar cinta… tapi sekarang kita adalah suami isteri. Kalau boleh abang tak nak kita bercerai berai macam orang lain. Sebagai contoh, Radzi dan Min. Walaupun masa mula- mula kahwin, Min tak sukakan Radzi. Tapi mereka kekal bahagia. Cuma kematian yang memisahkan mereka dan Min redha dengan kematian Radzi. Jadi, Am harap kita contohi mereka..”

Suri Imani tersentuh. Panjang sungguh azam Ammar Mirza. Walaupun bersikap dingin, namun impian Ammar Mirza memang tinggi menggunung. Tak pernah dia terfikir sampai begitu. Sangkanya Ammar Mirza akan menceraikannya bila- bila masa.

“Abang tak kisah ke?”

“Kisah apa?” Ammar Mirza pelik dengan soalan itu.

“Abang tu ‘buaya darat’.”

Ammar Mirza terkejut.

“Memang betul kan? Ingat Iman tak perasan ke… Waktu praktikal dulu, dah banyak kali abang jeling kat Iman dan Wati. Tapi Iman tak layan.. Kalau pandang perempuan cantik, macam nak tersembul biji mata,” cerita Suri Imani panjang lebar. Ammar Mirza terkedu. Ada ke dia jeling Iman? Rasanya dia tidak perasan akan kewujudan Suri Imani sehinggalah dia bertunang dengan gadis itu dan terkejut mengetahui Suri Imani sebenarnya pekerja baru di Empire Construction.

“Mana ada,” balas Ammar Mirza perlahan dalam nak atau tidak. Dia sebenarnya tidak pasti dengan jawapannya.

“Jangan nak berdalih. Mata ni nampak tau,” Suri Imani menunjukkan mata bulatnya yang dibulatkan lagi.

Ammar Mirza terdiam dan berfikir sejenak. Rasanya memang dia pernah bermain mata dengan ramai gadis di syarikatnya. Mungkin Suri Imani salah seorangnya. Lama dia merenung wajah Suri Imani untuk mencari jawapan terbaik. Rasanya sekarang peluang yang baik untuk meluahkan isi hatinya.

“Jangan risau, sekarang Iman adalah isteri abang. Abang main mata dengan Iman je,” ujar Ammar Mirza sebelum menjerit bila lengannya terasa pedih. Pantas tangannya mencubit pipi Suri Imani membuatkan gadis itu turut sama menjerit. Kemudian Ammar Mirza ketawa besar. Suri Imani mengigit bibir geram.

Ammar Mirza angkat keningnya yang tebal. Nak pujuk ke ni? Hatinya ragu- ragu melihat Suri Imani yang sudah memulakan rajuknya.

“Alahai… rasanya kalau Iman senyum lagi cantik kot.”

“Dah tahu lama.” Suri Imani menjawab. Perlahan- lahan bibirnya sudah tersenyum. Ammar Mirza tersengih. Laju tangannya mengusap rambut Suri Imani.

“Abang! Kusut rambut Iman nanti,” Suri Imani cuba menepis tangan Ammar Mirza yang semakin rancak membelai rambutnya. Dapat dirasakan wajahnya sudah hangat.

“Erm… kalau kusut rambut pun cantik juga,” balas Ammar Mirza.

Suri Imani terkedu. Permainan apa yang dimainkan Ammar Mirza? Tersentuh hatinya dalam diam.

“Ada apa-apa nak komen pasal abang lagi?” soal Ammar Mirza mendatar.

Suri Imani menggeleng dan mengangguk.

“Apa dia?” sabar Ammar Mirza menanti jawapan.

“Abang..”

“Abang…”

“Apa lagi?” geram dengan telatah Suri Imani yang sejak tadi takut- takut untuk bersuara.

“Hari selasa ni Iman pergi Kuantan.”

“Buat apa? Dengan siapa?”

Kelu lidah Suri Imani untuk menjawab. Baru tadi diingatkan supaya tidak berdua dengan Amir.

“Dengan Zul dan Amir…” perlahan sahaja nama Amir disebut.

“No,” laju Ammar Mirza memberi jawapan. Tangan yang bermain dengan rambut Suri Imani sudah dijatuhkan. Dia berpeluk tubuh.

“Mana boleh! Iman salah seorang arkitek yang mengambil bahagian dalam projek tu. Zul mana tahu apa-apa,” balas Suri Imani tidak berpuas hati dengan jawapan Ammar Mirza.

“Abang dah kata tadi kan..” Ammar Mirza malas bertolak ansur. Terutamanya bila Amir turut sama terlibat.

“Tapi,” Suri Imani ingin membangkang.

“I’m the boss here,” tegas kata- kata Ammar Mirza.

“Tapi…”

“Iman boleh pergi kalau ada Wati atau Nisak.”

“Hah?” Suri Imani menggeleng. Wati akan bercuti sehingga minggu depan dan dia memang tidak boleh berurusan dengan Cik Nisak.

“Kalau macam tu tak payah pergi. Abang suruh Nisak gantikan sesiapa sahaja,” balas Ammar Mirza.

Suri Imani mengigit bibir. Geram dengan keputusan Ammar Mirza.

“Abang ni…kalau macam tu, abanglah teman. Susah sangat. Amir tu tak macam abang fikirkanlah…” bebel Suri Imani.

Mata Ammar Mirza nampak bercahaya.

“Bagus cadangan tu!”

“Iman main- main jelah,” cepat Suri Imani berkata.

“Tapi cadangan tu memang padat dan tepat. Kita pergi sama- sama dan itu kata putus!”

Suri Imani mendengus geram.

“Ada sesiapa kat dalam?” kata- kata yang sayup- sayup kedengaran itu jelas didengar mereka berdua. Wajah masam mencuka Suri Imani terus bercahaya. Ammar Mirza sudah berdiri merapati pintu lif yang tertutup rapat.

16 comments:

  1. hahaha.. dalam lif pun sempat lagi berkasih sayang.. hehe..

    yeahh.. am ngan imani g kunatan sesama!
    x mo la dia ngan amir.. hidup am ngan imani!

    ReplyDelete
  2. kunatan = kuantan..
    cane leh salah taip lak ni?
    perghh.. abaikan..

    ReplyDelete
  3. ngeeeeee...
    sweet sgt...
    sweettttttttttt..
    hahahaa..ske2...
    tp pendeknye adegan dlm lif..kalo pnjg agy kan besh..bley la dorang berdua-duaan..
    hehehe..
    npe la am x luahkan prasaan dye waktu tuh..
    isk2..
    ske2..besh bangat..
    smbung cpat2..

    ReplyDelete
  4. wah...makin hebat la cter ni....bagus2...tp lau ader watak antagonis pon best gak...dpt mematangkan citer...n cter boleh lag bergerak ke arah realiti kehidupan....

    ReplyDelete
  5. memang sweet la am ngan iman nehh..
    am dh syg gler kt iman..
    kalau x dia xkn jelos iman ngan amirkn?
    memang cartoon btooll la amm neh

    ReplyDelete
  6. he,,he,,
    nk lg..
    citer makin best nehh..
    amir jgan la kacau..
    pi main jauh2 ehhh~

    ReplyDelete
  7. wahh...cubit mncubit lak lurvy kapel nih...
    sweett...hehe thanks...
    always luv dis story(^_^)

    ~wans~

    ReplyDelete
  8. sweetttttttttttttttttt sgt
    nak ag..
    syabas kat penulis

    ReplyDelete
  9. smbung2
    xsabar.
    citer kat kuantn lak cum ne.
    nak sweet.
    he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  10. hohohoh...
    yeyeyeye abg nk teman iman g kuantan..
    mst la mnarik nie..
    cik penulis, tlg la cpt publish sume episod
    da x sabo2 nie

    ReplyDelete
  11. ala bestnya dik................ nak lagi............

    ReplyDelete
  12. kuantan tu bukan tempat mama suri imani tu ke??mesti nanti mereka jumpe kan??

    ReplyDelete
  13. haha..besh nye..
    blik2 kusus..
    dpt bace n3..
    thanks..

    ReplyDelete