Cinta Semalam: Bab 31


PUAN Sri Tengku Zanariah menggeleng. Tangan Jihan Raysha dilepaskan tiba-tiba. Tangannya rapat memegang dada yang dirasakan sesak. Bulat matanya memandang syiling.

“Neyneck!” Terkejut Jihan Raysha. Dia tidak sanggup kehilangan lagi. Dia baru kehilangan daddy. Kini dia sudah nampak ajal neneknya sudah hampir tiba. Dia baru terbuka untuk memaafkan neneknya. Dia betul-betul tidak sanggup. 

“Mengucap ibu. Ikut Harris.” Terketar Datuk Abdullah Harris bersuara.

“Sara, maafkan ibu.” Tajam Puan Sri Tengku Zanariah merenung Jihan Raysha.

“Arwah mummy dah lama maafkan neyneck,” cepat Daniel bersuara. Matanya merah. Lengan neneknya dipegang kemas. Dada Jihan Raysha rasa berombak. Dia tidak suka akan kematian. Wajah arwah mummy terbayang di mata sebelum wajah arwah daddynya. 

“Neyneck….” Mendatar suara Jihan Raysha. Mata birunya berkaca-kaca. 

“Sara maafkan ibu,” pinta Puan Sri Tengku Zanariah tersekat-sekat. Mata itu masih merenung Jihan Raysha. 

“Arwah mummy dah maafkan neyneck. Esha dah maafkan neyneck.” Bergetar suara Jihan Raysha. Dia cuba menahan rasa pedih yang menjerut tangkai hatinya kini. Ya Allah, kenapa mesti dia merasa lagi perasaan ini? 

Daniel mengangguk laju. Setuju dengan kata-kata Jihan Raysha .

Puan Sri Tengku Zanariah pegang dada. Najmy kalut memeriksa neneknya. Sambil mulutnya mengarah orang memanggil doktor. 

“Sara dah maafkan….” Perlahan suara si kecil Sara. Dia sudah merapatkan dirinya pada Puan Sri Tengku Zanariah. Langsung tidak terbit perasaan takut pada wajah itu seperti sebelumnya. Tangan itu lantas memegang tangan Puan Sri Tengku Zanariah yang masih memegang dada. 

Seisi bilik terpempan. 

“Sara dah maafkan.” Air mata Puan Sri Tengku Zanariah dikesat dengan lengan bajunya yang panjang. Wajah kecil itu nampak serius seperti sudah biasa menghadapi saat seperti ini. 

“Sara….” Tubuh kecil itu dipegang Datuk Abdullah Harris. Sara mendongak memandang Datuk Abdullah Harris. Dia tersenyum. Datuk Abdullah Harris kelu. Renungan itu. Senyuman itu! Sara kembali merenung wajah Puan Sri Tengku Zanariah. Wajah itu terpamer seribu kata yang sukar diungkap. Seperti roh Miasara berada dalam tubuh kecil itu. 

“Sara?” Daniel tidak pasti adakah anaknya memahami apa yang berlaku. Kata-kata Sara seperti memberi kesan yang besar pada Puan Sri Tengku Zanariah apabila wanita tua itu tiba-tiba tersenyum. Puan Sri Tengku Zanariah menyimpulkan tangannya memegang tangan kecil Sara. Sentuhan hangat itu seperti menyedarkan dia ke dunia realiti. Daniel terpempan. Sejak bila anaknya tahu berkata-kata dalam bahasa Melayu? 

“Sara?” soal Puan Sri Tengku Zanariah. 

Sara mengangguk.

“Sara dah maafkan,” ucap Sara lagi. Kata-kata yang sama diungkapkan. Pipi cengkung Puan Sri Tengku Zanariah diusap Sara lembut sebelum tubuh kecil itu mencium dahi Puan Sri Tengku Zanariah. 

Puan Sri Tengku Zanariah mengangguk. Dia tersenyum. 

“Mengucap ibu,” pinta Datuk Abdullah Harris sekali lagi.

Puan Sri Tengku Zanariah melepas pandang pada Datuk Abdullah Harris sebelum silih berganti memandang yang lain. Hatinya tiba-tiba tenang. Sentuhan hangat Sara masih berada dalam tangannya. Seperti satu kekuatan untuk dirinya. 

“Maafkan ibu. Maafkan nenek. Terima kasih.” 

Mereka terpempan lagi. Puan Sri Tengku Zanariah sudah sedar! 

“Mengucap nenek,” suruh Najmy dan Hakimy hampir serentak.

Puan Sri Tengku Zanariah menarik nafas. Bibirnya bergerak-gerak mengikut kata-kata Datuk Abdullah Harris yang rapat berbisik pada telinganya. 

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)

5 comments:

  1. lama nya iman.... ap lah prcagan kimi nti ek...xsbr nk tgu sbgan nya

    ReplyDelete
  2. huhu.. lma sngt nk tngu update bru....

    tahniah yer cik writer, citer nie best

    ReplyDelete
  3. lama nye x sigggah kat sini... singgah2 teros ad update... lama lagi ke iman cte nie.. lps nie leh wat cte pasl kimi lak ek... hahah kasanova sungguh.. maen redah je keje nye

    ReplyDelete
  4. sambung pun...xsabar nak tau apa jadi...sambung lagi yer..best sgt..

    ReplyDelete
  5. iman citer nie bestlah tak nak dibukukan ker...tapi tlg jangan matikan watak hakimi dalam citer nie

    ReplyDelete