Cinta Semalam: BAB 20


BAU rendang menusuk terus ke dalam hidung Iqram Zafriel membuatkan perutnya yang memang lapar bertambah lapar. Laju langkahnya menghampiri meja makan. Tetapi langkah itu terhenti apabila melihat Jihan Raysha yang sedang merenungnya tajam. Dahinya berkerut? Apahal pandang aku macam tu? Aku tak pakai baju ke? Iqram Zafriel garu kepala yang tidak gatal. Tanpa dipelawa sesiapa, dia terus dia duduk di sebelah Jihan Raysha. Suara Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah berbual kedengaran dari dalam dapur. 

“Hah, sampai dah. Makan cepat. Lauk panas lagi tu. Lemang pun ada. Pak cik beli kat hujung jalan tadi. Makan cepat,” suruh Pak Cik Alif. Sejak tadi lelaki tua itu asyik tersenyum sahaja. 

“Duduklah pak cik. Makan sekali,” ajak Iqram Zafriel tersengih. 

“Hulur kendi air tu Esha.” 

“Kendi air?” Dahi Jihan Raysha berkerut.

“Hmm… sebelah Esha tu. Warna silver tu.” Kadang-kadang sudah rasa bercakap dengan budak-budak. Tetapi dia cepat tersedar, walaupun gadis itu ada darah Melayu dan dibesarkan oleh ayah angkat berketurunan Melayu, budaya dan persekitaran di sana dan di sini sangat berbeza. 

“Itu bukan teapot. Tapi kendi air. Dalam tu air paip je.” Iqram Zafriel menerangkan.

Air muka Jihan Raysha berubah.

“Kenapa? Jangan cakap Esha minum air dari situ?” Pak Cik Alif gelabah.

Lambat-lambat Jihan Raysha mengangguk. 

“Kenapa ni?” Mak Cik Faridah yang baru keluar dari dapur menyoal. Pelik bila masing-masing tenung kendi air. 

“Ya Allah budak Esha ni… pergi minum air dari kendi air tu. Awak tak cakap ke tu bukan air masak?” Pak Cik Alif tidak pasti sama ada nak ketawa ataupun memarahi isterinya. Yang pasti seumur hidupnya, pertama kali jumpa orang minum air dari kendi air!

“Abang Iqram! Esha minum air paip ni! Abang Iqram boleh gelak pula!” Jihan Raysha tepuk bahu Iqram Zafriel kuat. Bukan dia tidak perasan lelaki itu tahan ketawa sampai terenjut-enjut badan. 

“Nasib baiklah mak cik letak air paip! Kalau air laut tadi?” Terhambur tawa Iqram Zafriel. Alahai, kelakar betullah budak ni! Merah padam wajahnya. 

Jihan Raysha peluk tubuh. Geram. 

“Nah. Minum air Rebena ni.” Mak Cik Faridah menghulur air Rebena yang baru dituangnya. 

“Kenal tak air Rebena ni?” Iqram Zafriel masih terus tersenyum. Tidak sampai hati ketawa lama-lama. Kesian pun ada kerana terminum air paip. 

“Kenal. Rebena ni kan asal dari UK.” Jihan Raysha meneguk laju. 

Iqram Zafriel tersengih pula. 

“Meh Abang Iqram ajar macam mana nak guna kendi air ni. Esha letak tangan atas ni….” Jihan Raysha tanpa banyak soal membuat seperti yang disuruh Iqram Zafriel. Dia terkedu apabila dengan selamba Iqram Zafriel memegang tangannya dan kemudian air dituang di atas tangan mereka berdua. Tangan Iqram Zafriel ligat membersihkan tangan Jihan Raysha. 

“Okay. Done! Ini cara orang Melayu bila tak nak tetamu masuk dapur. Kalau kat London mungkin sebab tetamu guna sudu dan garpu, arwah daddy Esha tak gunakan kendi air ni.” Iqram Zafriel menerangkan lagi. Langsung dia tidak sedar muka Jihan Raysha yang sudah memerah. 

“Tadi baju raya sedondon. Ni pun sama. Kamu berdua ni berjanji ke?” tegur Mak Cik Faridah. 

Iqram Zafriel tersentak. Dia memandang bajunya dan baju Jihan Raysha. Tawa meletus. Patutlah Jihan Raysha memandangnya tajam tadi. Pakai baju sama rupanya. Ketupat pulut yang berbungkus cantik diambil Jihan Raysha. Mak Cik Faridah dan Pak Cik Alif tetap duduk menemani mereka berdua, walaupun perut masing-masing sudah kenyang. 

“Kenapa tengok je ketupat tu?” soal Mak Cik Faridah pelik. 

“Dulu, arwah daddy yang selalu buka,” ujarnya. Bukan kerana dia manja, tapi sejak kecil arwah daddy yang selalu menawarkan diri untuk membukanya. Wajahnya berkerut apabila tangannya masih tidak dapat membuka ketupat. Kalau ikutkan perut yang lapar lunyai ketupat ini. Ketupat ini jarang dimakan. Tetapi setiap kali raya pasti Encik Ebrahim akan menempah dari orang Melayu yang duduk di London. 

“La... budak London ni. Meh, Abang Iqram buat.” Ketupat pulut itu diambil Iqram Zafriel. Sekejap sahaja ketupat itu dibuka. Jihan Raysha merenung takjub. Dia dah nak berpeluh membukanya. Iqram Zafriel sekali rentap je! 

Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah berpandangan. Mereka ketawa kecil. Kelakar dengan gelagat Jihan Raysha dan Iqram Zafriel. 

“Nah! Macam ni bukanya,” ajar Iqram Zafriel pula. 

Jihan Raysha mengangguk. Tetapi bila dia cuba membuka, tak boleh! 

Iqram Zafriel ketuk dahi. 

“Esha makan jelah. Nak berapa biji. Abang Iqram bukakan.” Iqram Zafriel sudah malas melayan. Perutnya perlu diisi sekarang. 

Jihan Raysha tersengih malu.

“Tadi Esha cakap mak Esha orang putih?” 

“Orang putih? Mak cik pun putih.” Jihan Raysha kebingungan dengan kata-kata Mak Cik Faridah. Meletus tawa Iqram Zafriel. Dia terlupa dia masih belum menerangkan maksud ‘orang putih’ pada gadis comel ini. 

“Bukanlah. Orang putih maksudnya macam mummy Esha. Caucasian. Tapi kat sini, istilah Caucasian tu diterjemahkan kepada orang putih. Faham tak?” 

Dahi Jihan Raysha berkerut. Tetapi dia mengangguk juga. 

“Saya lahir kat Malaysia. Tapi saya membesar kat London.” 

Orang tua itu mengangguk.

“Tapi Esha lancar cakap Melayu. Cuma pelat orang putih tu tak hilanglah.” Tersengih Pak Cik Alif. Dia kagum bila mendengar Jihan Raysha bercakap dalam bahasa Melayu, tetapi bila mendengar loghat bahasa Jihan Raysha, tercuit juga hatinya. 

“Walaupun membesar kat sana, tapi arwah daddy nak saya dan abang kenal adat dan bahasa Melayu. Kalau dalam rumah, arwah daddy lebih senang bercakap dalam bahasa Melayu,” 

“Baru mak cik ingat… Esha ni macam kembar seiras tu. Lama dah budak-budak tu datang sini. Apa khabar mereka sekarang?” soal Mak Cik Faridah sebelum dahinya berkerut seribu. Dia melepas pandang suaminya yang juga terpinga dengan reaksi Iqram Zafriel dan Jihan Raysha . 

“Kenapa Iqram?” pelik Mak Cik Faridah. 

“Sihat. Mereka sihat.”

Jari telunjuk yang berminyak diletakkan di atas bibir. Dia menjeling memandang Jihan Raysha. Dia perasan suapan Jihan Raysha semakin perlahan.

Mak Cik Faridah mengangguk laju dengan isyarat Iqram Zafriel walaupun dia tidak faham sebabnya. 

“Esha, nak ketupat lagi?” soal Iqram Zafriel. 

Jihan Raysha menoleh dan terus mengangguk. Ketupat pulut tu memang sedap. Perutnya yang lapar perlu diisi. Malas dia berfikir hal keluarganya di Kuala Lumpur. 

Iqram Zafriel mengeluh lega. Sangkanya Jihan Raysha akan menolak. Segera dia mencapai ketupat pulut itu dan dibuka bungkusannya. Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah pula berpandangan tidak faham. Kenapa dengan kembar berdua tu?

14 comments:

  1. good good.....i love it....sy suke jln crite dier

    ReplyDelete
  2. rina suke sgt2 cter ni .. tinie da jnji nk hbiskan cter ni

    ~sharina elisa~

    ReplyDelete
  3. best.... sambung lagi sis...
    suwetla couple ni...

    ReplyDelete
  4. dah lama tak kut citer neh! tp mmg best. igt2 lupa plak jln citer neh! hehehe... :)

    ReplyDelete
  5. whoa..
    papa iq sayang mama isha ya

    ReplyDelete
  6. perh best giler ar n3 kali nie...terbaek la

    ReplyDelete
  7. best..cute btl la mereka dua org ni....

    ReplyDelete
  8. sweet sgt... suka btul... sambung lagi yer...

    ReplyDelete
  9. alahai sukanya cita ni best...ada lucu juga...x bosan bila baca..cpt smbung ye.

    ReplyDelete
  10. best3x...if u don't mine please visit me back http://dila-lamanhatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. sukaaaaaaaaaaaaaaa..tak sambungan lagi kerrr.........kan best kalau di jadi kan novellllll........

    ReplyDelete