Cinta Semalam: Bab 41


“ESHA dah fikir sepuluh kali ke ni?” soal Hakimy sekali lagi tidak percaya. 

Jihan Raysha tersengih sebelum mengangguk.

“Comel kan?” 

Ketiga-tiga lelaki di dalam kereta menggeleng hampir serentak. Jihan Raysha mendengus. Pantas dia menarik semula bekas kecil dari atas riba Hakimy. Tetapi Hakimy lebih pantas menarik semula akuarium tersebut.

“Buat apa nak pegang lagi hamster Esha. Asyik nak kutuk je dari tadi.” Bengang Jihan Raysha. 

“Kami tak masuk campur!” Cepat sahaja Iqram Zafriel menyampuk. 

Najmy hanya mengangguk.

“Tak masuk campur konon. Dari tadi lagi kutuk hamster ni. Mereka tak bersalah tau. Kalau geli dengan hamster ni, tak payahlah nak ambil peduli. Bukan kamu semua nak jaga. Esha yang jaga.” Panjang bebelan Jihan Raysha . 

“Kelakar pula lama-lama dengar Esha cakap Melayu ni. Slang British memang tak boleh buang lah dik.” Najmy bersuara dan menoleh memandang adiknya di belakang. Kadang-kadang dah seperti bercakap dengan ahli bahasa. Bahasa digunakan Jihan Raysha memang dah macam bahasa Melayu Tinggi. 

“I’m Britons, remember?” ujar Jihan Raysha .

“Tak pernah terfikir nak jadi rakyat Malaysia ke Esha?” soal Hakimy.

“Hah?” Tidak pernah pula dia terfikir. 

“Tak mahu?” soal Hakimy sekali lagi.

“Entah. Bukan senang nak tukar kerakyatan ni Abang Kimy walaupun Esha dilahirkan kat sini. Tapi sejak mummy bawa Esha dan Abang Danny duduk sana, Esha tak pernah langsung terfikir akan tukar kerakyatan. Rasanya macam Esha dah terbiasa dengan keadaan kat sana.”

“Kalau Esha kahwin dengan orang Malaysia, Esha senang nak tukar kerakyatan. Lagipun dulu Esha memang rakyat Malaysia. Esha tukar kerakyatan bukan atas kerelaan Esha. Esha kecil lagi masa tu,” ujar Najmy pula.

“Kahwin? Siapa pula yang Esha nak kahwin ni. Ingat kahwin tu senang? Esha tak rasa nak kahwin lagi masa ni.”

“Lah Esha dah sampai Malaysia. Dah cukup Esha pusing dunia,” sampuk Iqram Zafriel pula. 

“Esha nak kahwin umur berapa?” soal Hakimy. Wajahnya berubah serius. 

Jihan Raysha menggaru dagunya tanda berfikir. Hakimy pula tidak lepas merenung wajah tulus Jihan Raysha. 

“Abang Iqram umur berapa?” 

“30.” 

“Okay. Lepas Abang Iqram kahwin, Esha kahwin.” Jihan Raysha memberi jawapan.

“Kenapa tunggu Abang Iqram kahwin? Abang Iqram nak tunggu Esha.”

“Hah? Tunggu Esha? Abang Iqram tu dah tua. Jadi Abang Iqram paling sesuai kahwin. Tak payah tunggu Esha.”

Najmy dan Hakimy melepas pandang pada Iqram Zafriel. Mereka memahami maksud yang cuba disampaikan Iqram Zafriel. 

Iqram Zafriel menoleh memandang Najmy sebelum tersengih. Cepat pula mereka ‘tangkap’ maksud yang cuba diucapkan. 

“Err… Esha hujung minggu ni free?” 

“Free. Kenapa?”

“Jom teman Abang Iqram balik kampung.”

“Eh, nak pergi rumah Pak Cik Alif ke?” Jihan Raysha lupa nama kampung Iqram Zafriel yang berhampiran dengan pantai itu. 

Iqram Zafriel menggeleng. 

“Bagai Serai. Hmm… Bagai Serai ni kat negeri Perak. Hari tu kita pergi Cherating kat negeri Pahang,” terang Iqram Zafriel cepat. Dia tidak mahu pula Jihan Raysha banyak tanya. 

“Nak balik rumah mak long kau?” soal Hakimy agak terperanjat. Dia lagi terperanjat sebenarnya sebab Iqram Zafriel mengajak Jihan Raysha . 

Iqram Zafriel mengangguk. Sudah lama rasanya tidak balik ke Kedah melawat kakak sulung uminya yang pernah menjaga mereka empat beradik sehinggalah umur Nafeesa lima tahun.

“Aku nak balik ni pun sebab Emir nak buat majlis akikah untuk anak sulung dia. Papa, umi aku pun pergi juga. Nad tak boleh ikut sebab ada aktiviti dengan kawan-kawan dia. Nafeesa pula ada periksa tak lama lagi. Dia stay dengan kakak aku lah kot. Kau nak ikut?” soalnya pada Najmy tanpa menunggu jawapan daripada Jihan Raysha. 

Emir, anak tunggal Mak Long Nuraini. Mak Long Nuraini kematian suami sewaktu Emir baru berusia dua tahun. Sejak itu umi membawa Mak Long Nuraini dan Emir ke Kuala Lumpur. 

“Aku kerja full. Tak boleh ikut. Lama juga aku tak jumpa mak long. Abang boleh ikut Iqram?” soal Najmy terus pada Hakimy. 

“Jumaat aku pergi Jepun. Tapi aku boleh cancel. Aku ikut. Esha? ” Hakimy bersetuju. Lagipun dia sudah dapat menghidu permainan yang dimainkan oleh Iqram Zafriel. Walaupun Iqram Zafriel amat baik dan selama mereka membesar bersama, tidak pernah rasanya perempuan menitiskan air mata kerana lelaki itu. Lelaki itu terlalu baik. Tidak akan memancing jika hati tidak betul-betul tertarik. Itulah sikap Iqram Zafriel yang dikagumi oleh Hakimy. Lagipun selama ini Iqram Zafriel adalah seorang yang amat bertanggungjawab kepada keluarganya mahupun syarikat. Cuma, Iqram Zafriel memang tergolong dalam golongan workaholic. 

“Esha ikut kalau Abang Kimy ikut.” Tersengih Jihan Raysha.

Hakimy turut tersengih dengan kata-kata Jihan Raysha. Kembang terus hatinya. Jadi kerana dia, Jihan Raysha mengikuti Iqram Zafriel.

“Eh, tak percaya ke Abang Iqram lagi ke?”

“Bukanlah. Tapi... macam tak best je kita berdua,” ujar Jihan Raysha beralasan.

Iqram Zafriel tersenyum. Langsung tidak termakan hati dengan kata-kata Jihan Raysha .

“Ala…. aku dengki. Nak ikut juga,” terus Najmy mengeluarkan iPhone dari poketnya.

“Nak buat apa tu?” soal Iqram Zafriel. 

“Try off untuk beberapa hari ni,” ucapnya.

Jihan Raysha, Iqram Zafriel dan Hakimy tersengih sahaja sebelum mendengar Najmy menelefon kawannya.

8 comments:

  1. hihi...nsb baik isha xlari.. sapa yg bg bunga 2.. mnkutkn btl...

    ReplyDelete
  2. Sweet la depa adik-bradik ni... hope iq dgn isha

    ReplyDelete
  3. Akhirnya isha mengalah jgk. Sng jgk nk pjuk isha kan. Tp isu bunga tk slesai lg.

    ReplyDelete
  4. nice jimi..ala isha..terima je lah iq...abg2 n papa da setuju..tinggal isha je

    ReplyDelete
  5. Sweetnyee part ni.And *haha* for the penguins.
    Btw suka la wajah baru blog ni.Lovely like the stories inside it^-^b

    ReplyDelete
  6. bestnya, sambung lg

    ReplyDelete
  7. best nya..bnyak idea ! smbung lg ..hehe

    ReplyDelete