Cinta Semalam: Bab 27


IQRAM ZAFRIEL mati kutu. Sejak tadi gadis di sisinya mendiamkan diri langsung tidak mahu berbicara walaupun sudah berpuluh kali dia memohon maaf atas perbuatannya. Safarina pula tarik sengih. Kelakar melihat Iqram Zafriel yang seperti kucing hilang anak. Tidak tentu arah apabila setiap pertanyaan tidak dibalas oleh Jihan Raysha.

“Lain kali Kak Esha datang Kuantan lagi. Semalam raya, so tak banyak kedai buka lagi. Nanti kita boleh shopping,” ajak Safarina tersenyum panjang. Dia anak keempat Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah. Adik bongsu Safarina yang berusia 12 tahun berada di rumah dan tidak dapat mengikut mereka kerana demam campak. 

Jihan Raysha tersengih. Nasib baik Safarina ada. Kalau tidak dia tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan Iqram Zafriel. Peristiwa pagi tadi masih bermain dalam fikiran. Tidak pernah lagi orang lelaki mencium pipinya selain daddy dan Daniel. Tetapi, selepas dia menginjak dewasa, daddy sudah tidak mencium pipinya. Dia tahu walaupun daddy yang membesarkannya tapi, masih ada batas dalam pergaulan mereka. 

“Dah cukup ke?”

“Apa?” Tajam merenung Iqram Zafriel. 

Safarina tutup mulut menahan tawa. Pertama kali melihat Iqram Zafriel tidak senang duduk. 

“Hmm….” Iqram Zafriel garu kepala. Mukanya betul-betul berubah cuak. Ingatkan sudah okay apabila boleh tersengih-sengih tadi dengan Safarina. 

“Kak Esha nak tambah apa-apa lagi ke?” soal Safarina bagi pihak Iqram Zafriel yang tiba-tiba kelu untuk bersuara. Laju langkah mereka menuju ke kereta Iqram Zafriel.

Jihan Raysha menggeleng. Rasanya sudah cukup pakaian yang hendak digunakan sepanjang berada di Kuantan. Lagipun dia tidak bercadang untuk menetap lama kerana rasa tidak selesa tinggal serumah dengan Iqram Zafriel walaupun Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah ada di situ. 

“Nak pergi mana- mana lagi?” Safarina pandang Iqram Zafriel yang sudah angkat bahu.

“Abang tak familiar dengan tempat ni. Safarina rasa?” soal Iqram Zafriel pada gadis yang sudah menginjak usia 14 tahun, dan hanya muda setahun dari adik bongsunya, Nafeesa. 

“Rina tak tahu gak. Banyak kedai tutup. Tak best shopping. Kalau Kuantan ni… selalu lepak kat Teluk Cempedak je. Tapi rumah kita pun tepi pantai dah. Nak pergi TC ke? Rasanya mesti tak ramai orang lagi. Tapi tengah hari ni, panas lah pulak.”

Iqram Zafriel angkat bahu. Dia tidak kisah. Memang kalau duduk di rumah pun, tiada aktiviti menarik boleh dibuat. Tapi terasa juga hendak berenang di pantai kalau cuaca elok petang nanti. Dia takut hendak berenang kalau ombak sedang mengganas. 

“Rina. Telefon bunyi,” tegur Jihan Raysha. 

“Jap!” Kelam kabut Safarina mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar. 

“Ayah telefon,” maklum Safarina. 

Iqram Zafriel mengangguk sahaja. Dia membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin kereta. Dia menjeling pada Jihan Raysha yang sengaja tayang muka selamba. 

“Abang Iqram. Ayah panggil.” Safarina melangkah menghampiri Iqram Zafriel. Telefon Samsung S3 berwarna merah jambu disuakan pada lelaki itu. Telefon itu dihadiahkan Iqram Zafriel beberapa bulan lalu sewaktu hari jadi Safarina. Iqram Zafriel tidak jadi masuk kereta. Dia perhatikan wajah Safarina yang cuak. 

“Ayah tanya kenapa tak boleh called Abang Iqram?” Safarina sempat berbisik. Jihan Raysha yang sudah berdiri di bahagian pemandu hanya jadi pemerhati. 

Iqram Zafriel raba poket seluar sebelum tersengih panjang.

“Telefon tertinggal dalam bilik. Meh!” Telefon bimbit bertukar milik.

“Okay.” Sepatah Iqram Zafriel bersuara apabila telefon sudah dilekapkan pada telinga. Wajahnya berubah serius dengan mata yang merah. 

Safarina pandang Jihan Raysha yang turut sama terkejut dengan perubahan Iqram Zafriel.

“Kenapa?” Jihan Raysha menyoal. 

Iqram Zafriel serahkan semula Samsung S3 Safarina. Dia tarik nafas. Dia sauk rambut yang tidak disapu gel. 

“Kenapa abang? Mama alright ke?” Safarina semakin cuak. Dia pun pelik kenapa ayahnya hanya mahu bercakap dengan Iqram Zafriel tadi. Suara ayahnya juga tegas. 

“Mak cik is fine. Esha….” Mati kata-kata Iqram Zafriel. 

“Apa?” Mata Jihan Raysha bulat merenung Iqram Zafriel. Dahinya mula berpeluh dek pancaran matahari dan berdebar menanti butir bicara Iqram Zafriel.

“Kita balik KL.” 

“Huh?” Jihan Raysha menggeleng. Terkejut. 

“Urgent Esha.” Perkataan urgent ditekankan keras sedikit. 

“Reason?” Bergetar suara Jihan Raysha. Hatinya mulai dibuai rasa tidak senang. 

Safarina diam seribu bahasa. Lega kerana tidak melibat mama dan ayahnya. 

“Balik,” arah Iqram Zafriel sepatah. Tegas. 

“Esha nak stay di sini berapa hari lagi,” balas Jihan Raysha. Degil. 

“Nenek masuk ICU. She’s dying.” Sepatah-sepatah perkataan diucapkan. 

Jihan Raysha terkesima. Nenek? 

“Please don’t play around.” Bergetar suara Jihan Raysha .

“I’m not. I’m sorry,” balas Iqram Zafriel. Dia sendiri terkejut dengan berita daripada Pak Cik Alif tadi yang sudah seperti tidak cukup nafas apabila memberitahu keadaan Puan Sri Tengku Zanariah. 

“Esha?” Panggil Iqram Zafriel. Bahu Jihan Raysha ditepuk perlahan. 

“Kak Esha?” panggil Safarina pula. Dia sudah pegang kedua belah tangan Jihan Raysha.

Jihan Raysha menggeleng. Matanya merah. 

“Esha?” Risau Iqram Zafriel. 

“Esha yang sebabkan semua ni. Kalau Esha tak muncul.” Berair sudah matanya. 

Iqram Zafriel menggeleng. 

“It’s all my fault!” 

“Tak, sayang! Nenek memang dah lama sakit.” 

Safarina pula masih membisu seribu bahasa. Hatinya dibuai pilu. Walaupun tidak mengenali nenek yang dimaksudkan oleh Iqram Zafriel dan Jihan Raysha, tetapi dia sudah mengetahui kisah sebenarnya apabila Iqram Zafriel curi-curi menceritakan pada keluarganya tadi tanpa diketahui Jihan Raysha yang sedang mandi. Tidak sangka Jihan Raysha adalah adik kembar kepada Hakimy dan Najmy. Selama ini dia memang langsung tidak tahu tentang perkara itu. Hanya mama dan ayahnya sahaja yang tahu.

6 comments:

  1. hoho...adei...xsabar nk tunggu bile staf2 tau hubungan kimi ngan sha

    ReplyDelete
  2. ala pndeknyeeee..
    nak lagiiiiii....:D

    ReplyDelete
  3. alaa kali ni kenapa pendek sgt tak puaslah Imani...cite ni akan ke
    versi cetak juga ke? tak sabar nak beli dan dapat baca macam first novel
    Imani Cinta yg tak terucap tu. best tau citenya.

    ReplyDelete
  4. Bila nak smbung?????
    Lama tunggu..huhu

    ReplyDelete