Cinta Semalam: Bab 13


SEMINGGU telah berlalu. Peristiwa dia bertemu Hakimy dan Najmy buat kali pertama masih segar dalam ingatan. Nasib baiklah selepas peristiwa itu dia mendapat tahu Hakimy sudah terbang ke Bangkok melihat cawangan Mega Hotels and Resorts. Volume suara televisyen dinaikkan lagi. Sayu hati mendengar takbir raya. Hatinya sangat merindukan suara lembut arwah daddy yang akan selalu kelam kabut pada pagi raya. Apabila bekerja dari rumah, memang masa daddy banyak dihabiskan dengan anak-anak. Mungkin kalau daddy masih hidup, sekarang daddy sedang sibuk menggosok baju kurungnya. Dia, Daniel dan Sara pasti akan sedondon dengan daddy. 

Happy Eid my love. Aku tengah kerja. Nanti kita Skype. – Dash 

Selamat Hari Raya Esha. Love you! – Haven Grace 

Dia tersenyum sahaja. Memang Dash selalu memanggilnya ‘love’. Ramai juga salah sangka dengan hubungan mereka berdua. Aidan juga mengambil masa yang lama untuk hadam yang dia dan Dash hanya kawan baik sahaja. Hmm… Aidan lagi! Alhamdulillah, sejak menggunakan nombor Iqram Zafriel, dia tidak diganggu Aidan lagi kerana lelaki itu tidak tahu nombornya. Dia juga sudah block Aidan di Facebook, Twitter dan Instagram. 

Dia juga baru sahaja habis berborak dengan Daniel. Tahun ini hari raya haji, Sara terpaksa bersekolah. Sebenarnya sejak umur dua tahun lagi Sara sudah dihantar ke sekolah. Sebab itulah loghat Sara boleh bercampur, tetapi rasanya loghat Aussie lagi pekat kot! 

Jihan Raysha pandang syiling bilik hotel. Bosan. Nak turun makan pun dia malas. Baju kurung dibiarkan tergantung di dalam almari. Baju kurung terakhir dia dan arwah daddy sedondon. Sukar juga menerima hakikat raya kali ini tanpa daddy. Masih terbayang-bayang senyuman mesra daddy. Dia tatap pula gambar yang sejak tadi berada dalam tangannya. Dia cium beberapa kali gambar itu. Perlahan-lahan air matanya menitik. 

“Adik… rindu sangat daddy.” 

*** 

“ESHA?” 

“Abang Iqram?” Jihan Raysha terpinga. Dia tidak sedar bila dia tertidur. Ketukan bertalu-talu yang mengejutkan dia dari tidur. Apabila dia membuka sahaja pintu, terjengul wajah Iqram Zafriel yang segak berbaju Melayu. 

“Baru bangun tidur ke?” soal Iqram Zafriel menggeleng. Ish, anak dara. Pukul 10 tak bangun tidur lagi? Hari raya pula tu. 

“Abang Iqram buat apa kat sini?” Jihan Raysha termalu sendiri. 

“Datang beraya.” 

Dahi Jihan Raysha berkerut. Sudahlah dia masih mamai. 

“Esha mana ada prepare apa-apa. Air mineral je ada.” 

Iqram Zafriel ketawa. Lurus betul dia ni! Takkan dia nak datang beraya kat bilik hotel kot? Nanti ada juga akhirnya dia beraya pula dalam lokap! 

“Pergilah bersiap. Abang Iqram nak ajak Esha pergi beraya. Tapi tak bolehlah pakai baju yang macam Esha pakai tu.” Tunjuk Iqram Zafriel. Kalau iman ni mudah goyang, memang dia ajak je Jihan Raysha ‘beraya’ dalam bilik. Mukanya sendiri sudah rasa panas-panas walaupun bukanlah kali pertama dihadapkan dengan pandangan seperti ini. Memang ramai je perempuan pakai baju tidak cukup kain! 

Jihan Raysha pandang badannya. Mukanya tiba-tiba diserbu rasa malu! Dia langsung tak sedar dia hanya memakai singlet dan seluar paras paha. Pantas pintu cuba ditutup kembali, tetapi lebih cepat Iqram Zafriel menghalang. Jihan Raysha segera menyorok di belakang pintu. Aduhai… malunya! Rambut mesti berserabut gila sebab tadi apabila buka pintu, dia boleh tergaru-garu kepala dan menguap besar! Tak senonoh anak dara. 

“Bersiap. Pakai baju kurung,” arah Iqram Zafriel. Wajah merah padam Jihan Raysha menjadi tatapannya. Comel betul! 

Jihan Raysha menggeleng. 

“Takde alasan tak nak ikut. Uncle Syazlan yang ajak. Kebetulan dia buat open house. Raya hari tu… rumah Uncle Syazlan under renovation. Jadi raya korban ni… dia buat korban. Open house sekali. Cepatlah. Berdosa tau kalau tak pergi.” Entah fatwa mana Iqram Zafriel kata. Berkerut sekali lagi dahi Jihan Raysha. 

“Esha sibuk sangat ni.” 

“Sibuk nak tidur ke sayang?” 

Muka Jihan Raysha kembali memerah. 

“Pergilah bersiap. Abang Iqram tunggu luar bilik. Kalau nak ajak masuk pun takpe. Esha duduk suite kan?” Iqram Zafriel tarik sengih. 

Jihan Raysha tayang penumbuk. 

Iqram Zafriel ketawa. Terhibur pada pagi raya. Tadi selepas habis sembahyang raya, Encik Syazlan menelefonnya dan menyuruh dia mengambil Jihan Raysha. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, cepat sahaja dia bersetuju. 

“Esha ni… sudahlah pakai seksi sangat macam tu. Tergugat iman Abang Iqram.” Iqram Zafriel masih mahu mengusik. Walaupun hanya dia seorang lelaki dalam adik-beradiknya, tetapi memang tercabar imannya tadi. 

“Abang Iqram tu ketuk macam nak pecah pintu. Terkejutlah Esha.” 

Iqram Zafriel tarik sengih. 

“Abang Iqram call. Watsapp. SMS. Semua tak reply.” 

“Esha tidur kan?” 

“Tidur mati sangat. Pergilah bersiap. Jangan lama sangat. Abang Iqram dari semalam tak makan ni. Lapar sangat. Nanti Abang Iqram ‘makan’ je Esha ni.” 

Jihan Raysha mendengus. 

10 comments:

  1. hohoho..nenek die pngsan la plak..
    xsabar lak nk tau reaksi isha jmpe ngn papa die..huhu..

    ReplyDelete
  2. cedihnye..
    cepatla sambung n3 baru ek....
    tak sabar nak tau kisah 3 kembar siam nie...



    ~vee~

    ReplyDelete
  3. harap2 isha sempat jupe ngan papa dia,

    ReplyDelete
  4. ho~
    nenek dy pengsan la plak!!
    papa isya mcm da x lme jerk lgi..

    ReplyDelete
  5. mcm2 berlaku..
    cepat2 sambung yer..sambung pjg2...hehehehe...best2..

    ReplyDelete
  6. tak sabar2 nak baca next episod

    ReplyDelete
  7. tak sabar2 nak baca next episod

    ReplyDelete
  8. bca n3 12..senyum sorang2..heheh .t.api bila baca n3..cam nak nangis pun ada ni..huhu,,,sib baik ada org kat opis klu kat umah... sure dah nangisss...huhuhu

    ReplyDelete
  9. bila nak smbg...
    nak tau ksah bile isya n yamin jmpe sume family dier...
    bile yaamin nak trun m'sia
    sempat x yamin jmpe nenek dier...
    huhuhu

    ReplyDelete
  10. besh cgt...ske cgt2 cite ne...
    ble nk upload new n3...
    x sbr nk tau...huhu

    ReplyDelete