Cinta Semalam: Bab 39


“ABANG, puas aku cari,” tegur Najmy terus apabila dia melihat abangnya berbaring malas di atas sofa berangkai tiga di dalam bilik menonton. Datuk Abdullah Harris juga berada di ruang yang sama. Mata masing-masing sudah melekat pada skrin televisyen menonton berita jam lapan. Pelik juga Najmy kerana selama ini dia tidak pernah tahu abangnya menjadi penunggu setia berita jam lapan. Selalunya Hakimy hanya akan menonton berita sukan dan perniagaan sahaja. Itu pun hanya dalam bahasa Inggeris. 

“Cari aku sebab apa?” 

“Nak pergi mana Jimy?” soal Datuk Abdullah Harris. Walaupun hanya berpakaian santai, tapi masih kemas. Memang Hakimy dan Najmy sangat menjaga menampilkan mereka walaupun keluar sekadar ingin mengisi minyak. 

“Abang ajak lepak kat The Curve malam ni dengan Iqram. Kenapa tak siap lagi?” 

“Tak pergi ke Kimy?” soal Datuk Abdullah Harris pula pada Hakimy. 

Najmy sudah melabuhkan punggung di sebelah papanya. iPad papanya diambil. Lama juga dia tidak membuka Facebook dan Twitter kerana kesibukan di hospital. Selalunya Datuk Abdullah Harris pasti akan membawa iPad itu ke bilik menonton supaya senang dia meneliti email yang masuk. Walaupun dia masih baru dengan teknologi tersebut, tapi dia sentiasa akan memastikan dirinya tidak ketinggalan mengejar kemajuan teknologi. Biarlah dirinya semakin tua sekalipun. 

“Abang, nak pergi tak?” soal Najmy sekali lagi. Hari ini dia bekerja sehingga pukul tujuh. Malam ini dia off. Jadual bekerja memang tidak tetap. Nasib baiklah dia masih belum berumah tangga. Dia tidak pasti bila ‘seru’ itu akan sampai. 

“Hakimy,” panggil Datuk Abdullah Harris pula tidak senang apabila pertanyaan Najmy langsung tidak dipedulikan Hakimy. Kebetulan sekarang iklan. Tidak mungkin Hakimy begitu tertarik dengan iklan Maggie yang tidak pernah dimakan oleh anaknya itu. 

“Kau bergaduh dengan makwe lagi ke?”

“Siapa pula makwe aku. Sekarang aku single,” balas Hakimy malas. 

“Jadi? Apa masalah kau? Muka macam ayam berak kapur je,” soal Najmy geram. Berpuluh notification dan friends request yang diterimanya termasuklah daripada pesakitnya sendiri. 

“Kau pernah tengok ke ayam berak kapur?” soal Hakimy.

Najmy tersengih.

“Tadi Danny telefon. Dia kirim salam,” sampuk Datuk Abdullah Harris.

Serentak Hakimy dan Najmy menjawab salam. 

“Sara sihat?” soal Najmy, teruja. 

Datuk Abdullah Harris mengangguk sahaja.

“Bulan depan mereka balik Malaysia,” beritahu Datuk Abdullah Harris sedikit teruja. Tidak sabar untuk berjumpa dengan cucu sulungnya itu.

“Papa tak pujuk Abang Danny kerja kat Malaysia?”

Datuk Abdullah Harris menggeleng sahaja.

“Sebelum balik Melbourne dulu. Danny dah beritahu keputusannya kan? Papa tak nak sekat minat anak-anak papa. Jimy nak ambil medic, jadi doktor. Papa tak halang. Danny arkitek dan nak urus syarikat arwah daddy angkat dia orang. Itu pun papa tak halang. Asalkan kamu semua bahagia. At least ada dua orang anak papa yang bakal menguruskan Mega Hotels and Resorts,” ucap Datuk Abdullah Harris panjang lebar. Lega juga sebenarnya. Tidak perlu susah-susah mencari pengganti lain. 

Hakimy mendengus.

“Kau kenapa?” Pelik Najmy.

Hakimy menggeleng. 

“Ada jumpa Esha, Kimy?”

Hakimy mengangguk sahaja dengan soalan papanya.

“Beberapa hari lepas. Kami makan tengah hari sama-sama,” beritahu Najmy.

“Kenapa tak ajak papa?” Terkilan juga Datuk Abdullah Harris.

Najmy pandang Hakimy.

11 comments:

  1. Sapa yg antar bunga tu..ex kimi kah..aduh sian isha..smbg lg..nak..nak..n3 pnjg2...mkin best

    ReplyDelete
  2. jangan2 aidan yg hantar.....

    ReplyDelete
  3. Siapa agaknya yg bagi bunga tu ya. Jgn2 Suzana tak?

    ReplyDelete
  4. gulp sapa yg hantar bunga 2...

    ReplyDelete
  5. here's come the mysterious part o.0
    good job ^-^b

    ReplyDelete
  6. sapa yang hantar bunga tue.. ish..suspen btul..sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  7. suspen2...
    sambung lagiii...
    kalo blh nak n3 pnjg2...

    ReplyDelete
  8. Nak aidan. Ops sori. Silap. Umar haikal.

    ReplyDelete
  9. dasyat betul..bg bunga lily bersama mesej ngeri..waaa..mst kimi akan siasat hbs habisan kan...gle xcuak kalau dapat bce msj mcm tu untuk adik sndiri

    ReplyDelete
  10. ayat dari pengirim , mcm suatu ancaman. menarik , misteri ni .

    ReplyDelete