Cinta Semalam: Bab 37


“COMEL tak Abang Iqram?” soal Jihan Raysha yang nampak sedikit teruja menunjukkan hamster-hamster jenis Roborovsi yang terbaring dalam kotak akuarium. Ada di antara hamster tersebut bersembunyi di dalam habuk kayu. 

Iqram Zafriel menggeleng laju. Langsung tidak comel! 

“Kenapa tak comel pula?” Geram Jihan Raysha yang sengaja menguis hamster-hamster tersebut supaya terjaga dari tidur. Dia tidak tahan melihat kecomelan mereka.

“Kucing Esha takut. Tikus ni tak takut pula?”

“Bukan takut. Esha geli dengan bulu kucing. Ini bukan tikus, hamster,” beritahu Jihan Raysha. Perkataan ‘hamster’ itu ditekan sekali lagi. 

“Sama je sayang. Hamster takde bulu ke?” Sinis soalan Iqram Zafriel. Meremang bulu roma melihat haiwan berbulu di hadapan matanya kini. Jihan Raysha menampar lengan Iqram Zafriel. Pemilik kedai yang sejak tadi berdiri di sisi mereka ketawa. 

“Esha nak bela juga.” Tegas kata-kata Jihan Raysha .

“Tak payah. Bela kucing Abang Iqram benarkan walaupun harganya beribu.” Iqram Zafriel membalas tegas sambil memeluk tubuh. Gaya dah macam suami isteri apabila Jihan Raysha meminta kebenarannya untuk membela hamster, sedangkan dia tahu Jihan Raysha hanya meminta kebenaran kerana sekarang gadis itu tinggal di apartmennya. 

Jihan Raysha menggeleng.

“Esha bukan nak jaga kucing. Esha nak jaga hamster. Esha geli dengan bulu kucing.”

“Sayang, hamster pun ada bulu. Macam bulu kucing. Cuma halus sikit je.” 

“Tak! Esha bukan nak main sangat dengan hamster ni. Esha pun geli nak pegang. Cuma Esha nak bela,” balas Jihan Raysha. Dia cuba buat wajah simpati. Matanya berkelip beberapa kali. 

“Jadi apa point Esha jaga? Kalau tak dapat main?”

“Esha boleh tengok mereka main dari dalam rumah mereka.”

“Sayang. Salah dah kata ganti nama tu. Binatang ni haiwan. ‘Mereka’ hanya untuk manusia.”

Pemilik kedai ketawa. Macam-macam ragam pelanggan yang masuk ke dalam kedainya hari ini. Pagi tadi ada yang ada kanak-kanak yang menangis kerana tidak dapat membeli kucing parsi yang berharga beribu ringgit. 

“Pak cik rasa sesuai tak kami bela hamster ni?” soal Iqram Zafriel pada pemilik kedai tersebut segera. Dia perlukan orang tengah! Harapnya pemilik kedai boleh memujuk Jihan Raysha . 

“Terpulanglah. Hamster jenis ni senang sikit nak jaga berbanding hamster lain. Kalau hamster jenis ni… dia tak membesar dah. Badan dia besar ni je. Tapi hamster cepat bunting.”

Iqram Zafriel mengangguk sahaja. Dia mengeluh. Dia tidak mahu menghampakan Jihan Raysha. Bersinar sungguh mata biru Jihan Raysha melihat hamster-hamster itu yang sudah mula berkeliaran di dalam akuarium. Ish, ini yang aku lemah sangat! 

“Esha tahu dah Abang Iqram. Dulu Esha ada pelihara dua ekor. Jenis Roborovsi. Jangka hayat dia tiga hingga empat tahun. Tapi mereka ni tak friendly sangat macam hamster lain.”

“Kalau Esha dah pelihara. Mana?”

“Mati dah. Esha tak sedar rumah mereka masuk semut. Dua tiga hari lepas tu, semua mati.”

“Done! Kalau macam tu. Tak payah bela. Nanti kesian hamster-hamster yang tak berdosa ni Esha bunuh pula,” ujar Iqram Zafriel. 

Pemilik kedai ketawa. 

Jihan Raysha mengetap bibir. Geram dengan jawapan selamba Iqram Zafriel.

“Bolehlah bela,” pujuk Jihan Raysha. 

“Tak, sayang,” tegas Iqram Zafriel.

“Mereka duduk dengan Esha. Bukan dengan Abang Iqram.”

“Tapi itu rumah Abang Iqram. Kalau buat kotor macam mana?”

“Encik jangan risau. Hamster ni tak buat kotor. Dia buat kotor dalam sangkar je. Tapi jangan bagi keluarlah, susah nak cari balik. Laju mereka ni lari. Selalunya kalau dah terlepas, memang saya sendiri tak pernah cari.”

“Bising tak hamster ni? Macam bunyi tikus tu?” soal Iqram Zafriel. Dia memang sejak dulu tidak suka mendengar bunyi bising itu. Nasib baiklah rumahnya tiada sejarah dimasuki tikus lagi. 

“Jarang, sebab mereka dalam kategori hamster,” balas pemilik kedai.

Iqram Zafriel menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Bolehlah. Teman Esha. Bosan duduk rumah seorang diri,” pujuk Jihan Raysha lagi. Tangan kanannya menarik kemeja lengan panjang Iqram Zafriel. Gaya dah macam kucing parsi! Ini yang dia lemah apabila ada orang merayu terutama sekali Jihan Raysha! 

Iqram Zafriel pandang pemilik kedai yang hanya tersengih.

“Kesian saya tengok isteri encik ni. Tak salah pun jaga. Tak perlu ruang yang besar pun. Kadang-kadang bila kita bosan, tengok mereka ni… boleh terhibur juga,” ramah pemilik kedai yang turut kasihan melihat Jihan Raysha. Dia sendiri terkejut pada mulanya mendengar gadis itu berkata-kata dalam bahasa Melayu. Tiba-tiba dia berasa bangga kerana orang asing juga mampu bertutur dalam bahasa Malaysia. 

Iqram Zafriel terpinga. 
          




6 comments:

  1. hahahaha... kelakar la tija nie... the best la datuk hahahhaha

    ReplyDelete
  2. huhuhu,, dh lama sngt tngu post citer nie.. tq..

    xsabar nak baca part baharu,,

    tahniah cik writer.. hasil kerja yg terbaik

    ReplyDelete
  3. lama nya nk tgu cite nie bsbg... suka dgn cite nie...:)

    ReplyDelete
  4. nak ag.... best... best... best...

    ReplyDelete
  5. nice2..nti kalau dorg tau barula ternganga cket

    ReplyDelete
  6. Lagi lagi lagi lagi ..... setia menunggu :))

    ReplyDelete

Back to Top