Cinta Semalam: BAB 35


IQRAM ZAFRIEL melepaskan keluhan. Bertimbun-timbun kerja di pejabat yang perlu diuruskan tetapi tidak boleh diselesaikan dalam satu hari sahaja. Lama juga dia mengambil cuti gara-gara menemani Jihan Raysha ke Cherating dan pengebumian Puan Sri Tengku Zanariah. Lama juga dia tidak berjumpa dengan Jihan Raysha. Kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu sewaktu dia menyerahkan kunci rumahnya pada Jihan Raysha. Tidak mungkin dia akan melawat gadis itu di apartment. Dia juga tiada masa untuk ke hotel kerana banyak kerja yang bertangguh. 

Iqram Zafriel menghempas tubuhnya di atas katil. Dia bergolek-golek memerhatikan sekeliling bilik yang kemas selepas dibersihkan oleh pembantu rumahnya setiap pagi selepas dia keluar bekerja. Dia mempunyai peraturan sendiri untuk dirinya sendiri. Dia tidak akan membawa pulang kerja ke rumah. Sebab itu ruang pejabat di satu sudut biliknya nampak kemas sahaja. Hanya sebuah iMac tersadai di atasnya. Rasanya sudah lama dia tidak membuka iMac itu. Tetapi selalunya dia akan menyudahkan kerjanya di pejabat sehingga siap. 

“Kak Tasha?” Pelik apabila Natasha tiba-tiba menelefonnya pagi-pagi begini. Jarang sungguh kakak sulungnya menelefon terutamanya pada waktu ini. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. 

“Waalaikumussalam… Iqram Zafriel,” ujar Natasha bila salamnya tidak disambut. 

Iqram Zafriel tersengih.

“Sorry akak. Iqram pelik sebab akak called Iqram pagi-pagi buta ni.”

“Pukul berapa dah ni dik?” soal Natasha. Jarak Iqram Zafriel dan Nadiana agak jauh. Sebab itu kadang-kadang lidahnya sudah terbiasa memanggil Iqram Zafriel dengan panggilan ‘adik’ walaupun mereka punya dua orang adik lagi. 

“Tiga pagi.”

“Sedar pun tiga pagi. Lambat balik kenapa?” soal Natasha mengalahkan umi dan papanya yang sudah tidur bila dia pulang dari pejabat tadi. 

Natasha menetap di rumah sendiri selepas berkahwin. Tetapi tidak jauh dari rumah keluarga mereka. Jadi, setiap pagi anak-anak Natasha akan dihantar ke rumah untuk dijaga oleh papa dan umi yang tidak mahu cucu-cucu mereka dibesarkan oleh orang lain. 

“Mana akak tahu?”

“Akak nak minum air tadi. Akak perasan kereta Iqram lalu depan rumah,” beritahu Natasha. Dia gusar dengan sikap adiknya yang terlalu workaholic. 

“Banyak kerja kak,” balas Iqram Zafriel. Pasti umi yang menyuruh Natasha menasihatinya. Sejak kecil lagi dia dan kakaknya amat rapat. Selalunya Natasha akan menjadi orang tengah antara dia dan ibu bapanya. Dia juga tidak tahu sebab dia lebih senang mendengar leteran kakaknya daripada mendengar leteran daripada ibu bapanya. 

“Akak faham tu. Akak pun buat kerja yang sama Iqram. Tapi pukul lima petang akak pastikan akak dah bersedia nak balik rumah,” ujar Natasha.

“Akak lain. Iqram masih tak ada commitment pada sesiapa pun. Iqram balik awal, balik lewat tiada siapa pun peduli. Akak dah ada suami, anak-anak. Mestilah akak kena balik awal,” balas Iqram Zafriel. Jemu juga apabila kakaknya menelefon semata-mata untuk membebel perkara yang sama. Panas rasa telinga! 

“Iqram pun ada umi dan papa.”

Iqram Zafriel tergelak. Sebab itulah dia memilih untuk membeli apartmen. Sebab dia tahu dia akan selalu pulang lewat. Jadi tiada sesiapa pun akan kisah jika dia pulang lewat atau awal. Tapi sekarang apartmen itu diduduki oleh Jihan Raysha pula. Dia tiada ruang untuk lari lagi walaupun ada rumah yang lain. Rumah-rumahnya yang lain bukan berada di Kuala Lumpur.

“Sudahlah kak. Mesti akak bosan berleter benda yang sama setiap hari kan? Iqram pun bosan dengar benda yang sama. Rasanya tunggu Iqram kahwin nanti. Iqram akan berubah.”

Natasha terkedu. Pertama kali adiknya menyebut hal kahwin. Selama ini bila hal kahwin dibangkitkan, Iqram Zafriel pasti meradang. Dia sendiri berhati-hati bila berbicara dengan Iqram Zafriel. Takut adiknya meradang lagi. Pada usia ini, adiknya sudah patut mempunyai isteri. 

“Kahwin?” soal Natasha sekali lagi. Takut tersalah dengar. 

“La… akak buat suara pelik kenapa pula? Iqram mengantuk dah ni kak.”

Natasha tersenyum. Hatinya berbunga ceria. Memang adiknya ada menyebut perkataan kahwin! Yes, tak lama lagi dia bakal mendapat adik ipar. Tapi siapa? Dia pelik. 

“Keep your words, Iqram,” pesannya perlahan. Dia ingin bertanya. Tapi dia perlu bersabar.

“Hah?” Terpinga sekejap Iqram Zafriel. Words apa? 

“You said you’ll change after you get married.”

“Yup.” Iqram Zafriel mengangguk laju. Mestilah dia berubah! Tak mungkin dibiarkan isterinya menunggu dia di rumah, dan dia pula menghabiskan masa di pejabat. Teringat perbualannya dengan Jihan Raysha di Cherating pula. Memang dia tidak akan biarkan isterinya gigit kuku kerana dia balik lambat! 

“Okay,” berbunga ceria hati Natasha. 

“Stop it akak! Akak jangan nak menggada carikan Iqram pasangan. Akak tahu Iqram tak suka semua ni. Iqram tak mahu kena paksa tunang macam dulu. Umi dan papa berikan kebebasan pada akak untuk cari pasangan. Iqram pun sama,” ujar Iqram Zafriel segera. Dia dapat menghidu sesuatu melalui intonasi suara kakaknya.

“I know dik. Jangan risau. Akak tak cari. Sebab akak tahu Iqram dah ada.”

“Eh?” Tiba- tiba sahaja wajah Jihan Raysha terbayang di mata. Dia tersenyum.

Natasha ketawa.

“Akak kenapa ni? Pergilah tidur. Nanti kalau Abang Kyouta terjaga. Dia ingat akak cakap dengan boyfriend.” 

Natasha ketawa lagi.

“Abang Kyouta ada sebelah akak,” sengih Natasha melebar bila Kyouta turut tersenyum. Perbualan mereka turut didengari oleh Kyouta kerana Natasha sengaja menguatkan lagi volume telefon. Tadi sewaktu dia hendak ke dapur, Kyouta turut terjaga kerana Ilman menangis. Bila Ilman menangis, selalunya mereka akan segera mengasingkan Ilman dan Iris. Takut nanti Iris pula akan mengikut adiknya menangis. Iris tua beberapa minit daripada Ilman. Rasanya dia boleh mengandungkan kembar kerana terkenan pada Hakimy dan Najmy. Lagipun sejarah keluarganya ataupun keluarga Kyouta memang tiada kembar. Bukan keluarganya sahaja gembira, keluarga di Jepun dua kali ganda gembira.

6 comments:

  1. best sgt......selamat hari raya imani!!

    ReplyDelete
  2. comel sungguh jihan ni..
    kemain abang iq ni ngorat jihan depan papa

    ReplyDelete
  3. alahai isha...p pikiaq sungguh2 hang suka dak kt si iq..sat g terlepas naya ja...papa n abg2 da approve iq tu...

    ReplyDelete
  4. Mkin nakal iq dok usik isha hihi. Slmt ari ry iman

    ReplyDelete