Cinta Semalam: BAB 34


“DALAM dunia ni… ramai orang ditimpa kesusahan. Ramai orang ditimpa ujian. Selama ni Abang Jimy percaya, kita hidup kat dunia mestilah kena lalu banyak ujian kan? Tapi kita ni manusia biasa. Esha tahu tak siapa dalam dunia ni paling banyak ditimpa ujian?” 

“Tak tahu.” Jihan Raysha gigit bibir. Terkesan dengan kata-kata abangnya itu.

“Rasulullah SAW,” jawab Najmy mendatar.

“Rasulullah SAW?” Hakimy pandang Najmy lagi. Kini lagak Najmy seperti seorang ustaz pula. Tapi bukannya ustaz sahaja yang layak memberi nasihat, bukan? 

“Rasulullah SAW tu insan terpilih Allah SWT. Kekasih Allah SWT. Tapi disebabkan itulah Allah SWT timpa pada Rasulullah SAW 1001 masalah yang mungkin kalau kena pada diri kita sendiri, tak pasti boleh tanggung ke tak. Tapi sebab apa Allah SWT buat macam tu?”

“Sebab sayang….” Hakimy menjawab perlahan. 

“Betul. Sebab Allah SWT sayang Rasulullah SAW. Allah SWT nak uji sama ada Rasulullah SAW akan terus teguh bersujud pada Allah SWT. Kawan Abang Jimy masa belajar dulu ada cakap, dalam dunia ni Allah SWT uji kita sebab dia sayang kita. Tapi dalam masa yang sama, Allah SWT takkan uji manusia tu lebih dari kemampuan diri manusia tu sendiri. Esha diuji. Abang Kimy diuji. Abang Jimy diuji. Kita sekeluarga berpisah. Tapi ada kebaikan lain pula kan? Daripada ujian itulah kita belajar sesuatu. Esha janganlah benci papa. Papa pun diuji sama seperti kita. Ujian papa lebih hebat sebab dalam masa tak sampai sehari, papa dapat tahu mummy yang papa cari selama ni dah meninggal dunia… dan nenek pula dijemput Allah SWT.”

Tiba-tiba Hakimy berdiri dan duduk di sebelah Jihan Raysha. Tangannya dilabuhkan pada bahu adiknya. Lama wajah itu direnung. Lagaknya seperti hendak mencium pipi gebu itu.

Jihan Raysha pula yang sudah tidak senang duduk. Merah padam mukanya. Malu disebabkan melihat mata-mata lain di dalam kafe yang turut melongo dengan aksi bos muda mereka. 

“Semua tu dah berlalu Esha. Esha mesti ingat, walaupun apa yang akan berlaku kelak. Esha ada kami. Kami tak akan tinggalkan Esha lagi. Abang Kimy janji.” Lama mata biru itu direnung. Cantiknya ya Allah. 

“Jimy juga.” Cepat Najmy menyampuk. Tangan adiknya diambil sebelum mencium lembut. Wah, pertama kali rasanya dia dengan selamba mencium tangan orang perempuan selain neneknya. Dia tersengih. Tidak salah cium tangan adik sendiri! Tidak berdosa pun. 

Jihan Raysha tersenyum. Selesa dengan kemesraan abang-abang kembarnya. 

“Semua tu dah berakhir. Abang faham kenapa daddy Esha tak beritahu. Kadang-kadang dalam dunia ni… kita juga perlu pentingkan diri sendiri dalam mengejar kasih sayang dan kebahagiaan. Kalau abang jadi daddy Esha, abang juga akan buat macam tu. Esha dah dianggap macam anak sendiri. Lagipun daddy Esha sakit,” ucap Najmy.

Hakimy mengangguk sahaja. Setuju dengan kata-kata adiknya itu. Tangan itu masih tidak dilepaskan. 

“Abang,” panggil Jihan Raysha perlahan. Mukanya tiba-tiba nampak cuak. Matanya yang bulat semakin membulat. 

“Apa?” Pelik dengan renungan Jihan Raysha pada dia dan Najmy. 

“Turunkan tangan abang.” Segera Jihan Raysha menarik tangannya dari Najmy. Dia menjarakkan diri dari Hakimy. 

“Kenapa? Tak dosa tau Abang Kimy peluk Esha.” Suka Hakimy dibuatnya. Dia sedar sejak tadi lagi sebenarnya. Semua mata seperti sudah melekat pada meja mereka. Dia dan Najmy sebenarnya jarang makan di dalam hotel. Cuma hari ini dia sedikit sibuk selepas seminggu bercuti. Najmy juga curi-curi keluar untuk makan bersama mereka berdua. 

“Semua orang pandang kita,” beritahu Jihan Raysha terus tunduk. Nak dihabiskan nasi, seleranya sudah mati walaupun perutnya lapar. Nampaknya dia perlu membungkus makanan lain sebelum balik ke pejabat. 

Hakimy tersengih. Najmy ketawa. 

“Sorry. Abang lupa. Esha hanya staf sahaja pada pandangan mereka.” 

“Tahu pun. Mesti mereka fikir bukan- bukan.”

Najmy tergelak.

“Alahai… abang tu. Mana-mana pergi mesti ada skandal. Jangan risau. Sekejap je hilang tu. Lepas ni nampak abang dengan perempuan lain. Senyaplah mereka. Mulut orang ni susah nak tutup Esha.” 

Jihan Raysha mengangguk dan bersetuju dengan kata-kata Najmy. Dia pelik juga. Najmy sama kacak seperti Hakimy kerana wajah mereka serupa. Tetapi cerita buruk mengenai Hakimy lebih banyak didengar berbanding Najmy. Hakimy memang sinonim dengan gelaran playboy. 

“Kutuk abang.” Hidung mancung Jihan Raysha ditarik geram.

“Sakitlah!” Segera dia menepis tangan abangnya. Mulutnya memuncung.

Hakimy dan Najmy ketawa. Alhamdulillah… akhirnya mereka dipertemukan juga.

            

8 comments:

  1. best3...nak lagi...hihi..tq kak imani

    ReplyDelete
  2. Sweet as usual. Ganbatte (^__^)o

    ReplyDelete
  3. Haha sweetnya couple ni. Ingtkn isya nk mrajuk pjg alih2 kntoi kat dapur hihi.

    ReplyDelete
  4. Hahaha...comey la isha ngn iq ni

    ReplyDelete
  5. imannnn....thankss...moga idea terus melimpah Aamiin....jaga diri jaga kesihatan dikk

    ~Nurr Bayu~

    ReplyDelete
  6. comel n sweet sgt...Selamat Hari Raya...
    maaf sikiranye ada terkasar bahasa masa komen2 tu...

    ReplyDelete
  7. suka la pula kalo hakimi gan susan..hehe

    ReplyDelete
  8. nak lagi... bessttnya... boleh sambung lagi x... ;) besstt sangat...

    ReplyDelete