Cinta tak terucap (Bab 45)


MATANYA ditenyeh beberapa kali. Dia baru selesai menunaikan solat asar. Matanya terasa mengantuk tapi sudah menjadi kemestian selepas asar dia tidak akan tidur. Papa pernah berkata orang yang suka tidur selepas asar akan gila manakala orang yang tidur selepas subuh, kurang rezekinya. Tapi kalau dulu memang sudah menjadi kemestian dia tidur selepas solat subuh kerana letih terutamanya waktu belajar dahulu. Kalau tiada kelas pagi, sampai tengah hari dia boleh tidur. Bom meletup pun dia tak sedarkan diri agaknya. 

Badannya terasa sedikit letih kerana sepanjang hari dia menghabiskan masa mengemas bilik lelaki ini tapi tidak termasuk bilik kerjanya. Entah kenapa, suka- suka hati Ammar Mirza mengarahnya mengemas bilik termasuklah mop lantai! Patah pinggang ni rasa. Kemudian dia mengosok pula baju lelaki ini yang selama ini dibuat oleh orang gaji. 

Terasa seperti orang gaji tak rasmi pula. Kalau di depan keluarganya, layanan Ammar Mirza memang menjengkelkan. Semalam sewaktu makan tengah hari, hampir sahaja dia hendak memuntahkan kembali makanan yang dimakan bila Ammar Mirza membahasakan dirinya ‘abang’. Buang tabiat ke? 

Entah manalah Ammar Mirza sekarang ni? Tadi katanya hendak keluar sekejap berjumpa kawan. Namanya Hadi Khairi. Kawan baik Ammar Mirza yang diperkenalkan sewaktu majlis perkahwinannya minggu lepas. Hadi ni berbeza sikit dari kawan- kawan Ammar Mirza yang lain. Kebanyakan kawan Ammar Mirza nampak segak dan bergaya dengan pakaian mahal mereka. Tapi Hadi agak berbeza. Walaupun rupanya kacak tetapi Hadi lebih senang berbaju t-shirt dan berseluar jeans pendek. Rambut Hadi juga panjang dan diikat tocang satu. Tapi dia senang dengan Hadi kerana lelaki itu peramah dan tidak kekok berbual dengannya walaupun pertama kali berjumpa. 

Suri Imani merenung laptopnya. Sudah puas dia melayari internet selepas kerja tak rasminya siap tadi. Sempat dia membuka facebook dan blog. Dia tersenyum membaca ucapan tahniah daripada kawan- kawannya di facebook. Kemudian dia mengemaskini pula blog yang sudah lama tidak dikemaskini. 

Dia mengeluh. Bosan. Semua saudara- mara sudah pulang. Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini keluar bermain tenis. Berkerut dahi Suri Imani mendengar suara Firhan yang terjerit- jerit. Sejak Jasmin pulang, Fifi, Fia dan Firhan semakin ceria. 

“Dah balik rupanya,” ucapnya perlahan. Patutlah Firhan menjerit. Fifi dan Fia masih berendam di dalam kolam renang. Selepas Firhan menyambut Ammar Mirza, dia kembali melompat masuk ke dalam kolam renang. Jasmin yang duduk di kerusi batu berdekatan hanya ketawa melihat anak- anaknya. Ammar Mirza duduk bersebelahan dengan Jasmin. Lebar senyuman Ammar Mirza. 

Patutlah Jasmin dan Ammar Mirza Nampak begitu rapat. Jasmin dan Ammar Mirza sudah berkenalan sejak sekolah menengah lagi.Mereka sebaya. Keluarga Jasmin dan Ammar Mirza agak rapat. Sewaktu Jasmin berusia 16 tahun, keluarganya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Sejak itu Jasmin tinggal bersama- sama keluarga Tan Sri Mahathir. Selepas SPM, Jasmin dijodohkan dengan Radzi yang ketika itu sudah berusia 23 tahun. Kemudian Radzi membawa Jasmin ke luar negara untuk menyambung pengajian. Setahun selepas itu, Fifi dilahirkan dan diikuti dengan Fia dan Firhan. Jodoh untuk anak- anak nampaknya ditentukan oleh ibu bapanya. Peliknya Radzi dan Ammar Mirza mengikut sahaja kata- kata ibu bapanya. Di situ terselit rasa kagum dengan ketaatan mereka berdua.

39 comments:

  1. kacau jer erna neh.. seb baik amir dah insaf..

    ReplyDelete
  2. yeah...ari ni jadi org pertama.... best...tp cam sikit aje ari ni...

    ReplyDelete
  3. iman terminum air wine tu ke???
    kalau terminum x pe kan..
    confius la..
    -misstarmoon-

    ReplyDelete
  4. alaaaaaaaaaa kenapa ni?
    nak tau sambungan :D
    bz ke kak imani? lambat masuk en3 lately :D

    ReplyDelete
  5. huh..
    kurang 1 musuh..hehe..
    ske2..
    gile jaat si erna nieh...
    bla la,...geram tol...
    smbung2..
    ble nk g check up nieh iman..
    hehe...

    ReplyDelete
  6. rasa nya tak sabar nak tahu apa jadi nie..

    ReplyDelete
  7. sokong zatie
    kurang satu musuh.
    erna nie mmg kureng tol lah.
    simbah arak yg xley blah tu.
    ish2.bhaya dah ah iman cum ngandung jerw.emosi2.he3
    -na'dz

    ReplyDelete
  8. woi apahal erna nie... kalau aku mau aku lempang dia laju2.. pompuan bangang ada ker tuang wine kat kepala iman... mina psycho..

    ReplyDelete
  9. nasib ada am...
    kalo x, haru jadinya

    ReplyDelete
  10. yamin?? mcm penah dengar je nama tu :P..bleh lak simpang kt enovel yg satu lg ek. hehe

    ReplyDelete
  11. yey!!da ad yg baru tapi nape sikit sangat..huhu
    besh la cter ni...cpat2 smbung lg ye...time kaceh=)

    ReplyDelete
  12. hehe..smpat lak si yamin interframe ek..huhu..seannye iman..xpasal termnum alkohol..cmne la klu iman tibe2 mngndung..uhuhu..nk lg..!

    ReplyDelete
  13. hero smp gak akhirnya

    ReplyDelete
  14. sambung cepat2 ckit ek...

    ReplyDelete
  15. warggghhhhh!!!!!!!!!!!!

    i'm goin crazy!!!

    next n3 plzzzzz...

    jgn lambat2 tau iman..

    ((wink2))

    ReplyDelete
  16. kuang ajarrrr btol erna tu!!!

    ReplyDelete
  17. Asal la minah senget sorang tu..
    Eeeiii!

    ReplyDelete
  18. huhu...padn muke si erna tuh...

    bagus ,mir ...[ dh bt0bat ]

    sian kt suri .....

    smbg cpt tau iman...

    ReplyDelete
  19. eee... tensionnye aku ngan erna ni..
    sekeh kang baru taw!!
    naib bek ade am kat situ.. kalau x, x taw pe jadi kat iman..
    alahai...
    cepat2 sambung taw!!

    ReplyDelete
  20. adesh, jht btol si erna..
    am jgn slh sgka dkt imani k...
    ksian imani...

    ReplyDelete
  21. Am alwez there biler iman susah..yup my hero..huhu

    ReplyDelete
  22. ish3..tak sangka amir yg insaf dulu ek..nampaknya iman mmg betul2 percaya kat amir..
    am sentiasa ada utk iman..
    love tis couple..
    muah3..

    ~vee~

    ReplyDelete
  23. selalu je si am tu jd penyelamat kan, di mana saje si iman berada di dalam kesusahan, di situ juga la si hero kita am tu akan jd penyelamatnya, perhhhh, kuat tul jodoh mereka yerk. isk isk isk

    ReplyDelete
  24. ala...
    dh habis dh ka???
    bru nk excited nk taw slnjutnya...
    cpt smbung ek??
    luv you...

    ReplyDelete
  25. x ske r erna tu..
    ngengada tol..

    hu~
    am sntiasa ad utk iman..
    ske2..

    hehe..
    tetibe jerk ada Yamin...haha

    ReplyDelete
  26. bila nak sambung ni? really tension menanti sambungannya. cepat la, x sbr ni. kesian pembaca setia am n iman menanti.............huhuhu...........plis

    ReplyDelete
  27. please upload cpt skit nak blik asrama da esk tlgggggg nati sye going mereng wahaahaa

    ReplyDelete
  28. bila nak sambung nie...lama dah tunggu...huhuh

    satu cite lagi dah updated...

    ReplyDelete
  29. eeeeeeeeeeee
    geramny dgn erna tu
    perosak keamanan btlla

    smbg2

    ReplyDelete
  30. bila nak smbg?.. cpt ar.. x sabar da nak baca..

    ReplyDelete
  31. huhu..
    bila nak masukkan nex episode??
    besh nehh...

    =)

    cpat2.
    x sbar dha neh... =p

    ReplyDelete
  32. winduuuuu kt am n iman..nk new n3...plezzzzz...!!

    ReplyDelete
  33. kak imani... nak n3 baru... bezlah baca psl am ngan iman..(",)

    ReplyDelete
  34. kak x de n3 baru k
    best la citer ni
    cpt2 la post n3 baru ye

    ReplyDelete
  35. bila nak upload new n3..
    dah lame dah tunggu..
    plizzz
    upload lah cepat cite nie tgh best nie..

    ReplyDelete
  36. sy dah bce cte ni dri bab 1 smpai bab 45..... ble awak nk tulis bab strusnya??? xsabar nk tuggu smbganny..... best ar cte ni...
    truk la erna 2.... amir pn sme, xtaula dia btaubat 2 sungguh2 or lakonan jer????
    tlg smbung cpat skit ye... x sabar nk tunggu endingnya..... plessss create the best ending k.....

    ReplyDelete
  37. naperla ngan erna ni...

    dulu die nak pisahkan am n iman...
    sekarng bler tgk amir nganiman diue jeles lak...

    sekarang padan muker...
    dua2 terlepas...

    amir n am...

    ReplyDelete