Cinta Semalam: Bab 26


“KENAPA boleh jadi macam ni? Kenapa ibu tak beritahu Harris?” 

Berkerut dahi Hakimy yang baru sedang menuruni tangga mendengar suara papanya yang sedikit tinggi. Nampak sangat papanya ketika ini sedang marah. Jarang papanya itu marah-marah. Papanya itu memang seorang yang pendiam. 

“Yo… Jimy! Kau mandi kerbau ke?”

Najmy berpaling. Ish, abang aku ni! Tak nampak ke muka merah padam papa tu? 

“Pa….” Hakimy terus menyalami Datuk Abdullah Harris yang terpacak di hadapan Puan Sri Tengku Zanariah dan Najmy. 

“Baru bangun ke?” Soalan itu terlontar dari bibir Datuk Abdullah Harris.

Hakimy tarik sengih dan mengaru kepalanya yang tidak gatal. Papa ni sempat lagi memerlinya. 

“Ibu?” Datuk Abdullah Harris duduk di sebelah Puan Sri Tengku Zanariah pula. 

Hakimy pula sudah melabuhkan punggung di sebelah Najmy. Dua beradik itu menjadi pemerhati sahaja. 

“Ibu minta maaf Harris.”

Hakimy pandang adiknya. Akhirnya keluar juga perkataan dari mulut nenek mereka. 

“Ibu. Harris tak mahu cakap pasal tu lagi. Dah berlalu kan? Anak-anak Harris. Harris nak jumpa mereka,” ucap Datuk Abdullah Harris, tegas. 

“Sara dah takde. Ibu tak sempat mintak maaf,” balas Puan Sri Tengku Zanariah.

Datuk Abdullah Harris tarik nafas sebelum bersandar. Wajah kembar seiras dipandang lama. Apakah perasaan anak-anaknya apabila mengetahui mummy mereka sudah meninggal dunia? Dia sendiri terasa dunianya gelap apabila mengetahui Miasara sudah meninggal dunia. Selama ini dia membayangkan Miasara mungkin sudah bahagia dan berjumpa dengan orang lain. Walaupun hatinya sakit apabila membayangkan perkara itu, tetapi kini… hatinya seperti hancur berkecai apabila mengetahui Miasara, satu-satunya wanita yang dicintainya sudah pergi dulu darinya. Rasanya dia lebih gembira kalau Miasara bersama orang lain. 

“Papa. Are you alright?” soal Najmy perlahan.

Datuk Abdullah Harris mengangguk. 

“Papa. Mummy dah meninggal dunia.” Bergetar suara Hakimy. Dia memberitahu sekali lagi hakikat itu. 

Najmy terkejut. Dia pandang abangnya. Aik, abang yang hati batu boleh menangis ke?

“Abang. Kau okay ke?”

Hakimy tersenyum tawar dan mengangguk.

“Papa minta maaf.”

Hakimy dan Najmy sama-sama menggeleng. Bukan salah papa mereka. Semua sudah terjadi, buat apa pun, tetap kenyataan itu tidak dapat diputar kembali. Mummy mereka tetap pergi. Mereka tetap tidak dapat rasa kasih sayang dari seorang ibu. 

“Ibu sepatutnya minta maaf,” sampuk Puan Sri Tengku Zanariah yang sudah bermandi air mata.

Datuk Abdullah Harris mengeluh. Tubuh kurus ibunya ditarik dalam pelukan.

“Ibu. Sara dah pergi. Tak baik tangisi lagi,” ujar Datuk Abdullah Harris yang turut sama berperang dengan perasaan sendiri.

“Ibu dah pisahkan budak-budak ni. Ibu dah menyebabkan Sara pergi. Budak-budak tu membesar dengan orang lain. Ibu dah hancurkan rumah tangga anak ibu sendiri,” balas Puan Sri Tengku Zanariah. Wajah penuh kesalan. 

“Ibu….” Merah mata Datuk Abdullah Harris. Anak-anaknya membesar dengan orang lain? Ya Allah… berat sungguh dugaan mereka dua beradik itu. Air matanya menitik. 

Hakimy gigit bibir. Najmy pandang syiling. Kedua-dua cuba elakkan diri dari mengalirkan air mata. Sekeras-keras batu boleh lembut, inikan pula mereka. 

“Ejay. Macam mana dengan Ejay?” 

“Apa yang Kimy tahu. Abang Danny sekarang ada di Melbourne. Dia kerja kat sana.” 

“Danny?” 

“Entahlah. Jihan sendiri bahasakan diri Esha. Dia orang dah tak guna nama Ejay. Panggil Danny. Abang Danny.” 

Datuk Abdullah Harris tarik nafas.

“Dah lama kenal Esha?”

Dua beradik itu serentak menggeleng.

“Kimy kenal… sebab dia PRO hotel. Rasanya papa pun kenal Esha. Dia yang selalu uruskan kita kan bila kita pergi London.” 

Datuk Abdullah Harris mengeluh. Terbayang wajah manis Jihan Raysha yang selalu tersenyum padanya. Ya Allah, sesungguhnya dia memang langsung tidak tahu itulah anaknya yang dicari. 

“Jimy kenal… sebab terserempak kat KLCC,” sambung Najmy. 

“Ibu?” Datuk Abdullah Harris pandang Puan Sri Tengku Zanariah.

“Ibu baru tahu kelmarin. Ibu memang terkejut. Tapi, ibu nak tunggu Harris balik KL. Tapi tak sangka, benda ni boleh berlaku.” Puan Sri Tengku Zanariah seka air mata sebelum dia perlahan-lahan berdiri.

“Ibu nak ke mana?” Terkejut Datuk Abdullah Harris dan terus memegang lengan Puan Sri Tengku Zanariah yang tiba-tiba menggerakkan kerusi roda automatik. Ibunya memang sudah tidak kuat untuk berjalan. Kalau berjalan terlalu banyak, mulalah semput. 

“Nak balik bilik. Siti!” 

“Ya?” Terkecoh-kecoh Puan Siti keluar dari arah dapur. Walaupun sudah terlalu uzur, laungan Puan Sri Tengku Zanariah sejak dulu tidak pernah berubah. Kuat dan lantang. 

“Bawa saya masuk bilik,” arah Puan Sri Tengku Zanariah.

Datuk Abdullah Harris duduk kembali apabila ibunya sudah mula melangkah. Wajah Hakimy dan Najmy dipandang lama.

“Jimy tampar Esha?” soalnya pada Najmy yang sudah mengangguk.

“Tak sengaja, pa.” Wajah Najmy penuh dengan kesalan. Kenapalah tangan ini ringan sahaja sedangkan selama ini dia memang tidak pernah memukul sesiapa terutamanya perempuan! 

“Kenapa?” soal Datuk Abdullah Harris, tegas. 

“Entahlah… Jimy minta maaf.” Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh bertindak sejauh itu. Mungkin hatinya terlalu sakit bila Jihan Raysha dengan selamba menuduh tadi. 

Datuk Abdullah Harris mengeluh. Dia sendiri terkejut apabila diberitahu oleh Puan Sri Tengku Zanariah. Tidak sangka Najmy, seorang yang pendiam boleh bertindak sehingga begitu sekali.

“Never ever do that again. Please don’t hurt her,” tegas suara Datuk Abdullah Harris.

Najmy angguk kepala. Dia bukan lelaki dayus. Dia tidak akan pukul perempuan. 

“Kita pergi Kuantan petang ni. Papa dah booked tiket.”

“Hah?” Hakimy terkejut.

Najmy terlopong.

“No excuse. Dah bertahun-tahun papa cari mereka. Papa nak jumpa mereka. Papa takut, papa tak sempat.”

“Pa!” 

Datuk Abdullah Harris tersenyum.

“Papa dah tua Jimy,” balasnya. Apabila mengetahui Miasara sudah tiada. Terasa dunianya kosong. Selama ini dia hidup hanya kerana Miasara. Harapan Miasara akan kembali dalam pangkuannya semula bersama-sama Daniel dan Jihan Raysha. Sekarang semuanya terkubur begitu sahaja. 

Najmy mengeluh sebelum dia berpaling memandang Puan Siti yang berlari tergesa-gesa ke arah mereka. Wajah Puan Siti pucat. 

“Kenapa Siti?” Datuk Abdullah Harris terus berdiri diikuti Hakimy dan Najmy.

“Puan Sri pengsan.” 

Datuk Abdullah Harris terduduk. Hakimy dan Najmy sudah berlari ke arah bilik nenek mereka. 

“Ya Allah, dugaan apa ini?” Datuk Abdullah Harris pejam mata. Semakin lebat air mata yang menuruni pipi. Ya Allah, janganlah Kau ambil ibuku pula.


5 comments:

  1. haha...mmg kimi xkn tipula kan...adik kot...haha

    ReplyDelete
  2. imani...besttttt.....nak lg...mkn menarikkk (kak Nurr ai)

    ReplyDelete
  3. best2...cian isha..xpasal2 kena serang..nak lagi..nak lagi..

    ReplyDelete
  4. nak lg...
    cpt la update...
    huhu nak lagiiiii..pleaseeeeee

    ReplyDelete
  5. ala sian isha..tak pasal2... je.... iman nak lagi....

    ReplyDelete