Cinta Semalam: Bab 22


IQRAM ZAFRIEL menguap panjang. Mata memang mengantuk, tetapi sejak tadi masih tidak boleh lelap. Mungkin sudah terbiasa, selepas subuh dia jarang tidur. Ketukan demi ketukan tidak diendahkan. Malas. Bukan selalu dapat bergolek-golek di atas katil seperti ini. 

Dia garu kepala. Kenapa mata tidak boleh lelap ni? Baru pukul 10 pagi. 

Sukar pula rasanya hendak mempercayai dia kini bersama Jihan Raysha. Dia tidak pasti berapa kali dia pernah bertunang. Mungkin hampir sepuluh kali. Bukan niat hatinya hendak membatalkan pertunangan, tetapi memang dia langsung tiada hati untuk teruskan pertunangan itu sehingga jinjang pelamin. Rasanya paling lama dengan Harlina. Sepanjang tempoh pertunangan, dia langsung tiada hati untuk bertemu tunangnya walaupun kedua-dua mereka waktu itu berada di luar negara dan di negara yang sama. Semuanya diambil sambil lewa. Demam. Sakit. Dia langsung tidak ambil peduli. Tetapi pula dengan Jihan Raysha. Gadis itu betul-betul menarik hatinya.

“Argh!” 

Iqram Zafriel bangkit dari perbaringan. Jantungnya berdegup kencang.

"Esha!"

5 comments:

  1. lmbt glerrrr tngu new n3 masok..smpai dh nk lpa jln citer dy..citer nie best jgn la smbg lmbt sgt..nnt pmbca pon nek bosan mngu..btw.keep it up :)

    ReplyDelete
  2. adui iman.. Lama nya tgu n3 nie. Awk buat manuskrip jer lah.. Blh sy smpn cite nie utk koleksi.. Suka lah dgn jln cite nie..

    ReplyDelete
  3. she focus n her studies thats why xsll update post. cuma bila cuti br dia aktif blik. Betul tak iman???

    ReplyDelete
  4. sorry sebab lama sangat ambil masa untuk update. memang terlalu sibuk dengan study. tapi saya try update. terimakasih sebab still support saya :)

    ReplyDelete
  5. abang iq suka isha ya

    ReplyDelete