Cinta Semalam: Bab 24


“ABANG, bangun!” Pujuk Najmy lagi entah ke berapa kali. Susah betul hendak mengejut abangnya bangun pagi. Dia tahu Hakimy tidur lewat semalam, tapi dia juga sama. 

“Kau nak apa Jimy? Aku nak tidur. Aku dah sembahyanglah.” 

“Aku tahu. Sekarang dah pukul 10 pagi. Mana ada orang sembahyang waktu ni. Lainlah sembahyang Duha. Tapi abang tu pemalas,” balas Najmy dengan sabar. Mengarut betul abang kembarnya ini. 

“Dah. Kau nak apa?” bentak Hakimy. Dia bangun terus dari perbaringan. Wajah mencuka adiknya dipandang lama.

“Papa panggil.”

“Kau jangan nak bohong. Aku nak tidur.” Bantal ditepuk perlahan sebelum dia melabuhkan kepalanya lagi. 

“Aku tak tipu abang! Betullah. Papa dah balik. Baru sampai. Dia panggil kau.”

“Huh? Kenapa cepat sangat?” 

“Mana aku tahu. Nenek beritahu kot,” balas Najmy sambil tayang muka innocent. 

Hakimy pejam mata. Semua ini gara-gara Jihan Raysha. Kemunculannya menyebabkan mereka sekeluarga seperti dilanda taufan. Nenek yang memang sejak dulu jarang bercakap, terus menjadi bisu. Kini nenek bukan sahaja membisu tetapi sering menangis. Semalaman mereka tidak tidur apabila nenek tidak mahu tidur, dan mereka berdua terpaksa menemani neneknya.

“Abang!” Tubuh Hakimy digerakkan.

“Aku tak tidurlah,” ucap Hakimy, malas. Tetapi mata masih tertutup.

“Cepatlah! Aku dah penat ni. Aku pun ngantuk juga.” Najmy tarik selimut.

Hakimy buka mata. 

“Kau pergilah mandi dulu. Aku nak mandi.” Akhirnya Hakimy mengalah. Memang dia tidak mengantuk. Tetapi berpura-pura tidur sahaja. 

Najmy angguk kepala. Nasib baik Hakimy mengingatkan. Kalau tidak, mungkin dia lupa hendak mandi. Cuma baju Melayu sahaja yang bertukar kepada t-shirt. 

“Kau cepat sikit. Papa risau gila tu. Kalau ikutkan hati tadi, papa dah naik flight pergi Kuantan,” beritahu Najmy. 

Hakimy pandang adiknya. Dia tahu tindakan drastic itu pasti dibuat papanya yang begitu merindukan Daniel dan Jihan Raysha .

“Abang Ejay?”

Najmy menggeleng. Masih tiada apa-apa berita dari Encik Syazlan yang berjanji akan menghubungi Daniel bagi memaklumkan dan bertanyakan hal ini. 

“Abang Danny,” ucap Najmy membetulkan panggilan untuk abang sulung mereka.

“Aku tak pedulilah, Jimy. Kau pergilah bersiap. Dalam sepuluh minit kita turun,” arah Hakimy tegas. 

Najmy angguk sahaja. Bukan lama untuk bersiap. Lagipun mereka hanya mahu berjumpa dengan papa sahaja. 

“Kau pergilah dulu,” suruh Hakimy lagi. Dia pejam mata. Jihan Raysha memang adik kembarnya yang dicari selama ini?

5 comments:

  1. hahaha... siap la iqram, hakimi nk bt perhitungan tu. ;D

    ReplyDelete
  2. hahaha orang yang membaca pun boleh tergelak dengan Jihan Raysha

    haish..lawaklawak

    ReplyDelete
  3. uh..
    kimi ni..
    skt lg nak tau cite

    ReplyDelete